Medan....3

Aku copy dr akak aku nyer.. lama bebenor aku nak tulis + pk...

Hari ini trip dimulakan tepat jam 8.30 pagi waktu indonesia.....

sepatutnya tipz membawa kami dengan berjalan kaki dan menaiki angkot ke warung lontong , tapi kerana lambat bangun dan air bath tub yang jadi kolah tu semakin menipis maka jadinya amir yang baru pulang dari lab lah membawa kami ke gerai lontong ... layan gak lontong dengan sambal dan kentang goreng sambal ... namun, sesampai di masjid agung untuk bergambar (orang medan sekalian sila betulkan kalau salah- apa masjid tertua di sana ya?) nina telah vomit lontong pagi kerana tak tahan santannya kuat sangat ..oh nina ada je adegan mu itew ...

tepat jam 9 kami ke pajak ikan yang tak ubah seperti jalan tunku abdul rahman, bermula shopping spludge kami ... kedai telekung satu - tiga telekung biasa, kedai dua: telekung tenun untuk aku,telekung najlaa, dan nila beli telekung sutera, kedai tiga: kain kebaya untuk nina, kedai empat : 3 pasang baju labuh untuk aku dan dua pasang untuk mak wan ... kedai lima: kain ela pesanan fara ... memang layan sungguh shopping sebab bila convert harga memang masih murah serta key chain untuk office mate ... selepas itu kami ke fashion outlet ...

di medan, fashion outletnya hanya satu, dan bukanlah seperti di jalan dago, jalan riau atau jalan setia budi di bandung ..cuma yang satu tu mampu aku layan sepenuhnya... bermulalah shop till drop kami ;iaitu: 1)kemeja armani for abah 2) kemeja zara for men utk abah wan 3)disney pant and shirt utk uzma 4)burberry tshirt for aizat and akmal 5) tshirt nike golf for pak jam 6)kemeja old navy and pant GAP for harith 7) george dress for auni and athirah 8)tshirt hugo boss for abah

untuk aku: pants from zara , nina shopping: top from mng, kemeja zara

dari fashion outlet kami bersiar siar ke another shopping mall with jeffry (thanks ya jeff, lepas kelas bersusah payah bawak kami jalan!!!) ... makan tengah hari di medan plaza kerana aku mengidam spaghetti kfc (mana dpt kat malaysia kan??) ... selepas itu kami carrefour medan plaza kerana harith menggemari kentang lecek segara (again kat malaysia tiada) ..sampai satu kotak kami angkut ...kalau ikut hati dua kota aku beli ... kemudian terus ke sun plaza untuk another shopping hunter : tea@JCO ..yang nak rasa feeling di negara kelahiran JCO itu sendiri ...
hasil shopping at sun plaza: beg DOLCE N GABBANA (D&G) for mama.

kemudian kami ke Tamrin plaza yang lebih kurang macam pegi sungei wang , shopping kat sini lagi lumayan iaitu : Converse Chuck Taylor for akmal , sketchers for nina, beg sekolah expert for najlaa and school bag hot wheel for harith , dekat tamrin aku beli : handbag n purse NEXT ..price dia gler berbaloi ... semua ini adalah original ya !! ha ha ha ..mari shopping@medan... layan lepak di DLOFT yang dahulunya adalah kolam renang yang bertukar menjadi food court ... dalam hujan renyai dan gelap pekat kami bertukar kereta dari kereta jeff ke kereta amer menuju ke surabi iaitu makanan bandung ... tapi kali ni kedainya bertukar nama jadi serabai disebabkan air aquanya pun ambil masa 1/2 jam untuk hidang ...bukankah air aqua(mineral) tu cuma perlu amek dalam peti sejuk je ...??? walaupun stress dengan air alpukat aku yang macam hampeh ...tapi rasa surabi n cheese itu bolehlah layan .... kami telah tukar nama restaurant dari surabi kepada serabai sebab mamak akan nangis dengan kelembapan yang restaurant ini miliki.

last shopping ialah kek lapis dan kek cheese di zulaikha buat kudapan keluarga di malaysia

total shopping: 2.5 juta rupiah ...kira sendiri ya dalam ringgit .... huhuhu
surabi yang menjadi serabai
patut tak aku beli baju ni???
ini nasi minang ...presentation makanan mereka dalam kotak
nina and jeff at JCO sun plaza
inside jeff's car ...kat luar tu memacam jenis hon ..bersimpang siur jalan ..tapi still boleh posing sbb macam dah lali dengan bunyi hon kereta

Comments

  1. nina.. aku dah aktifkan balek blog aku.. rajin2 lawat k... aku masih baru dalam blogger... hehhehe.. tq..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts