Ho Chi Minh City- Day 1 : Cho Ben Thanh dan Tips Bershopping serta Formula Currency.
Continue from previous entry. .Ho Chi Minh City- Day 1 :Tan Son Nhat International Airport Saigon, Vietnam ...Entry kali ni cerita pasal Ben Thanh Market je ye.. next baru cerita tempat lain.. .
Kedai-kedai baju kurung (bukan di dalam Pasar Ben Thanh)pun sangat bijak memanipulasi kita dengan menggunakan wang ringgit dan duit Dong. At the begining aku pun tak tahu macam mana nak kira, tapi waktu dalam bus dari airport ke Ho Chi Minh City ni aku dengan along berjaya dapatkan formula mengira duit USD, DONG dan Ringgit.
*****
Setelah sampai di Hotel, kami berehat sebentar, sebab badan dah penat. Pagi tadi bangun pukul 3 pagi kot.. pengsan! Plan asal nak terus pergi ke Chu Chi Tunnel punya trip, sebab Chu Chi Tunnel cuma half day trip. Jadi dapatlah hari esok kami pergi trip ke Sungai Mekong.
Tapi kerana penat, plan kami bertukar. Petang ni adalah masa bershopping di Pasar Ben Thanh..Dari Hotel straight je dah sampai Pasar Ben Thanh.. Lepas solat zohor, kami bawa Mak Cik Odah dan Cik Su ke Pasar Ben Thanh .. Bestnya kalau nak lintas jalan, kat sini ada petugas khas untuk lintas jalan. Jadi kalau muka anda yang tak confident langsung nak lintas.. Minta je tolong orang tu lintaskan...
Cho Ben Thanh Ho Chi Minh City, Vietnam 2013 Photo Courtesy: http://hcmtrails.com/ |
Dalam Pasar Ben Thanh kami berpisah dari Cik Odah dan Cik Su. .. Waktu tu aku dengan along belum minat lagi nak shopping dalam tu.. Dalam hati kami, tertanya-tanya mana kedai yang jual baju Kurung manik yang cantik tu..Kedai tu rupanya di luar dari Pasar Ben Thanh.. Kami keluar dari Pasar Ben Thanh mencari lorong ke Kawasan orang Malaysia selalu duk bagi review tu. Senang sahaja, kedai tu belakang Jalan Le Lai. Sila lihat map di bawah..
View Larger Map
View Larger Map
So sempat la kami shopping di area ni baju kurung untuk family. Pendapat aku kat sini memang lah lagi murah dari kat Malaysia tu. Cuma aku pesan sila pandai mengcovert mata wang. Kalau tak nak kena tipu. ye.
Laluan Hotel , Kedai Baju Kurung dan Restaurant Halal Ho Chi Minh City, Vietnam 2013 |
Along sedang tawar-menawar Ho Chi Minh City, Vietnam 2013 |
Lepas dah shopping di luar, kami masuk balik dalam Pasar Ben Thanh. Kai ni baru beli kopi dan kacang teratai. Sedapp!!!
Kopi dan Kacang Teratai.. Cho Ben Thanh Ho Chi Minh City, Vietnam 2013 |
5 Perkara tentang Pasar Ben Thanh
- Panas: Memang panas, aku rasa taraf panas dia sama macam dekat Central Market Phnom Penh, Cambodia.. panas sebab ramai orang dan tak ada aircond.. ada kipas je.. Tapi memang syurga la kan untuk kaki shopping..
- Tarik- menarik : Anda kena sedia menghadapi perang tarik menarik, sebab penjual di sini memang suka tarik dan tunjuk-tunjuk barang depan anda semua.. Tapi sabar je lah,sebab aku dah biasa waktu dekat Indonesia. Kalau tak suka, senang je caranya, korang jalan straight je.. wat selamba je...
- Tawar -menawar: Part tawar menawar ni kalau siapa yang bijak pandai.. Memang aku kagum.. Tapi ada secret aku nak bagitahu,.. apakah? Continue baca
- Harga: Sebenarnya kalau nak di bandingkan harga dalam dan kedai di luar area ke Opera House tu harga kat luar lagi murah dari dalam Cho Ben Thanh ni aku tak tipu. Tapi kalau korang pergi pasar malam, aku tak galak sangat ..sebab lebih mahal dari harga siang.. Tapi kalau dah dapat murah tu .. Beli je la ye..
- Bahasa : Bahasa tak jadi masalah sebab penjual kain memang pandai sikit-sikita cakap malay.. They love to say " Tengok dulu kakak " in their slang. Tapi dalam slang dia jadi " Tengok lolu kakak".. hahaha.. "Dah murah tu kak".. Tu je la ayat aku selalu dengar.. Lain takde..
Biasanya penjual keychain or merchandise ni kurang bijak menggunakan duit ringgit. Hahaha..Lebih-lebih lagi kalau sebut duit puluh sen tu.. Lagi dia pening. akak aku dah berjaya memanipulasikan seoarang penjual dompet.haha. kejam kami kan. Sehingga berjaya dapat jatuhkan harga dompet kecil tu dalam brapa puluh sen sahaja.
Antara Kapal yang cantik, tak tahu macam mana nak bawa balik Cho Ben Thanh Ho Chi Minh City, Vietnam 2013 |
Penjual kain dalam Pasar Ben Thanh dah sangat bijak menggunakan duit Ringgit. Sebab ramai rakyat Malaysia shopping dekat sini.. Jadi tak nak buat korang tertipu sila bijak mengconvertkan duit Dong ke Ringgit dan duit Dong ke USD.
Inside Cho Ben Thanh Ho Chi Minh City, Vietnam 2013 |
Kedai-kedai baju kurung (bukan di dalam Pasar Ben Thanh)pun sangat bijak memanipulasi kita dengan menggunakan wang ringgit dan duit Dong. At the begining aku pun tak tahu macam mana nak kira, tapi waktu dalam bus dari airport ke Ho Chi Minh City ni aku dengan along berjaya dapatkan formula mengira duit USD, DONG dan Ringgit.
Formula Currency.
USD -RM
|
RM-DONG
|
DONG-USD
|
1USD –RM3
|
RM3- 20 000 DONG
|
1USD- 20 000DONG
|
Contoh 1
Bila peniaga sebut 3 USD untuk harga sehelai baju, apa yang anda perlu buat.
- Dalam otak kira harga ringgit ,3 USD * 3 = RM9.
- Dalam otak kira harga Dong pula? 3USD * 20 000 = 60 000 Dong.
Jadi bila nak tawar menawar anda perlu tanya tiga harga : USD, RM dan Dong.
Bila dia sebut harga sehelai baju ialah 3 USD, RM 7, 70 000 Dong. Jadi anda akan pilih untuk bayar guna which currency?? Mestilah guna ringgit sebab kurang seringgit dan lebih menguntungkan.
Contoh 2
Kali ni dia sebut pula harga Dong. Ha.. aku tahu ramai dah pening tengok nombor besar-besar kat belakang ni..start la pening .. Ada caranya, katakan harga untuk sekilo kopi dalam 200 000Dong .. Contoh je ye, aku tak ingat sangat harga dia berapa sekilo.
- USD: 200 000Dong / 20 000= 10 USD . Nak senang kira padam tiga kosong kat belakang tu..
- RM: 10 USD * 3 = RM30
Bila tanya harga, macam biasa tanya USD, RM dan Dong. Kalau dia sebut harga in USD 8, RM 20, dan 200 Dong.. Silah lah bayar dalam harga RM20 atau USD 8 .
Jadi tips ialah setiap kali nak beli dapat dalam harga Dong bahagikan dengan 20 untuk dapat USD. Manakala dapat dalam harga USD darab dengan 3 untuk dapatkan harga Ringgit.
p.s: Next ke mana kami pergi setalah masuk Cho Ben Thanh?
"Tengok lolu kakak".. "dah murah tu kakak".. boleh tahan.. ada pelaung bukan tuisyen bahasa melayu di sana hahaha :P
ReplyDeleteTips yang amat bagus sama macam di Zimbabwe hahahaaa.. boleh guna lebih dari 6 currency ... memang best tawar mnawar mcm nie ..
6 currency boleh pakai?? pengsan nak mengira.. ahhaa
DeleteAla nanges..matematik x reti..
ReplyDeleteala.. senang je.. huhuh
Deletekena tipu waktu membeli sangat tidak bererti ..cuba elakkan ,,,jom pegi lagi biji teratai crunchy abang kedai depan masih terasa rasa di tekak
ReplyDeletejom aku rasa nak beli 5 kg biji teratai yang sedap.. mesti dapat murah lagi. haha
Delete( aku nak menyibuk.. ) nak ikut sekali boleh?? hahahaa.. :P
DeleteNina kalau afif nak ikut aku tambah biji teratai jadi 15 kg , alhamdulillah ada gak org sudi angkat biji teratai banyak2
Delete