10/9/10

Buatmu Kekasih

Salam, buat mu kekasih...

Selama ini diriku tertanya apakah yg menyebabkan dirimu selalu mengatakan aku cantik..
Dan kamu berkata..
"Kamu cantik dalam dan luaran.. Percayalah diriku "
Jika aku cantik dalam dan luaran.. Aku turut mau kamu merasa begitu wahai kekasih..
Sudikah kamu memenuhi permintaanku?

Sebelum aku menjadi isterimu...
Aku berharap agar dirimu di lengkapi ilmu agama..
Serta... Sudikah kamu menjadi imam kepada diriku...
Dan kamu berkata wahai kekasih ku...
"Aku terima.. Kerana ianya dapat membantu kita berdua... di dunia dan akhirat.."

Diriku sangat bahagia wahai kekasih...
Kamu sangat memahami..
Memahami tujuan ku dalam membina sebuah keluarga..
Keluarga yg memberi kebahagiaan dunia dan akhirat..

Selama ini, diriku melihat...
Ramai yg berkahwin...
Tetapi.. tidak dapat mempertahankan nyer kerana kurang ilmu agama...
Ramai yg berkahwin...
Tetapi ..tidak tahu hala tuju sebuah perkahwinan...
Ramai yg berkahwin..
Tetapi ..tidak tahu utk membawa anak isteri ke jalan apa...
Ramai yg berkahwin..
Tetapi.. tidak menilai erti sebuah perkahwinan..

Buat mu wahai kekasihku...
Semoga kita dapat membina sebuah bahtera perkahwinan..
Yg tahu hala tuju...
Yg tahu akan erti sebuah perkahwinan..
Dan dapat memberi kebahagiaan..
Dunia dan akhirat...

Buat mu wahai kekasihku..
Semoga kita dapat mengikut sunnah Rasullullah..
Agar menjadi sebuah keluarga bahagia..
Amin...


2 comments:

  1. nina jiwang..haha..neway i pray happiness 4 both of u sweet couple..miss la nk kacau2 korang..hehe kawen jemput ak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...