Jakarta- Bandung 2013 : Day 2 : Taman Mini Indonesia Indah (TMII) ,Jakarta

Logo Taman Mini Indonesia Indah.
Pulang dari Gelora Bung Karno, Senayan. .. Kami ke rumah Om Mawardi dan bersiap-siap untuk ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII)..  Awal-awal tak tahu nak ke mana bila sampai di Jakarta. Nasib la aku ada wat sedikit research mengenai Jakarta. Jadi kami request untuk ke Taman Mini Indonesia Indah,Jakarta Timur. Kenapa nak ke sini? Sebabnya, kalau pergi ke TMII ibarat anda melancong semua kepulauan di Indonesia. Heheh. Menarik tak?



The idea of presenting Indonesia in a small scale was conceived by former Indonesian first ladySiti Hartinah, better known as Tien Suharto. It came about at a convention on 8 Cendana Street at March 13, 1970. Through this recreational site, she hoped to cultivate national pride in more Indonesian people.A project called "Indonesian Miniature Project" was started by Harapan Kita Foundation in 1972. The concept of this culture-based recreational area was inspired by Indonesia's unparalled natural riches and local folk diversity.
Source : Wikipedia

Anjungan Bali
Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta 2013
Tak pernah sampai ke Bali, tapi dapat singgah di Anjungan Bali pun okay.


Digalakkan kalau sampai ke sini spend time dari pagi sampai petang.  Ticket masuk ke Taman Mini ialah RP8k/seorang dan RP10K/car. Manakala, untuk taman-taman dan museum harga adalah berbeza, hanya Anjungan-anjungan iaitu rumah-rumah tradisional daerah sahaja masuk secara percuma. 

Pesanan untuk anda semua,Taman Mini Indonesia Indah tidak sama seperti Taman Mini Malaysia, Melaka atau Kampung Budaya Sarawak. Mungkin ada sedikit persamaan konsep, tapi istimewanya disini ianya menempatkan semua tempat kebudayaan dan rumah tradisional di Indonesia dari kepulauan Sumatera, kepulauan Jawa, kepulauan Borneo, kepulauan Irian Jaya .Bayangkan berapa banyak daerah dan budaya. Rumah-rumah yang dibina bukan mini macam di Melaka, tetapi dibina sama seperti rumah yang didiami. Contoh, di Anjungan Riau terdapat tiga buah rumah Tradisional Melayu Riau sama seperti rumah yang berada di Riau.Selain itu, di TMII menempatkan lebih 62 museum dan taman untuk di lawati. All in one place!
Peta dan muzium di Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta 2013
Sila klik gambar untuk melihat museum dan taman yang ada disini.


Keluasnya kawasan Taman Mini ni boleh dikatakan sebesar kawasan taman perumahan Shah Alam. Jadi bila sampai ke sini, tak boleh jalan kaki mesti naik kereta untuk pusing satu taman. Taman Mini turut menyediakan perkhidmatan cable car atau anda boleh menyewa basikal.  Tapi cousin aku Icha dan Zaky tak sarankan naik cable car sebab bergegar dan kualiti kurang memuaskan. Nak jalan kaki boleh, tapi lenguhlah. 

Seronoknya disini, macam-macam benda boleh dilihat, tu pesanan saya. Sila datang dari pagi sehingga petang. Tak perlu risau kalau anda lapar, ada kedai California Fried Chicken (CFC). Selain itu, facilities seperti tandas juga turut disediakan.

Anjungan Riau,
Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta 2013
Bersama Keluarga Om Mawardi dan Tante Nazviha bersama anak mereka.


Boleh refer this website for more info : Taman Mini

Comments

  1. macam biasa aku memang suka jadi pengoment pertama ko hahaha.. :P

    Taman Mini Indah.. tapi besar macam Shah Alam hehehe..

    ReplyDelete
  2. @Time Traveller Terima kasih utk pengoment tegar yang pertama.. aku ni bkn top blogger macam kau.. haha.. cerita2 pun tak gempak macam org tu

    ReplyDelete
  3. masa bila lak aku ni top blogger.. hahaha.. ngarut jer.. jadi blogger pun tak sampai setahun .. :D

    well.. u are welcome..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts