10/30/12

Travel Itinerary Bandung, Indonesia 2011 (5 days 4 night)

Bandung. One word for Bandung is SHOPPING. Hahaha. Sebelum ni aku ada update Travel Itinerary Bandung (5 days 4 night) untuk tahun 2010. Sekarang aku update untuk tahun 2011 pula. Tak ada beza sangat itinerary tahun 2010 dengan 2011.Cuma itinerary tahun 2011, lebih sesuai untuk mereka yang pergi berkeluarga dan ramai-ramai. 

Date : 12/9/2011-16/9/2011
Transportation at Bandung : Pak Supir: Pak U'us (Driver). Contact: Miftah for booking.
Travel with : My family and Pak Zam's family (14 people)
Airport tax: RP75K but already increase into RP150K (2012). 

12/9/2011

3.30 p.m (Indonesian Time) : Arrive at Husein Sastranegara International Airport, Bandung.
4.30 p.m: Check in at Home Stay Rumah Tawa
6.00p.m : Dinner at Restaurant Sangkuriang
8.00p.m: Shopping at Paris Van Java

Two Big Family at Bandung 2011

13/9/2011

9.00 a.m : Shopping at Jalan Dago
10.00 a.m: Shopping at Jalan Riau
12.00 p.m: Toko 3

Toko Tiga, Bandung 2011

14/9/2011

9.00 am- 2.00p.m : Shopping at Pasar Baru Bandung.
3.00p.m: Lunch at Platinum, ChiWalk, Jalan Chihampelas.
4.00p.m: Shopping groceries at Yogya Mall, ChiWalk
6.00p.m: Buy Batagor 

TIPS SHOPPING DI PASAR BARU,BANDUNG
  1. Aku selalu beli kain baju dekat SirCinta .Kedai nie ada dua, satu kecik satu besar. Pergi dekat yang besar sikit dan minta harga murah waktu ada boss cina dia. Kalau nak beli kain yang ada corak manik ,kedai ni ada jual.Tapi kalau korang dapat harga lebih murah, beli je lah dekat kedai lain. hehehe
  2. Nak beli door gift pergi dekat lantai D2 - (level D2) dekat sini ada orang jual banyak door gift 100 pieces dan boleh dapat 1 pieces lebih kurang 30sen atau 20sen.
  3. Beli kad kahwin , pergi tandas level 3 sebelum masuk tandas ada kedai kad kahwin. Dia orang ada sediakan penghantaran kad kahwin sampai ke Malaysia. Kalau kad keras di Malaysia mahal, dekat sini boleh dapat dalam harga 60sen.
  4.  Nak beli baju muslimah ada dekat lantai 5 (level 5) kat sini banyak dan boleh minta murah.
  5. Survey dulu harga baru beli, takut nanti kena tipu harga Jangan lupa bargain !!!
  6. Banyak kan berdoa utk elak benda buruk berlaku.Kalau beg sila letak di hadapan. 
  7. Camera DSLR tinggalkan jer dekat dalam kereta (sorok2 ler kasi tak nampak)
  8. Kalau berjalan berkumpulan rapat2 takut nnt hilang dompet atau apa2 sahaja..

Chi Walk Bandung 2011

15/9/2011

2.00p.m : Lunch at Kampung Daun
4.00p.m: Shopping at Jalan Dago
Kampung Daun , Bandung 2011

16/9/2011

8.00 a.m: Departure Hall, Husein Sastranegara International Airport, Bandung
12.00P.M: Arrive at Lcct, Malaysia.

10/29/12

Travel Itinerary Cambodia (4days 3 night)

Ramai orang yang datang ke Cambodia untuk melawat Angkor Wat di Seam Reap. Tapi berbeza dengan aku. Setiap kali  rancangan dokumentari yang memaparkan kisah penderitaan rakyat Cambodia di zaman Khmer Rouge membuatkan aku rasa ingin berkongsi bersama kisah hitam mereka. Itu sebabnya, kami tak sampai ke Angkor Wat sebaliknya kami ke Kampong Cham.

Date : 3/5/2011- 6/5/5011
Hotel : New York Hotel, Phnom Penh
Transportation : Driver. My family at Cambodia booking for us.
Flight ticket : RM40 during air asia sale.
Travel Partner : Me (Nina), Along and Kak Meng

Information :
  • Hotel Rate : 3 night = USD105 ( 2 Single bed room with extra bed)
  • Driver rate : 
  1. Phnom penh city/ day- USD 35
  2. To Kampong Cham /going back to Phnom Penh-USD 90
  3. To Seam Reap /going back to Phnom Penh - USD 190
  • Halal Restaurant at Cambodia: Malaysian Restaurant - De' Wau at New York Hotel
  • Currency : USD and Reel
3/5/2011

7.00 a.m (Malaysian Time): Departure Hall at LCCT, Kuala Lumpur
8.20 a.m ( Cambodian Time) : Arrive at Phnom Penh International Airport
10.00 a.m : Royal Palace Museum, Phnom Penh .Ticket Fee: USD 6.25
Royal Palace

4/5/2011

8.00 a.m :Killing Fields Choeung Ek. Ticket Fee : USD 3.00 ( 1 Hour Journey from Phnom Penh)
12.00 p.m : Russian Market
2.00 p.m:  Olympic Market only for 20 min because communication barrier.
3.00 p.m : Wat Phnom . Ticket fee : USD 1.00
4.00 p.m: Central Market 
Shopping time at Russian Market and Central Market

5/5/2011
8.00 a.m : Kampong Cham . ( 2 1/2 hour Journey from Phnom Penh)
11.00 am : River Cruise to Diamond Island. Fee/boat : USD 20
12.30 p.m : Bamboo Bridge
2.00 p.m : Wat Kampong Cham
5.00 p.m : Central Market, Phnom Penh
7.00 p.m : Tuk-tuk Journey to Mekong River ( Infront of Royal Palace)

Kampong Cham

6/5/2011

5.00 a.m: Hotel to Phnom Penh International Airport
* Airport Tax: USD 25

10/23/12

Travel Itinerary Singapore (3 days 2 night)

Trip di Singapore ni ada ala-ala backpackers sedikit, sebab 100% kami menggunakan public transport di sini.  Jangan risau, kita tak akan tersesat sebab public transport mereka sangat efficient.. Trip ini merupakan trip yang pertama pada tahun 2011. Enjoy !

Tarikh Percutian : 11/2/2011 -13/2/2011
Tempat Penginapan : House Atok Kak Tiqah at Tampines . Sorry guys, aku banyak menunmpang rumah saudara, kalau currency negara tu tinggi.
Transportation at Singapore : MRT , LRT and Bus.
Transport (KL- Singapore) : KTMB - Superior Night Class (Bed Sit) RM40
Transport (Singapore -KL) : Tiger Airways (Low Cost Flight at Singapore ) RM100
Geng Percutian : Me (Nina), Along (my sister), Kak Tiqah, Kak Naza, and Kak Zetty 



11/2/2011

11.00p.m: KL Central
11.35p.m: Begin journey by train to Singapore

(8 hour journey)

12/2/2011

7.00 am: The train engine got problem and we  stuck at Station Kulai, Johor
12.00 am: Arrive at Station Tanjong Pagar. Now, if you take by train.. The last pit stop will be Woodland, Singapore.
1.00p.m: Arrive at Rumah Atok Kak Tiqah. Solat, and lunch.
2.30p.m: Che' Ahmad sent us to Harbour Front Station 
3.00 p.m - 8.30 p.m : Having fun at Universal Studio Singapore.
8.30 p.m : Take train from Harbour Front Station- Tampines Station .Going back home

~Universal Studio Singapore 2011

13/2/2011

10.00 am : Take bus in front house to MRT Tampines Station 
10.15 am : MRT Tampines Station - Raffles Place Station
11.00 am : Mellion, Singapore
11.30 am : MRT Raffles Place Station - Orchard Road Station
12.00 am : Lucky Plaza, Orchard Rd
1.00 p.m : Orchard Rd Station - Tampines Station .Going back home to take our beg.
2.00 p.m : Take a family picture with Atok's family.
2.30 p.m : Tampines Station -Changi Airport
- At Changi Airport take Basement Terminal 2 for Free Shuttle Bus to Budget Terminal
4.00p.m : Tea time at McDonald (Halal )
6.00 p.m: Going back to Kuala Lumpur


Orchard Rd Singapore 2011

Note 1: Just click-click untuk baca
Note 2: Agak terkilan tak dapat pergi Kampung Gelam, Arab Street. Ketika kami sampai, kawasan sekita Marina Bay masih lagi dalam construction. Jadi tak banyak tempat kami round.
Note 3: Disebabkan masalah engine train,kami delay untuk sampai di Singapore.

Travel Itinerary Perth, Australia (7 Days 6 Night)

Sekarang tengah musim aku update pasal Itinerary dari tahun 2009- sekarang. Jadi harap jangan bosan ya semua. 

Untuk pengetahuan semua , aku dah dua kali ke Australia. Pertama pada tahun 2010, dan kali kedua pada tahun ini 2012. Ada sedikit perbezaan untuk itinerary, sebab 2010 kami lebih tertumpu pada kawasan sekitar Perth, Australia sahaja. Berbanding tahun 2012 , itinerary kami sehingga ke Albany. Jadi, kalau anda first time  ke Perth dan nak bersiar-siar di kawasan sekitar Perth sahaja. Boleh follow aku  nyer itinerary di bawah ni.

Tarikh Percutian : 10/9/2010- 17/9/2010 ( 1 Minggu)

Rumah Penginapan : Duduk rumah Pak Cu! Sorry guys, tak dapat bantu pasal ni.
Transportation : Kereta Pak Cu. Sorry guys, tak dapat bantu pasal ni.
Flight Ticket : Around RM600++. Walaupun promo, tapi mahal juga.
Percutian bersama keluarga : 1 Family bersama Wan (nenek). Except abah dan akmal coz nak SPM.

p.s: Sorry , waktu kami pergi ni Hari Raya Aidilfitri, jadi tentatif kami berbeza kerana berhari raya di perantauan.
BTW, if you want itinerary with lots of activities. You may refer to my Travel Itinerary Perth, Australia 2012 . Click "here"
Salam Perantauan di Perth, Australia -2010
10/9/2010 (1st day raya aidilfitri)

11.00p.m: LCCT, Kuala Lumpur - Perth (5 hour journey)

4.00 a.m (11/9/2010) :  Arrive at Perth, International Airport 

11/9/2010 (2nd day raya aidilfitri)

6.00 am : Arrive at Pak Cu's House.
12.00 am: Open house at Aunty Murni and Pak Akob House near Curtin University.
3.00p.m: Open house at Jundaloop
6.00 p.m: Open house at Perth City 

12/9/2010 (3rd day raya aidilfitri)

8.00 am: Freo market, Freemantle
2.00 p.m: Open house at MG's house
5.00p.m: Open house at Sarawak Geng house

13/9/2010 (4th day raya aidilfitri)

9.00 am: Choclate Factory , Perth
12.00 a.m : Caversham Wildlife Park

14/9/2010 (5th day raya aidilfitri)

9.00 a.m: Araluen Park (1hour journey to Araluen Park)
3.00 p.m: Perth City  
5.00 p.m: Shopping at BigW

15/9/2010 (6th day raya aidilfitri)

9.00 am: Mandurah
10.00 am: Branch Fish and Chip at Mandurah.
12.00 am: Sightseeing at Mandurah
5.00 p.m : Dinner at Pak Akob's House

16/9/2010 (7th day raya aidilfitri)

9.00 am: Shopping at Harbour Town, Perth
2.00 p.m: Shopping at Perth City
4.00 p.m: King's Park City

17/9/2010 (8th day raya aidilfitri)

4.00 am: Perth, International Airport
12.00 am: LCCT, Kuala Lumpur

Note 1: Just click-click at link given.To read more information.
Note 1: Maaf , information tak banyak.. tapi nanti aku update untuk tahun 2012 punya.. lagi detail. ngee.

10/21/12

Pasport Ekspres -Rewan Ishak




Buat aku teringat journey aku dari Kuala Lumpur ke Singapura menggunakan keretapi . Short trip.Tapi memberi kesan , kerana kami antara rakyat Malaysia yang dapat berhenti di Station terakhir  Tanjong Pagar .Kini, station tersebut sudah berada dibawah tangan Singapura. argh ..politik semua!

Nostalgia itu indah! 

10/20/12

Travel Itinerary Bandung , Indonesia (5 days 4night)

Asalnya aku nak buat untuk first place aku ke luar negara iaitu Medan, Indonesia pada tahun 2009. Tapi itu pun aku copy paste note along kat facebook.duh! Dulu punya post memang macam hape je aku tulis.. Tak banyak information, ayat ikut sedap rasa aje. Tapi sikit demi sedikit, aku improve gaya bahasa. Tahu apa maklumat yang orang nak. Jadi harap maaf kalau post dulu-dulu  membosankan.

So, kita mulakan dengan Travel Itinerary Bandung. Briefly, aku dah dua kali ke Bandung iaitu pada tahun 2010 dan 2011 .Untuk post kali ini adalah trip aku yang pertama ke Bandung, Indonesia pada 2010-. Shopaholic mesti suka sebab setiap hari -SHOPPING. hahahah


10/4/2010


9.00 pm (Indonesian Time) : Arrive at Husein Sasteranegara, International Airport, Bandung

10.00 p.m: Stay at Karmila Hotel

11/4/2010

8.00am : Choose new hotel : Rumah Tawa
10.00 am : Shopping at FO Sahara and Jalan Dago
1.00pm : Lunch at Restoran Minang
2.00pm: Continue shopping
6.00pm: Paris Van Java Shopping Mall

12/4/2010

8.00am: Begin journey to Tangkuban Perahu
9.00 am: Arrive at Tangkuban Perahu
10.30am: Strawberry Farm
1.00pm: Lunch and solat at Kampung Daun
3.00p.m: Going back to Bandung
4.00p.m- 6.00p.m : Buy some books at Mall and Murtabak Manis


Bandung 2010
-Kurus zaman tu

13/4/2010

9.00a.m -5.00p.m : Shopping at Pasar Baru I know its crazy.. hahaha 
Lunch and Solat at Pasar Baru
5.00p.m-7.00p.m: Last shopping spree at Factory Outlet


Bandung 2010
~It's all about SHOPPING.

14/4/2012

8.00am : Factory Outlet Sahara
10.00am: Buy brownies at Kartika Sari
1.00p.m: Lunch at Rice Bowl at Mall
Going back to Kuala Lumpur .Sorry i forgot the flight time

Note 1: The tentative it's all about SHOPPING.wahahha

10/18/12

Travel Itinerary Surabaya, Indonesia (3 days 2 night)

Aku rasa kalau aku tulis panjang-panjang, anda semua  macam tak boleh follow aku punya post yg panjang berjela. payah. Jadi bila tulis travel itinerary ni dapat membantu anda semua! Just click-click .Jadi tak ada lah pening lalat. riteo?
Taman Safari Indonesia

Day 1 ( 13/4/2012)


6.oo am (Malaysian Time): Departure Hall at LCCT, Sepang Kuala Lumpur
12.00 p.m :  Narita Hotel ,Surabaya
2.00pm : Lunch at Depot Anda fit -Kapal Api.

Day 2 (14/4/2012)

7.15 am : Start our journey to TAMAN SAFARI INDONESIA II PRIGEN, PASURUAN
9.00 am: Arrive at TAMAN SAFARI INDONESIA II PRIGEN, PASURUAN
9.00 a.m- 2.30 p.m : Having fun at TAMAN SAFARI INDONESIA II PRIGEN, PASURUAN
2.30 p.m- 4.30P.M: Went to Coban Rondo
4.30 p.m: Coban Rondo
6.00 p.m - 8.00 p.m : Going back to Surabaya
8.00p.m: House of Sampoerna

Padi Bukit

Day 3 (15/5/2012)

9.00 am : Shopping at Jambatan Merah Plaza (JMP)
3.00 p.m : Juanda International Airport, Surabaya
6.00 p.m: Departure Hall, Juanda International Airport Surabaya
9.00 p.m: Arrive at LCCT, Sepang, Kuala Lumpur


Selain itu aku ada gak tulis pasal The Untold Stories at Surabaya, Indonesia. Peristiwa yang aku lalui sebelum dan sewaktu berada di sana. 

Note 1: Enjoy your trip everyone!






10/15/12

Surabaya, Indonesia : The Untold Stories.


Alhamdulillah , aku dah berjaya tulis trip Surabaya. Mungkin semua orang nampak aku happy, ceria dan bahagia. Tapi ada cerita yang aku tak bagitahu, sebab nanti merosakkan mood pembaca. Jadi untold stories ni aku simpan dahulu hingga ke last post .


The untold stories 1

Cerita yang ni agak seram, takut? atau pedih. Mana satu sesuai ya, korang klasifikasikan sendiri lah lepas dah habis baca ye.

Ceritanya, mata putih aku terkena paper cut atau lebih tepat money cut! Punca dia macam ni, sebelum berlepas ke Surabaya aku beli la air mineral sebab dalam kapal terbang mahal dekat hall murah sedikit still mahal. Jadi sewaktu aku nak bayar di kaunter , aku mungkin terkeluarkan duit RM1 baru tu secara cepat. Maka terus tersusuk ke mata aku, dan menghiris mata putih ku. Maka, aku menahan pedih. Imagine , baru nak bertolak dah kena dugaan.


