Tips Menyimpan Duit Untuk Melancong ketika Belajar: Travel? Study? Money?


Haritu ada sorang kawan aku tanya, macam mana aku boleh travel padahal tengah belajar, tak ada pendapatan tetap. Hurm.. Waktu tu aku bagi jawapan basic-basic je, tapi bila difikirkan semula. Aku rasa aku buat banyak benda untuk achieve target melancong.

Tips yang aku bagi dibawah ni turut sesuai untuk mereka mereka yang sudah bekerja dan  untuk tujuan-tujuan lain.

Tips Menyimpan Duit Untuk Melancong.

Maksud keperluan dan kehendak

No 1: Asingkan duit mengikut keperluan dan kehendak!

Ini paling penting sekali, mula-mula duit scholar masuk, atau parents bagi duit. Anda kena kenal pasti perkara apa yang paling wajib untuk anda guna duit..Biasanya, awal-awal sem tolong asingkan duit untuk segala jenis yuran atau hutang yang anda wajib bayar. Dah asingkan terus bayar, jangan pula simpan sampai hujung sem takut nanti duit tu terpakai pula. Dah susah. Ramai yang gagal melakukan perkara ni, dah nampak duit ribu-riban dalam account bank terus nak berjoli sampai lupa diri.

No2: Beli barang makanan harian yang boleh dimasak.
Rajin-rajin memasak.

Awal-awal sem juga aku selalu beli makanan seperti Milo(Pack 3 in 1), Maggie (Pack Banyak), Biskut (1 tin), Roti macam-macam jenis. Tujuan aku beli sebab nak berjimat makan breakfast. Aku faham jadi student ni memang kita rasa susah nak panaskan air waktu pagi. Tapi silalah tinggalkan perangai tu kalau korang nak achieve target melancong tu.wahahah

Kalau yang rajin masak tu, lagi sangat beruntung sebab dah boleh jimat duit makan. Aku tahu lauk dekat cafe bukannya sedap. wahahha.

No 3: Limitkan penggunaan wang

Limitkan penggunaan wang untuk keperluan harian/ bulanan. Contoh
  • Duit Makan: Sehari limitkan kepada RM10 termasuk dengan air. Aku tahu susah, dengan keadaan sekarang yang semua dah naik harga mana nak dapat. Tapi tak pe bawah-bawah nanti aku bagi tips lagi.
  • Duit Transport/Minyak : Kalau kita ada option untuk naik transportation awam sila gunakan kemudahan yang ada.Bercakap tentang minyak tak perlu lah aku jawab lebih-lebih semua faham harga minyak melonjak beberapa bulan sekali. Mana yang kita boleh berjima kita jimatkan.
  • Duit Topup: Kalau boleh limitkan terus untuk 1 minggu=RM10. Jadi satu bulan bersamaan RM40. Kalau nak lebih jimat lagi, terus beli topup RM30.

Lagi satu, aku selalu praktik perkara ni waktu pergi pasar malam:
Aku mesti tak bawa dompet. Cuma bawa RM10 sahaja, supaya aku tak berbelanja berlebihan. Selain tu, ianya dapat mengurangkan nafsu aku nak beli makanan yang bermacam jenis tu. heheh

No4 : Asingkan duit untuk melancong.
Duit untuk melancong

Kalau boleh lepas dah beli duit ticket, sila la asingkan duit untuk melancong. Calculate terlebih dahulu, budget anda untuk melancong 
  • Airport Tax .Sesetengah negara airport tax perlu dibayar, ada yang sudah termasuk dalam flight ticket.
  • Hotel
  • Transportation
  • Food
  • Shopping.
Lepas dah calculate sila simpan duit yang nak digunakan itu lebih dari anggaran. Contoh : Kalau kita budget dalam RM300 simpan dalam RM500. Biar berlebih jangan terkurang sebab kita tak tahu sama ada duit yang kita budget cukup atau tidak. Ini badget aku buat untuk ke Thailand. 

No 5: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Cara mudah, tak perlu beli tabung. Pakai apa yang ada.

Pasti kita biasa dengar pepatah "Menabung Amalan Mulia. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Mungkin aku ni jenis suka menabung, asal nampak duit syiling pasti masuk ke dalam tabung. Tak perlu pun sehari wajib RM20 anda simpan dalam tabung, 50sen sehari pun dah cukup.

