Ho Chi Minh City- Day 1 :Tan Son Nhat International Airport Saigon, Vietnam

Kita skip sekejap trip ke Sarawak 2013, kita terbang pula ke Ho Chi Minh City . Sebenarnya jarak antara trip Sarawak and trip ke Ho Chi Minh City tak lama pun, minggu ni terbang ke Sarawak, minggu depan pula terbang ke Ho Chi Minh City. amboi macam anak orang kaya pula ko. tiap-tiap minggu terbang!

Plan ke Sarawak tu mengejut, manakala plan ke Ho Chi Minh ni dah lama aku plan, jadi aku relaks-relaks la.. Sebabnya, ramai kot Orang Malaysia ke Ho Chi Minh dah buat review tempat tu. ..Jadi aku rasa relaks je la.. wahahhaha. 

Preparation for Ho Chi Minh City Trip:
  1. Flight ticket promo:
  2. Transportation : Bus and Kaki
  3. Hotel : Song Anh 324 Le Lai, District 1Ho Chi Minh CityVietnam
19 October 2013

Macam biasa kalau dah ticket promo flight mesti pagi buta la kan, dari rumah ke KL Central then naik Bus Merah (Air Asia ) ke LCCT Airport pada pukul 4 pagi. Sampai LCCT , cuma baggage drop sebab dah check-in di rumah beberapa hari sebelum. Alhamdulillah lepas solat subuh naik flight . Begins our Vietnam Journey! 


Trip kali ni aku, along, Mak Cik Odah (kawan parents aku) dan juga adik Mak Cik Odah ( Chek Su). Tapi sebenarnya aku banyak bergerak dengan along, sebab Mak Cik Odah and Chek Su tak berapa larat sangat nak jalan kaki.. Disebabkan aku and along jenis kedekut nak naik teksi, jadi kami banyak menggunakan kaki untuk round sekitar bandar Ho Chi Minh City.. Bila kami keluar Mak Cik Odah pula dengan aktiviti lain iaitu shopping di Ben Thant. Tu yang sampai dia risau sebab dah lewat malam baru kami balik.. Sorry ye Cik Odah ! Anak muda dua orang ni nakal sangat.. hehe I know you read my blog. heheh

Ho Chi Minh City  , Vietnam 2013

Sampai je Ho Chi Minh City, lepas amek luggage.. Kami keluar je pintu keluar terus belok kanan dan nampak sign board menunggu bus.  Betul-betul depan Burger King . Tunggu tak lama pun , sebab bus tu memang tunggu  penumpang . Dari situ ,naik bus no 152 untuk ke bandar Saigon @ Ho Chi Minh City. Bus tersebut akan berhenti  di Station Bus berhadapan dengan Pasar Ben Thant. Jangan risau ye, sebab tu last station, landmark nak tahu dah nak sampai akan nampak statue Kuda di roundabout.. Ramai yang turun kat situ.

Bus 125: Airport Tan Son Nhat to Bus Station Ben Thant
Photo Courtesy :  gjale.files 
Bayaran untuk naik bus 5.000 VND untuk orang dan 5.000 VND untuk beg. Pesanan penaja! Sila sediakan duit kecil dari Malaysia  atau beli air mineral atau apa-apa sahaja dekat airport terlebih dahulu . .Nanti bila dah naik bus, mereka tak akan pulangkan duit anda ya! Rugi je nanti.. 


Pesanana penaja ke 2! Tolong catat alamat atau jalan hotel yang korang stay. Susah nanti bila korang nak tanya area celah mana hotel yang anda stay. Alhamdulillah aku and along sempat print map dan alamat untuk ke hotel. 

Waktu sampai tu macam lost juga la sebab tak pasti which road nak lintas padahal dah print map.. Tanya seorang wanita tu dia macam tak reti nak cakap English, jadi bila dia duk bantai cakap Vietnam kita orang tak keep continue tanya la. Tapi dari jauh nampak dia berusaha nak tolong dengan cari orang yang boleh cakap English.Alhamdulillah, wanita tu jumpa sorang pak cik boleh cakap English. Pak Cik tu tanya kami nak pergi, cakap Le Lai terus dia tunjuk jalan depan. Argh .. Lega! Sebenarnya dari  Station Bus kami cuma perlu lintas jalan besar dah sampai ke Jalan Le Lai,  di seberang jalan terus along nampak Song Anh 3 Hotel.



View Larger Map
Laluan ke Hotel Song Anh 3 dari Station Bus.
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013.


Menjadi masalah, kami semua ni first time sampai Ho Chi Minh .. langsung lah tak ada pengalaman nak lintas jalan dekat sini, Cuak Takut semua ada sebab kami tak dapat lagi rentak nak melintas jalan disini.. Alhamdulillah, ada dua orang anak muda lelaki datang bantu kami lintas jalan.. Bersyukur sangat kot ada orang nak tolong., sorang bawak aku dengan along lintas jalan.. Sorang lagi bawa Mak Cik Odah dan Cik Su. Rakyat Vietnam memang baik hati nak tolong orang lintas jalan..

Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Le Lai, District 1
Lepas lintas  jalan besar , kena lintas satu lagi jalan untuk sampai ke Song Anh 3 Hotel. Tapi disebabkan dah tahu skill nak lintas ..Tak de la nak risau sangat,. Pentingnya, korang kena berani dan jangan teragak-agak.. Selain tu, kena slow and steady sebab orang sana , memang bawa slow . Jaranglah aku tengok accident kat sana.. Sampai Song Anh 3 Hotel, terus minta pekerja dia amekkan Cik Odah dan Cik Su yang masih di seberang jalan lagi. 

Song Anh Hotel 3
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Le Lai, District 1

Oh yeah! Sebelum tiba Ho Chi Minh City, kami dah buat reservation dekat Agoda. Jadi memang confirm dapat bilik yang selesa. Nanti aku akan buat review pasal Song Anh 3 Hotel. Basically pekerja dia memang baik dan hospitaliti hotel ni pun bagus serta berpatutan harganya... :)

Tiba di hotel,rehat-rehat dan makan dahulu. Let's shopping!

p.s: To be continued.. 

Comments

  1. I'm first..... kan kan... nak komen first dulu baru nak baca hahahaha :D

    ReplyDelete
  2. tak pasal2 makcik tu kene stay dalam hotel dek di tinggalkan oleh korang berdua hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sikit Mak Cik Odah bershopping kat Ben Thant lah.. hahha

      Delete
  3. Jawab on behalf nina : sbb nina masukkan nama saya skali. 1) makcik tu tak kena tinggal tp seronok shopping di ben than market yang best yang boleh buat adgan merajuk siap bagai . Yang seterusnya ni nak bagi komen. Aku waktu pakcik tu tanya ,"yes , where you want to go?" Rasa mcam pertolongan TUhan turun dari langit sbb itulah yg aku harap ada manusia boleh ckp english even little little. Overall vietnam people membantu dan ho chi minh bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. terima kasih menjawab soalan Si Afif ni. hahhaha

      Nasib la Pak Cik tu ada, kalau tak kena naik teksi.wahahah

      Delete
    2. Cis berganding bahu adik beradik hahhaaa.. bagus jugak moga ikatan beradik kuat dan utuh aminn :D

      Delete
    3. silap channel bro . thanks for the pray . amin amin . .may our relationship last forever till jannah ..

      Delete
  4. Replies
    1. Hotel Song Anh 3 kami booking dari Agoda.com . Dalam satu malam lebih kurang RM100 lebih untuk double bed room.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts