7/29/12

Salam Ramadhan -Winter at Mosque At-Taqwa, Australia 2012- Part 13

Sebelum kami bergerak ke London Court. Kami singgah ke Mosque At-Taqwa yang berdekatan dengan Caversham. Lebih kurang 15-20minit dari Caversham. Di sini banyak kedai halal, dan kebanyakan community muslim tinggal di sini.

Mosque At-Taqwa / Noorul Islam Society 
Lot 433, Boyare Avenue
Mirrabooka WA Australia 6061
Contact Person: Br. Ismail Fredericks
Phone: (08) 9248 8559
Fax: (08) 9418 5238

Semua busy solat, lupa nak amek picture. ada perubahan sikit masjid dari gambar ni

Bila solat dekat sini, terus aku teringat akan buku siri Travelog Ustaz Hasrizal: Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Mungkin keadaan persekitaran, budaya dan juga Noorul Islam Society mengingatkan aku tentang Belfast Islamic Center. Sebabnya, keadaan kelas agama yang di sediakan untuk anak-anak belajar agama. Membuatkan aku dapat rasa, feeling Ustaz Hasrizal mengajar di luar negara.

Tempat solat wanita berada di tingkat dua, sepanjang laluan kita akan lalu kelas-kelas agama. Melihat tampalan-tampalan card board doa.Membuatkan aku rasa tersenyum, dalam hati "Macam ni ya sekolah agama mereka". Mereka hanya ada kelas agama sekali dalam seminggu. Bergantung pada komuniti Islam itu sendiri untuk mendidik generasi akan datang agar berada di landasan yang benar.

Apabila kita menjadi warga minoriti, agama kita akan lebih kuat dan bersatu-padu. Aku dapat lihat, walaupun kita tak kenal, tapi kita mudah untuk memberikan salam dan senyuman. 
One of my uncle friends cerita, senang nak didik anak-anak di luar negara. Sebagai contoh,

Anak: "Ayah, kenapa dia tak pakai tudung"
Ayah: "Sebab dia bukan muslim"

Tapi menjadi susah apabila berada di negara sendiri
Anak: "Ayah, mak cik tu islam kenapa dia tak pakai tudung"
Ayah ....... (clueless.. nak jawab apa?)

Teringat aku sewaktu di Cambodia, pernah ada orang yang melintas jalan semata-mata untuk memberikan salam kepada kami.Pada awalnya, terkejut juga kami kenapa ada orang nak lintas jalan, tapi brother tu kata"Tak, saya cuma nak bagi salam dan nak bercakap dengan awak" kerana rasa gembira beliau melihat orang sesama muslim.Kalau mereka yang pernah baca travelog aku di Cambodia , pasti tahu mengenai kami di tegur oleh Wanita Muslim dan gembira untuk bercerita tentang kisah kehidupannya.

Selain itu, aku juga teringat akan peristiwa di Thailand. Ketika kami buntu mencari jalan untuk ke Night Market, ada sahaja yang memberi bantuan dan akhir sekali memberi salam kepada kami. Apabila kami menjawab salam, dia sempat berkata "I am non muslim, my neighbourhood are muslim community so i always hear they give salam". Kami jawab" It's okay. Waalaikummussalam" . Semoga Allah memberi hidayah kepada mu. Amin.Walaupun, pemuda itu non-muslim tapi kerana sikap jiran tetangga beliau yang menunjukkan akhlak dan peribadi mulia menyebabkan pemuda tersebut sudi membantu kami apabila melihat wanita berjilbab.

Malang sekali, apabila agama kita merupakan agama majoriti di negara sendiri,masyarakat kita lemah dan kurang bersatu-padu dahulu. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku dapat lihat pembangunan islam dalam jiwa anak muda. InsyaAllah semoga generasi terdidik agam islam nya. Amin

Salam Ramadhan Kareem.
p.s: doakan saya menjadi muslimah yang solehah.amin

7/20/12

Winter at Caversham Wildlife Park, Australia 2012- Part 12

16/6/2012

Caversham Wildlife Park ni memang dah terkenal seluruh dunia. Tempat yang wajib pergi kalau ke Perth, Australia. Last two years pun, kami sekeluarga dah pernah  ke sini. Cuma disebabkan abah, seth(my brother) and my cousin tak pernah lagi datang dan tengok kangaroo jinak secara dekat.Maka, pakcu decide bawa kami semua lagi sekali ke sini.