Hati-hati duit ini tajam di tepi
Source : http://duitbeliduit.blogspot.com
Jadi mata aku terus mengeluarkan air mata tanpa henti. Macam aku nak tinggalkan orang tersayang. Naik atas kapal terbang, aku minta la steward tu eye more. Mana ada. Menangis tanpa henti aku dalam flight, padahal aku tengah menahan pedih. Imagine setiap kali aku kedip mata, aku kelip mata aku rasa teramat mata. Macam orang kena paper cut kat tangan pun berdarah, inikan aku kena kat mata. 

Nasib baik akak aku pernah ada pengalaman, office mate dia tercucuk duri pada mata putih. Sampai berdarah-darah. Husband dia macam dah nak kena sawan risau tengok bini dia. Sampai dua kali dia pergi clinic, tapi ubat yang diberi tetap sama -eye more juga. Office mate akak aku siap fikir dia bakal jd disable-buta. Alhamdulillah, on 2nd day dia dah sihat. Ok juga dia dapat pergi clinic, aku ada atas awan clinic mana nak singgah??

Tapi aku dengar cerita dari akak aku sambil, angguk-angguk menahan pedih dan satu saat aku tak tahan sakit aku hentak kaki. Nasib baik la flight tu smooth. Mamat indon sebelah aku asyik pandang apa pasal minah ni berkelakuan pelik. Aku cuba nak tidor, tapi bila bangun pedih yang amat!! Terus minta steward tu ais letak kat mata. Dah macam orang kena tumbuk pula. 


Pakai glasses demi melindungi mata yang sakit
-Glassess kak meng . Sehari pakai aku patahkan.
Jadi sepanjang satu hari tu aku menahan pedih mata. Kejap okay, kejap tak okay. Selepas ke Lapindo Sidoarjo, kami ada singgah Apotek (Farmasi). Tapi Pharmacist tu cakap jumpa doktor. Aku bukan nak cerita buruk pasal hal doktor disini. Cuma kakak sepupu aku yang pernah belajar disini ada cerita Doctor-doctor sini pun pergi negara seberang untuk berubat. Inikan pula aku nak pergi jumpa doctor , entah-entah nanti dia charge aku berapa juta tah.

Finally, aku singgah kedai serbaneka beli eye-more. Jadi satu hari hidup dengan mata bengkak sebelah ,pedih dan non-stop keluar air mata. Sihat je eye-more tu hilang. Sampai di hotel, sempat google pasal kena paper cut at eyes. Kalau kena pada mata putih tidak mengapa, tapi kalau kena mata hitam sila cepat ke hospital. Nasib tak kena mata hitam. Alhamdulillah selamat.

The untold stories 2

Kalau anda semua baca pada Surabaya, Indonesia Part 1 pasti perasan aku tulis note diatas sekali. Malas nak buka, meh aku paste balik apa yang aku tulis.


"Sememangnya agak sukar untuk aku update blog and duduk depan computer lama-lama dengan keadaan badan dan condition tulang aku yang tak berapa stabil. Diulangi TIDAK STABIL. Oh, sila abaikan, kerana Ketidak stabilan itu sudah berubah menjadi hampir stabil. Alhamdulillah. Akhir nanti aku cerita la apa sebab nye. Kerap hilang focus ketika update pun melambatkan process nak update blog. Dah le tuJom le baca travel trip aku yang the latest niwahaha."'
Nampak apa yang aku boldkan? Condition tulang. Ringkaskan cerita, aku jatuh terduduk dalam bilik air dekat hotel. Aku kena pada malam sebelum balik, jadi waktu aku shopping on last day tu aku tak berapa stabil. Nak bangun dan duduk susah, terutama sekali sakit dibahagian coccyx. Nasib baik shopping hanya memerlukan untuk aku berjalan dan aku masih boleh berjalan. 



Coccyx bone
Source: diymotorcycleseat.com
Sekarang ni masih lagi dalam pemeriksaan doctor. BTW, disebabkan aku busy FYP. Aku boleh lupa nak pergi clinic untuk tahu result x-ray aku dari doktor pakar. Dush! Confirm kena marah dengan doctor. Tapi jangan risau ya semua. Alhamdulillah after two weeks, aku dah beransur pulih. Cuma kadang-kala sakit datang sebab aku banyak sangat duduk depan computer. Sakit tu bertambah lagi kalau aku naik bus , jadi aku sekarang ni kena kurang aktiviti. wahaah.


BTW,tolong doakan our travel partner kak meng sekarang dalam hospital. Waktu aku sakit terjatuh, dia pun tengah sakit belakang. Jadi sepanjang trip di Surabaya, dia cepat lenguh.. Jadi,sekarang tengah tahan dalam ward for MRI, doctor suspect slip disc. Harap-harap tak kena and cepat sihat. amin.


Note 1 :Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangya sakit ni dapat hapuskan dosa aku dan aku tahu Allah beri ujian kerana sayang akan aku :)

Itulah the Untold Stories aku. 

Updated: Alhamdulillah, aku pergi X-Ray doctor kata "Everything was fine. Tak ada retak atau patah. Kalau ada rasa pain tu sebab jatuh jadi ada lebam sikit. nothing serious" Alhamdulillah

Surabaya, Indonesia- Day 3 Part 2: Selamat Tinggal SuroBoyo

Setelah kami selesai bershopping di Jambatan Merah Plaza kami bergerak menuju ke Bandara pada pukul 3pm memandangkan flight kami pada pukul 6.00p.m waktu Indonesia (WTB). Perjalanan mengambil masa selama 1 jam melalui jalan tol ke Bandara. Sampai airport lebih kurang pukul 4p.m.

Pilihanraya campaign
Photographer: Syahidah Adnan

Memandangkan along dah check-in di KL untuk penerbangan Surabaya-KL. Jadi, kami cuma perlu baggage drop sahaja. Di kaunter yang sama juga,kita perlu bayar air port tax sebanyak RP150k. FYI, duit airport ni dah menaik mendadak, dulu RP75K  dua kali ganda naik. 

Information:Kalau di Bandung, air port tax perlu di bayar di kaunter air port tax. 

Selesai, pembayaran kami semua ke Surau Airport yang berdekatan dengan Hall 11 (kalau tak silap). Kebanyakan surau di Indonesia, tidak mempunyai penghadang penuh jadi ramai yang berasa tidak selesa. Sebenarnya aku rasa tidak mengapa yang penting kita perlu tahu menjaga aurat. Cuma aku ada baca review ada sesetengah orang tidak berapa suka . Kadang kala mereka sanggup tunggu orang lelaki habis solat, baru masuk surau untuk solat. Jadi nasihat aku, bila berada di negara orang kita perlu terima culture mereka. Tak ada salahpun rite ? :) Panjang membebel pula dah.


Salsa Cafe
Photographer: Syahidah Adnan
Selesai solat, kami terus ke Salsa Cafe yang berdekatan di ruangan menunggu. Kami order, then boleh pula pergi shopping fridge magnet. Dalam post Shopaholic at Surabaya, ada aku bagitahu Fridge magnet susah nak jumpa di Surabaya .Bagi penggemar fridge magnet satu kesedihan apabila terpaksa membelinya di airport dengan harga yang sangat mahal.


Departure Hall
Photographer: Kak Meng
Sesudah shopping, sampai-sampai sahaja makanan dah tersedia di meja. Teruk betul, badan dah lapar tak sempat snap picture. Tapi boleh tahan juga lah. Nice. Alhamdulillah perut kenyang, kami ke departure hall untuk berlepas.Tepat pukul 6p.m (WTB) kami berlepas pulang.

It's time to say Good Bye SuroBoyo! 


Juanda Airport
Photographer: Syahidah Adnan
Note 1: Kenapa aku semangat update? Sebab dah submit kerja serta dah settle jumpa lecture. Yeah! Tinggal nak interview ohhh menakutkan.. Diceritakan, company tu ada high expectations on student. Aku tak kisah la, janji try and mencuba .. ngee.. 

Note 2: Aku nak cerita peristiwa menyedihkan on next post.Dugaan di Surabaya. 

Note 3: Nak update travel itinerary untuk semua negara. gambate nina!

10/14/12

Surabaya, Indonesia - Day 3 Part 1: Shopping di Surabaya

Ingat tak aku ada janji  nak cerita pasal bershopping di Surabaya.So here come Confession of Shopaholic at Surabaya. Please take note Shopaholic! Nasihat aku jangan pergi ramai-ramai nanti harga kat Surabaya meningkat, lepas tu aku dah tak ada tempat nak bershopping dengan harga murah.. hahaha. Just kidding! 


Before Shopping, meh aku senaraikan . List of Shopping Mall at Surabaya. 

  1. Jambatan Merah Plaza (JMP)-boleh bargain dan ianya lebih kurang macam Pasar Baru di Bandung, tetapi berhawa dingin, bersih serta bahagia ketika bershopping disini. motif bahagia?hahah
  2. Sunan Ampel-baju-baju muslimah dan muslimat, telekung serta alat kelengkapan solat haji dan umrah murah disini dan boleh tawar- menawar.
  3. Darmo Trade Center (DTC)-ni aku dapat review dari mak cik tukang urut dekat hotel. Kalau nak minta murah kena tanya dahulu. Then, jangan menampakkan sangat yang kita nak beli barang tersebut. Kena main tarik-tali . Kebanyakkan peniaga disini adalah orang Madurah jadi aku sarankan kalau nak beli je lah minta tawar, kalau tak jangan minta tawar. Harga memang boleh dapat tawar mengganas kalau anda berkebolehan bercakap dalam bahasa Madurah.
  4. Pusat Grosir Surabaya (PGS)- boleh beli secara borong.tapi nak beli satu-satu pun mereka kasi.
  5. Darmo Factory Outlet -the only factory outlet at Surabaya. tapi aku tak pergi.
  6. Tunjungan Plaza- ni pun aku tak pernah pergi, jadi tak dapat beri apa-apa information, maaf ya.
Jambatan Merah Plaza (JMP)
Source: http://www.transsurabaya.com/
Setelah diambil kira kesemua factor, kami ke JMP sebutan (j-m-pey) . Agak awal kami sampai disini, sebab kebanyakan Shopping Mall kata sahaja buka pukul 9, tapi tak fully buka. Pukul 10 baru semua buka. Waktu tu kami dah kekurangan wang rupiah. Nasib baik ada satu kedai menjahit langsir,tokey dia turut buka kedai money changer di JMP. Kedai aunty tu di lantai 1 berdekatan dengan kedai jual kuih dan escalator, tokey- Chinese aunty. Bayangkan 1 jam lebih kami tunggu aunty tokey kedai tu sampai. Siap boleh buat survey satu mall sementara tunggu dia datang. Pukul 11 pagi baru lah aunty tu sampai. Mentang-mentang dia the ONLY ONE money changer dekat situ. Jadi nak tak nak kenalah tunggu. 

Inside JMP, using phone
Tiada gambar ketika shopping
Photographer :Me

Sebenarnya, mana-mana tempat di Indonesia menerima wang ringgit. Tapi aku sarankan , JANGAN @ TIDAK BOLEH melakukan proses jual beli dengan wang ringgit. Sebabnya, nanti kita rugi. Matawang mereka lebih rendah jadi guna duit rupiah sahaja. Secondly, TUKAR DUIT DI MALAYSIA, memang sakit sikit bila tukar di negara mereka sebab kita rugi. Walaupun rugi cuma 80sen, masih rugi kalau tukar banyak-banyak. Tapi kalau dah tahap terdesak macam kami, nak berbelanja pun tak cukup duit. Kena juga tukar. hehehe. 

Seperti yang aku pernah bagitahu di post ini, banyak kain ela yang berela-ela di jual disini. Kain cotton, kain yang buat aku rasa nak beli. Tapi tak tahu, apa purpose nak beli. heheh. Tapi kami shopping dengan pantas dan agak cepat sebab pukul 3 dah kena gerak ke Bandara (Airport).

Benda yang paling susah nak jumpa di sini ialah Fridge Magnet. Satu shopping complex aku pusing. Memang tak jumpa finally aku beli dekat airport je. Ada juga kedai yang menjual kerepek nangka, kerepek epal, kerepek salak di lantai 1. Selain itu, baju t-shirt"I love Surabaya" banyak di jual disini. Mereka turut menyediakan perkhidmatan menulis nama pada belakang baju secara FREE. Ni first place yang aku pergi ada sediakan perkhidmatan macam ni. Senang kerja aku dengan along bagi dekat orang, sebab dah siap-siap ada nama. Confirm tak tertukar. hehehhe

Kalau anda yang suka beli air teh botol,fruit-tea atau maggie ABC sebutan (Arr- beyy-cheyy) untuk dibawa ke Malaysia. Kita boleh beli di Lantai 3 JMP 2 , ada shopping mall macam Giant iaitu Ramayana. Tapi cashier dia lembab , harap bersabar. huhuhu

Untuk pengetahuan semua, di Surabaya kita tidak akan dikejar dengan penjual-penjual cenderamata atau peminta sedekah. First time, aku rasa kehidupan aman sejahtera tanpa gangguan. Kalau tidak, kat tempat shopping mesti aku buat muka "toya" tak nak beli.wahahha

Note 1: Habis sudah Confession of Shopaholic at Surabaya, ada satu post lagi untuk Surabaya. sobs. maaf ya, next week ada intern interview. doakan untuk saya. :D

10/13/12

Surabaya, Indonesia - Day 2 Part 3 : House of Sampoerna

Jam menunjukkan pukul 8 lebih, ketika kami sampai di bandar Surabaya. Terus kami minta Pak Tri, bawakan kami ke House Of Sampoerna. Dia pelik, bukan dah tutup ke? Aku jawab, "mana ada saya dah tengok dekat internet dia tutup pukul 10p.m" . Jadi dia langsung dah mcm  bahasa indonesia pula terus bawa kami ke sana. 

Di sepanjang jalan ke House of Sampoerna terdapat banyak Restaurant antaranya Jom Bali. Jadi kalau korang rasa lapar, singgah je lah makan. Sebab apa aku cakap macam tu... teruskan baca....


Kami bercadang nak makan di Cafe House of Sampoerna, sebab ada orang review makan dekat situ. Tapi bila kami sampai di cafe, kami nampak mereka turut  menyediakan arak. aku tak amek gambar. Aku memang tak boleh kompromi, kalau dekat negara bukan Islam aku try cari restaurant tak ada sediakan arak, ini kan pula negara yang senang cari tempat Halalan Toyyiban Thoiyiban main hentam je eja.


Jadi apa kami buat? Dah ada dekat museum House of Sampoerna, masuk je dekat situ hanya untuk bergambar. Nasib free .. hhehe

House of Sampoerna
Photographer: Syahidah Adnan 


Along and nina
Photographer: Syahidah Adnan 
Apa yang menarik mengenai House of Sampoerna?

Dari pandangan hadapan House of Sampoerna,kita dapat lihat  3 buah rumah yang besar. Kanan sekali ,rumah pemilik Kilang Sampoerna, tengah hadapan Muzium Sampoerna, tengah belakang Kilang Sampoerna, kiri sekali Cafe House of Sampoerna. Kiranya, all in one. Aku pula kagum sebab tak percaya hujung sekali tu rumah pemilik Sampoerna. Walaubagaimanapun, rumah tu bukan untuk tuntunan umum. Rumah orang oii.. masuk kena bagi salam. Sebenarnya . dekorasi yang cantik dalam cafe boleh memukau orang yang datang ke sini.
Logo
Photographer: Syahidah Adnan
Kak Syahidah bersama Bechak~
Photographer: Nina

Aku lebih tertarik dengan sejarah founder of Sampoerna.Dari seorang tukang penjual makanan ringan boleh jadi tokey kilang rokok.. Mengagumkan, tapi teori aku mengatakan seolah-olah mereka terlibat dengan kumpulan percuma- lelaki- anak lelaki atau mungkin juga menyertai kumpulan- ster. Tapi ni teori aku yang mengarut, jangan pakai. hahaha. 


Small Stall
Photographer: Syahidah Adnan

Secara jujurnya, aku tak tahu apa motif aku datang ke sini. Kalau sebut Sampoerna, pasti terkenal dalam golongan penghisap asap aka smokers. Padahal aku ni digelar "Smokers Detector",walaupun tak ada orang hisap rokok aku boleh tahu orang tu baru hisap rokok.  Dari jauh pun boleh bau, siap boleh detect arah. hhahaha. Motif aku datang sini sukar dikenal pasti, mungkin sebab semua datang sini aku pun nak tahu apa yang ada. Yelah lonely planet pun suggest tempat ni.

Nak tahu lebih laju mengenai House of Sampoerna (click link yang aku bagi ni)


Ya, mau beli apa mas?
Photographer: Syahidah Adnan

Memandangkan kami tak makan di Cafe Sampoerna House. Jadi malam tu kami balik terus ke hotel. Makan la maggie dan biskut yang di bawa.. hahaha .. Sebenarnya kesian dengan Pak Tri yang dah penat bawa kami jauh.. huhu

Note 1: Aku hilang passion nak type.duh.asyik fikir pasal FYP. quiz. assignment. interview for intern . Doakan aku boleh hadapi saat-saat genting. bukan ke genting. ngee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...