The Untold Stories- South Korea Backpacking Trip


Thank you for helping me.... - HyeJune Jo , 13 October 2013 Kuala Lumpur

Saat tu aku dengan along sudah sangat penat kerana trip kami di Serawak. Flight dari Serawak pukul 8malam, sampai dekat pukul 10 di KL .. Lebih kurang pukul 11 baru kami sampai di KL Central selepas sejam naik bus dari LCCT.  Read "here" for trip to Serawak 


Lusa, dah nak Hari Raya Haji .. Parents aku semua dah balik kampung kami di Rawang.. Tak jadi masalah sangat, sebab KL dengan Rawang,Selangor tu cuma ambil masa 30minit sahaja.. Jadi malam tu yang ambil kami adik aku yang masih berada di rumah.. 


Kami berdua berjalanlah ke bus stand, yang biasa adik aku ambil depan Hilton Hotel. Tiba-tiba.... kami terdengar suara ada orang memanggil dari belakang.. Dalam hati, "Siapalah pula tengah malam buta ni? dah nak dekat 11.30malam ni..." Kami toleh ke belakang.. Kelihatan seorang wanita, mungkin dari negara China/Korea atau Japan.. Arghh malas untuk aku meneka.. Tapi dari gaya cantik macam Korean. 

Along:  "Yes?" ..

Korean Girl: "Can you help me? do you know where to take Konsertium bus ( ada slanga kore) to Singapore.." sambil menunjukkan ticket online yang dibeli di handphonenya.. Jatuh kesian pula kami sebab handphone samsung wanita ni dah la retak 1000..  Aku dengan along dah tepuk dahi, mana ada bus stand dekat KL Central pergi Singapore.. Kami memang jarang naik bus, mungkin di Pudu Station atau TBS di Bandar Tasik Selatan (BTS)..
Along:  bus, i think its in puduraya or TBS not here.
Koreang Girl: how to go there?
Along : " if you trust me, would you dont mind if we send you to bus station?.."
Korean Girl: ok..

Sampai sahaja adik aku, dia dah buat muka pelik..Dalam hati adik aku ...Sapa pulalah minat korean ni yang akak aku berdua bawa.. Bukan ke kata tadi nak hantar syauqi balik rumah? Macam mana Syauqi dah bertukar jadi minah korea? Terus along tanya adik aku.. "Naik mana wei turun Singapore? "Tak silap aku TBS.. Tanpa berlengah kami gamble je gerak ke arah TBS..Sempat lagi along call syarikat bus tu.. Dalam keadaan mamai budak yang pick up call jawab " Naik tbs la........."  Masing-masing bateri handphone tengah nyawa-nyawa ikan untuk on gps.. Dengan keadaan ingat-ingat lupa jalan nak ke TBS, adik aku main redah je.. 

Dalam kereta, kami tanya nama Korean Girl ni.. Namanya HyeJune Jo, bus dia pukul 12. Alamak dah mengelabah kami, ni dah pukul 11.30 dalam 11.40 lebih kena dah sampai.. Kang bus dah gerak lagi kesian.. Nasib baik kami sampai di TBS lebih kurang 11.40 lebih.. Sempat la dia ni nak berlari-lari ke bus.. HyeJune Jo dalam muka risau-risau, bertanya kami.. "Why you want to help me? Aku jawab " Just pray that once we are in your country there will be good people help us" . Dia senyum dan angguk sambil menjawab "thank you for helping me".  Itulah moment perpisahan kami.

Hyejune , i just want to tell you.  your pray answered by Allah, we met good people who willing to help us when we are in South Korea. 


p.s: Boleh juga baca version akak aku . Click "here"

Khamsahamnida .... - Us , 7 January 2014, Busan, 

Cerita di bawah ini adalah sambungan selepas kami pulang dari - Gamcheon Culture Village..

Hari dah makin gelap, kalau tak sampai ke hostel sebelum pukul 9 karang payah pula.. Dah la none of us tahu nak bercakap korea ni.. Pagi tadi sempat borak dengan Mr.Roy dia cakap dari Busan Station nak ke hostel boleh naik bus. Kata dia ke arah Haeundae Beach.. Kami sekadar mengangguk, betul juga nak bawa beg kami yang banyak- banyak  macam mana kalau naik train.. Lepas tu nak berjalan lagi beberapa kilometer memang payah..Gamble je lah cari bus nanti! Nasib baik la each of us , ambil kad hostel.

Kami beratur bersama rakyat korea yang lain, melihat bus yang kami nak naik ada penanda ke Haeundae Beach.. Rupanya ramai yang naik bus ni.. Aduh kami yang terakhir sekali, bayangkan dengan nak naik bus dan mengangkat segala beg ninja turtle.. Aku yang last sekali, dan berkemungkinan tak dapat nak naik bus.. Sempat aku jerit dekat akak aku.. Jangan tinggalkan aku sorang wei, tak dapat naik lagi ni.. 

Mujur ada ahjumma depan akak aku kebelakang lagi, dapatlah aku dengan kak murni yang dah berada dihujung naik bus.. Lega okay! Kalau aku sorang kena tinggal mahu menagis..Tapi dalam bus ni memang sempit, dengan nak gerak ke belakang.. Nak bawa beg besar kami.. refer gambar di bawah..
  
Keadaan dalam bus
Source: Korea Ye

Lebih kurang 20 minit berjalan, orang yang turun pun dah berkurang.. Kami ni blur juga nak turun mana nanti, kang tak pasal berjalan berapa puluh kilo meter lagi.. 

Depan kami ada ahjumma yang baik hati tadi.. Kami cakap can you help me to call this number, sambil tunjuk hostel. Baiknya ahjumma tu terus dia call no hostel .. Aku tak tahu apa dia cakap dengan Mr.Roy , tapi tiba-tiba ahjumma tu bagi phone dekat Kak Fiza.. Kak Fiza susah nak explain sebab Mr.Roy  lupa yang kami sampai pagi tadi.. Kak Fiza pass dekat aku pula, terus aku teringat pagi tu waktu kami berborak Mr.Roy  kata nama akak aku unik.. Aku terus cakap.. "Hi Mr . Han, i Ham- mida.. style korea. Terus dia kata. oh i remember you! " Dia cakap, nanti aunty yang tolong call nanti akan bagitahu kamu kat mana nak turun..Lega sangat kot!

Terus aku cakap dekat ahjumma tu "Khamsahamnida ahjumma...."  Senyum dan baik je ahjumma tu nak tolong kami.. Alhamdulillah, dipermudahkan lagi sekali urusan kami.. Waktu dah sampai dekat dengan hostel kami.... Ahjumma siap turun sekali dengan kami.. Sebagai penghargaan aku sempat bagi poskad dekat ahjumma bersama snack yang aku tak sempat buka lagi.. hehe. Hope she's like it!

Seriously.. Terus aku teringat last word aku dekat HyeJune Jo.. "Just pray that once we are in your country there will be good people help us"...

Comments

  1. Insyaallah, ada ja yg akan membantu kita ...:) lgpon, buat baik dibalas baik...hehe...

    ReplyDelete
  2. betul!!!! sangat setuju....x rugi tolong orang....sis JM pun pernah lalui situasi yg sama...satu je prinsip yg sis JM pegang di mana2 shaja...remember!..jika kita permudahkan urusan org lain..Allah akan ppermudahkan urusan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. memang betul.. kita tolong orang, orang lain pula akan tolong kita.. insyaAllah :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts