1/18/12

Kebakaran Berhampiran KL Central

Hari ni memang sejarah la buat aku. Sebab tak pernah lagi tengok kejadian kebakaran secara live. Malam tadi lebih kurang pukul 12 lebih aku ada terbau hangit . Fikirkan bapa aku panaskan lauk sampai hangit. Tapi bila turun, clean aje dekat dapur. Jadi aku dengan akak aku tidor aje lah. Tak ambil kisah dengan bau tu.

Pukul 4 pagi , adik aku Najlaa yang tidor katil atas kejutkan aku. Kak nina bunyi apa tu, aku fikir dia nak kejutkan aku subuh. Sekali tengok jam handphone pukul 4.20 pagi. Aku suruh dia tidor balik. Ada juga dengar bunyi siren polis, aku fikir polis nak tangkap penjenayah lah. Sebab kawasan Brickfields nie memang la ada orang main real street fighter.Jadi buat tak kisah lah, continue tidor.

Sebelum azan subuh, abah kejutkan kami adik-beradik , suruh tengok kebakaran yang still under construction . Dah lah dekat dengan rumah kami lebih kurang 2km. Aku ingat sikit aje lah kebakaran tu. Sekali tengok atas langit. Terus terkeluar di mulut aku "SubahanAllah!"





Lepas azan subuh, baru api tu reda. Kalau tak sebelum ni, api semakin mara. Risau juga kalau api merebak ke kondominium sebelah.Lebih kurang pukul 7 pagi, separuh dari kawasan kebakaran dah terpadam. Tapi dari pukul 7 sampai pukul 9 masih lagi ada gegaran, sampai bergegar rumah . Kejadian di laporkan tiada mangsa terlibat.


Sekian , berita dari Nina Hamdan :)

1 comment:

  1. Fuh.. Igt nak jatuh mcm word trade centre new york

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...