11/30/12

Klebang Original Coconut Shake, Melaka

Rasanya Klebang Original Coconut Shake di Melaka memang dah famous amous satu dunia eh silap 1 Malaysia. Aku memang tak tahu kewujudan pasal benda ni, tapi akak aku yang suggest pergi ke sini sebab banyak blogger tulis pasal Coconut shake. Aku kata kat akak aku ni percaya sangat dengan blogger. Padahal aku pun blogger juga.. hahahha. Maka, selepas berjalan-jalan di bandar Melaka (next entry aku tulis pasal Melaka) kami ke Pantai Klebang untuk menikmati Coconut Shake ni.

Direction ke Klebang Original Coconut Shake


Alamat :

231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)


Phone Number : 013-3394061- Shafie
Business Hour: 
  • Monday -Sunday : 12.30-6.30pm
  • Friday: 2.00p.m- 6.30pm
GPS Location2.21551, 102.206132

Menu
Coconut Shake Biasa : RM1.50 (minum) dan RM1.80 (bungkus)
Coconut Shake Special : RM2.00 (minum) dan RM2.20 (bungkus)
Air Kelapa / Tebu 1 Gelas : RM1.00 (minum) dan RM1.20 (bungkus)
Air Tebu 1 Jug : RM5.00 (bungkus)
Air Tebu Tanpa Ais : RM1.20 (minum) dan RM1.50 (bungkus)


Tak sampai caltex lagi, jalan dah sesak disebabkan ramai berhenti tepi untuk membeli Coconut Shake ni. Tengok sikit punya panjang beratur, faham-faham je lah hujung minggu. Dekat 45 min aku beratur, sampai lenguh kaki. Mula-mula ingat nak beli setakat 5 bungkus. Sampai 15 bungkus kami beli, kerana menghilangkan penat beratur. wahahaha

Kalau di tepi jalan, untuk "take away"sahaja. Masuk ke dalam sedikit untuk "minum". Jom layan gambar-gambar kami disini. 
Taste it!
Photographer : Nina Hamdan
Penat beratur. minum dalam kereta je. hahah


Sedap kot! Memang original recipe, tak terfikir pula aku selama ni coconut boleh dipelbagaikan.. Kalau buka franchise  dekat KL confirm laku kan? 

p.s: Banyak sangat benda nak kena buat, terabai pula blog ni :( ada banyak picture entah tak jumpa. 

11/26/12

Coming Up Next: Malaysia!

Sebenarnya banyak aku nak tulis tapi tak ada masa. Aku ada siapkan satu entry, cuma tak boleh nak di publish kerana gambar dalam laptop adik aku. Jadi kena lah tunggu ya.. Kalau ada kurang update kerana FYP (Final Year Project) yang perlu disiapkan. Haruslah buat awal-awal, nanti tak tenang hati bila dah hujung.

Jadi untuk anda semua nantikan entry-entry terbaru aku Travelling at Malaysia. poyos
  1. Bandar Melaka, Melaka
  2. Cameron Highlands, Pahang 
  3. Pau Fort Portella  . Nak tahu siapa? Tunggu ya.. ngee
Kalau aku lambat tulis, please remind me. Faham-faham je la. student.. hehehe


11/18/12

Pray for Gaza

Untuk seminit. mari kita bersama-sama doakan saudara kita yang berada di sana.. Amin




Semoga Allah menghancurkan rejim zionist. amin

11/16/12

Halal Food in Australia -Pengalaman Seorang Traveler

Mula-mula aku rasa macam tak layak nak tulis pasal benda ni. Hahaha. Yelah aku bukannya stay  dekat sana, setakat dua kali pergi sana, iaitu pada  2010 dan 2012. Elok lagi orang yang duduk lama-lama tulis. Tapi bila difikirkan semula,penting juga kalau update pasal "Halal Food in Australia". 

Kalau nak beli makanan di Australia setiap hariagak mencekik darah .Nak-nak kalau yang  datang ramai-ramai. Mahu kopak poket. Jadi, solution terbaik beli bahan mentah dari Malaysia dan masak disana. Tapi besar kemungkinan akan dirampas, jika tidak memenuhi piawaian kastam Australia. Refer to this "post"mengenai kastam Australia .Solutionnya, beli bahan mentah dan groceries di Australia.

Untuk pengetahuan semua, harrga groceries di Australia tidaklah mahal jika buat perbandingan one- to-one price. Jangan convert, confirm mahal. Cuma menjadi masalah, mana satu yang halal dan haram?

Roti

Macam-macam kita boleh buat dengan roti. Roti mempunyai khasiat dan karbohidat tinggi yang memberikan tenaga kepada anda sepanjang hari. Skema sungguh ayat aku. Untuk mereka yang suka travel, aku tahu roti yang sudah penyek pun kita makan. So, roti jenama apa yang halal di Australia?


The One
Jenama "The One" mempunyai halal certification. Kalau jenama tu ada halal, confirm halal. Mat Salleh nak dapatkan certificate halal memang payah. Jadi buat apa dia nak menipu. Boleh refer to this website "The One". Aku tahu pun, sebab tolong belikan groceries untuk family pakcik aku. hahahah.

Pies

Pies ni bukan calang-calang pies. Letak je dekat oven untuk dipanaskan. Pergh.. Sedap tak terkata, especially yang ada cheese.. Meleleh air liur aku sekarang. Waktu kami balik sampai 2 kotak beli kerana kesedapan tahap dewa. OTW, ke Albany kami bantai makan pies ni. Tak rugi,beli. Beli dari jenama Mrs Mac's ya! Refer to this website untuk "halal certified Mrs Mac's Brand"


Pies yang sedap!
Kalau cheese punya confirm leleh!

My aunty cerita, dulu-dulu dia orang tak boleh beli brand ni coz tak dapat lagi halal certified. Pandang jelah, mat salleh beli pies ni berkodi-kodi. Once dah dapat halal certified terus beli. Barulah tahu betapa sedapnya makanan ni.. 

Coffee

Penggemar kopi , aku sarankan beli kopi ni. Terbaik!!! Rasa dia ada sikit nescafe, sikit kopi. Tapi umphh lah.. International Roast. Sesuai dengan namanya.. Wahahah. Refer to this website for "Halal Certified Coffee".



Umphh!
Tiap kali pakcik aku balik dari Australia, mesti kami pesan kopi ni! Sampai beli bekas besar sebab nak simpan lama. huhuhu. Cubalah! Rasa sekali pasti mahu lagi.

Chocolate
Well.. chocolate tak jadi masalah aku rasa. Janji hati-hati memilih , macam brand Cadburry kebanyakkan chocolate dia halal. Refer to this website for "Halal Certified Chocolate"
Koala!
Katak!
Biasanya, family aku beli choclate katak dan koala ni. Hanya dekat Australia je ada untuk Caramello Koala and Freddo. Mak aku mesti kata "Beli chocolate katak je. Senang bagi orang". wahaha

Ice Cream Cake

First time aku makan Sara Lee Ice Cream Cake waktu majlis makan-makan kat rumah pakcu. Ada kawan pakcu bawa ni.. mak aihh sedapnya. 

Hari terakhir before balik, kami sempat beli Ice Cream Cake ni dan simpan dalam fridge sebab takut cair. Pagi tu before bertolak, tak ingat langsung pasal ni. Hahaha.. Mujur cousin aku balik lambat sikit, dia tolong belikan semula..Tapi entah lah bila makan dekat Malaysia rasa macam tak best. Poyo je nina oitt.. haha


Note 1: Please refer for this website about "Halal Food in Australia".

Note: Sebenarnyakan, aku rindu nak makan semua yang aku listkan diatas. Especially, Mrs and Mc's pie dan juga Sara Lee Ice Cream Cake..waaaa. Ada sapa-sapa nak offer belikan untuk aku??? :(

Updated: Sara Lee Corporation merupakan pemberi wang kepada zionist . Tepuk dada tanya iman. pilih brand lain. lagi baik.


11/14/12

Thinking of Driving in Perth, Australia

Percaya lah aku memang nak tulis benda ni lama.Tapi disebabkan, bukan aku yang uruskan car rental services ni tu yang lambat aku nak tulis. Whahaha.. Dah dapat full information baru la aku type! Maaf semua.

Thinking of Driving in Australia? 


Mana lagi bagus driving atau guna public transport? 

Persoalan tu mungkin bermain dalam fikiran mereka yang ingin datang ke Australia. Well, everything is depends on the place that you want to go. Kalau dalam city sahaja, aku suggest gunakan public transport tak perlu nak sewa kereta. Tapi, kalau tempat yang dituju adalah luar dari kawasan city,  renting a car is the best option!



How to find Car Rental Service in Perth Australia?

Once you arrive, opposite the Arrival Gate, you can find the car rental services . Easy right? But please.. please..  book the car before you arrive ! Nanti tak dapat kan susah :( 
  1. Hertz
  2. Avis
  3. Europcar
  4. Budget


My uncle, booking the car before kami arrive.. Faham-faham la kami ni pergi ramai, jadi book kereta besar senang cerita! Semua boleh sumbat. wahahhaha Kereta yang diberi sangat berkualiti dan boleh digunakan untuk perjalanan jauh macam kami. Refer to this post untuk baca travel itinerary at Australia. Dah baca? Great!


Nampak kereta di belakang? Tulah kereta yang kami sewa.  Mpv

International Driving License?

Do we need international driving license at Australia? No...diulangi dalam Bahasa Melayu tak perlu pun untuk kita dari Malaysia ni, sebab pemanduan disini belah kanan. Cuma, my friends Hairee yang pernah ke Melbourne kata ada sesetengah car rental services request for international license .Itu dekat Melbourne , di Perth ni tak perlu setakat yang aku tahu. So, baca terms and condition befoore tempah kereta

Rules and Regulations driving in Australia?

Aku tak drive pun waktu kat sana, sebab aku mana ada lesen. Dah cukup umur tapi tak reti lagi ambil lesen.. ish.. ish.. Kembali kepada rules and regulations...

  1. Kalau di Malaysia, lampu kuning mesti anda semua pecut dengan lebih laju. Hakikatnya, di Perth silalah BERSEDIA UNTUK BERHENTI. Kalau kamera dapat detect anda melanggar peraturan , seperti biasa SAMAN !
  2. Di dalam bandar atau pekan, anda dikehendaki drive 60-80km/h .. Jangan risau, mesti ada punya sign speed limit dan inform kita berada didalam bandar.
  3. Utamakan pedestrian atau pejalan kaki! Always.. always.. bagi laluan kepada pejalan kaki. Maksudnya, bawa bukan ikut suka hati, follow the rules slow down..
  4. Dalam highway, boleh je bawa laju. But, jangan macam orang gila. Confirm kena SAMAN!
  5. Jangan lupa pula bawa lesen memandu . Kalau tak bawa, tak boleh nak drive. huhu
  6. The most important! Sila pakai seat belt, pemandu dan juga penumpang :) Kalau kereta tu cuma boleh muat 5 orang, 5 orang je lah boleh naik ye. Tak dibenarkan sumbat sampai 7 orang. 

Begitulah sedikit sebanyak aku boleh kongsikan cara pemanduan di Australia. Aku tulis berdasarkan apa yang pakcik dengan bapa aku cakap. Mereka yang drive. Tapi aku sebagai penumpang, rasa comfortable and tak sakit hati dengan cara pemanduan mat salleh disini. Everything smooth.... More info. Please read "this".



Note: Kalau nak baca dari pengalaman travelers yang pernah sewa kereta di Australia anda boleh click di sini. She's professional backpackers!

11/13/12

My Travel Wish List

Mari kita berangan bersama-sama. wahahah. Doakan lah ye tercapai. amin!

Mekah and Madinah - Umrah and Haji 
Mekah

Madinah
Kau dah pergi berpuluh-puluh negara kalau tempat ni tak jejak juga aku tak tahu la nak jadi apa kat aku. Aku rasa kosong. Wajibulgunnah kumpul duit sampai 7k! Dalam masa 2 tahun ni. mak aih.. banyak perancangan aku.. amin.. amin..  

"Kosong.. kosong -Najwa Latif"

Trans Thailand
Malaysia- Khrabi- Bangkok

Trans Cambodia
Bangkok- Siem Reap- -Phnom Penh
Malaysia- Siem Reap
Source : Angkor Wat 

Trans Vietnam
Ho Chi Minh City
Siem Reap- Ho Chi Minh
Source : Ho Chi Minh City

Trans Europe
United Kingdom- Germany- France- Spain- Italy- Holand
Source: Spain

Spain
Barcelona- Granada- Alhambra-Cordoba
Mereka yang meminati sejarah pasti tahu akan disebalik kejadian yang berlaku di Spain. My family wishlist sebarnya. BTW, kenapa focus kat Barcelona terlebih dahulu? Next post aku ceritakan mengenai exchange student dari Spain. hehehe.. Briefly, dia pernah duduk rumah aku 6 tahun lalu,we still keep in touch . Tu sekarang , dia ada dekat rumah aku.wahahha
Source: Spain



11/12/12

Fraser Hill, Pahang ,Malaysia

*Entry ni dah ada terperam selama 11 bulan.Clap-clap ,aku peram pekasam. Tak ada idea nak tulis .wahahah *

Kali ni aku berkongsi pula trip ke Fraser Hill. Family aku suka tempat yang damai, sejuk dan jauh dari kesesakan orang ramai. Fraser Hill ni kecil je tempat dia, pusing-pusing 10 kali orang yang sama juga kita jumpa. Tapi ketenangan dan keindahan alam semulajadi yang masih belum tercemar menjadi daya penarik tempat ni. Bear in mind, tak ada tempat shopping macam kat Cameron highlands, tapi kalau nak relaks aku sarankan pergi kesini. 


Tips 
  1. Sebelum naik ke Fraser Hill, sila isi minyak penuh-penuh di Kuala Kubu, sebab dekat atas bukit tu tak ada pun station minyak.
  2.  Banyak juga restaurant dipekan Fraser Hill jadi tak lah anda semua kebulor.
Hotel

Kebiasaanya, kami sekeluarga selalu tempah Apartment TM Resort Sri Peninjau. Walaupun resort ni kepunyaan TM, kalau kita bukan kakitangan TM pun masih boleh pergi kesini. Just telefon untuk reservation. 


Jalan Peninjau Fraser's Hill 49000 49000 Malaysia

+60 9-362 2500

View from apartment. Sejuk pagi-pagi.
Photographer: Seth
Kalau nak stay dekat hotel lain pun boleh, ni Hotel at Fraser Hill:

Apa yang anda boleh lakukan di Fraser Hill?

Empangan

Dalam perjalanan ke kaki bukit Fraser Hill, kita akan lalui empangan. View di sini memang la cantik. Subahan Allah
Damp
Photographer : Seth


Sejarah


Kalau anda suka kan sejarah, Fraser Hill memiliki banyak sejarah nya tersendiri. Masih ingat dengan Sejarah Komunis yang telah menyerang Sir Henry Gurney di Fraser Hill. Salah satu cara terbaik, nak kasi ingat sejarah adalah dengan melawat tempat sejarah itu sendiri. Family aku sejak dari kecik memang suka bawa kami ke muzium dan tempat sejarah. Jadi, sambil bercuti sambil tu kita belajar sejarah. Untuk pelajar PMR dan SPM semua, nak faham tentang Sir Henry Gurney, datang lah ke sini.



Abah tak pernah berhenti pun dekat selekoh serang hendap ni. Bahaya . 

Taman Rekreasi


Antara main attraction di Fraser Hills ialah Allan's Water, Paddock dan Waterfall


Allan's Water


Allan's Water is a small lake that sits in a little nook before Jelai Highland Resort. It was turned into a park for recreational activities from a reservoir that fell into disuse over the years. Originally, it was used to collect and supply mountain water for British residents, back in the early days when Fraser's Hill was a colonial hill station. FH Allan, assistant to chief infrastructure engineer FW Mager, designed and constructed the catchment lake named after him today. Surrounding the lake are lush trees and dense shrubs that provide a relaxing and peaceful atmosphere. Birds fluttering among the tree tops are common sights, with the occasional squirrel or monkey.
Allan's Water
Photographer : Seth

Paddock

The Paddock offers more fun activities for friends and family. From the town square, follow Valley road past Shahzan Inn resort till you see the entrance on the right (just before Glen Bungalow). Follow the paved road till you see the horse stables and track. This small equestrian course has several retired racing horses for visitors to ride at MYR4 per round for children and MYR5 for adults. After paying, one of the staff will lead the horse (with you riding) around the pebble track. It's a rather boring pursuit as the horse sauters rather slowly. Other than horse riding, there's an archery range at the bottom of the slope near the entrance.

