Ho Chi Minh City- Day 1 : Half Day City Tour Saigon

** Entry ni banyak gila gambar, harap maaf jangan muntah!Aku malas nak buat entry berbeza. Tu buat satu entry je.


Continue from previous entry: Ho Chi Minh City- Day 1 : Cho Ben Thanh dan Tips Bershopping serta Formula Currency. Kami dah berjanji dengan Cik Odah dan Cik Su dalam pukul 2 petang jumpa semula untuk balik ke hotel dan makan tengah hari. 

Actually nak balik hotel, cuma nak ambil kunci bilik lagi satu. Pagi tadi, kami cuma dapat satu kunci sahaja, sebab lagi satu bilik tengah kemas.. Jadi sebelum balik hotel. Kami singgah makan tengah hari dekat Basiroh yang berdekatan dengan kawasan area jual baju kurung manik. . Kedai Basiroh ni memang dah sangat famous untuk orang Malaysia yang pernah pergi area sini. Sempat makan "Pho Mee", mee vietnam yang berkhasiat dan lagi sedap. Nanti aku buat review makanan yang aku makan disini. okay 


Lepas makan kami balik hotel, Cik Odah dan Cik Su macam penat bershopping tadi. Kami yang muda-mudi ni minta kebenaran nak buat" Half Day City Tour Saigon @ Ho Chi Minh City" ni.  Korang jangan pula fikir kami amek pekej ke atau naik taxi. Tak ye! 100% menggunakan kudrat kami sendiri , iaitu kaki. Alhamdulillah , masih lagi ada kekuatan untuk berjalan kaki.

Kami sempat minta map dari Receptionist Hotel. Tanya dia landmark dan tempat-tempat menarik nak pergi. Dengan berpandukan map tu lah kami round area Ho Chi Minh City. Best kot!!



Sampai lunyai map ni kami guna
Ho Chi Minh City 2013

Kami berjalan ke arah Opera House , ternampak Statue Ho Chi Minh kami bergambar la gambar disini. FYI, kawasan yang kami berjalan ni semua area-area bangunan tinggalan sejarah France. Jadi banyak bangunan mempunyai seni bina France, sampai nama pun sama macam dekat France . 








"Sisters-Along and Nina"
Ho Chi Minh City Statue
Ho Chi Minh City 2013


Belakang Statue Ho Chi Minh
Ho Chi Minh City 2013


Then kami bergerak ke arah Revolution Museum , tapi dalam perjalanan kami terserempak dengan President House. Dulu Ho Chi Minh pernah duduk di dalam Rumah ni. Sekarang dah jadi museum. Cuma waktu kami sampai tu, President House dah tutup. Tapi aku dengan along pula boleh selamba masuk ambil gambar area luar sebab nampak gate dia terbuka, cuba tengok gambar bawah ni.

President House Ho Chi Minh
Ho Chi Minh City 2013
Dari jauh kami memang nampak ada mak cik dua orang memandang kami, macam cakap sesuatu . Tapi bajet aku faham ke? Aku keep continue amek sekeping dua, then sorang mak cik datang ke arah kami cakap dalam bahasa Vietnam. Kami pun assume la, yang President House ni tutup. Sila la keluar dari sini. ahhahah

President House Ho Chi Minh
Ho Chi Minh City 2013

Back to plan kami ke Revolution Museum.Ticket price perentry: 15,000VND. 
Revolution Museum ni banyak juga memberikan info-info mengenai Bandar Saigon @ Ho Chi Minh City itu sendiri, cuma sebab tak ada tourist guide. Aku rasa a bit lost disini,sebab tak tahu mana satu nak tuju. Tapi aku suka dengan seni bina Museum ni, sebab sangat cantik dan klasik. Even waktu tu ada pengantin tengah buat prewedding photo. 

Senibina  Rumah
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013

August Revolution 
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013

Senibina  Pintu 
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013



Senibina  Rumah
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013


Senibina tangga yang menarik
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013

Rolls Royce?
Revolution MuseumHo Chi Minh City 2013
Puas pusing-pusing dalam Revolution Museum dan ambil gambar, kami bergerak ke arah Saigon Notre-Dame Basilica. Walaupun ianya adalah gereja, tapi aku kagum rakyat Vietnam ni masih kekalkan lagi seni bina peninggalan France dan masih dijaga rapi. Sehinggakan nama pun mereka tak ubah, sebiji macam dekat Paris!


Notre- Dame
Ho Chi Minh City 2013

Tak jauh dari Notre-Dame ada lagi satu bangunan bersejarah peninggalan France, iaitu Bangunan Post Office. Tapi sebabkan kami dah penat nak melintas, dan gerak cuma ambil gambar dari jauh sahaja le.. Sebenarnya seni bin adalam Post Office ni pun menarik juga. 
Post Office
Ho Chi Minh City 2013
Rasa macam dah jauh sangat kami gerak, kami ada singgah di kedai kopi untuk lepaskan lelah kepenatan berjalan , tapi nanti aku buat special post untuk itu ye. So gambar di bawah ni antara yang sempat aku ambil dalam perjalanan pulang semula ke hotel. 


Motor
Ho Chi Minh City 2013

Wayar yang berselirat
Ho Chi Minh City 2013

Antara Kedai Kopi
Ho Chi Minh City 2013

Aku rasa berbangga dengan pencapaian, mampu berjalan di Ho Chi Minh City! Yeah!!
Untuk pengetahuan semua, jarak antara satu tempat yang aku pergi ni tak dekat pun. jauh kot.. Cuma aku tak tunjuk arah dan laluan, coz aku berpandukan peta yang hotel aku bagi. Lagipun tak complicated jalan di sana, dan senang untuk faham. 

Comments

  1. Capek ah . Ok 1st kalau afif singgah sini dia tak jadi 1st dah muahahaha

    ReplyDelete
  2. suka hati aku la.. still boleh jadi second hahahaa :P
    best la korang satu kepala.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak puas hati nampk. Alhamdulillah Allah send me sister with satu brain ahead a like. Tp kan kalau time perang dingin salah jalan takde maknanya si nina tu nk masukkan dlm blog. Haha

      Delete
    2. Hahaha.. salah jalan sikit je... warming up for next trip.. wahahha.

      Delete
    3. hahahaa.. korang adik beradik boleh masuk The Amazing Race la.. hahahaa :P

      Delete
    4. afif bukan perli aku kan? harapnya kalau amazing race asia ada aku try enroll ..eh bukan dulu ckp nak jadi partner aku ke afif?

      Delete
  3. Nina..lama betul JM tak singgah sini..byk entry terlepas...perlu baca seua bila ada masa free nanti..

    JM pun jalan kaki je kat area city ni..ke HRC, Post Offoce, Norte Dome dan War Museum semasa ke sana Nov 2013..entry blum publish lagi..

    ReplyDelete
  4. Kalo sewa motor mahal x kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure pula harga sewa motor, sebab tak reti bawa motor... Jadi memang tak pandanglah kan harga sewa motor..

      Delete
  5. Replies
    1. Normal untuk negara Indo-china seperti Thailand dan vietnam ni. wayar dia org mmg berselirat.

      Delete
  6. Assalamualaikum awak. first time saya tengok wayar berselirat dekat krabi. ngeri gak jalan bawah tiang elektrik. berbunyi sepanjang masa. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts