Winter Backpacking in South Korea Day 1: Gupo Station

Pulang dari Korea ramai yang tanya aku.. "Dari Busan ke Seoul , you naik apa? Flight? Naik KTX? Speed train?". Jawapan aku sambil tersenyum. "I nak jimat duit hotel, jadi dari Busan ke Seoul i pergi waktu malam,and naik train paling murah sekali di Korea - Mugunghwa Train .. So, i can spend the whole night dalam train , tidor, save budget"...

Continue from Gimhae International Airport, Busan..

Selesai solat maghrib isyak di Exchange Room, Gimhae International Airport.. Kami siap sedia pakai baju sejuk dan baru bawa keluar glove .. Keluar dari Gimhae Airport, kami naik LRT.. Tujuan kali ini ialah Gupo Station... Merujuk kata Chawanna, naik dari Gupo Station adalah lebih cepat berbanding Busan Station. Memang betulpun , sebab Gupo Station ke Seoul Station harga dalam RM80 lebih kurang 26000 won.  Murah sikit dan cepat dalam beberapa minit ... Berbanding Busan Station ke Seoul Station... Kami booking sebulan sebelum di Website Korail.

Aku umpamakan dekat kakak-kakak yang join trip ni, sebab apa kita pilih Gupo Station.. Macam dari KLIA turun ke KL dah jauh.. Jadi KLIA better turun Nilai kalau nak ke Singapore.. ada faham perumpamaan aku? hahah


Busan Subway Map
Click for large image
Source: Google


Dari Gimhae International Airport  naik Busan Gimhae Light Rail Transit, interchange di Daejeo untuk ke Gupo Station. Busan Subway Map ni senang sebenarnya nak baca, sebab lebih kurang macam dekat KL.. Sekali tengok aku rasa korang semua boleh faham.. Anda boleh juga gunakan T-Money disni yeah :)


Gupo Station
Busan, South Korea 2014

Dah sampai Gupo Station,di kaunter ticket bagitahu  sahaja reservation number.. Untuk tukar ticket Mugunghwa Train ni, cuma perlukan passport  orang yang buat reservation sahaja .. Macam kami kakak aku lah yang kena beratur..Alhamdulillah senang dan tak ada masalah.. 


Tugu di hadapan Gupo Staion
Busan, South Korea 2014
Dah dapat ticket kami semua blur tak tahu nak buat apa.. Baru pukul 8 lebih, train kami pukul 11.40 malam...Sebenarnya kami saje pergi awal sebab tak tahu rentak dan brapa jauh Gupo Station dari Gimhae Airport.. End up apa kami buat waktu sejuk di Gupo Station?

Melepak je lah kami sepanjang malam tu.. Kami main internet yang super laju.. Pergi keluar sekejap ambil gambar .. Tengok Couple Korea bergaduh depan Gupo Station.. Aku rasa waktu tu dah macam berada dalam Drama Korea je.. hahahah...Disebabkan luar terlampau sejuk, kami masuk balik dan duduk belah atas pula.. Tak sangguplah duduk bawah sebab setiap kali pintu entrance terbuka boleh rasa kesejukkan angin winter..burrrrrzzzzz.. sejuk.


Bergambar di taman hadapan Gupo Station
Gupo Station
Busan, South Korea 2014
Dah naik atas tu ,kami berlima dah macam artis pula dah ..Center of Attraction! wahahah Ada seoarang pak cik tua tu sanggup tawaf beg-beg kami sambil mengira orang.. hahah.. Lepas tu datang pula ahjushi dan anaknya bercakap dengan kami.. Walaupun dah macam ayam dan itik kami berborak.. Entah kenapa aku rasa happy, ada someone care about us.. 


Mereka berjimba, aku penjaga beg
Gupo Station
Busan, South Korea 2014

Ahjushi ni berborak la tanya kami dari mana.. Kami cakaplah dari Malaysia, di sebutnya Indonesia.. 10 kali sebut Malaysia, sepuluh kali dia sebut Indonesia.. Akhirnya kita orang give up nak betulkan negara kami.. wahahaha.. Dah asyik melayan bercakap macam-macam cerita keluar walaupun cara kami bercakap macam ayam dengan itik sahaja.. Penat pula aku, jadi pergi tandas dia.. Mak aihhh sejuk beku aku sebab air dia sejuk.. x de air panas.. hahaha.. Naik atas balik aku tengok akak-akak aku semua tu tengah seronok minum coffee tin panas.. Aku tanya dari mana dapat? Dari Ahjushi dan anak dia.. Dia orang belanja.. see.. next time kalau ramah tamah dapat air..
Ahjushi dan kami. Anak dia ambil gambar.
Gupo Station
Busan, South Korea 2014

Setelah tunggu selama 3jam lebih. Akhirnya train kami sampai, waktu turun tu Ahjushi tunjuk lagi dekat mana kami nak kena beratur.. Betap concern nye dia dekat kami.. lucky!. Tapi waktu turun tu entah brapa degree pun aku tak tahu.. Serious sejuk giler! Macam -5 degree aje aku rasa ... Dah naik train, alhamdulillah rasa panas kembali..

Maka bermulalah pengembaraan Mugunghwa Train kami.. to be continued

#PrayForMH370

Comments

  1. Baik betul ahjussi ni di msia sukar nk jumpa kan ye ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Allah temukan kami dengan orang yang baik-baik sepanjang disana.. Malaysia pun ada juga :)

      Delete
  2. Kalaub dapat Korean yang berbudi bahasa, memang superb. Walaupun cara diorang borak tu macam nak ajak bergaduh, volume paling maksimum. Rajin melayan, memang akan ada habuan. Rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. memang rezeki kami kot,dapat jumpa orang baik-baik dan mereka belanja air bagai :)

      Delete
  3. kau bukan penjaga beg sbb siapa yang snap pic ni kalau bukan antara kami, takkan pakcik huru hara kot, atau makcik mesin kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya aku masukkan gmbar yg korang duk borak .. beg tepi aku. hahahha

      Delete
  4. Salam. Any tips nak pilih seat utk train ni? Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seat untuk train dah fixed. Cuma kami ada 5 orang, jadi kami boleh tukar2

      Delete
  5. salam and hi sis . nak tanya . boleh bagi tahu tk mcm mana nak beli tiket tu ? saya ada bukak korail web tp tak paham mcm mana step dia hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts