Its raining



Korang suka tak hujan? Setiap kali hujan aku mesti teringat dekat bapa aku.. Mesti nyanyi lagu sudirman .." Hujan yang turun bagaikan mutiara ".. Part tu jer aku selalu dengar.. Heheheh

Ada setengah orang tak suka hujan..
Ramai yang mengeluh.. " Alamak susah la nak kena berpayung.. tak boleh keluar"
Ada juga yang salah niat" Hujan.. jom sambung tidor.. tak yah ler pergi kelas" .. Huuhuhu

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" (Al-A'raaf, 7: 57)

Daripada surah ini jelas mengatakan bahawa.. Hujan itu adalah rahmat... Tak perlu lah kita mengeluh .. Sesungguh nya, janji Allah itu adalah benar.. Setiap apa yang berlaku kepada hamba nya pasti ada pengajaran buat kita supaya kita beringat dah mengambil pelajaran daripadanya..

Antara waktu yang mustajab untuk kita berdoa juga ketika hujan turun.. dalam hadis Rassullullah S.A.W
Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat, dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

Hujan itu membuatkan aku berasa gembira.. paling tidak.. hari yang panas akan membuat rasa sejuk..Teringat lagi ketika sekolah rendah.. Ustazah aku pernah berkata.. Hujan umpama membersihkan semua dosa2 hamba di muka bumi ini.Semoga dosa2 kita terampun.. Amin..
p/s: sekarang tengah hujan.. aku suka tengok air hujan :) untung-untung boleh tengok pelangi

Comments

Popular Posts