Archery at Paddock
Photographer : Seth
Mis tres hermanas
Photographer : Seth

Menunggang Kuda
Waterfall

Jeriau waterfall is a popular nature attraction about 4km away from Bukit Fraser's town center, connected by Jalan Semantan through a steep, narrow road that descends sharply after Smokehouse Hotel. As traffic is two-way but the road really fits only a single lane, visitors need to keep a close watch as they traverse down the slopes, though there are breaks at some corners to allow an exchange of vehicles. Eventually, the road ends at the car park and entrance gate. A small river that feeds into a multi-tiered waterfall, years of soil erosion and tourist development have marred the natural landscape, now an ugly mess of drains, structures and walls along parts of the stream.

Colonial Building

Aku rasa persamaan family kami ialah, kami sukakan Colonial Building. Suka tengok Castle, bangunan lama. Boleh duduk berjam-jam lama bercerita mengenai sejarah. Itu sebabnya, kami suka pergi ke sini kerana banyak bangunan bersejarah.

Gap Rest House

Back in year 1998, aku pernah ke sini bersama dengan pak-cik makcik. Aku rasa lah, macam pernah solat di Rest House ni. Kami bentang tikar dan solat beramai-ramai sebab tak tahu surau di mana. ke tak discover,aku tak pasti. Tapi buat pengatahuan anda semua, ada surau yang besar  di pekan Fraser Hill.

Kembali kepada Gap Rest House , rumah ni memang cantik. Bagi mereka yang suka rumah lama. Tapi  asyik dalam  proses pembaikan dan dibiarkan terbengkalai. haish.. Jadi tak dapat masuk.

The Gap Rest House is a large Tudor bungalow that overlooks the trunk road from Kuala Kubu Bharu, perched on a slope just before the Gap Road entrance gate to Bukit Fraser. A popular hotel run by the government in the eighties and nineties, it was closed momentarily for a refurbishment exercise in the twenties, but work mysteriously stopped as it neared completion. Today, it remains unfinished; the paintwork still looks new and the walls remain intact, but the halls and rooms inside lie in disarray, strewn with broken glass windows and scattered tiles. Unfenced, it's a curious attraction for visitors to explore while waiting at the Gap, perhaps to reopen one fine day.


Jam Fraser Hill

Paling utama, mestilah bergambar di mercu Fraser Hill serta bergambar di taman yang berdekatan dengan jam. Berangan la sekejap macam dekat oversea. wahaha
Mama
Photographer : Seth
Jam Fraser Hill
Photographer : Seth


Flower
Photographer : Seth
Dah ada idea nak bercuti di mana? Sekarangkan cuti sekolah, aku sarankan bawa pergi tempat-tempat bersejarah dan alam sekitar. Sambil mereka bercuti, paling tidak dapat ilmu geografi dan sejarah. Macam tu la cara family aku ajar geografi dan sejarah. heheh


Note1 : Most of the information from this website : http://www.fraserhill.info/

Note 2: Collection Picture 2010

11/8/12

Lasagna

Hari ni teringin pula nak update pasal resepi. Asyik cerita pasal travel trip, padahal pergi tak sampai seminggu tulis cerita macam "Around the world in 40 days".Sesi kutuk diri sendiri. haha

 Kadang-kadang kita masak sedap (puji diri sendiri), kadang-kala entah apa tak cukup garam itu ini. masuk dalam tong sampah jadi nyer. Takmau-takmau membazir. Kena tanamkan semangat masak sedap-sedap. Hahaha. Apa aku merepek nie? Kembali kepada Resepi Lasagna. Ini resepi kakak aku, so ada campurkan element Melayu sikit.. hahha.. Marah chef itali tengok.

Kalau anda dapat lihat, aku buat untuk ramai tu macam banyak . Jadi kalau nak buat untuk dua orang kurang-kurangkan la ye bahannya. Nak buat lasagna yang halal, sedap dan cepat ni senang sahaja. Jom kita tengok!


Bahan-bahan Kuah Merah
  1. Daging Lembu Kisar
  2. Prego - 1 botol besar
  3. Tomato Purée -2 tin
  4. Oregano
  5. Bawang Putih (Potong Dadu)
  6. Bawang Merah (Potong Dadu)
  7. Cendawan Butang (Potong dadu)
  8. Kentang (Potong Dadu)

Bahan-bahan Kuah Putih
  1. Prego Keju dan Herba (dalam tin)
  2. Bawang Putih (Potong Dadu)
  3. Bawang Merah (Potong Dadu)
  4. Cheese
  5. Kentang (Potong Dadu)
Bahan-bahan Lasagna
  1. Lasagna (2kotak)
  2. Telur
  3. Cheese
  4. Kuah Merah
  5. Kuah Putih
Lasagna
Kentang, Cendawan butang, bawang merah, bawang putih
Daging lembu kisar
Bahan-bahan utama
Cara-cara memasak Kuah Merah
  1.  Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga ada bau.
  2. Masukkan daging kisar masak sehingga separuh masak.
  3. Masukkan prego , tomato puri. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan cendawan butang dan kentang.
  5. Masukkan 1 sudu cili boh . Ini lah element melayu dalam itali. ngeh2.
  6. Kacau sehingga masak, masukkan gula dan garam sedikit.
  7. Jangan lupa tambah oregano sedikit bagi menghilangkan bau daging.
Step 1
Step 2
Step 3
Step 4
Step 5
Cara-cara memasak Kuah Putih (pemalas style)
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan Prego Keju dan Herba, masukkan sedikit air.
  3. Masukkan cendawan butang dan kentang.
  4. Masukkan cheese, gula dan garam sebagai penyedap rasa.
  5. Kacah sehingga mendidih.
Kuah putih
Lasagna
  1. Setelah siap memasak kuah merah dan putih, sekarang penyediaan lasagna.
  2. Letak lasagna yang belum direbus sekeping didalam bekas, pastikan ianya memenuhi ruangan bekas, patah-patahkan lasagna . Boleh juga kalau nak rebus, but my style tak rebus.
  3. Masukkan kuah merah pada layer pertama,asalkan ianya memenuhi ruangan bekas. Letak sikit-sikit je.
  4. Masukkan cheese dan telur di serata tempat , kalau boleh lebihkan telur agar structure melekat dan nampak cantik.
  5. Masukkan lasagna dan letak kuah putih pula.
  6. Ulang process no 2-5 . Pastikan lapisan terakhir lasagna ditutupi dengan kuah merah/putih agar ianya tetap masak.
  7. Bakar dalam 40 min dengan suhu sederhana panas.
  8. Nak pastikan dah masak, cucuk dengan lidi dan struktur tak melekat pada lidi,
  9. Tunggu sejuk, baru lah boleh potong untuk di makan. Kalau ada kuah lebih, boleh buat makan dengan spaghettie.
Step 2
Step 3

Step 4
Rupa tak cantik rasa sedap!. hahaha
p/s: dah ada dalam draft sejak ramadhan. sekarang baru nak update sebab hari tu masak, aku amek picture. wahahahah

11/6/12

Travel Itinerary Western Australia 2012 (7 days 6 night)

Akhirnya, berjaya juga aku menghabiskan The Series of Travel Itinerary sebabnya ni merupakan post terakhir . InsyaAllah kalau aku travel lagi , pasti aku update punya. wahaha. Kenapa aku tulis Western Australia? Tak focus kepada Perth sahaja macam trip 2010? Sebabnya, aku pusing dari  Perth- South Western Australia. BTW, ni family trip . ngeh2.Harap maaf it's 7 Days trip. Jadi agak panjang mehhh..




Date:11/6/2012-18/6/2012 
Accomodation: My uncle's house at Perth and The Copse, Augusta
Transportation :Car Rental
Travel with : My Family.
Flight Ticket: RM300+/person during Air Asia Sale. (One year plan)
Visa:RM 30/person at Boustead Travel Agency ,The Curve
Prayer time at Australia: Australia Prayer Time


11/6/2012

11.00p.m: Departure Hall, LCCT. Kuala Lumpur
(5 hours journey to Perth , Australia)
Tips mengisi borang Declaration Form, Australia dan Tips barang yang boleh di bawa ke Australia- Click "Here"

12/6/2012

5.00 a.m: Safely landed at Perth, International Airport
6.00 a.m: Arrive at my Uncle's house. 
-Breakfast and take a nap because all of us still jet-lag.
12.00 p.m: Sightseeing at Perth city.
12.30 p.m: Eat Ice-cream Pan Cake with family
3.00p.m River Cruise at Swan River. Ticket for Elder: AUD3
4.00p.m: Swan Bell Tower.
6.00p.m: Shopping groceries at BigW and WoolWorths near my Uncle's house.


Swan Bell Tower by Seth (My Brother)

13/6/2012
8.00 a.m: Perth to Albany (5 hour Journey).
1.00p.m: Albany Mussolla for Jama' Prayer Zohor and Asar
2.00p.m: Albany City to Natural Bridge and The Gap, Albany (20 min Journey)
2.20p.m: Natural Bridge and The Gap, Albany. One word for this place: SubahanAllah!
4.00p.m: Albany to Denmark
5.00p.m: We rest for a while at Denmark. I suggest you to come here, it's nice place!
5.30p.m: Our Journey story from Denmark to Augusta.
8.00p.m: Arrive at The Copse ,Augusta
8.30 p.m: Dinner and BBQ at The Copse. My family totally in love with this house, until we planned to build the house same like this. 


Natural Bridge and The Gap by Seth (My Brother)


14/6/2012

8.00a.m: Morning The Copse, Augusta
10.00 a.m: The Copse, Augusta to Leeuwin-Naturaliste National Park.
11.00p.m: Leeuwin- Naturaliste National Park.
Specials about this place are:
  1. Cape Leeuwin Lighthouse.
  2. Place where the Southern and Inddiana Ocean meets as stated in Surah Ar-Rahman (19-21)
  3. Tickets: Adults: $5 and  Children(up to 16 years old):$3.
1.00p.m: Cape Leeuwin Lighthouse To Margaret River Town
2.00p.m: Chocolate Factory, Margaret River
3.00p.m: Margaret River to Busselton Jetty, Busselton
4.00p.m: Busselton Jetty, Busselton 
5.00p.m: Busselto Jetty to Perth City
7.00p.m: Arrive at home :)


Cape Leeuwin

15/6/2012

12.00 p.m : Shopping at Harbour Town, Perth 

16/6/2012


10.00 p.m : Caversham Wildlife Park,Perth .Ticket : AUD23 for Elder . 
The Attractions at Caversham Wildlife Park:
  1. Meet The Koalas 
  2. Feed The Kangaroos
  3. Meet The Wombat and Friends Show
  4. Molly's Farm
  5. Farm Show
2.00p.m :Lunch at Mirrabooka,WA,Australia. Muslim Community stay here.
3.00p.m: Solat at Mosque At-Taqwa 
Information:Mosque At-Taqwa / Noorul Islam Society 

Lot 433, Boyare AvenueMirrabooka WA Australia 6061
Contact Person: Br. Ismail Fredericks
Phone: (08) 9248 8559Fax: (08) 9418 5238 
5.00p.m: London Court at Perth City.

Gambar wajib kalau anda ke sini! by Seth (My brother)

17/6/2012

12.00p.m: Went to Freemantle .
12.40p.m: Lunch at Kailis' Cafe
2.00p.m: Shopping at E Shed Markets. Tips bershopping 
Address for E Shed Markets:
Peter Hughes Drive
Freemantle Western Australia
6160
(08)94306393

Freemantle by Seth (My Brother)

18/6/2012

6.00 a.m: Departure Hall, Perth International Airport.
Good bye Australia! I gain lots and lots of experience here.


Note 1: 4 benda aku janji nak tulis. entah bila nak buat. huhu. Sorry!

Note 2 :Kerja banyak. tapi nak juga type. hahaha Ini adalah post terakhir utk series of travel itinerary. :(Sedih tahun depan, aku tak boleh nak rancang sangat apa-apa.Faham-faham la this year is my final year..Next year?Haha. sudah-sudah cerita pasal diri sendiri. Doakan aku menempuh "dunia baru"! Semoga yang dirancang menjadi.. amin 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...