Bharat Tea Plantation,Cameron Valley, Tanah Rata, Cameron Highlands-

"Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,. Ku lari ke pantai kemudian teriakku"

Tetiba sahaja, aku teringat sajak ni.  Sepi aku ingin sendiri , terabaikan blog ini.

Perkara yang paling aku sakit hati, dah dekat 2 jam cari ilham nak tulis tapi tak dapat juga aku tulis. Aduhai sedihnya :( Second thing, travel trip aku terpaksa dikurangkan. Lagi bertambah sedih :( Tu rasa lemah longlai. Bila dengar team project pergi ke taiwan la ,europe la bertambah stress aku sebagai budak intern ni. 
Tapi, apa-apa pun aku masih nak ucapkan ribuan terima kasih kerana masih ada yang berkunjung ke blog ni. Terima kasih daun keladi, harap info yang ditulis dapat membantu anda semua. 


The family is one of nature's masterpieces. 
George Santayana 
Tanah Rata, Cameron Highlands

Photo By: Seth Akmal

Tanah Rata, Cameron Highlands. 


Apa yang menarik dengan Tanah Rata, Cameron Highlands? Kalau dulu, 
 Brinchang yang lebih famous  kerana banyak tempat nak bershopping sayur-sayuran. Tapi, sekarang di Tanah Rata sendiri banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Tak perlulah bersesak-sesak di Brinchang tu.

Antara tempat menarik yang kita boleh singgah di Tanah Rata, Cameron Highlands:


Bharat Tea Plantation- Cameron Valley 


Sebelum sampai ke Tanah Rata, kita akan dapat menikmati pemandangan yang indah ciptaan Ilahi. Cameron Valley Bharat Tea Plantation mempunyai banyak cawangan kebun di Cameron Highland. Salah satunya menghala ke Tanah Rata.




Bharat Tea Plantation Cameron Valley
Photo By: Seth Akmal






Seperti yang semua tahu Cameron memang sangat terkenal dengan daun teh (ayat skema). Jadi amat rugi kalau tak singgah ke kebun teh dan membeli teh dengan harga yang lebih murah. Mengaku jelah korang datang sini lepas menonton cerita Ombak Rindu .. wahahah Tapi Ombak Rindu di Boh Tea Plantation ye. Macam mana nak pergi ke Boh Tea Plantation, boleh rujuk blog Janggel. click here.



Bharat Tea Plantation Cameron Valley
Photo By: Pau Fort Portella 

Bharat Tea Plantation juga turut menyediakan facilities seperti tandas awam dan cafe yang menghadap kebun teh. Sambil minum air teh, boleh lah layan pemandangan yang indah ciptaan Allah. 

Selain itu, anda juga boleh merasai sendiri pengalaman memetik daun teh tanpa kebenaran tuan kebun wahahah. Jangan petik banyak-banyak, sehelai cukup. Kalau ada anak kecil tu memang seronok dapat berkejar-kejaran disebalik pokok-pokok teh yang tumbuh segar. Sejak bila aku ada anak kecil? Tambah-tambah lagi udara yang sejuk dan menyegarkan memang baik untuk kesihatan.


Bharat Tea Plantation Cameron Valley
Photo By: Seth Akmal

Even, abang angkat aku dari Spain pun borong teh serbuk packet besar yang harga RM12 . Kata dia senang nak bawa balik kasi family minum. Tapi yang lebih pelik orang Malaysia tahan sejuk, mat salleh yang ada 4 musim ni kata Cameron Highland ni sejuk sangat sampai dia pakai sweater 24 jam. Pelik sungguh Pau ni,ya mamat Spain ni nama dia Pau. Pergi ke Cameron Highland ni pun sebab 3 hari lepas tu dia balik Spain.

Kalau anda perasan, gambar pertama dan kedua berada dua buah tempat berbeza. Aku pergi dua cawangan Bharat Tea Plantation sebenarnya. Salah satu menghala ke Tanah Rata dan lagi satu yang berhampiran dengan kea farm tak silap aku.

Apa yang menarik lagi di Tanah Rata? Nantikan esok.

Comments

  1. Tuuuuuuuuuuu dia dah kuar dah entry ladang teh! Hehehe. Nice pic!

    ReplyDelete
  2. @Janggel / Rain terima kasih le datang .. itu namanya baik dari ladang.. but gambar sebenarnya tak banyak coz cuaca tak mengizinkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts