Quarters Jalan Cochrane

Picture agak buruk.. hehehe

Dulu saya pernah post pasal Quarters Jalan Cochrane, Untuk pengetahuan semua ya saya dan family bakal berpindah ke Bangsar.. Sebab nyer, quarters Jalan Cochrane bakal DIROBOHKAN demi sebuah kemajuan!

Kadang kala aku wonder, berapa banyak kemajuan di perlukan oleh rakyat Malaysia? Adakah kemajuan dari sudut pandangan rakyat Malaysia ialah , bangunan yang tinggi. Kondominium yang mewah dan juga pasaraya yang besar ... Segala nyer yang besar??

Seberapa banyak bangunan bersejarah perlu di robohkan demi sebuah kerajaan? Tidak kah mereka ingat kata-kata dari ahli sejarahwan di buku teks Sejarah tingkatan 4 bahawa..
"Manusia yang melupakan sejarah, bakal mengulangi sejarah mereka ..
Bangunan bersejarah seperti Pudu Jail yang sememangnya sudah lebih dari seratus tahun telah roboh demi sebuah pembangunan.Sekolah St. Mary yang berada di tengah2 bandar turut di robohkan demi sebuah pembangunan. Sekarang nie , sedang dibina sebuah kondominium mewah di atas tapak sekolah St.Mary. Mungkin bakal menyusul sekolah saya Convent Jalan Peel ?? Siapa tahu dengan alasan yang sama demi sebuah pembangunan. Quarters Jalan Cochrane juga bangunan bersejarah.. Kekukuhan rumah kami dari zaman perang ke dua hingga sekarang.. Masih mampu bertahan. dan bakal dirobohkan dengan sekelip mata.. Adakah mereka tidak pernah menghargai jasa2 dan pengorbanan moyang kita pada zaman dahulu???

Mungkin sesetengah orang merasakan.
"Pindah jer lah.. Lagi pun kerajaan bagi duit, siap dengan lori utk korang pindah kan"
"Rumah tu bukan nyer rumah korang, rumah kerajaan. Ikut suka kerajaan lah nak buat apa dekat quarters tu"

Yer2.. Untuk anda yang tidak berada di situasi kami pasti berfikir sebegitu. Cube renung dan berfikir seketika. Pasti semua orang tidak mahu berpindah secara paksa. Unless, korang pindah di atas kerelaan sendiri. Mahu atau tidak, kami semua di kawasan Quarters Jalan Cochrane harus terima bahawa, kami harus berpindah.

Notice pemberitahuan kami harus berpindah. SUKACITA PULA TU DITULIS!


Harap rakyat Malaysia buka mata, kadang kala pembangunan itu bukan la berada pada bangunan yang tinggi dan juga pasaraya yang besar. Tapi pembangunan sebuah negara terletak pada rakyat nyer sendiri. Pendidikan dan juga cara pemikiran seseorang itu yang lebih penting demi memajukan sebuah negara.

Tiada lagi kedai hassan.
Tiada lagi jiran2 sebelah rumah yang mengambil berat.Mak cik ana and husband Pakcik Berahim, pak cik jalani, atok eddy boy, mak cik zah and pak cik kamal..
Tiada lagi budak2 main basikal depan rumah.
Tiada lagi tgk bunga api KLCC dari belakang tingkap bilik aku.
Tiada lagi babu motor yang jual makanan.. Harith adik aku tak leh jerit panggil "Babuuuuuuuuuu!!!"

Down memory lane~ I will always remember my time at Jalan Cochrane. 21 Years with lots of memories.
Luahan dan buah fikiran dari saya.

Comments

Popular Posts