10/31/11

Hidup Berjiran - Uncle V.J Gathering

Semalam jiran sebelah rumah ajak jemputan makan-makan dekat rumah dia. Memandangkan kita sebagai umat islam dituntut untuk menghadiri jemputan majlis. Maka kami satu famly attend majlis makan-makan. Abah sempat pesan, tujuan kita datang bukan untuk meraikan perayaan Deepavali mereka, tapi cuma untuk menghormati jemputan mereka. Dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8


"Tidaklah ada apa-apa tegahan dan larangan ke atas orang-orang Islam menziarah atau melawat rumah orang bukan Islam pada hari-hari raya atau hari besar mereka dengan tujuan sekadar mengambil hati mereka sebagai kawan atau jiran tetangga bukan untuk tujuan membesar atau memuliakan agama mereka. Malah ziarah atau kunjungan dengan tujuan tersebut tidaklah haram sebagaimana yang didakwa itu."


Allah berfirman dalam surah al-Mumtahanah ayat 8:(لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم ان تبروهم وتقسطوا اليهم ان الله يحب المقسطين) Yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung-kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil".Wallahua'lam


Satu bagus pasal famly uncle V.J. Rumah beliau sangat bersih, tak ada nyer arak depan mata, dan sangat menghormati tetamu islam. Beliau pun cakap, daging beli dekat kedai islam belakang tu. Masuk dapur mereka pun sangat kemas. hehehe. Aunty pun padai masak, memandangkan keluarga mereka ada sediakan tosei. Banyak kali aunty kena masak tosei untuk kami sekeluarga. Al-maklum ler, jarang nak dapat tosei ...




Sisters

Abah and Uncle V.J

Thank You for Invitation Uncle
Islam memandang berat perihal menjaga hak jiran sehingga jiran itu boleh dianggap sebagai orang yang boleh mewarisi harta. Memuliakan jiran merupakan budi pekerti yang mulia dan terpuji. Menurut Imam Nawawi, Jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah,samaada sebelah kiri atau kanan,depan mahupun dari belakang. Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada 3 bahagian,berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud :-


" Jiran itu ada 3 macam. Jiran yang mempunyai satu hak. Jiran yang mempunyai 2 hak dan Jiran yang mempunyai 3 hak.Jiran yang mempunyai tiga hak adalah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran,hak muslim dan hak kerabatnyaAdapun jiran yang mempunyai 2 hak ialah, jiran muslim, dimana haknya adalah hak jiran dan sebagai orang muslim.Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah, jiran yang musyrik atau kafir."

Menghormati hak jiran tetangga bukan semata-mata mencegah diri dari menyakiti hati jiran,bahkan hendaklah ia bersabar atas sebarang kelakuan yang tidak sopan yang telah dilakukan. Perlu juga disedari,jiran yang baikialah mereka yang mengambil berat tentang jirannya ketika sakit,kenyang atau lapar,gembira atau sedih . Rasulullah saw telah memeberi peringatan dengan sabdanya


 (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari )Maksudnya: " Bukanlah dari kalangan ORANG YANG BERIMAN, apabila ia didalam kekenyangan, sedangkan jirannya dalam kelaparan "

Hadis ini bermaksud bahawa " Kewajipan" kita memberi hak yang sewajarnya kepada jiran ketika sakit ,ditimpa musibah dan sebagainya. Turut merasa sedih dan berdukacita ketika jirannya ditimpa musibah dan segera membantunya sekadar yang termampu. Kita juga perlu turut rasa gembira,apabila jiran kita mendapat khabar gembira.Betapa manis dan indahnya islam mengajar umatnya cara beradab dan berakhlak khasnya sesama jiran tetangga.


Parents

Hidup Berjiran. Satu Malaysia :)

Thanks Uncle V.J and family for the invitation.

p/s: Esok ada mid term PMIT. Tolong doakan saya ya :)

10/29/11

30 Minit Ustaz Don

Mungkin aku dah lama tak balik rumah, nak tengok TV memang payah la. Tapi sekarang nie, aku lagi selesa tonton TV Al-Hijrah kerna lebih banyak input mengenai ilmu agama . Selain itu, kalau perasan pekerja dan cerita dalam drama TV Al-Hijrah di wajibkan menutup aurat. Kalau kena berlakon macam suami isteri pun tak perlu tunjuk adengan yang tak sepatutnya. Kiranya , memang berlandaskan agama islam.


Ok back to 30minit Ustaz Don, asalnya aku dah tengok show Ustaz Don nie waktu bulan puasa lagi. Waktu tu 10minit ke 15 minit je, ustaz berbicara tentang persoalan seperti cara menunaikan solat jamak' dan bacaan quran. Cara penyampaian Ustaz Don yang mudah difahami, relaks dan lawak nie buat orang rasa senang nak mendengar rancangan beliau. Jom layan video bersama Ustaz Don.





10/28/11

Prak.. Kaki Terkehel?!!




Aku memang suka letak kaki atas desktop.hahah

Hari ni aku saja la niat di hati nak pakai wedges sebab dah lama tak pakai. Minggu nie asyik pakai kasut flat yang baru beli harus ke bagitahu?? Dalam perjalanan pulang ke mahallah, aku pun jalan laju-laju sebab tak solat zohor lagi. Padahal dah singgah surau sebelum tu, tapi rasa nak juga solat kat bilik jadi aku balik mahallah. Memandangkan dari ict ke bilik aku lalu agak banyak tangga jadi bila pakai wedges dan berjalan kaki laju sangat tak sesuai. 


Waktu turun tangga, ke arah sungai aku dengan berbangga jalan . Dalam hati "Hebat nya aku jalan pakai wedges jalan laju-laju".Tak sampai 10 saat terdetik dalam hati aku.


"Prak..." bunyi dari kaki belah kiri aku. Waktu tu aku dah tahu, ha tulah berlagak lagi Allah tunjuk on the spot.


Time tu cover lagi, macam boleh jalan. Ingat kaki tak da apa-apa kecederaan, then jalan lagi rasa sakit sangat. Nak ke mahallah aku kena naik tangga balik, waktu tu terasa azab la. Tak kan nak pakai wedges nie lagi , memang tak mampu la. Then,aku call cousin minta bawa turun selipar sebab dah tak larat lagi.


Bayangkan , lepas naik tangga nak ke mahallah aku,kena naik bukit, then naik lagi tangga sampai level 3 baru jumpa bilik aku. huhuhu. Lepas dah solat zohor , baru lah pergi clinic. Biasanya perjalanan ke clinic amek masa 10min tapi aku ambil masa setengah jam. huhuu. Aku anggap sakit nie nak hapuskan dosa-dosa aku and nak bantu aku waktu mid term dapat markah lebih. heheeh amin. :)


 .Bangunan ICT pun akan bertukar next month. Tak ada la lagi tengok aku pakai tinggi-tinggi. Semua nyer flattttttttttttttttttttt.......
lebih kurang macam nie, tapi aku nyer white color


NO MORE WEDGES



ONLY CHEESY WEDGES

p/s: aku sanggup habiskan proposal SQA, baru update pasal kaki terkehel. hahaha

10/23/11

Don't Judge A Place From News at TV.

Waaa.. Suka suki hati aku je buat perumpamaan baru. Ni la sebabnya budak BENL pernah marah dengan grammar aku. Hahaha.. Forget it! Sebenarnya aku perasan, bila every time aku pergi Indonesia. Orang selalu pelik. Best sangat ke???



  1. "Nina, tempat tu kan 3rd  world country. Best ke? Suka sangat pergi sana". 
  2. "Kau tak takut ke? Ada gempa bumi , kawasan lingkaran gunung berapi pula tu"
  3. "Sana kan banyak rusuhan, you should be careful la, tak perlu la pergi sana bahaya"



Aku pelik, orang yang buat statement 3 di atas tu semua tak pernah pergi Indonesia. Yes,  i repeat TAK PERNAH PERGI PUNNNN.. Tapi kenapa dia orang boleh buat judgement macam tu??


"DON'T JUDGE A PLACE FROM NEWS AT TV"

Dengar cakap saya!


No 2 tu aku boleh consider la, macam gempa bumi di Bali yang terbaru ni. Mesti la aku tak pergi, kerana kebiasaan gempa bumi ,akan ada gempa susulan yang lebih dahsyat sebelum nya. Tapi yang aku tak suka, kebiasaan nya orang suka buat judge sesuatu tempat sebelum pergi kat tempat tu. 


Kenapa aku suka pergi sana? Sudah tentu shopping dia murah. Aku buat perbandingan, kalau dekat sini korang beli baju POLO berapa ringgit?? RM80 ke atas kan? Kalau dekat sana aku boleh dapat sampai 3 helai baju POLO dengan harga yang sama mesti la aku suka pergi sana. OK simple reason rite. 


Sana banyak rusuhan. Hurm , nak kata banyak rusuhan, Malaysia pun ada gak rusuhan. News dekat TV mesti la keluarkan benda yang buruk je , mana ada benda yang baik. Ada ke pernah ko tengok TV tajuk berita pasal benda yang aman? Ada? Jarang la, kalau ada dekat berita last-last . Hahahah.. Jadi jangan la buat judgement sebelum pergi tempat tu. Nanti korang sendiri menyesal dengan statement sendiri.


Aku pun dulu pernah kata Indonesia. Apa yang ada kat sana? Best ke? Sekali dah pergi baru tahu. Rakyat mereka sebenarnya pandai-pandai tak ada nya suka buat rusuhan. Cuma mereka tidak mempunyai peluang untuk meneruskan pembelajaran. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Kadangkala, mereka kata kami cemburu dengan rakyat Malaysia yang tidak perlu bekerja kuat tetapi masih dapat gaji yang lumayan. 


Biasanya "Don't judge a book by its cover" dan "Tak kenal maka tak cinta" Kenali tempat itu, kenali rakyat mereka .. Baru lah anda boleh bagi statement "TEMPAT TU TAK BEST LA NINA." Ok waktu tu aku boleh terima statement korang tu. Thank you.


p/s: Hei, its my opinion. 

Sitophobia- Food Phobia


What is Sitophobia?
Sitophobia is the fear of food or eating. The origin of the word Sito is Greek (meaning food) and phobia is Greek (meaning fear). Sitophobia is considered to be a specific phobia, which is discussed on the home page. Sitophobia is also known as Sitiophobia and Cibophobia.


What are the causes?
It is generally accepted that phobias arise from a combination of external events (i.e. traumatic events) and internal predispositions (i.e. heredity or genetics). Many specific phobias can be traced back to a specific triggering event, usually a traumatic experience at an early age. Social phobias and agoraphobia have more complex causes that are not entirely known at this time. It is believed that heredity, genetics, and brain chemistry combine with life-experiences to play a major role in the development of phobias. (Wikipedia - phobia).


What are the symptoms?
As with any phobia, the symptoms vary by person depending on their level of fear. The symptoms typically include extreme anxiety, dread and anything associated with panic such as shortness of breath, rapid breathing, irregular heartbeat, sweating, excessive sweating, nausea, dry mouth, nausea, inability to articulate words or sentences, dry mouth and shaking.


Can I take medicine?
Medicine can be prescribed, but please note that these medications can have side effects and/or withdrawal systems that can be severe. It is also importation to note that medicines do not cure phobias, at best they only temporarily suppress the systems. However, there are treatments for phobias, which include counseling, hypnotherapy, psychotherapy, and Neuro-Linguistic programming. Please click on the link at the top of the page called “Treatment Information” to find out more information on these types of treatments.


Bila orang bercakap, "hari ni saya makan ayam penyet. " "Nina, jom pergi makan ayam penyet, sedap dekat kedai ni". "
Jom nak try kedai Wong Solo dekat kampung baru tu, sama macam dekat indonesia punya."


Semua ayat-ayat di atas buat aku rasa fobia. Aku sejak balik dari Bandung  dan terkena food poisoning (sila baca) membuatkan diri fobia dengan makanan indonesia. Orang sebut makanan indonesia je, aku dah boleh bayangkan keadaan aku yang muntah-muntah dan diarrhea yang sangat teruk tu. Sampai 2kg berat badan turun.  


Dengar menu atau gambar pun boleh membuatkan aku rasa pening. Mungkin terlampau sangat aku fikir pasal sakit perut. hahahahJadi kalau 10 orang cakap ayam penyet dekat kedai Danau Kota sedap ke, kedai mana-mana lah. Aku memang tak ada selera nak ikut. Fobia makanan indonesia masih melekat dalam diri aku. Hahaha. Tunggu la setahun dua, atau tahun depan ke. Nanti hilang la FOOD PHOBIA aku nie. hehehe


p/s: Tapi aku masih suka lagi minum Fruit-tea hehehe


10/19/11

Connectify

Aku jarang bagi review pasal computer, gadget, dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Hahaha. Mungkin cuba untuk melarikan diri sebentar dengan dunia ICT nie.. Yeah.!! Tapi aku nak share satu benda yang menarik untuk anda semua iaitu Connectify.

Pernah tak korang rasa malas nak main guna computer and nak main internet dekat handphone. Rasa nak pergi ke luar , tapi takut tak ada internet. Pernah tak?? Hahaha.. Kalau pernah cuba download connectify nie coz dia boleh memancarkan balik semula internet dari modem rumah korang ke luar.

Jadi tak perlu rasa susah payah lagi, dengan connectify kita boleh guna internet computer menjadi mobile hot-spot.So apa lagi, try download connectify ! banyak benda anda boleh lakukan selepas ini. (Dah macam penjual barang pula dah)


The time when we carried one internet-enabled device on us is long past. Nowadays, nearly every portable device is outfitted with a wireless internet adapter, and yet logistics are lagging behind.
Hotel rooms, university dorms and offices often offer just a single wired connector, and unless you carry a router on you at all times, it means neglecting much of your technological capacity.
That is, unless you’re using Connectify, a novel piece of Windows routing software that can instantly transform your laptop into a mobile WiFi hotspot.

Connectify

The prerequisites for using Connectify are simple; you need a Windows 7 laptop, with both a wired and a wireless network card. Connectify takes the internet connection from the wired input and uses the wireless technology in your laptop to create a hotspot.
mobile wifi hotspot
Once you’ve set up the hotspot, other devices can connect to the Internet through your laptop. At home, in a hotel or at your dorm; other computers, printers and gaming consoles can be connected wirelessly. When you’re out, Connectify allows you to connect with the mobile phones, laptops and netbooks of coworkers and friends. When traveling, you can pay for a single internet connection and get all your devices online.

How To Use It

First, connect your laptop to the Internet via a wired connection. If you need to enter login credentials, or an internet access code, do this first and run Connectify when you’ve confirmed Internet access locally. It’ll appear as a Wi-fi taskbar symbol. Use left-click to expand the application, or right-click to make some quick adjustments (shown below).

10/16/11

The Secret Life of Nora

Pada asalnya, aku dengar juga orang kecoh-kecoh dengan cerita "The Secret Life of Nora" then ada kaitan dengan cerita lama-lama tentang agen "Nora Zain". Tapi seperti biasa la, aku ni jenis bukan kaki tengok theater nak beli ticket yang puluhan dan ratusan tu memang tak mungkin. Jadi aku memang tak ambil tahu apa pun pasal theater nie, story pun tak tahu langsung pasal apa. hahaha.


