Jakarta- Bandung 2013 : Terminal 3,Bandara Soekarno Hatta, Jakarta

Malas nak baca apa aku merepek jap lagi boleh terus direct ke Tarikh penerbangan aku di bawah.

Adrenaline sedang memuncak ! Cepat-cepat update blog sebelum cerita basi.. Trip kali ni sangat berbeza, seperti yang aku cerita dalam post sebelum ni , pemergian kali ini ke Indonesia ialah bertemu (keluarga) saudara jauh kami yang masih berada di Indonesia. Ha?? Macam mana aku ada sedara pula ni. Mesti korang confused, takpe-takpe nanti aku lukis ye! 


Preparation for Jakarta Bandung Trip
  1. Flight ticket from Air Asia (Promo One Year): RM200 (pergi balik, ticket paling mahal sebab musim cuti sekolah)
  2. Transportation (Kereta + Supir+Minyak+Tol) : Family at Jakarta
  3. Jakarta (Accomodation): Rumah Keluarga kami di Ciputat, Jakarta
  4. Bandung Hotel : Hotel Puri Gardenia, Jalan Dipati Ukur, Bandung
Maaf ,sebab tak dapat bagi details for accommodation and transportation untuk anda semua..  yelah Keluarga di Jakarta support (Thanks Om Mawardi and Tante Nazifah)... Reader jangan risau., i will try my best untuk cerita mengenai tips-tips mengelakkan jam (macet ) di jakarta- bandung. Ha menarikkan? Just wait!

Currency Rate: RP1juta = RM320 (3.2) .Tapi nak senang kira aku bahagi 3 je.


1 June 2013

Trip kali ini selama 5 hari dari 1/6/2013- 5/6/2013. Trip bersama keluarga tersayang,  tetapi tak cukup sorang sebab Aiman di Scotland .. Jadi kita biarkan dia jealous. hahah gelak kejam!


Sepatutnya flight kami pukul 7.50 pagi, tapi brapa hari sebelum tu dah ditukarkan kepada pukul 2pm... Relaks juga la, tak de lah nak terkocoh-kacah pergi LCCT pukul 4 pagi.. Dapatlah kami pergi pukul 11pagi dari rumah.... Macam biasa naik bus di KL Central ke LCCT.. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Siap baggage drop, makan di Marry Browns dan solat di Departure Hall. Bermulalah pengambaraan kami ke sekeluarga ke Jakarta.. Jujur gue excited bangat kerna ngak pernah ke Jakarta.. first time! Amacam ?? Aku dah start ngomong indonesia raya nih!. Sebelum pesawat mendarat , kita sempat melihat kawasan Wisata yang terkenal di Indonesia iaitu Pulau Seribu . Disekeliling Pulau Seribu begitu banyak sekali armada kapal dan pesawat tentera. Cuak wei hebat betul!

Bagi mereka yang menaiki pesawat AirAsia  akan turun ke Terminal 3.. Walaupun Terminal 3 untuk low-cost flight, tapi aku tengok ianya lebih cantik, menarik dan bersih berbanding LCCT. Sorry to say! Sekiranya kita turun di laluan Garuda Air, ada bas yang akan membawa kita ke bangunan Imigration dan kastam.. Seperti di Makkah kata akak aku ..
Jadi tak perlulah kita nak berjalan jauh-jauh, and if turun di laluan Air Asia, kita hanya perlu jalan kaki sikit sahaja.. 


Inside the bus, tahu tahu je dah sampai..
Sorry for the picture (gegar)
-Bus , Terminal 3, Jakarta

Pesanan untuk readers, setelah pihak imigration cop tarikh kemasukan anda ke negara yang anda lawati. Sila lihat tarikh yang mereka cop , kebarangkalian mereka lakukan kesilapan mungkin ada.. Nak tahu kenapa aku suruh check? Sebabnya, jenis akak aku akan lihat di mana pihak imigration cop tarikh, sekali tarik yang di cop bukan 1 June 2013, tapi 1 May 2013 cepat-cepat dia pergi kat pak cik imigration tu.. Dari muka cengih, terus dia senyum cakap terima kasih kat akak aku sebab bagitahu.. Kalau tak, banyak masalah akan berlaku..


  1. Kemungkinan besar, waktu balik nanti takut ada masalah brapa hari anda stay di Indoensia.
  2. Kalau bulan yang dicop adalah 3 bulan yang lepas, sedangkan anda hanya boleh stay selama 90 hari.  Tak pasal pula anda kena tuduh illegal duduk di negara mereka.
  3. Process nak buktikan yang anda masuk pada tarikh (e.g: 1 June 2013) mungkin lama, kena verify dengan pihak airport, pihak syarikah penerbangan..
Jadi silalah rajin check tarikh cop ye.. Tak kisah negara apa yang anda masuk, yang penting anda kena raji-rajin check..

Lepas imigration dan mengambil bagasi.. Terus je keluar nampak Tante Nazifah dan anaknya Icha! Argh sekarang ni gue lagi kangan sama Icha.. Ada dua kereta membawa kami, satu kereta mak , abah dan harith .. Dan satu lagi kereta membawa adik-beradik kami.. Kereta untuk anak muda.. wahahha 

Sepanjang perjalanan dari Airport ke Rumah, kami lalu kawasan bandar Jakarta.. Apa ya istimewa Jakarta? Dari dulu susah aku nak huraikan apa hebatnya Jakarta sampai ramai artis antarabangsa sudi datang ke Bandar ini..Jujur ada pro and cons setiap bandar itu.. Kepadatan penduduk Indonesia memang tinggi. Sama seperti kota-kota lain yang pernah aku pergi Medan, Bandung, dan Surabaya. 


Tapi Jakarta ni memang crowded la.. Nak sampai rumah pun dekat dua jam sebab macet.. Nasib baik lah kami sekeluarga ni boleh berbahasa Indonesia Raya, dan tahu sejarah serta gosip artis di Indonesia.. Jadi tak bosan lah kami sepanjang perjalanan.. Sampai rumah je dah maghrib, badan dah penat.. Lepas rehat-rehat, borak-borak, mata dah start kuyu.. Tapi sempat lagi kami ngobrol sebelum tidor.. Heheh.. Esok pagi hari yang meriah.. ! Ayuh gembira..

p.s: Ni baru starting .. Maaf la aku banyak cakap Indonesia.. kalau tak faham bagitahu, aku boleh edit semula..
p.s.s: Mana yang aku Italic tu, maksudnya aku tengah cakap dalam hati. ehhehe
p.s.s.s: More picture will be upload.

Comments

  1. Wa udah berbisa berbahasa indoesia ya kamu..
    2 jam dalam perjalanan.. mesti capet bangat kamu waktu itu..
    Untung la kamu ada saudara di sana.. sambil menziarahi sambil melancong.. :-)

    ReplyDelete
  2. @Time Traveller Boy Berjumpa dgn sedara ni pun tahun 2010, sebelum ni cuma tahu sahaja.. tapi tak pernah berjumpa.. kira mengeratkan silat dan rahim eh salah.. silaturrahim ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts