8/28/12

Pengkalan Kubor, Kelantan, Malaysia

Ingat tak, waktu aku tulis Winter at Busselton Jetty, Australia 2012- Part 10, aku ada inform yang aku baru balik dari sebuah negeri di Malaysia. Memandangkan aku ada mood nak update dan setelah mendapat keizinan dari Encik Adnan Khafiz (kawan aku der) untuk menggunakan gambar dia. Baru la aku ada semangat nak update.. hahah.

Al-kisah mengenai trip ke Pengkalan Kubor , Kelantan sebenarnya tak di rancang pun. Tak ada dalam tentatif plan aku pun, 2 jam sebelum nak bergerak Kak Min msg aku untuk join" Program Anak Angkat di Kelantan - Mahabbah in Kelantan". Memandangkan minggu itu agak free, terus aku reply yes nak ikut. Bab berjalan aku memang nombor wahid. Pantang orang ajak jalan, padahal pergi sebab program universiti.Tergopoh-gapah la aku kemas barang. Program Anak Angkat dan Motivasi di Kelantan pada 13/7/2012- 15/7/2012. Dekat blog ni aku tak ada la nak cerita pasal apa aktiviti aku sepanjang program, tp aku nak tunjuk tempat-tempat menarik yang aku pergi di Kelantan, Malaysia.

13/7/2012

Tempat pertama yang kami pergi, ialah Kilang Ikan Masin dan Keropok Lekor di Kg. Geting ,Pengkalan Kubor, Kelantan . Kilang ni berdekatan dengan Jetty Boat Nelayan. Seriously, tempat ni nice untuk shooting. nice for shooting? haha  Selain itu, kalau nak beli terus ikan masin dan keropok lekor pun boleh. Kalau anda ingin mendekati kehidupan para nelayan aku sarankan korang datang sini. Tapi tahan ler bau ikan masin. hehehe.

Bot Nelayan by Adnan Khafiz


Guys at Jetty Boat Nelayan by  Adnan Khafiz

Girls at  Jetty Boat Nelayan by  Adnan Khafiz

Cantikkan? Warna-warni ditambah dengan kami yang menghiasi keindahan gambar di atas. . Hahaha.

Ikan Masin by  Adnan Khafiz
Selain kita dapat melihat cara pemprosesan ikan masin, dapat juga kita melihat cara pemprosesan keropok lekor. Time tu, boleh la try semua keropok lekor. Free.
Pekerja di Kilang Ikan Masin by  Adnan Khafiz
Apabila melihat kegigihan Pekerja di Kilang Ikan Masin dan Para Nelayan yang membawa ikan dari bot. Timbul rasa sayu dalam hati aku. Mereka bekerja kuat demi mencari rezeki untuk keluarga. Membuatkan aku bersyukur, kerana Allah memberikan kesenangan kepada diriku.
Rezeki Allah ada di mana-mana , semangat nelayan mencari rezeki di laut sangat aku kagumi. Mereka percaya dengan kuasa Allah yang memberi rezeki kepada hambanya dalam Surah Al- Isra' Ayat 66

Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; sesungguhnya Dia adalah Maha Mengasihani kepada kamu.


Al-Quran (17:66)


2 comments:

  1. churp2 patut kasi ticket free ke nina sbb nampak sgt smgtnya utk travel kan2?

    ReplyDelete
  2. @syauqi : mmg patut pun dia bg free ticket to travel.wahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...