2/25/15

Masjid Al-Fatah, Busan, Winter Backpacking in South Korea Day 6

Seperti yang aku cakap dalam last post , click "here" to read. Hari ke-5 merupakan hari terakhir di Seoul sebelum gerak balik ke Busan. Seperti biasa, kami ni memang suka berjimat, jadi malam ke lima kami bermalam dalam keretapi. Nasib baik kami tak di ganggu apa-apa, masuk je dalam train. Terus tidor! Penat punya pasal ..  Nak baca pengalaman kami menaiki Mungunghwa Train? Boleh click "here". Sebenarnya dalam post tu ada gak orang marah aku sebab panggil mamat tu "disaster". Tapi kami tak ada niat langsung nak menghina atau mengutuk mana-mana pihak. harap maaf!


 ****************************************

7 January 2014

Alhamdulillah, pagi-pagi lagi kami dah sampai di Busan Station setelah lima jam perjalanan menaiki Mungunghwa Train dari Seoul Station. Jam masih menunjukkan pukul 4 pagi. Mata macam dah berpinar-pinar sikit sebab mamai. Hahaha. Tambah dengan kesejukkan terasa hingga ke tulang , entah berapa degree waktu kami sampai. 

Sampai-sampai cuci muka, lepaskan hajat mana patut. Semua kedai tak buka lagi jadi tak boleh nak makan. Kami cari dulu locker untuk letak Ninja Turtle kami.. Urgh macam nak patah tulang bahu.. Memandangkan belum masuk lagi waktu Subuh .. Kami terus direct ke Masjid Al-Fatah, Busan. Memang our early itinerary plan dah decide nak pergi Masjid dulu. Kasi dapat berkat sepanjang perjalanan di Busan.amin..

Masjid Al-Fatah Busan
Source: Tikotik
Cara untuk ke Masjid Al-Fatah, Busan:

 1. From Our Current place (see if need to interchange line) 
2.  Dusil station ,take exit #8
3. Walk straight until you found tire shop 
4. Turn right, walk straight until you found small bridge,
5. Cross the bridge and you may found Turkish Kebap House. At the back is Masjid Al-Fatah.

Sebenarnya aku refer dekat blog Azra cara nak ke masjid ni, please click "here" for your reference. Thanks Azra!


Jadi pagi-pagi buta kami dah berjalan nak ke train station. Dari Busan Station (main building), kami kena keluar untuk ke Busan Subway Station. Tak jauh, tapi menggigil juga pagi tu kami berjalan. Dapatlah kami melihat pak cik tua homeless duduk luar station tu, kesian aku tengok sebab dah la sejuk... sedih..sedih..


Sampai je di Busan Subway station, ahjumma and ahjushi semua pandang kami dengan muka pelik. Apalah 5 orang ni buat pagi-pagi buta dekat subway station tambah lagi dengan pakai tudung lagi pelik. FYI, Busan ni bandar sesuai untuk orang tua sebab ramai orang muda berhijrah ke Seoul. Secondly, Busan ni old folks friendly sebab ada escalator / lift untuk orang tua. hahaha

Ada sorang ahjushi tegur kami, agak tak faham apa dia cakap . Then, dia sebut "Indonesia?". Kami agak.. ohhh dia tanya negara, terus jawab "Malaysia".. Dia cakap "Oh, Malaysia!".. Lega kami ada gak kenal negara ni. Terus dia angkat kaki macam orang tengah tendang bola. Along sebut."aaaa.. Mokhtar Dahari". Yer, orang tua-tua masih ingat lagi saat Mokhtar Dahari kalahkan pasukan South Korea. At least, they still remember us!
History of Busan Al-Fatah
Baca mendalam terasa malu disitu.
Busan Al-Fatah |misznina17

Dalam train pulak, kami semua pelik ada satu mamat asyik tersenyum dekat kami. Sepanjang kami naik train dia senyum jeee.. Aku cakap dengan along " Long, apsal mamat tu asyik senyum dekat kita?".. Akak aku dengan selambe jawab "Entah-entah mamat ni faham apa kita cakap." Terus mamat tu dia berhenti senyum. Ok confirm dia faham! hahaha.. 
Tire Shop neaar by Busan Al-Fatah
Busan |misznina17

Dari Busan station ke Dusil lebih kurang setengah jam/4o minit. Jadi sempatlah kami rehat-rehatkan mata kejap. wahahah..Alhamdulillah sampai dalam pukul 5 lebih, ada Om dari Indonesia nampak kami ber-lima. Dari dia tengah sibuk-sibuk nak prepare untuk solat jemaah subuh. Terus , dia bukakan kami bilik tetamu. Untung sungguh kami pagi tu!. Dia siap pasangkan heater. 
River near by Busan Al-Fatah
Busan | misznina17
Actually , kalau korang nak duduk dekat Masjid ni pun boleh. Just send email dekat Masjid Al-Fatah. Bilik ni siap dengan toilet. Sesudah solat subuh berjemaah. Kami tumpang kejap lelapkan mata sebab keletihan dan cuaca kat luar masih gelap. Dalam pukul 7pagi baru kami gerak balik. Tak dapat nak ucapkan "Terima Kasih" dekat Om yang baik tu.We just left the note dekat dalam bilik tetamu tu...Sebenarnya antara Masjid dekat Seoul dengan Masjid di Busan. Orang Busan much more friendly and willing to help! 

Whats next nina?!!

8 comments:

  1. ada masjid kat busan? wah...lagi semangat nak pegi..suka tgk masjid2 di negara orang :) so far dah gi..

    masjid di bandung
    masjid nan douya,beijing
    masjid niu jie,beijing

    ada lagi satu masjid kat beijing..lupe lak nama..

    Allah maha Besar...subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ada masjid di Busan.. Singgahlah kalau berkesempatan. dekat sana, orang dia baik. baik..

      Delete
  2. baca mendalam terasa malu di sini ...sakitnya tuh di sini..nipu je keje nya.... (along pinjam id harith)

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut aku pelik. kenapa harith comment. ahahha

      Delete
  3. wahh masjid pun ade sedia accomodation ker? brape harga tu? boleh mintak e-mail add masjid tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak Azra. seriously memang tak ingat kat mana letak info tu. tapi memang mula2 kita orang bercadang nak stay masjid ni. lepas tu tak jadi, sebab jauh dari Busan.. huhhu

      Delete
  4. betul tu...almost one hour...21 station..nasib baik time JM pegi ada seat dalam train..jika tak? faham2 je lah

    ReplyDelete
  5. bestnya pergi korea,annyeonghaseyo :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...