  • 1 Minggu : RM0.50 X 7 hari = RM3.50
  • 1 Bulan: RM3.50 X 4 Minggu = RM14.
  • 1 Tahun : RM14 X 12 Bulan = RM168.
Calculation kat atas tu sebagai contoh la. Kalau rajin lagi,tambah je lah dari 50 sen jadi RM1 ke. Tak kisah yang penting kita kena rajin menyimpan..Yang dah kerja pun boleh lakukan benda yang sama. Ada duit syiling je masuk dalam tabung. :) 

Untuk mereka yang mempunyai pendapatan tetap. Aku cadangkan awal-awal dapat gaji masukkan terus duit yang nak disimpan ke dalam account bank lain. Takut-takut nanti terpakai. 

No 6: Berniaga.

Sejak sem lepas, aku baru berjinak-jinak meniaga kerepek. Kalau aku tahu dari 1st year lagi aku meniaga ni. Tak perlu target sampai ribu-riban .. Ratus-ratus cukuplah, dapat duit lebih dan dapat kita gunakan untuk melancong nanti :)

No 7: Nak "berfoya" boleh, tapi jangan selalu.
Susah nak tinggalkan habit bershopping?

Sila lah simpan sedikit sahaja duit untuk berfoya-foya. Maksud berfoya disini janganlah korang salah anggap ya. Berfoya untuk aku adalah seperti menghabiskan duit dengan

  •  Makan di tempat yang mahal
  • Membeli handphone yang mahal padahal handphone tak rosak pun.
  • Bershopping baju dan kasut mengikut nafsu tanpa control.
  • Menonton wayang. Tapi ni aku jarang buat, sebab selalu aku suruh orang download.wahahha. Jimat.
Aku tahu nafsu perempuan ada 9 tapi kenalah pandai control. Kalau tak pandai, buat-buat pandai. Nanti bila dah sampai dekat negara yang korang singgah tu. Shopping lah hari-hari sampai puas. Macam aku selalu buat.

Itu sebab nye ada sorang kawan aku buat statement " Aku perhati baju kau nina kebanyakan lain dari orang lain, macam tak ada dijual di Malaysia". wahaha. Ini bukan riak atau kasi korang jeles, tapi ini caranya aku buat untuk dapat kepuasan berganda.

Note: Tips yang aku berikan mungkin tak mengiku turutan

Comments

  1. Salam nina,
    JM uka entry ni dan akan cuba folow tips ni :-)

    ReplyDelete
  2. @jarimanis Waalaikummussalam..
    Hehehe.. Jom sama-sama praktikkan benda ni :)

    ReplyDelete
  3. Mmg best.. Berjimat cermat... Paling bagus ialah jgn langsung ke shopping mall.. Sebab msti akan terbeli something :P

    ReplyDelete
  4. @Time Traveler Boywahahah.. part menabung amalan mulia itu perlu.. hheeh.. yer.. mmg jarang masuk shooping complex la kan..

    ReplyDelete
  5. saya dah simpan skng ni rm 500 sebulan..bajet nak bercuti kat oversea nati..hehe

    ReplyDelete
  6. @Nick Nashram Bagus2 banyakkan menyimpan duit. tak semestinya oversea kat malaysia pun boleh

    ReplyDelete
  7. aku perati kalau org yg suka travel ni memang hidup dia cukup basic...sbb dia tau kat mana duit2 tu patut disalurkan...setuju?? :)

    ReplyDelete
  8. @Fatt Setuju dengan pendapat yang arif! hehehe.. memang basic, kadang2 sampai rasa sayang nak shopping.wahahha

    ReplyDelete
  9. pehhhhhhhhhhhhhhhhh,soalan ni yang selalu bermain di kotak fikiran mek, serius :)




    menabung dan berjimat itu pentingkan :)

    ReplyDelete
  10. @onie hehe.. berjimat amalan mulia ksi boleh travel. wahahah

    ReplyDelete
  11. Definitely agreed with Fatt. Selalunya yg suka travel, will live basic. Kalau nak beli sesuatu, mesti pikir, samaada perlu ke tak? Since ada trip yg sedang menunggu.

    ReplyDelete
  12. @zaraab Sangat basic.. yang perlu betul2 je akan keluarkan duit ..:)

    ReplyDelete
  13. Siapa nak try beraya diperantauan?best!!satu pergalaman yg berbeza.kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah.mahira holiday homes.boleh call +60123360098. Memang seronok pakej raya di perth.ada pengalaman berpuasa,terawih dan sambut raya.cubalah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts