Lemang Rebus Untuk Perantau.

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lalu.. Here come"Lemang Rebus Untuk Perantau."
Tak semestinya untuk mereka yang berada di perantauan sahaja, untuk kita yang ada di Malaysia pun boleh sebab resepinya mudah dan ringkas.Tak perlu bersusah payah nak cari buluh dan berpanas menjaga api. Jimat banyak step. Buat sorang-sorang pun boleh. hehehe


Bahan-bahan Lemang Rebus
  1. Beras Pulut
  2. Santan
  3. Garam secukup rasa.
  4. Daun Pisang/ Aluminium Foil (Jika tiada daun pisang)
  5. Tali Pokok Pisang/Tali Rafia.
Cara-cara 
  1. Layurkan daun pisang diatas api. Daun pisang akan digunakan untuk membalut lemang rebus,
  2. Cuci beras pulut .
  3. Masakkan beras pulut bersama santan dan garam secukup rasa. Sukatan santan hendaklah menutupi beras pulut..Ala...macam masak nasi
  4. Kacau beras pulut dan santan itu tadi, sehingga beras pulut itu separuh masak. Kira dah kering , tak perlu nak masak sangat sebab kejap lagi kita rebus.
  5. Ketepikan sebentar,ambil sedikit pulut (ikut suka nak buat besar mana) dan gulung dengan padat menggunakan daun pisang dan ikat dengan tali pada hujung dan tengah .
  6. Rebus kesemua lemang rebus yang sudah diikat ke dalam periuk. Sukatan air, separas dengan lemang rebus  tak payah penuh-penuh.
  7. Pastikan api tidak terlalu besar, biar sederhana sahaja. Tutup api apabila air sudah kering dan lemang sudah masak.
Jika anda menggunakan aliminum foil , step no 1-5 sama. Bezanya, anda memasak dengan cara Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut yang di dalam aluminium foil tadi lebih kurang 20-30 minit.

Bila telah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.Dah Siap! Mudahkan??

Credit Photo: umi-e,blogspot.com
Resepi: Lemang Kukus.
Note: Resepi ni arwah wan yang ajar, dan turunkan dekat kami. Waktu tahun 2010, kami beraya di Rumah Pak Cu di Australia. Disebabkan wan asal dari negeri sembilan tak lengkap klau tak ada lemang, Maka dia ajar kami buat lemang rebus sewaktu menyambut hari raya disana. Rupanya senang je nak buat tak susah pun... Dulu wan ada gak ajar aku buat lemang bakar. susah wei.. nak kena jaga api... leceh juga caranya.. heheh

Comments

  1. Aha..ini sudah cukup baik..kat umah dah ada santan, beras pulut dan aluminuim foil tu...boleh try nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, yg aluminium foil tu nina x pernah try.. Incase, kalau nak guna aluminium foil tu mesti yg jenis tebal.. tp nina prefer guna daun pisang sebab lebih tebal and wangi nanti lemang tu..

      Delete
  2. waa... ingat kan burasak.. nasib baik baca.. lemang rebus.. minggu depan ada buat tak? boleh rasa hahaha.. tak pernah makan lagi ni :D

    ReplyDelete
  3. Ade sejarah menggunakan foil tuh yang berjaya tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts