2/4/15

Namsan Seoul Tower (Part 2), Winter Backpacking in South Korea Day 3

Nah aku belanja gambar-gambar dari Namsan Seoul Tower. Disebalik celah-celah ketiak manusia yang ramai, aku berjaya juga ambil gambar matahari terbenam. Fuh. Nasib baik ketiak tak berbau, sebab tengah winter. Sejuk . Semua wangi je la.. hahha. Cerita pasal ketiak la pula. 

Jom layan gambar sunset di Namsan Seoul Tower. Alhamdulillah, rezeki kami sebab first try attempt , mother nature menyebelahi kami. Tak perlu dua tiga kali datang sini, nak menikmati mathari terbenam..Daniella, yang pergi DMZ Tour dengan kami cakap dia sampai 2 kali dia naik bus untuk ke sini sebab awan tak menutupi Seoul. Jadi tak dapat capture sunset.
Sunset, Namsan Seoul Tower, Seoul

Aku ada bagitahu kan, tujuan kami ke Seoul .Bukan semata-mata k-pop, tapi sebab nak jumpa Kak Ahran.  Namsan Seoul Tower tempat pertemuan kami semua. Berjaya ke tak? Scroll lebih sikit? heheh
Sunset, Namsan Seoul Tower, Seoul

Akhirnya, dalam keriuhan orang ramai. Berjaya juga kami berjumpa dengan Kak Ahran. Imagine, dengan penuhnya Korean dekat atas tu. Macam manalah kami nak cari, masing-masing muka sama je. Aku dah pasrah juga mencari, sebab dah beku kesejukkan kat atas tu. Dari jauh, aku nampak akak aku berpelukkan dengan Minah Korean . Tengok macam tu, aku tahu dia dah jumpa kawan dia. hahah..

Sempat dalam hati aku cakap, apsal la nak cari Kak Ahran. Biar aje le dia cari kita, kita yang macam alien kat kawasan ni. Kita orang je yang pakai tudung. hahah. Lagi senang dia nak mencari. wahhha. 

Along and Kak Ahran, Namsan Seoul Tower

Dah berjaya jumpa Kak Ahran baru kita orang bergambar di Namsan Tower ni bersama padlock. Hahha. Aku gambar je. Idok la nak menggedik letak, bukan ni ya kuasa cinta. hahah

Disebabkan kat luar tu sejuk beku, tak sanggup lagi kami duduk lama-lama. Lepas dah menikmati keindahan sunset, kami lepak dekat belah dalam. Lepak dekat Twosome+ cofee shop. Kami dah buat macam gaya mamak siap sambung-sambung meja. Kepala selambe!

Twosome+, Namsan Seoul Tower

Mamat Malaysia sebelah kami duk jeling-jeling. Ada kami kesah? Yelah pelik la ada minah korean duduk lepak dengan kami macam dekat Malaysia. Even, Kak Ahran pun update status rasa macam duduk dekat Malaysia. Tak terasa pun berada di Korea. hehe. Borak-borak menikmati cofee sambil makan kuih kacang yang Kak Ahran bawa..

Strawberry and Kuih Kacang from Ahran.
Namsan Seoul Tower
Sebab dah lama sangat  kami borak-borak tak ingat dunia dalam cafe Twosome+.. Aku cakap dengan Kak Ahran teringin nak makan Taebokki. Dia bawa kami makan di sebuah kedai di area Seoul. Cuma jaln kaki je.. 

Alhamdulillah Kak Ahran tahu pasal halal. Dia minta mak cik dalam kedai tu, tak masukkan perencah daging dalam kuah Taebokki. Suka dia tengok kami berselera malam tu.. Untung kami, ada orang belanja dineer.. Yeah!! :)

Kedai makan di Seoul, South Korea
Balik tu kak Ahran saja singgah hostel kami. Lepak-lepak, borak-borak tak ingat dunia sambil makan Strawberry Korea. Antara strawberry korea dengn mesir , sedap lagi mesir sebenarnya...

 Dah malam sangat.. Kami hantar Ahran ke Heohyeon Station. and its time for us to say good bye. Take care Kak Ahran! Till we meet again.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...