Receration 1 :Teratak Riverview Part 3
Sampai part 3 tu.. huhuuh
4/12/2011
Hari nie lepas solat, kami serahkan semua bahan masakan dengan peralatan memasak kat brothers. Huhuh. Suruh brothers masak. kejam?!! Tapi setakat masak sup campbell aje. hehehe. Sebab kesian tengok dia orang terkial-kial , finally kita orang bantu la sikit-sikit. hehe. Pagi tu, makan breakfast sup campbell dengan roti dan biskut, serta air teh . Hari ni aktiviti semua melibatkan air.
1st: River crossing with rope
- Air sungai sangat la deras. Maybe sekarang nie musim hujan, jadi paras air sungai naik dan deras. Nak seberang sungai pakai tali memang susah. Brothers yang ada kekuatan pun kata susah. Aku sampai separuh jalan je river crossing with rope. Then, tak berjaya melawan arus kuat. Aku patah balik. Sedih weiiiii.. Tapi sebab fikir balik lebih baik pentingkan nyawa, sebab aktiviti nie agak bahaya.
River Crossing with Rope |
2nd: River crossing without rope
-Untuk cabaran yg kedua nie. Kawasan air paras rendah dan tak terlalu deras. Kami harus merentas sungai menggunakan sebatang kayu. Sepatutnya buat crossing individual dan crossing secara grouping. Tapi nak cepat kami cuma buat crossing individual aje.
Tips nak seberang sungai:
- Kawasan sungai yang tak lebar (sempit) bagi perjalanan menyeberang sungai cepat
- Kawasan air tak terlalu deras
- Kawasan air yang cetek.
- Kayu yang digunakan keras, dan boleh menampung badan kita. Kiranya kayu kalau boleh, mesti lebih tinggi dari ketinggian kita.
- Kalau secara berkumpulan, yang paling rendah dihadapan. dan paling tinggi di belakang.
Crossing River without Rope (Individual) |
Crossing River without Rope (Grouping) |
3rd: Tubing
Yang nie PALING BEST!!! Tak perlu menggunakan banyak tenaga dan biarkan je badan kita mengikut arus sungai. Heheh. Tapi bila dah sampai hujung kena paksa turun. Kita orang sampai tanya dua tiga kali. Turun ke?? Sebab nak buat lagi.
Tubing |
4th: First aid
Seperti biasa yang nie cuma belajar first aid sahaja. One of group member disuruh berlakon sakit, dan kami kena bagitahu apa kena buat bagi membantu mangsa . Huhuh.
Biasanya kalau orang kena gigit ular apa korang buat?? Mesti sedut kan? Sebab tengok dalam tv sedut bisa tu.JANGAN YA sebab sebelum mangsa yang kena gigit mati, kita yang sedut tu mati dulu. Then, kakak jurulatih first aid kata seboleh nya jangan ikat sebab merbahayakan kawasan salur darah dan silap haribulan kena potong tangan mangsa.
First Aid Activities |
Lepas dah habis aktiviti first aid. Aktiviti kami adalah bermandi-manda di sungai. Badan kami yang dah habis basah sebab aktiviti sebelumnya... Sukalah dapat main sungai. sebab dah lama aku tak pergi keluar jalan-jalan dan beriadah. Lepas mandi sungai, pukul 2 kami harus kemas camping site dan kemas khemah.. Mujur untuk lunch , kami tak perlu masak dan pihak Teratak Riverview sediakan lunch kami.
Lepas lunch, kami ada sedikit taklimat dari En.Rudhi then lebih kurang pukul 3 lebih berjalan pulang.Seperti biasa, kami kena jalan kaki sampai ke jalan besar. Mujur tak perlu bawa beg besar tu. Budak UPSI pun balik juga waktu yang sama. Dia orang tak perlu jalan kaki, naik motor dan basikal je. Oh so jealous. Tapi sampai separuh jalan tiba-tiba hujan lebat. Mujur bawa baju hujan. Tak adalah aku basah lencun, cuma basah dekat seluar belah bawa je. huhu. Mujur kami jalan kaki sekejap je. Terkejut gak, "eh dah sampai??"
OTW, dari Tanjung Malim ke UIA hujan lebat sepanjang jalan, memang buat aku terlena la dalam bus.Kami tiba di UIA pukul 6 lebih, badan dah keletihan dan ngantuk.Tapi dapat new experience yang best .
p/s: aku suka jalan-jalan free... weeeeeeee..Nak buat aktiviti tubing lagi!!
Dah siap untuk pulang! Yeah.. Tengah panas waktu ni |

psstt: sangat seronok aktiviti tu.. ;)
ReplyDelete