Jakarta - Bandung 2013 : Day 2: Monumen Nasional (MONAS)
Monumen Nasional, MONAS Credit Photo: http://www.prianganpos.com/2012/11/tugu-monas.html |
Kenalan di Bekasi, Uncle Afrizal |
Perut masing-masing dah berdangdut maka kami singgah ke kedai Bebek Goreng Haji Slamet di Jakarta Selatan . Dengar cerita, kedai ni paling famous di Indonesia. Famous dengan kenikmatan Bebek iaitu itik gorengnya.. Maka kami beli Bebek Set Complete dan makan malam di kawasan MONAS. Second time, aku makan dekat taman di Indonesia! Serious seronok sebab tak selalu buat. Tapi jujur aku katakan, kalau nak menikmati bebek yang paling sedap ialah di Surabaya. Bebek Setan ! ha jangan terkejut.
Kalau nak singgah menikmati bebek boleh ke alamat ni:
Jalan Melawai Raya (Cab. Melawai Blok M)
Jakarta Selatan, Indonesia
Source : Wikipedia
Menurut sepupuku Icha, obor-obor diatas yang kelihatan disaluti dengan emas yang ditaja oleh orang Aceh. Kaya betul mereka! Pembinaan MONAS pada tahun 17 August 1961 iaitu hari kemerdekaan Indonesia dan berakhir pada 1965. MONAS melambangkan semangat perjuangan untuk Indonesia. Semangat nasionalis kata mereka.
Aku cadangkan kalau nak kesini lebih baik waktu malam kerana view lebih cantik. Selain itu, lebih sejuk sebab tengah hari panas.. eheehe
Dinner Picnic at MONAS, Jakarta Menikmati Bebek Goreng Hj Slamet sampai nagis. Refer to my cousin action Zaky and Icha. |
MONAS , Jakarta Pusat Maaf untuk gambar yang bergegar. |
Maka berakhirlah trip kami pada hari kedua. Sampai sahaja di rumah, masing-masing sudah capek and tidur. Esok kita nak shopping!
Note: Susah betulkan nak habiskan post Jakarta Bandung ni, padahal cuti aku dah nak habis and dah nak masuk kerja dah. ish.. ish...
Comments
Post a Comment