11/15/13

Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Mee Kolok Haji Salleh @ Sepinang Sari Cafe, Jalan Satok Kuching

Sabar-sabar ye semua.. Lepas ni entry aku semua pasal makanan, sebab kerja kami sepanjang dua hari ialah Food Hunting Makanan Sarawak. hehehe. Kita 

Dulu-dulu zaman university , aku selalu minta Lat belikan Mee Kolok. Sanggup Lat belikan pagi-pagi buta and bawa untuk aku makan dekat bilik . I heart you lat! Tapi aku tak sanggup lagi nak minta Lat beli lagi , sebab tiap kali dia balik Serawak kena mengangkut Mee Kolok aku.wahahah. 

Dalam perjalanan pulang dari kenduri Lat, sempat lagi kami google famous Mee Kolok di Kuching, Serawak! Cepat-cepat kami tukar arah GPS area Jalan Satok. Apa lagi, happy la kami dapat try Mee Kolok yang dah lama gila tak makan. 


Mee Kolok with Sup
Mee Kolok Haji Salleh
Kuching, Serawak


Actually kedai ni nyer Mee Kolok memang sedap dan kena dengan tekak. Sebab nak buat mee kolok ni perlukan kepakaran dan tak semua kedai tahu membuat mee kolok . Jadi nak cari yang halal memang payah sikit.. Antara kedai yang halal ialah


Alamat: 

Mee Sapi / Mee Kolok Haji Salleh
Sepinang Sari Cafe & Restaurant
Lot 206 G/F, Jalan Satok,
Section 11, Kuching,
93400 Sarawak
GPS Coordinates: N1 33.203 E110 20.186
Business hours: 5.30am-4pm (Wed – Mon) Closed on first 3 Tuesdays of the month
Mee Kolok In The Making
Photo Courtesy: Vkeong

Sepinang Sari Cafe & Restaurant
Photo Courtesy: Vkeong
Mungkin kami pergi hari Sabtu pagi jadi pelanggan memang terlampau ramai. Even nak dapatkan air dekat setengah jam, nak dapatkan mee kolok almost 45 minit. Jadi memang bawa bersabar je lah menanti Mee Kolok serta Teh C Peng kami.Bila dah sampai , apa lagi cepat-cepat kami makan  mee kolok ayam dan mee kolok daging yang sedap-sedap. Berbaloilah juga tunggu. Berbaloi ke?huhuhu
Mee Kolok  Ayam
 Mee Kolok Haji SallehKuching, Serawak

Nina and Along , focus kami makan
Mee Kolok together with Sambal Sarawak
Kuching, Serawak
Kuching, Serawak
Teh C Peng or Teh 3 Layer
Kuching Serawak

Total Makan: RM19.40
  1. Mee kolok ayam dan daging (3 Mangkuk)
  2. Teh C Peng (3 Cawan) 

Dah habis makan, apa lagi balik hotel untuk berehat. Muka masing-masing dah pening sebab tak cukup tidor.hhehe

7 comments:

  1. Replies
    1. Yer.. inilah mee kolok.. sedap2.. :) kalau sapa pandai buat.. kena dengan tekak kita

      Delete
  2. Mee Kolok ni nampak lain.. kat Miri ada Mee Kolok Sup.. Mee Kolok Ayam.. dan Mee Kolok Goreng Special..
    rindu nyer ngan mee kolok huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab faktor jarak menjadikan mee nampak lain. hahaha

      Delete
    2. Mee Kolok asal Kuching, Miri tu bandar baru, semua makanan asal tempat lain. Nak makan Mee Kolok, mesti makan di Kuching.

      Delete
  3. sedapnya mi kolok...aritu pi haji salleh ni tp dah abes pula mi nya...so driver jabatan ajak pergi di sebelahnya tu yg satok flyover cafe tu..mmg sedapp...lepas tu ada 3,4 kedai kami pi, tak sesedap kat situ...nyummm.... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satok tu pun nampak ramai.. kena pandai orang buat.. baru sedap di makan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...