Kellie's Castle, Perak , Malaysia

Asalnya aku nak update cerita pasal Cameron Highlands, tapi gambar Kellie's Castle pula dah upload. Jadi dengan perasaan bersemangat dan berkobar-kobar aku nak update pasal istana ni dulu barulah update pasal Cameron Highlands ye. 

Selepas turun dari Cameron Highlands, kami ke majlis perkahwinan anak kawan parents aku di .....Tak ingat , yang aku ingat lalu kawasan Mambang Di Awan :D Jadi otw balik ke KL kami singgah ke Kellie's Castle. Istana ini terletak di Batu Gajah,Perak dan menjadi lambang kemegahan untuk warga Perak. waa. ayat aku 


Kellie's Castle 2012

Photographer: Seth Akmal

Edit By: Seth Akmal


Banyak perubahan aku dapat lihat di Kellie's Castle. Mereka tambah museum dan facilities untuk kemudahan pelancong. Selain itu, banyak usaha dari pihak museum untuk memelihara kawasan istana. 

Sejarah Kellie's Castle.

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar AgraIndia. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.


Source: Wikipedia

Kellie's Castle 2012
Photographer: Seth Akmal
Edit By: Seth Akmal
Disebabkan nak cari info pasal Istana ni sampai aku jumpa Kellie's Castle Documentary at Discovery Channel. Hebat bangunan ni, sebenarnya kalau Jepun tak bom kawasan ni aku rasa kita masih boleh lihat kawasan rumah belah belakang. Dari segi batu-bata dan kayu sebiji sama macam Government Quarters ..Rumah zaman dahulu tahan lama sebab bahan yang digunakan berkualiti.. 



A Documentary about Kellie's Castle

Note 1:Nanti aku update pasal Cameron Highlands free time
Note 2: Tengah siapkan Final Year Project. Alhamdulillah dapat practical company :)

Comments

  1. kellie castle mmg cantik :) sy dah penah pegi ~

    done follow here , jum follow balek . followers #220

    ReplyDelete
  2. baru pergi bulan oct ritu, kalau pergi waktu malam baru best tempat nih, hehe...

    ReplyDelete
  3. @mishz aenil: yeah mmg sangat cantik.. seni bina yang mengagumkan.
    thanks following me. :)

    @orga: pergi malam lain pula yang bakal kita jumpa.. hahah

    ReplyDelete
  4. aku aritu tak sempat nak terjah sini sbb kawan aku dh pegi dulu before aku sampai sana, cis! kene pegi nih! hehehe

    ReplyDelete
  5. @John: elok le pergi.. walaupun cuma tengok bangunan yang hampir siap.. tapi seni bina masih kukuh dan cantik.. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts