Comiat Pau!
7tahun dahulu : Sekitar tahun 2006
Abah dan Pau melangkah masuk ke Pasar Borong HRC .Sekarang Pasar Borong ni pun dah tak wujud lagi.. Semua memandang ke arah mereka dengan wajah yang pelik .Seorang pemuda melayu dan seorang matsalleh yang dua kali pandang ada rupa arab. Ok memang pelik
Ada yang tersenyum, ada yang memandang dengan penuhrakus sepanjang dua beranak itu bershopping beli groceries. eh hyperbola pula pandang dengan rakus..Tiba di kaunter HRC
Cashier: Pak cik ini anak pak cik ke?
Pau : Ini abah saya . Sila baca dengan nada pelat mat salleh.
Abah: Ya, anak pak cik . Dengan muka selamba bapa aku menjawab .
Cashier .... Confuseddddd
Kehadiran Pau banyak mengubah kami sekeluarga. Mengubah perspektif kami melihat sesuatu perkara, mengubah kami berfikir. Membuatkan kami banyak membaca, macam mana aku nak jawab bila dia tanya pasal islam. Yeah, berbelit kot nak menjawab dia bukan nya ada agama. Jadi nak terangkan sesuatu tu kena fikir dahulu, baru jawab.
Rawang : Ogos, 2012
Pau menghirup segelas air dan mengambil nafas sambil mengelap peluh di dahi. Cuaca di Malaysia sememangnya panas. Tetapi peluh di dahi itu bukan kerana panas, peluh gementar kerana sebentar lagi dia harus memberi ucapan dalam majlis perkahwinan abang angkatnya di Malaysia.
Dengan memakai Baju Melayu Hijau dengan samping budak MCKK.kaut baju Pakcu sebab tu size paling besar. Dia mencapai microfon. Kertas ucapan itu terlipat kemas, seboleh-bolehnya dia tak nak adik-beradik angkatnya tahu isu kandungan surat tersebut. Dia cuba membuat ucapan 100peratus dalam Bahasa Melayu. Bagi dirinya Bahasa Melayu adalah bahasa keduanya. Padahal cakap dah macam mat bangla kata adik-beradik angkatnya.
Argh.. teruskan baca ... rakyat Malaysia memang suka mendengar Mat Salleh cakap dalam bahasa mereka. Tiba-tiba adik-beradik angkatnya tersenyum ke arahnya, apabila dia berkata
"Saya berterima kasih kepada abah, mak , ida, aiman, nina, akmal, ala dan harith kerana mereka mengajar saya tentang islam"
Perghh.. terus lega aku.. Aku selalu terfikir, nanti dekat akhirat kalau Allah tanya kenapa aku tak ajar tentang islam..Tak tahu la aku nak jawab apa.. Tapi, bila dengar dia bagi statement macam ni . Sujud syukur aku. Tapi memang benar, Hidayah itu milik Allah. Semoga Allah makbulkan doa kami agar dia masuk islam.. Amin.
Walaupun sudah hampir 7 tahun kami tidak berjumpa, namun rasa janggal kami tidak pernah ada. Aku sentiasa menggangap dia seperti abang, dan akak aku anggap dia seperti adik. Yeah, kadangkala aku lupa dia dah umur 25. Aku sentiasa ingat dia umur 18tahun sewaktu pertama kali dia menjejakkan kami ke rumah kami.
Rumah lama kami agak kecil, tapi mat salleh ni okay aje. Mak dan abah terima dia seperti anak sendiri, didik macam anak sendiri. Ada ke patut dia kata " Rasa macam baik dan suci sangat dekat sini sebab tak minum arak dan makan benda haram" Tahu pula makan benda haram.. apa daaaaa....
Setelah 2 bulan lebih dia di Malaysia. Tiba masa untuk pulang, imagine sebelum balik tu dia yang meleceh. Mandi slow-slow, pergi kedai dulu la.. Bla.. Bla.. Siap bukak tingkap kereta sebab nak rasakan kepanasan angin Malaysia..ooiii.. nape sayang sangat kau dekat Malaysia? hahaha...
To Mr Pau Fort Portella. May Allah bless you always.. amin..Insha Allah one day we will meet again in Spain!
Abah dan Pau melangkah masuk ke Pasar Borong HRC .Sekarang Pasar Borong ni pun dah tak wujud lagi.. Semua memandang ke arah mereka dengan wajah yang pelik .Seorang pemuda melayu dan seorang matsalleh yang dua kali pandang ada rupa arab. Ok memang pelik
Ada yang tersenyum, ada yang memandang dengan penuh
Cashier: Pak cik ini anak pak cik ke?
Pau : Ini abah saya . Sila baca dengan nada pelat mat salleh.
Abah: Ya, anak pak cik . Dengan muka selamba bapa aku menjawab .
Cashier .... Confuseddddd
********
Family Picture 2006 |
Pau Farewell 2006 muka masih suci dan bersih oiii. |
Rawang : Ogos, 2012
Pau menghirup segelas air dan mengambil nafas sambil mengelap peluh di dahi. Cuaca di Malaysia sememangnya panas. Tetapi peluh di dahi itu bukan kerana panas, peluh gementar kerana sebentar lagi dia harus memberi ucapan dalam majlis perkahwinan abang angkatnya di Malaysia.
Dengan memakai Baju Melayu Hijau dengan samping budak MCKK.kaut baju Pakcu sebab tu size paling besar. Dia mencapai microfon. Kertas ucapan itu terlipat kemas, seboleh-bolehnya dia tak nak adik-beradik angkatnya tahu isu kandungan surat tersebut. Dia cuba membuat ucapan 100peratus dalam Bahasa Melayu. Bagi dirinya Bahasa Melayu adalah bahasa keduanya. Padahal cakap dah macam mat bangla kata adik-beradik angkatnya.
Argh.. teruskan baca ... rakyat Malaysia memang suka mendengar Mat Salleh cakap dalam bahasa mereka. Tiba-tiba adik-beradik angkatnya tersenyum ke arahnya, apabila dia berkata
"Saya berterima kasih kepada abah, mak , ida, aiman, nina, akmal, ala dan harith kerana mereka mengajar saya tentang islam"
Ucapan dari Pau |
*******
Perghh.. terus lega aku.. Aku selalu terfikir, nanti dekat akhirat kalau Allah tanya kenapa aku tak ajar tentang islam..Tak tahu la aku nak jawab apa.. Tapi, bila dengar dia bagi statement macam ni . Sujud syukur aku. Tapi memang benar, Hidayah itu milik Allah. Semoga Allah makbulkan doa kami agar dia masuk islam.. Amin.
Pau and Family Visit from Spain to Malaysia 2007 |
Pau and Family Visit from Spain to Malaysia 2007 |
Walaupun sudah hampir 7 tahun kami tidak berjumpa, namun rasa janggal kami tidak pernah ada. Aku sentiasa menggangap dia seperti abang, dan akak aku anggap dia seperti adik. Yeah, kadangkala aku lupa dia dah umur 25. Aku sentiasa ingat dia umur 18tahun sewaktu pertama kali dia menjejakkan kami ke rumah kami.
Rumah lama kami agak kecil, tapi mat salleh ni okay aje. Mak dan abah terima dia seperti anak sendiri, didik macam anak sendiri. Ada ke patut dia kata " Rasa macam baik dan suci sangat dekat sini sebab tak minum arak dan makan benda haram" Tahu pula makan benda haram.. apa daaaaa....
Setelah 2 bulan lebih dia di Malaysia. Tiba masa untuk pulang, imagine sebelum balik tu dia yang meleceh. Mandi slow-slow, pergi kedai dulu la.. Bla.. Bla.. Siap bukak tingkap kereta sebab nak rasakan kepanasan angin Malaysia..ooiii.. nape sayang sangat kau dekat Malaysia? hahaha...
KLIA: November 2012
Perasaan sayu itu hadir lagi. Ibarat melepaskan anak pergi belajar ke luar negara. Tapi entah bila dia bakal pulang ke Malaysia. Abah dan mama pula tidak ikut bersama kerana sedang kursus pencen di Pahang.
Nasib baik ada mak wan dan abah wan menghantar Pau ke KLIA. Bukan aku tak tahu, dia kalau boleh nak tunggu final call baru turun kat kastam. Tapi sebab takutkan abah wan dan tak nak kena marah macam dulu cepat sahaja dia turun. Aku sempat serahkan DIY card yang dibuat semalam.
Kelam kabut aku cari kedai printing dalam KLIA untuk print gambar . Alhamdulillah , nasib baik ada. Cepat-cepat aku print gambar yang sudah di edit.
Muka dia terkejut, tidak menyangka. Dia tahu semua dalam rumah agak busy bukan seperti 7 tahun dahulu masing-masing masih bersekolah. Semua duduk dalam rumah. Sekarang, semua tak ada dalam rumah tinggal dia sorang. wahahhaha..
Muka tak sangka terima kad Pau Farewell 2012 |
Nasib sempat aku dan syauqi print dekat kedai KLIA Pau Farewell 2012 |
Pau Farewell with abah wan and family -2012 |
To Mr Pau Fort Portella. May Allah bless you always.. amin..Insha Allah one day we will meet again in Spain!
Commiat Pau!
ReplyDeletebila kau jumpa Pau kat Spain nanti, sila pastikan aku berada di sana bersama...macam xsangka da tujuh tahun..rasa macam baru sangat je lagi..
ReplyDeleteMeet again in Spain... not at Spain..
ReplyDelete@Syauqi Comiat Pau!
ReplyDelete@chieyda InshaAllah.. time flies
@mutalib daud yolah akan diupdate.. grammar teruk pak andak.. hahaha