Then, tetiba je hari semalam (Sabtu, 15/10/2011) akak aku call, tanya sama ada balik rumah atau tak this week. Aku yang balik rumah ibarat "wajibulghunnah" mesti lah jawab ya.Terus akak aku cakap, aku dapat 4 free VIP ticket "The Secret Life of Nora" kak farah bagi. Terus aku jawab nak pergi.. hehehe. Jadi hari ni, akak aku, adik aku (akmal) ,and en.ahmad dapat tengok theater di  VIP's seat secara free. hahaha. SANGAT BAHAGIA!! Jadi kami tak kisah sama ada best atau tidak cerita nie. hahahha
Ada gaya ke? hahaha.
Barisan tunjang utama "The Secret Life of Nora"
Aku ada gak dengar orang cakap The Secret Life of Nora nie best giler. Bagi aku theater nie memang ada semua element cukup. Action, love, friendships, jokes. Memang lengkap la, di sebalik nama-nama baru dan juga orang lama yang memang menghidupkan lagi cerita ini. hehehe.

The Secret Life OF Nora

Akmal and Along during Intermission
Cerita nie agak lama dari pada pukul 3 petang aku tengok, then pukul 4.30 petang ada intermission selama setengah jam kemudian sambung sehingga ke pukul 6. Woo. almost 3 jam. Tapi kita mungkin terhibur dengan nyanyian dan lagu yang disampaikan. Aku ingat theater nie cakap je , rupanya aku pergi musical theater, asyik tengok orang nyanyi dan menari aje la. tapi gak part cakap-cakap. 
Tapi yang best, "The secret life of Nora" ni pada asalnya aku ingat fully in english. Tapi dia ada mix with malay and english. So, dia ada selitkan juga sedikit malay jokes. Nak cerita lah sikit, belakang aku ada mat salleh celup waktu nyanyi negaraku dia agak bising macam tak hormat la. Then , waktu sepanjang theater mesti gelak lambat atau tak boleh gelak sebab tak faham dengan jokes yang cuba disampaikan. Cuma waktu part menari macam "Pussy cat dolls " tu terjerit-jerit la . hahaha. Apa-apa pun aku rasa dari segi pemakaian MEMANG SEXY, macam kami yg duduk depan semua boleh nampak. hahaha.


Pelakon utama, Datin Tiara Jacquelina dan Ryan Silverman membawakan watak dengan baik disamping nyanyian mereka. "Pitching memang tak lari la". Aku suka part mereka nyanyi lagu seolah-olah tengah lihat kelip-kelip. Dah macam dekat walt disney punya cerita je. hahaha Tapi gaya lakonan dan skrip yang agak bersahaja dari Adibah Nor dan Tony Eusoff memang terbaik dan sangat lawak. Satu part tiba-tiba Adibah Nor keluar dari pintu.  Memang depan kami, hahaha. Memang woo... Comel sangat Adibah Nor dengan vakum set dia tu.. Hahahah.

Pentas dari seat kami. Nampak kaki? Tu kaki Aznil.hehe


Aznil memang menambahkan perasa dalam cerita nie, dengan pelat R yang bertukar jadi W. Tersangat lah lawak.. selain dari set-set kostum yang banyak sangat love untuk Aznil aka Mr.J.  Kehadiran, Mamat Khalid sebagai boss kepada hero dalam cerita nie membuatkan jadi lawak je . Bila semua orang nak balik, tetiba je Mamat Khalid muncul macam dalam agent dekat tv. Semua orang gelak dengan cara dia yang bersahaja. 


For the team "The Secret Life Of Nora" i give you 4/5. Ada sambungan ke agent Nora at Rio, Brazil?? hahaha.




Set in a fantastical version of the 1960s, “The Secret Life of Nora” is about Nora, the star of a cabaret, who becomes a spy by accident to help uncover a mysterious evil plot by an evil Baddie. She falls in love with Roger, a British agent who helps her in her transformation from a stage Drama Queen to a skilled undercover spy!

One of the most anticipated musicals of the year, “The Secret Life of Nora” is produced by Enfiniti Vision Media, the critically-acclaimed company that produced the award-winning Puteri Gunung Ledang the Musical and P.Ramlee the Musical.

