Seoul One Day Itinerary,Winter Backpacking in South Korea Day 5

Sebelum tu aku ucapkan "Gong Xi Fa Cai".. Jom patah balik ke Seoul... Apa yang anda akan buat dalam satu hari di Seoul? Hari ini merupakan hari terakhir kami di Seoul! Banyak tempat kami nak cover sebelum ke Busan. heheh Bertabah untuk gambar yang banyak di bawah!


*************************************************
6 January 2014

Pagi-pagi lagi kami dah siap packing barang.Breakfast dulu, habiskan roti kat dalam pantry (hahaha!) , juice dan sedikit makanan yang kami bawa.. Kasi ringan beg sebab nanti nak gerak ke Busan pula.. Checkout dari Namdaemun Hostel sempat lagi kami amek gambar dengan Mr. Bo.. Mengangkat lah kami Ninja Turtle ke Busan Station. Malam ni kami akan naik train semula nak ke Busan. Jadi kami letak semua beg-beg kami di Busan Station. Tinggal bawa dompet , handphone , itinerary dan kamera sahaja. Berlenggang kangkung kami..  Jadi mana first destination kami?

1st Destinantion: Mencuba pakai hanbok secara percuma/gratis/free!

Dari Seoul Station kami ke Myeongdong Station..Terus singgah Seoul Tourism Centre untuk untuk kami reserved place petang ni. Kena reserved place ye, sebab first come first served.. Sempat lagi minah tu pesan, jangan lambat .. Kalau lambat , memang tak merasa la kan.. hahha. Nampak sangat ramai Malaysian selalu lambat. 


Seoul Tourism Center,located on the fifth floor of M Plaza
• Hours: 
  • 09:00-22:00 (summer hours)
  • 09:00-21:00 (winter hours) (Open all year-round, including holidays)
• Tel: +82-2-774-3238
Seoul Global Culture & Tourism Center | misznina17
M Plaza| misznina 17

Sebab time kami pilih tu lebih kurang pukul 2 petang, jadi kami pergi dulu ke Namdaemun market sebab nak beli brooch dan souvenir.. Kami sempat buat alarm clock dekat phone, pukul 1 mesti dah gerak keluar dari Namdaemun Market. hahaha.. Thanks to alarm clock! Nasib kami sampai disana awal.. Layan le gambar kami kat bawah ni.. hehehe..


Orang kurus je sesuai pakai Hanbok ni. Comel macam kami nampak macam kucing berhias. hahaha!
Kucing Berhias dalam Hanbok |misznina 17

Kami sempat solat dekat level sama dengan tourism ni, pergi dekat bilik air yang terdekat.. Kami betang mafla dan solat dikawasan terselindung.. Oh boleh refer blog Fatin Liyana, the exact place kami solat click "here".. Pakai apps untuk arah kiblat.. senang je kat!



Free Hanbok to try! |misznina17

2nd Destination: Korean Post Office

Mungkin tak ramai minat nak hantar postcard ke apa.. Tapi memandangkan ini hari terakhir kami di Seoul .. Saje-saje nak hantar postcard dekat Kak Ahran.. Bila minta Kak Ahran alamat, dia bagi dalam bahasa Korea.. Gigih aku malam sebelum tulis dalam bahasa Korea.. siap cuba-cuba lagi dekat kertas kotor.. 


Korean Post Office |misznina17
Lepas dah reserved place pakai Hanbok terus kami ke Korean Post Office.. Sebab masih ada masa lagi.. Aku lupa gila mana Korean Post Office yang kami pergi. ampun! Yang aku cuma ingat, dekat dengan area MyeongDong.. errkk.. krikk.. krik...


Korean Post Office |misznina17
Kak Ahran , happy with our card.. Sampai juga ke destinasi yang dituju.. hehe.. Siap tulis dalam bahasa korea lagi.. Apa kami tulis? Rahsia.. Semoga Allah membuka hatinya.. amin

Good Service! Korean Post Office |misznina17

3rd Destination: Namdaemun Market. 

Dari Korean Post Office kami ke Namdaemun Market...  Tujuan kami ke Namdaemun Market nak cari kedai yang ada jual banyak brooch.. Kami follow Kak Kiah punya instruction.Please click this "link". See Kak Kiah anda memang sangat berjasa pada kami.. Thank you sifu!!

Brooch at Namdaemun Market |misznina17

Tapi kami sebenarnya tak berapa berjaya ke sana.. Sesat barat juga lah.. hahahah! Anak murid yang tak boleh nak percaya.. Kalau ikut cakap sifu mesti korang berjaya jumpa E-Lendang tempat jual brooch semua..Tapi berjaya juga la kami beli brooch Korea. Memang cantik dan berkualiti tinggi.  shine bright like a diamond!
Sebelum kami singgah beli Brooch, kami sempat lagi membeli T-Shirt, souvernir dan macam-macam jenis nak bagi orang dekat Malaysia.. hehehe.
T-Shirt at Namdaemun Market |misznina17

4th Destination:  Lunch di Kimbap Sotong.(suka-suki aku bagi nama)



Sebenarnya aku lapar , sebab dah tengah hari waktu ni. Aku cakap dengan along, ko tak lapar ke?? Masing-masing muka dah macam harimau kelaparan. Nampak kedai ni dah dua tiga kali cuma tak masuk je lagi..


Kedai Sotong Sedap  at Myeong Dong |misznina17


Ingat lagi,waktu mula-mula sampai Myeong Dong mak cik ni dah approach kami siap sebut.. "Hararro" aka Halal. Kami tengok cuma ada sotong merah dengan kubis jeruk je.. Maka kami semua masuk dan bersantap makan di dalam..
Sotong Sedap at MyeongDong |misznina17

Order cuma dua set sotong je.. Tapi nasib kami baik, mak cik tu siap bagi sampai 5 mangkuk sup sorang satu.. heheh.. Kami siap refill air masak lagi, punya pemurah orang Korea ni..
Suka hati ahjumma tengok kami makan dengan penuh lahap dan licin. Padahal pedas! Sebenarnya kami lapar, bila dah  lapar tolak kayu dengan batu aje le.. heheh

Lepas dah bayar tu kami sempat approach ahjumma yang sibuk buat Kimbap. Aku panggil "Ahjumma" terus dia balas gambar aku dengan peace! Cool dude. Sila datang makan sini! Recommended walaupun pedas. Tapi boleh masuk tekak aku. hahah



Cool Ahjumma |misznina17

5th Destination: Gangnam Station

Cukuplah kan sekali korang dapat merasa macam mana keadaan Gangnam Station.. Saje je sebenarnya kami nak menghabiskan masa.. Sekurang-kurangnya, bila orang tanya..Dah sampai Gangnam? Aku boleh jawab.. Dahhh!!!...

Oppa Gangnam Style |misznina17
Mak aku marah sebenarnya bila kami nak ke Gangnam ni..Sebab aku baca berita yang tersebar dekat dalam facebook, pasal teruk nye Gangnam city.. Kami cakap, cuma nak pergi train station je lah mak. Bukan nak pergi rumah orang kaya, jadi hamba mereka. hehehe
Oppa Gangnam Style at Night |misznina17

Kami sesat jugaa la kejap nak cari arah ke Gangnam Station. Tapi ada sorang nenek bongkok tiga , menyapa kami. Dia tanya nak pergi mana dalam bahasa korea. aku blur juga.. Kami sebut gangnam, tapi dia mcm blurrssssss... Terus dia kata "oooooooooo.. kang-nam". Yer adik-adik sebutan dia "kang-nam".. hehehe..
Oppa Gangnam Style at Night |misznina17
Memang tak tahan ada kat sini, cukup la 5 minit dekat sini, amek gambar. Terus kami balik! Ramai gile orang!! Sesak sangat-sangat..Lagi sesak dari Masjid Jamek pukul 6 petang. hahaha


6th Destination : Lotte Mall, Seoul Station. <<Picture Kejap Lagi update>> 

Suka shopping. Aku rasa Lotte Mall the best place to shop!! Wahaha. Confession of shopaholic betul. Lotte Mall ni next to the Seoul Station sahaja.. Just follow the instruction guide boleh sampai ke Lotte Mall.Sebab dekat Busan kami tak jumpa Lotte Mall , jadi kami decide nak beli semua snack-snack dekat sini..

Lotte Mart Parking. Semua kereta mahal.

Instruction to Lotte Mart from Seoul Station.

Tengoklah muka kami sibuk pilih macam-macam perisa Peppero! Sebutan dia dalam korea  "pep" - muncung mulut , "pear"-sebutan buah pear , "raw"-sebutan raw tapi kena muncung mulut. "Pep-pear-raw"  .. Kalau sebut macam kami , dia orang semua pening nak memahami..
Peppero!


Dah penat di Lotte Mart, round-round tengok macam-macam barang.. Dah nak dekat sejam kami ambil beg-beg kami dalam locker dan makan Shrimp Burger di Lotteria.. Yummy..

Hampir sejam, tiba masa kami naik Munggunghwa train ke Busan.. Busan ! Tunggu aku datang.. hehehe.. Dah terasa macam feeling cerita Aku Ada Wali.. ngeee..

Lotteria, Seoul.


Comments

  1. Replies
    1. Wsalam.. yup seronok! Sebab easy transportation and tak lost in translation sangat. hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum awak..cne awk beli tiket mugunghwa train tu?thnks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli disini http://www.letskorail.com/ebizbf/EbizBfTicketSearch.do# dan choose drop down menu Train as Mugunghwa.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts