11/26/13

Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Bot Penambang dan Mira Cake House

Kembali semula mengupdate dari entry yang lepas Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Mee Kolok Haji Salleh @ Sepinang Sari Cafe, Jalan Satok Kuching. Selepas kenyang makan mee Satok kami pulang untuk check-in di Hotel Grand Supreme, Kuching yang telah kami reserved awal.  Dapat juga kami masuk bilik pukul 12 tengah hari tu,apa lagi siap-siap solat, terus tidor untuk rehat kan badan.. Penat sebab kena bangun pukul 4pagi lagi. tu sebabnya tengah hari dah penat. ngeee...

Dah berehat, badan dah segar.. Apa lagi, jom kita mulakan Food Hunting at Kuching , Sarawak! Kali ni nak kemana? Cari kek lapis Sarawak..Dulu aku suka pesan Kek Lapis Cadbury dengan Lat. Mak cik Lat ada buat, even harga untuk kekk lapis ni a bit pricey, tapi rasanya sedap.. Tapi aku cuma tahu Lat nak kahwin dua minggu before majlis dia, so aku tak nak la susahkan dia nak tempah Kek Lapi Cadbury tu.. hehehe

Jadi tempat mana nak cari Kek Lapis Sarawak yang famous dan sedap? Tentulah di area Kampung Gersik, Kampung Boyan, Kampung Samarang, Kampung Sourabaya Ulu, Kampung Panglima Seman.. Kat mana tu ?? Senang sahaja.. anda cuma perlu menaiki Bot Penambang dari  River Front untuk melintas Sg Sarawak ke Jeti Kampung Boyan . Harga untuk seorang  menaiki bot penambang ialah RM1. Seriously makin lama naik harga Bot Penambang ni , 2008- 30sen, 2009- 50 sen, 2013- terus naik jadi RM1. Ni mesti sebab minyak naik harga. 


Bot Penambang
Kuching , Sarawak 2013
Sebenarnya saje je aku naik penambang ni sebab En. Ahmad tak pernah naik. Aku dengan along dah pro dah.. hehehe.. Aku suka naik bot penambang ni walaupun tahu kat dalam Sungai Sarawak tu penuh dengan Bujang Senang. Tapi jenis yang suka something different, aku galakkan naik bot penambang hokey :) Mencabar ke?
Jeti Bot Penambang
Kuching Sarawak 2013

Dari Jeti Kg. Boyan terus belok ke kanan untuk ke Mira Cake House. Bestnya kebanyakkan kedai-kedai di sini bagi kita try semua kek mereka. Kira kenyang la kau makan. Jenis muka tebal macam kami ni tak kisah nak try semua jenis dan rasa kek yang disediakan.. hehe.  Rasanya dulu kedai Mira ni Dayang Salhah ke dah bertukar .. Aku pun kurang pasti.. 
Rumah di Kg. Boyan
Kuching Sarawak 2013

Silalah enjoylah gambar Kek Lapis di kedai Mira Cake House ye.. 
Sebenarnya keluarga aku bukan jenis makan benda-benda manis, sampai berkulat kadang-kadang.. huhu. Tapi disebabkan Kek Lapis antara benda famous yang wajib dibawa dari Sarawak.. Kami beli juga untuk orang-orang office. hehehe


Hiasan di Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013

Aneka Jenis Kek Lapis
Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013

Proses Pembuatan Kek Lapis
Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013


Dah habis dekat RM100 kami beli kek lapis sahaja.. Tp tu cost untuk tiga orang la.. Decide nak   pergi Fort Margherita. Dari dulu lagi aku nak pergi , tapi tak dapat juga jejakkan kaki ke situ.. ha berjaya kah aku?.. Next entry anda boleh baca cabaran ke Fort Margherita! heuheuheu

Harga Kek Lapis:


1.Standard : RM10
2. Kek Lapis Cadburry : RM20

Nota kecil : Lambat update? Yes, banyak benda nak buat. Even hari sabtu ahad pun ada banyak benda nak kena buat... Bawa bersabar je lah.. Anda pun harap dapat bersabar dengan perangai dan karenah aku ni ye.. hahahah.. 

6 comments:

  1. Oh ho.. pergi kilang buat kek lapis terus.. memang terbaik la dapat murah :D
    Sarawak memang seronok.. kek lapis dia murah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. berlambak kot kek lapis nyer kilang kat area situ.. boleh lah harga dia tak berubah pun dari tahun 2008 sampai sekarang tetap RM10.

      Delete
    2. Oh RM 10.00 murah la.. sebba hari tu kat Miri paling murah dapat RM15.00 kek lapis.. ok aim next destination Kuching pulak :D

      Delete
  2. boleh testing rasa-rasa dulu ek..
    teringin nak pergi Srwk..dah lama beno tak ke sana..
    bole suggest mee kolok yang halal dan sedap..?
    seafood atas rooftop tu ada lagi ke eh?

    i remembered last time pergi sana..org srwk hidang makanan in big portion..puas sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. boleh try tu semua.. pergi la Sarawak tetap best juga..
      Mee kolok sedap dan halal boleh refer to my entry : http://misznina17.blogspot.com/2013/11/food-hunting-at-kuching-sarawak-day-1.html
      Seafood atas rooftop tu ada gak, nnt i update pasal "Topspot Place" ..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...