The Executive Producer, who is also the award-winning producer, actress and arts advocate Tiara Jacquelina personally hand-picked the creative minds and top talents from East to West to collaborate in Malaysia’s largest “Glocal” production in musical theatre.

The musical promises to be a ravishing spectacle on all accounts from the star studded cast to the audio-visual feast incorporating elements of aerial spectacle, fantasy and a fusion of music from across the eras.

Dua jejaka
Dua Dara
Panggung Sari, Istana Budaya 

p/s: sebenarnya nie pengalaman pertama aku watching theater. hehehe. 
p/s/s: Kak Farah kalau ada ticket free lagi jangan lupa bagi kami. 

10/10/11

Gift -1

*Sekarang nie tengah stress, mencari artificial intelligence punya project title. Nak memikir buat apa? Project yang tak akan menyusahkan aku... haish. Any idea guys? Ok lari tajuk*


Tapi tiba- tiba aku terdengar bunyi dari music box junior room mate aku. So sweeeet....Aku selalu nampak music box nie dekat kedai.Tapi tak pernah nak beli coz mahal. Memang orang kata aku nie kecik, kadang2 orang ingat kanak-kanak. Pemikiran pun tak pernah macam orang tua. huhuhu. 



Teringat pula before Mas pindah USM. Dia selalu cakap kata aku nak hadiah snowball. Puas lah aku mencari, sampai ke The Curve (alasan je padahal nak makan kat ikea..hahha). Pergi dekat semua kedai kata tak jual. Then terjumpa satu kedai nie ada jual. Terus aku beli, takut lak dia kempunan. Huhuhu

Lebih kurang la tapi dalam dia ada bear . Betulkan mas?

So nie 1st request untuk hadiah birthday tahun nie, aku nak music box. ada sapa2 nak belikan? hahahahahah  :p

10/1/11

A TALK SHOW BY USTAZ AZHAR IDRUS - AT IIUM.


Alhamdulillah baru tadi selesai sudah mendengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus. Ceramah ustaz nie memang ramai orang pergi sebab isu kandungan ceramah yang padat dan penuh pengisisan, selain slot sesi soal dan jawab selama satu jam yang memberikan ruang kepada orang ramai untuk bertanyakan soalan. Selalunya, tengok dekat youtube sahaja, kali ni dapat la dengar sendiri secara live tanpa perlu buffering.hehehe.


Pada asalnya ceramah ni lepas isyak di masjid SHAS uia. Tapi dengar cerita ada masalah, pihak maaruf club terpaksa bertukar ke venue Experimental Hall. Experimental hall nie, cuma boleh muat lebih kurang 300 orang sahaja pada satu masa. Agak mengecewakan sebenarnya, buat kami student UIA kerana pihak UIA hanya membenarkan ceramah di Experimental Hall.


Alhamdulillah, pihak Maaruf club menyediakan  screen di luar Experimental Hall, dan berhadapan dengan bank muamalat untuk orang ramai walaupun ada dugaan dengan sound system segalanya. Ilmu Allah tetap dapat disampaikan kepada orang ramai. 
Antara isu ceramah ,
  1. Bersyukur dengan nikmat dari Allah kerana kita dilahirkan sebagai orang islam. 
  2. Kepentingan iman, ilmu, amal dan ikhlas .
  3. Soal jawab mengenai solat , dan permasalahan . 
Banyak lagi isu yang dibincangkan oleh ustaz . Tak kering gusi kami sepanjang berada dalam ceramah. InsyaAllah semoga ustaz datang kembali ke UIA dan dapat memberi ceramah di dalam Masjid SHAS . amin :)



Inside Experimental Hall 
Photo from :JKK Fan Club

View at the Rector Building
Photo from Mr Ahmad

In front Rector Building
Photo from : Mohd Amiruddin

Akhir kata, jangan lah sebab politik sampai tak tahu bezakan antara ceramah agama dengan ceramah politik.
p/s: more picture will be upload later. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...