Jakarta- Bandung 2013: Day 3 : Cara Mengelakkan Kesesakkan/Jammed/ Macet di Jakarta Bandung Highway
Day 3: 3 Jun 2013
Tajuk entry tak beragak punya panjang..ngee. Setelah berbincang, kami ke Kota Bandung pada hari ini. As usual, kalau dah sampai Bandung- kita shopping!! Memandangkan ini pengalaman pertama kami dari Jakarta ke Bandung. So, keluarga Om Mawardi dah rancang betul-betul bagi mengelakkan jammed atau macet yang teruk di highway nanti. yeah!
Aku sering dengar masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tak kisah la, pergi Jakarta- Bandung dengan travel agency atau sendiri. Satu perkara yang tak menyenangkan ialah mereka terpaksa mengharungi 5/6 jam jammed atau macet di Jakarta -Bandung Highway. Padahal jarak perjalanan melalui highway sepatutnya cuma mengambil masa selama 2 jam sahaja.
Tips Mengelakkan Kesesakkan/Jammed/ Macet di Jakarta Bandung Highway

- Bergerak weekdays or weekend? Antara penyebab utama kenapa tersekat di Highway Jakarta Bandung ialah salah pilih hari perjalanan. Buat pengetahuan semua, biasanya pada hujung minggu (weekend) kebanyakan orang Jakarta akan ke Bandung untuk berlibur. Itu sebabnya jammed boleh sampai 5/6 Jam. Jadi pilihlah weekdays kalau nak ke Bandung. Begitu juga,dari Bandung untung ke Jakarta.
- Pukul berapa nak bertolak? Ini juga merupakan faktor paling penting. Sila elakkan dari picked hours iaitu 7-9 am - waktu orang pergi kerja dan 4-7pm- waktu orang pulang bekerja. Kenapa? Macam orang Malaysia juga waktu picked hour jam sebab orang pergi dan pulang dari pejabat. Jadi pilih masa yang sesuai, bagi mengelakkan jammed.
- Holidays? Alert dengan tarikh dan hari Indonesia bercuti. Mereka ni memang suka bercuti, even bukan hari bercuti pun boleh ramai orang. Sebab rakyat mereka terlampau ramai. Boleh rujuk Calendar Indonesia untuk merancang perjalanan anda.
Bagi mereka yang tiada pengalaman menghadapi jammed/macet yang teruk gile. Be prepared, sila rancang betul-betul perjalanan anda. Tahap jammed di Indonesia boleh sampai anda terpaksa tinggalkan kereta. Katakan anda tersekat dalam jammed/macet, dan ingin berehat atau membuang air kecil. Pesanan dari sedara aku, nampak sahaja petrol station berhenti sahaja. Jangan ditunggu. Jangan risau dengan tahap kebersihan tandas di Petrol station. Tandas mereka jenis yang mementingkan kebersihan class "A". Bayar 1k Rupiah terlebih dahulu sebelum masuk ke tandas !
Jadi setelah rancang perjalanan, banyakkan berdoa dan bertawakal pada Allah. Agar perjalanan anda semua selamat dan cepat sampai.. amin.
Source: v-recipes,blogspot.com Jakarta-Bandung Highway. |
Maka kami sampai ke Bandung 2jam tepat. Lega sangat, sampai sahaja di hotel. Letak-letak barang. Ini masa menghabiskan duit, iaitu shopping! wahahhaha
Note: Aku rasa tiga faktor ni dah cukup lengkap.. Tapi kalau korang nak tambah dibawah, silakan.. Komen-komen yang membina sangat dialu-alukan.
Note 2: Ada cerita hantu di highway Jakarta- Bandung, tapi aku malas nak cerita nanti korang cuak. Cerita ni cousin aku sendiri alami and cerita kat aku. Tapi jangan risau, hantu ni tak merbahayapun.
Yer betul..JM pernah rasaian...jem di Bandung dan Jakarta..waduhhh..jarak dalam 1km je tapi ambil masa hampir satu jam...rasa mcm nak turun dari teksi tu jln kaki je..
ReplyDeleteSakitkan JM, jammed di Jakarta Bandung tu.. Tu sebab nyer kami tak pernah turun Jakarta selama ni, sebab nak elakkan jammed. Tp bila sedara dah ajak dtg rmh. Barulah kami ke Jakarta dahulu.. heheh
Deletewaa.. hantu yg dah tak merbahaya?? sebab semua dah masuk uni kot.. dah belajar tinggi so xde nak kacau org hahahaha...
ReplyDeleteTip ke 4 : baca doa naik pengangkutan sebelum bertolak :D
Hahaha.. cousin aku tu cerita je.. tak de pun hantu tu tegur dkt kita org.. huhuh..
Deleteoh ko minta ker hantu tu tegur korang.. tak jauh kot indon malaysia.. kalau trbang.. minggu depan sampai lah dia hahahaha :P
Deletereception line tak sama ..hantu susah nk fly
DeleteTakutnya hantu tak merbahaya...
ReplyDeleteTTTG, saya follow blog oke..
hahaa.. cerita hantu tu dia saje2 je.. tp tak menakutkan pun.. jangan risau la.. ngee
DeleteThank you follow :)