11/8/13

Jakarta- Bandung 2013:Day 4: Puncak,Jakarta

Morning Bandung ayuh kita bersemangat pulang ke Jakarta!
Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk gerak semula ke Jakarta. Om Mawardi decide untuk ke Jakarta kami akan melalui  Jalanraya Puncak, Jakarta. Iaitu jalan lama yang digunakan sebelum adanya highway Jakarta- Bandung.  Sebenarnya aku lagi prefer lalu Highway sebab masa yang diambil lagi cepat . Walaubagaimanapun,  kalau korang nak elakkan jam yang langsung tak bergerak tu. Aku suggest lalu Jalanraya Puncak.

Sepanjang perjalanan kita dapat nikmati keindahan hijau sawah padi dan bukit-bukau. Kalau nak tahu ada satu laluan yang menarik perhatian aku, iaitu laluan kereta api di tepi gunung. 



Photo Courtesy : facetofmiracle

Menarikkan! Gambar kat atas tu dari atas keretapi, tapi kalau dari atas kereta berbeza la sedikit. Dalam perjalanan ke Puncak, Jakarta sempat lagi ,kami singgah ke Restauran di dalam Petrol Station. Bersantai-santailah kami berehat dan membuang apa yang patut. Air dalam tandas tu sejuk sebab air bukit! Mengigil kami. hehe

Tauhu Sumedang dan Air Kelapa Muda! Sedap.. sedap.. sedap..
Restoran di Petrol Station
Puncak, Jakarta Indonesia 2013

Enjoy the foods of Indonesia!


Dalam perjalanan kami sempat singgah ke Masjid Atta'Awun di Puncak, Bogor. Menghayati keindahan seni bina masjid ini. 

Masjid Atta'Awun
Jl. Raya Puncak Km 77
Puncak
Pemandangan Indah di Masjid Atta'Awun
Puncak, Jakarta Indonesia 2013
Menariknya, mereka  menyediakan tempat menyimpan kasut, seperti tempat meletak beg. Serahkan kasut kita, dan mereka akan beri nombor untuk rujukan. So, bila nak ambil semula kasut, bagi balik kad nombor. hehe. Nak tahu sebab apa mereka sediakan perkhidmatan ni? Sebabnyer, bila nak masuk masjid ni kita kena lalu laluan air macam sungai buatan. Tujuannya mereka nak kaki yang bersih sahaja masuk ke dalam masjid. 
Masjid Atta'Awun
Photo Courtesy: MyDeliciousKitchen

Cousin aku cerita adiknya Zaki waktu kecik saja je buat seluar dia basah dan berendam terus dalam laluan sungai buatan tu.  Zaki, jangan marah akak ya. heheh satu dunia udah tahu kamu mandi di situ :P!
Makan-makan dan makan.
Puncak, Jakarta Indonesia 2013

Lagi sekali kami singgah  untuk makan di kedai berhampiran dengan masjid . Kali ni menu kami ialah keledek yang dibakar, rasa dia manis sekali. Di Indonesia, mereka memanggil Keledek dengan nama Ubi Manis . Dalam kesejukkan sebab hujan turun kami enjoy makan ubi keledek.


Keledek Bakar
Puncak, Jakarta Indonesia 2013

Tiba di Jakarta lebih kurang jam 2 petang. Waa.. Kita teruskan dengan agenda shopping . Ke mana ya?? Tunggu!

4 comments:

  1. waaa.. jakarta di sana makan aja hehehee.. bagus la.. kat malaysia nak makan2 pun dah mahal :D
    by the way ada pengalaman ke pekan baru keR? sebab bulan depan nak gi sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf sangat2 ye.. Aku cuma pernah sampai Sumatera Utara je, so bab sumatera timur memang tak pernah jejak.Tapi ada gak sedara kat sana, so orang Indonesia berbangsa Melayu itu ramai disana. Cuma kamu harus ngomong indonesia .. lagi bagus. senang untuk berkomunikasi.

      Delete
  2. tak habis kau tulis sampai aku nak repeat jakarta next week. teruk bebenar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...