Recreation 1: Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak

Selama tiga hari aku menghilangkan diri dari dunia internet, dunia kesibukan dan dunia assignment. Hehehe.  Sebenarnya aku pergi camping di Teratak Riverview Tanjung Malim. Agak lama aku tak pergi camping, last skali tahun lepas mendaki Gunung Rajah. Nasib baik la tak teruk sangat camping nie, coz aktiviti tak banyak

 Kalau tak ambil skill Recreation ni tak mungkin aku nak pergi camping waktu tengah sibuk nak siapkan project dan assignment. Tetapi, memandangkan practical Recreation ni consist of 40% mark, memang wajiblah aku pergi. Nasib baik 100% ,UIA bayar untuk cost camping dan pengangkutan. Hehehe.. Tu sebab aku ambil Recreation sebab nak pergi berjalan. (ish..ish.. kalau dah nama kaki jalan..mcm nie lah.)

2/12/2011

Tepat pukul 9.30 malam kami semua berkumpul di main stairs UIA,menanti untuk briefing sebelum bertolak ke Teratak Riverview. Malam tu memang hujan lebat, agak risau juga kerana bas tidak akan masuk sampai dalam, dan kami kena berajalan selama 1jam untuk sampai ke dalam camp. Tepat pukul 12.30 malam baru bertolak dari UIA bas sampai lambat..sabar je lah.. Lebih kurang pukul 1.30 kami sampai di jalan besar Teratak Riverview.Camp ni sangat dekat dengan UPSI. Jadi waktu kami disini, ada gak budak UPSI tengah camping sekali.

Kami berjalan selama 1jam lebih  untuk sampai ke Teratak Riverview, sejuk, penat dan ngantuk. Nasib baik aku dapat group yang best,sporting, funny dan saling bekerjasama. Tak ada lah rasa penat dan mengantuk sangat waktu berjalan, sebab dengar group member asyik kacau orang , becerita sana-sini.
Brothers- Huzaifah (ketua),Syauqi-en.Ahmad, Hussin (dia nie ada kembar), Shaikh (aka mamu), Afif (selalu kena bahan dgn Hussin) .. Sisters- Ain-nul (assistan leader ),Saya, Kak Aishah, Kak Ila, Izzati.  Waktu tengah jalan kaki, tiba-tiba kita orang tersuluh tepi, nampak pula ada tanah perkuburan dekat situ. Masing-masing senyap tiba-tiba. Cuak juga. Tapi sebab jalan ramai-ramai tak terasa sangat. huhu

Sampai Teratak RiverView lebih kurang pukul 3. kami disambut dengan Welcoming Drinks. Tengok air sungai yang mengalir deras dan laju buat hati rasa happy sangat. Malam tu, kami tak tidur khemah , sebab dah tak sempat nak bina khemah, jadi kami tidur di dewan. Tidur je di atas sleeping beg, dan beg-beg kami menjadi penghadang antara brothers dan sisters. hhahaha. Tak dapat nak tidur lena sangat, bersahutan bunyi dengkuran malam tu. Waktu nak dekat subuh pukul 5pagi, sejuk mengigil sampai mencengkam tulang.

Pukul 6pagi, kami solat jemaah. Memandangkan pukul 8 pagi akan start program, jadi kami decide pagi breakfast, roti letak sardin dengan bawang. Masing-masing makan macam orang kebulur je. hahaha..



Kawasan chalet di teratak Riverview


Source:  red-dream83.blogspot.com

To be continued ...... 

Comments

  1. de member yg dah amik rec1 kata bahagian hulu sungai tu ada waterfall sgt cantik.. rugi kata nya tak nek atas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts