8/10/12

Winter at Freemantle , Australia 2012 Part 14

Sila abaikan ini, dan terus ke tarikh di bawah.

*Dah nak dekat sebulan, tak habis-habis juga cerita aku ni. hahaha. jgn marah ya. Jadi student memang macam ni. Macam-macam nak kena fikir. Project, presentation. Alhamdulillah , semua dah settle part nak kena edit iklan la , broucher la . . Lega. Ni baru update blog. Padahal exam start hari sabtu ni je, ada 1 hari je lagi. Then , melalut, patutnya cerita la pasal bulan Ramadhan ni, pergi cerita pasal travel trip 2 bulan yang lepas. Meroyan apa? Hahaha. Just kidding. Cuma Ramadhan aku kali ini agak berbeza, syahdu. Mungkin ini Ramadhan terakhir aku di UIA. Tahun depan dah practical. Boleh rindu tau masak-masak dengan kawan, tidor bilik kawan macam bilik sendiri ... I will miss everything... rasanya aku lambat balik. Rasa nak habiskan sisa-sisa ramadhan 2/3 hari di UIA. Doakan aku boleh bertahan! haha



Maaf melalut, inilah akibat stress berminggu-minggu menyiapkan project serta presentation untuk dua subjek dalam masa dua minggu. Sekian, terima kasih. *


17/6/2012

Selepas singgah ke Mosque At -Taqwa untuk menunaikan solat zohor dan asar. Kami ke London Court. Aku malas nak cerita pasal London Court, sebab dekat sini ambil gambar sahaja. Jadi anda boleh refer ke post ini (dua tahun lepas punya cerita daaa Dah la 1 gambar je pasal London Court. Nanti aku update ye.).  Sama sahaja ya London Court, tiada perubahan. ngee.

Keesokan harinya, kami bergerak menuju ke Freemantle untuk makan tengah hari dan bershopping. Sebenarnya, aku suka shopping sikit-sikit. Tu sebabnya, banyak tempat shopping aku singgah. Maaf, diri ini shopaholic . Dari Perth menuju ke Freemantle lebih kurang 45minit sahaja, tak adalah jauh bebenor. Freemantle ni merupakan kawasan pelabuhan, jadi banyak kapal dan juga bot-bot disini. Kalau perasan dengan perkataan Free -ada unsur Freemanson. Memang pun ada bangunan besar Freemanson, laluan untuk ke Freemantle. Apa aku merepek sampai Freemanson ni? Sudah.. sudah...


Freemantle

Alhamdulillah, cuaca di Freemantle sama macam waktu Spring, tak panas sangat tak sejuk sangat. Just nice! Jadi sangat best lah makan tengah hari di sini. BTW, kedai yang kami makan ialah Kailis' Cafe. Ramai yang ragu-ragu dengan status halal makanan kedai di luar negara. . Kalau dekat luar negara, mereka sangat menitik beratkan dalam pengendalian dan penyimpanan makanan. Sayur-sayuran dan juga bahan-bahan mentah serta seafood tidak akan diletakkan dalam satu tempat yang sama. Selain itu, Kailis' Cafe ni hanya menjual seafood dan tidak menjual daging serta arak. Jadi status halal tidak diragui. Jangan pula korang minta halal jakim. Memang tak jumpa.


Kailis' Cafe

Burung ni sentiasa menyebabkan anda ketakutan nak makan, dia bertenggek kat atas payung
Photographer by Seth



Menu:
Kalamari (Udang celup tepung, dengan fries besar2, sayur)
Hashbrown ,air ginger
Tiram
Ketam
Lepas kami selesai makan, ada jumpa uncle and aunty dari Singapore. Borak-borak la. Then, dia macam terkejut nampak kami makan di Kailis' Cafe. Sempat lagi dia tanya okay ke? Sebab sebelum ni dia makan di kedai arab depan, nampak jual arak. Macam terus loya and berhenti makan. Kami jawablah, setakat ni gerai ni tak ada jual arak dan hanya menjual seafood only. Jadi tak adalah susah-susah fikir pasal daging yang tidak halal.


Mama -Photographer by Seth
Abah -Photographer by Seth
Memandangkan kami nak menuju ke shopping center di Freemantle, sempat lagi bagi tips dekat aunty Singapore ni shopping disana nanti sebab boleh dapat diskaun. hahaha. Sebenarnya bukan shopping mengganas macam dekat Harbour Town tu, cuma disini dapat murah beli barang sourvenier or t-shirt perth je.. Harga standard 1 helai= AUD10. Tapi kalau beli 3 dapat AUD28.Dah hafal harga baju .boleh jadi promoter.  
Nama market ni : E Shed Markets.

Address for E Shed Markets:
Peter Hughes Drive
Freemantle Western Australia
6160
(08)94306393

Kedai yang selalu kami pergi , kedai mak cik Indon. Dekat sini dari cakap english 24jam, tetiba aku rasa macam pergi Bandung pula, sebab kami semua bantai cakap Indonesia. Siap minta gratis segala. hahahah. Kedai dia saling berdekatan, tapi please beli dari Ibu sahaja jangan dari pekerja dia yang muda belia . Saya ulangi BELI DARI IBU SAHAJA. Reason: dengan ibu je korang boleh dapat diskaun and tawar menawar, then kalau nak bayar BAYAR DENGAN IBU SAHAJA sebab kalau kau beli banyak-banyak dia kasi free or murah lagi harga. Ibu tu makcik tua-tua sikit, then dia ramah, rambut dia pendek (detail aku bg description, kalau rambut dia dah panjang jangan marah lak.. hahaha) Kalau ibu tengah busy korang bayar je dekat dia, or korang tak nampak dia, jerit je IBU!!. Dia datang punya sebab customer always right. Ibu tu owner kedai, boleh la dapat murah. hehe

Sudah puas shopping souvenier, baju t-shirt dan keychain. Akhirnya, kami pulang semula ke Perth. Malam ni, kami pack semua barang sebab esok pagi kami pulang ke Malaysia. Maka, berakhirlah 1001 cerita aku di Western Australia. Alhamdulillah.

p/s: List post yang bakal menyusul
  • 3 hari jamuan makan malam- dah macam "Sambutan Hari Raya di Perth"
  • Foods at Australia
  • Candid picture.
Maksudnya, aku tak habis cerita pasal Australia. hahaha.. Sebenarnya, next year aku macam berehat sebentar dari travel.Betol ke? Itu kurang pasti. jadi selagi boleh aku nak bercerita dan berkongsi. Aku berkongsi dekat korang semua rite? :D

"Sharing is caring"


Family Picture @ Freemantle - Photographer by Seth

2 comments:

  1. seronok la dapat jenjalan dengan satu family... huhuhuuu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...