Pagi tu kami sungguh bersemangat. Yelah nak ke Nami Island.. Bangun pagi, solat subuh, siap-siap dan makan breakfast dulu. Kami sediakan la roti bakar, kami ajak la minah yang duduk dekat dengan dapur tu makan sekali.. Minah tu nampak macam dari negara Vietnam/Loas dan sekutu dengannya.. Sekali berborak punya borak, tanya dia dari mana. Dia jawab dia dari "Mongolia"... krik..krikk..krikkk. Pagi tu kami berharap dia tak tanya kami dari mana.. hahaha.
5 January 2014
|
Nami Island dan winter sonata |
Kalau dah sampai ke South Korea. Memang tak sah kalau tak pergi ke Nami Island. Yelah zaman minat Winter Sonata dengan Autumn in My Heart. Siap pinjam CD office mate mak aku lagi.. hehehe. Melayan tengok sampai habis dengan abah aku. Zaman tu je la aku boleh tengok non-stop Korean Drama. wahaha. sekarang?? keh keh.
Tak perlu buang masa lagi. Ada banyak cara untuk ke Nami Island.
[Option 1] By Subway + Taxi
- From Our Current place (see if need to interchange
- Go to Sangbong Station, Line No 7
- Take Gyeongchung Line, Stop at Gapyeong Sation (Nami Island) – around 45 min.
- From Gapyeong Station ,take a taxi to Namiseom parking lot. (Travel time: 10-15min)
- Take the ferry from Namiseom Dock to Namiseom Island. (Travel time: 5-6min)
Operating Hours Ferry Schedule to Nami Island
- 07:30-09:00 (30min intervals)
- 09:00-18:00 (10-20min intervals)
- 18:00-21:40 (30min intervals)
Admission Fees to Nami Island:
- Adults : 10,000 won Round-trip ferry fare & tax included.
[Option 2] By Subway + Bus (One Day Tour Trip area Nami Island)
- Take subway (refer above for subway instruction)
Take Bus (One Day Tour Trip). You may take the Bus once you arrive at Gapyeong Station.
[Option 3 ]Shuttle Bus (From Seoul to Namiseom Island)
1. Insa-dong (Jonggak Station, Subway Line 1, Exit 3): Next to Tapgol Park
2. Jamsil Station (Subway Line 2, Exit 4): In front of Lotte Mart
Insa-dong, Jamsil Station → Namiseom Island: 09:30
Namiseom Island → Insa-dong, Jamsil Station: 16:00
※ Advanced reservation required. (Inquiries +82-2-753-1247)
[Option 4 ]ITX Train (From Seoul to Namiseom Island)
1. Take ITX train to Namiseom Island
*************************************************************************************
Banyak cara kan nak ke Nami Island, tinggal petik jari nak pilih paling murah. Paling mahal. Paling cepat atau lambat. Kami seperti biasa pilih paling murah iaitu Option 1. Naik train dan kemudia naik taxi.
Rasanya tak perlulah cerita panjang-panjang lagi. Moh menghayati keindahan Nami Island ketika winter. Sejuk dan best! Dah sampai Nami Island, sila lah ambil map ye. Sebab Nami Island ni kecik je.. Round-round satu hari dapat cover semua... ngehhhh
|
Nami Island Map |
|
Nami Island, Seoul 2014 |
|
Nami Island, Seoul 2014 |
Sampai tu kita breakfast dulu,roti dengan serunding dah sejuk beku. Telan jelah kami makan. Tak lupa juga bawa serunding dan sambal ikan bilis untuk makan tengah hari. Tengah hari kami makan nasi goncang bersama serunding kami. hahaha. fusion! sedap enak ketika panas-panas.
|
Nami Island, Seoul 2014 |
|
Nami Island, Seoul 2014 |
|
Nami Island, Seoul 2014 |
|
Nami Island, Seoul 2014 |
Banyak lagi gambar cantik-cantik. Tapi nanti menggedik pula nak tunjuk semua.. hahah. Well kami ada je gambar dekat "First Kiss" tu cuma aku tak upload.. Tapi waktu Winter ni best juga la singgah Nami Island.. Sebab feeling Winter Sonata tu lebih.. hahah
|
Nami Island, Seoul 2014 |
Jangan lupa solat di -Nami Library and proceed to level 1 utk pegi prayer room ... prayer room ni letaknye dlm Gallery N. Naik je tangga dah boleh nampak buku-buku banyak macam dekat gambar atas ni. Prayer Room memang ramai orang Malaysia je.. hahah
|
Nami Island, Seoul 2014 |
|
Nami Island, Seoul 2014 |
Kecik je Nami Island ni, round-round dari pagi sampai petang kami dekat sini. Entah mende kami buat.. hahahha.. Tapi yang pasti kami sampai Seoul pun hari dah malam.. Malam tu kami lepak kejap area Myeondong .Bawah ni layan la gambar Winter Snack Food di Myeondong..ke korang tengok penjual tu?? yummy manis.. manis. kuih tu. panas.. sedap makan.
|
Winter Snack Food, Myeong Dong |
Sempat lagi kami singgah Starbucks beli tumbler (ni ada yang request ye), sambil jalan-jalan area MyeongDong. Dah penat, kami balik ke Hostel untuk tidor. Malam tu kemas-kemas baju sebab esok hari last di Seoul.. sobs.. sobs.. Tapi happy sebab nak explore Busan pula!
|
Myeong Dong at Night |
Salam kenal Nina..
ReplyDeleteWah mcm best jer tgk korang g korea musim sejuk.tiba2 rasa teringin plak nak g winter..=)
Entrance fee dah naik 10k won ker?sblm ni kta org masuk 8k won jer..
Wsalam.. salam perkenalan Norhayani..
DeleteAaah seronok musim sejuk ni.. hehhe. sesuai dengan nama winter sonata.. hehe.
Entrance fee dah naik 10k won..
bestnya.. tak sabar nak pegi ni.. ^_^
ReplyDeletePergi waktu winter ke Anil? Best sebab sejuk.. felling winter sonata yang lebih.. hahha
Deletesinggah baca,pinjam itinerary buleh? heheehhe...
ReplyDeletegreat writing..suka baca ur adventure!
Boleh.. ur email? so ,i boleh share my itinerary.. Great! Bagi semangat i nak habiskan all stories at South Korea.
Deletedrmaizatul@yahoo.com ... sy berani2 takut juga tapi kalau sesat bukan mati pun hahahaahha tgh ada kudrat ni...selagi ada daya..pegilah jalan2 tgk donia..hehehe baru lepas berjaya "rachun" hubby to be my backpacking partner..soon insya allah..
ReplyDeletethanks a lot dear!!keep on writing!
Nina dah forward to your email :) InsyaAllah tak ada sesat. Rajin bertanya,tak sesat punya
DeleteUr welcome.. thanks for your support.