Jakarta- Bandung 2013 : Day 2 :Gelora Bung Karno, Jakarta
Pagi-pagi lagi kami dah bangun,makan sedikit breakfast . Om Mawardi dah ajak kami ke Gelora Bung Karno untuk Jogging.. Dalam hati aku, jogging? Tapi bila masa lagi kau nak berjogging di negara orang kan?. Sebut je Gelora Bung Karno,terus aku teringat perlawanan Bola Sepak Malaysia menentang Indonesia..Tak ingat? Perlawanan Piala Suzuki,yang pasukan Malaysia kena naik kereta kebal dari Istora Senayan ke Gelora Bung Karno.
Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Indonesia Credit Pic: donilaksono.wordpress.com |
Rata-rata kalau disebut "Gelora" dalam bayangan rakyat malaysia mesti memikirkan Gelombang Ombak atau Perasaan hati yang bergolak -golak. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud gelora ialah :
1 kocakan air laut yg sangat hebat; gerakan gelombang yg besar serta dgn kencangnya. 2 = musim ~ musim hujan dan angin ribut yg kencang; musim hujan lebat serta banjir: Dlm musim ~, mereka tidak berani turun ke laut. 3 ki perasaan yg titdak tenang; perasaan yg sentiasa bergolak. bergelora 1 berkocak dgn hebatnya (ttg air laut); bergelombang besar: Dr Melbourne, kapal itu telah belayar ke New Zealand, dan kemudian membelok ke selatan menempuh laut yg ~. 2 ki berasa sangat gelisah; bergolak dgn hebat (ttg perasaan); berkobar-kobar (ttg semangat). menggelorakan menyebabkan perasaan menjadi bergelora; mengobarkan semangat dll.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tiba-tiba pula kita masuk kelas bahasa melayu. Tujuan sebenar aku tulis maksud ni, sebab aku tahu.. Rata-rata rakyat Malaysia mesti fikir kenapalah di Indonesia mereka letak nama Stadium sebagai Gelora. Nak menunjukkan semangat berpasukan ke? Semangat atlet-atlet bermain? Kata mereka ada kaitan dengan semangat kesukanan, tapi sebenarnya maksud Gelora ialah "Gelanggang Olahraga" . Ha?? Tak sangka?? Betul la, aku tak tipu. huhuhu
HydroCoco Event. Gelora Bung Karno, Jakarta 2013 |
Tak adalah jauh sangat dari rumah Om untuk ke sana dalam 25 minit.. Cuma jadi lambat nak masuk ke kawasan Gelora Bung Karno kerana ada 3 big event ketika kami sampai.
Hydorcoco( program berbasikal tajaan air Hydrococo) , ada wisuda (graduation university), perjumpaan muslimat (yang ni memang gempak dan ramai kot).
Jadi aktiviti kami bukanlah jogging, sebalik nyer kami makan depan Gelora Bung Karno.. hahahha.. Pengalaman wei, kat Malaysia pun aku tak pernah buat .
Icha and Me ..Brekfast at Gelora Bung Karno , Jakarta |
Nasi Uduk dan nasi ambel. Sorry. nasi lemak lagi sedap ikut tekak aku la.. |
Berdekatan dengan Gelora Bung Karno, keliatan Istora Senayan.. Try to guess, maksud Istora?? Sebut istora macam-macam keluar dari mulut kami, rupanya maksud Istora ialah Istana Olahraga. Istora ni kawasan penginapan atlet. Jadi kalau ada acara mereka stay sini, tapi katanya dah tak pakai sangat, sebab atlet lagi prefer duduk dekat hotel.
Habis makan, kami langsung pulang ke rumah.. Lepas ni kemana ya?? Tunggu
Perjumpaan muslimat, lebih dari 100 bus Gelora Bung Karno, Jakarta |
Small note: Alhamdulillah, aku dah habis practical! Officially graduated from IIUM. Tengah bercuti and dapat sambung bekerja ditempat aku practical.... Alhamdulillah, sujud syukur ya Allah..
Maaflah, nak habiskan satu entry dekat tiga minggu.. tengah cuti ni akan aku habiskan ya. fighting!!
Comments
Post a Comment