Kami sekeluarga bergerak awal sebelum pakcu. Then, dengan berpandukan GPS untuk ke Caversham  ialah Whiteman Park. Sekali, GPS bawa kami ke Whiteman Park - Pusat Penjagaan Orang Tua. Pelik benor.. So, be careful when you type the pointing place at GPS. Sampai ke Olive Oil Park kami jejak. Jauh pusing. Alhamdullillah , kami sampai juga ke Caversham Wildlife Park.


The attractions of Caversham Wildlife Park 

Setiap attractions yang ada di sini tidak memerlukan bayaran. Kita cuma perlu bayar ketika entrance fee sahaja.

Meet The Koalas 

Koalas sentiasa menjadi tumpuan utama kami sekeluarga , sebabnya adik aku nama Najlaa. Kami panggil dia Ala Koalas. When we meet the Koalas, we greet them "Hi Ala... Not Koala" hahaha...
So cute, tidur je 24jam. Tapi last two years, semua Koalas tu bangun waktu Ala datang.Semangat nak jumpa Ala agaknya. ngee.


Dah macam penjaga koala aje aku ni. hehe  (refer baju choclate tu.hahha)
Feed The Kangaroos

Seronok dapat feed kangaroos yang jinak ni. Macam bagi makan dekat kambing je la.. hehehe. Teringat waktu dalam perjalanan ke Augusta, apabila kami hampir melanggar Kangaroo liar sebanyak dua kali. Heheh. Nasib baik la, tak langgar dan sempat mengelak. Bila aku tanya pakcu, boleh ke makan Kangaroo. Pakcu kata boleh, tapi rasa dia tak sedap. Kalau tak, dah berlambak stall Burger Kangaroo. hahaha
Feeding session
Meet The Wombat and Friends Show

Last two years waktu aku pergi, show ni macam depan padang kecil. Tapi this year, mereka ubah design sikit . Macam letak dalam kawasan kadang kuda yang besar. So, kita boleh bebas bergerak dan mengambil gambar.
Gambar wajib dengan wombat

Raccoon?  Seth dgn penjaga racoon. hehe (satu bangsa dia org ni.hahha)

Birds
Molly's Farm

Molly's farm buat kita rasa menjadi pengembala kambing, lembu dan unta. Korang boleh masuk ke kandang mereka, usap-usap dan ambil gambar.

Farm Show

Farm show yang TERBAIK!! Ada macam-macam persembahan di tunjukkan. Mula-mula , mereka tunjuk bagaimana anjing mengejar haiwan ternakan. Cara mengetam bulu kambing.Then, cara nak libas tali yang pukul kambing (aku tak tahu nama dia). Ada sesi memberi susu kepada anak kambing sangat comellsssss...
Feeding anak kambing. sooo cute.
Animal Presentations

Waktu kita orang datang tak ada animal presentation. Tapi disini kita sendiri boleh lihat haiwan-haiwan yang jarang jumpa seperti, wombat, kangaroo, koala, Tasmanian devil. macam-macam lagi. hehehe

Aku ingat lagi, zaman Pakcu belajar di Australia. Arwah Mak Chek (my late aunty) pernah datang bercuti di Caversham, tak silap aku year 2000/2001. Waktu tu, Caversham harga murah sahaja, around AUD 5-10. Tak famous pun, tapi last two years aku pergi aroun AUD18 utk dewasa. Paling buat aku terkejut besar, harga untuk tahun ini AUD23 utk dewasa!

p/s:Dah jauh-jauh korang datang sini, masuk je la ye.

7/17/12

Winter at Harbour Town,Australia 2012- Part 11

15/6/2012
Biar betol dah sampai Part 11? Ni lah cerita yang paling panjang sekali, selama ni paling banyak pun Part 6. Hehehe. Kadar kepanjangan post aku mengenai sesuatu tempat bergantung pada berapa hari aku berjalan disana. Setelah beberapa hari, berjalan dari satu tempat ke satu tempat, hari ini masanya untuk kita BERSHOPPING! Tempat yang terbaik untuk bershopping di Perth , Australia semestinya Harbour Town.

Harbour Town terletak di Wellington Street, West Perth WA. Kenapa aku memilih bershopping di Harbour Town berbanding Perth City? Reason, Harbour Town mempunyai banyak factory outlet dan, harga sale adalah lebih murah berbanding Perth City.  

Sebab apa aku kata murah?
  1.  Aku boleh dapat levis Buy 1 Free 1. Harga satu levis AUD80 ,kiranya kau amek 2 seluar tapi bayar untuk satu seluar sahaja. Kalau convert to Ringgit Malaysia kita masih dapat harga murah RM120/1 helai. Mana nak dapat Levis less than RM300.  
  2. Rubi shoes di Malaysia RM60, aku beli AUD10 bila convert to Ringgit Malaysia ialah RM30 (half price)
  3. Baju Cotton On di Malaysia almost RM80++, beli di sana boleh dapat lebih kurang RM30 as usual aku suka half price.
  4. Ada juga kasut comel dengan harga AUD2 , believe me 2 DOLLAR ONLY! RM6 sahaja, mana nak dapat RM6 kasut kat Malaysia. Selipar jepun pun dekat RM10. Tapi tak beli sebab tak ada size kaki aku. Semua besar gedabak size minah salleh.
Buat pengetahuan semua , aku dah survey pasal harga baju dekat setahun, tiba sana baru lah aku bershopping. Punyalah simpan duit, semata-mata nak dapat half price je. 

Perkara yang paling best di Harbour Town ialah mereka ada menyediakan musolla (surau) siap dengan tempat whuduk. Musolla terletak di Information Center, Harbour Town. Kalau tak bawa telekung , jangan lah risau.. Macam-macam jenis telekung ada dekat sini untuk digunakan. Bersih dan terjaga.

Left: Adli Ilyas
Right: Adli Ilsyad
Kalau ada bawa orang tua, mereka juga menyediakan perkhidmatan kerusi roda secara free. Tak perlu nak bayar deposit or bagi passport. Pasal makanan jangan risau ada kedai kebab, kedai turki yang menjual makanan halal di sini. Confirm halal. Tak ada campur dengan arak or etc.Kalau dah shopping, aku ni jenis lupa camera . Jadi gambar dekat sini tak adalah banyak sangat. Enjoy.


Atas: Wan(kiri) dan Mama (kanan)
Bawah : Turki stall

Left: 70% sales
Right: My cousin -Nurul

Tapi ada yang seseorang yang sangat famous amous di Malaysia. Aku jumpa di sini. cuba korang teka?

*


**


***


****


****

MATLUTHFI90


Harith with Mat Luthfi
 Macam mana boleh jumpa Mat Luthfi?  Biarlah rahsia. Macam mana korang tengok video dia terbaru, macam tulah juga aku jumpa dia face to face. haha..Kalau korang nampak SALE kat belakang tu dalam kedai Cotton On. hohoho.

p/s: Jumpa juga kawan-kawan Mat Luthfi -watak-watak tambahan dalam video. hehehe. 

Winter at Busselton Jetty, Australia 2012- Part 10

*Aku baru pulang dari tempat yang aku tak pernah jejak. Walaupun tempat tu berada di Malaysia. Tempat yang sentiasa mempunyai cerita yang tersendiri, dialek bahasa yang tersendiri. Nanti aku update ya... *

Selepas kami berehat sebentar dan melawati Choclate Factory, kami semua bergerak ke Busselton Jetty untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar. Tak ada masjid atau musolla pun dekat sini ,kami bentang tikar je . 

Busselton Jetty merupakan timber-piled jetty yang terpanjang di Southern Hemisphere. Memang panjang, sehinggakan kita kena naik keretapi untuk bergerak dari satu station ke satu station. Banyak juga aktiviti boleh dilakukan di sini, bermain basikal.,riadah dan juga picnic.

Others attraction at Busselton Jetty:-
  • Underwater Observatory
  • Jetty Train
  • Interpretive Center
Busselton Jetty 
Busselton Jetty with Family
Seperti yang anda lihat waktu ni dah pukul 3 petang, tapi gaya macam dah pukul 5 petang aje. heheh.. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Perth. Amacam dalam masa 2 hari dah lebih dari 1000km kami gerak. Pengalaman yang cukup bermakna, baru la rasa macam mana orang balik kampung dekat 8jam.

Perth- Albany- Augusta- Margaret River- Busselton - Perth

p/s:  Belum lagi habis travelog ini, sabar ya. Aku masih lagi ada 3 hari di Perth. hehe

7/9/12

Winter at Margaret River, Australia 2012- Part 9

*Maaf  taraf kelajuan aku menaip, dan bercerita sudah semakin lambat. Memandangkan aku ambil short sem, faham-faham aje lah semua kerja menjadi dua ganda* 

Selepas puas melawati Cape Leeuwin Lighthouse, kami menuju ke Margaret River Town untuk makan tengah hari. Untuk pengetahuan semua, sepanjang 2 hari di Albany dan August kami makan bekalan makanan yang di bawa dari rumah. Jadi kami dah cut cost makanan. Faham-faham je lah nak cari halal food di kawasan jin bertendang hutan bukan nya senang. Sila lah beli banyak-banyak bahan mentah untuk di masak. 
Margaret River ni hanyalah small town yang tenang , bersih dan sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk ke Cape Leeuwin Lighthouse. Memandangkan nak cari toilet agak susah. Aku cadangkan kalau anda berhenti di small town , sila singgah di Information Center mereka sebab toilet mereka bersih.Alhamdullillah, cuaca di Margaret River tak adalah terlampau sejuk. Just nice macam waktu spring. Itu sebabnya masing-masing tak pakai trench coat. wakakak

Margaret River 
BTW, Margaret River merupakan town yang menghasilkan wine, choclate ,cheese dan juga pusat penternakan lembu. Sekadar untuk korang tahu, mat salleh selalu datang sini sebab banyak ladang anggur dan kilang wine. Kiranya good quality for them. Aku dapat tahu pun sebab banyak sign board "t" yang macam "twitter" di sini. Sebenarnya sign board tu nak bagitahu ada ladang  tersebut bermaksud merupakan tourism places. 

Sign board

Selepas kami makan tengah hari, kami menuju ke Choclate Factory, Margaret River. Kalau korang perasan, last two years pun aku ada pergi ke Choclate Factory, Perth ,kiranya franchise lah. Origin place adalah Margaret River.   

Seperti biasa, free testing of choclate. Tapi please jangan jadi jakun dan memalukan rakyat Malaysia. Sebabnya, dulu waktu dekat Perth ada sesetengah nganga mulut besar-besar dan suap kat dalam mulut macam tak fikir orang lain. Nak ambil banyak boleh, tapi kena pandai cara. Letak la dalam bekas cawan kecil secara senyap. Hahaha. Tapi kalau korang baik ambik jelah sikit-sikit. hehe..

Choclate factory.
Yang gambar aku tunjuk bukan yang untuk free testing kalau tak bankrup la company dia org.hahah. Anda boleh mencuba segala jenis  white choclate , black choclate. Sedapnya... dah la time tulis ni tengah lapar.hahaha

7/8/12

Winter at Leeuwin-Naturaliste National Park, Australia 2012 - Part 8

Selepas keluar dari The Copse, Augusta pada pukul 10 pagi, hujan renyai-renyai mengiringi kami. Sejuk dan mengigil lebih kurang 3-5 degree Celsius. Aku pun tak tahu macam mana kalau kena hadapi -5 degree celcius. hehehKami bergerak dari Augusta menuju ke Leeuwin-Naturaliste National Park. Apa yang menarik sehingga tempat ini telah menerima pengunjung yang paling tinggi berbanding National Park yang lain? Reason nya,sebab ada Cape Leeuwin Lighthouse
Cape Leeuwin Lighthouse by Seth (my brother)
The Leeuwin-Naturaliste National Park is located on the south-west coast of Western Australia, 261km from Perth. The park lies in the Aboriginal land of the Wardandi (people of Warden, the ocean spirit). The wardandi are one of the fourteen Nyungar tribes that live in the South-West. Their land extends from the coast at Stratham to the sea at Augusta.  The park stretches for 120km, from Bunker Bay in the north to Augusta in the south. Cape Naturaliste is the northern most point in the park. The first noted Europeans to have sighted the area were the Dutch, in 1622. They named the southwestern tip "t Landt van de Leeuwin" meaning the land of the lioness. It was later explored byMatthew Flinders , in 1801, who renamed it Cape Leeuwin with respect to the Dutch who had first sighted the rocky headland.The area became a popular place for whalers and sealers to collect fresh water and to seek protection from the storms that whipped up off the southern ocean. 
Source: Margaret River



Cape Leeuwin
Ketika kami sampai, hujan renyai-renyai dan awan  gelap menyambut kami. Maaf ya picture aku dah edit, tu nampak terang-benderang.. hehehe.. Cuaca sangat sejuk, dan angin yang kuat sama macam di Natural Bridge and The Gap. Seperti yang pernah aku tulis di post yang dahulu winter di Perth adalah hujan, angin yang kuat dan cuaca yang lebih sejuk. Refer to my picture below.
With Abah @ Cape Leeuwin Lighthouse
Post kali ini paling susah untuk aku tulis, aku tak tahu kenapa. Dua tiga kali tutup dan buka. Tulis sikit padam. Tulis mengenai travel trip kadang kala boleh jadi benda paling mencabar. Susah nak menggambarkan ciptaan Allah . Aku terkedu sebentar, begitu kagum dengan kuasa Allah S.W.T, kejadian yang sungguh nyata sehingga tercatat di dalam Al-Quran

What so special about Cape Leeuwin Lighthouse?  

South ocean and Indiana Ocean


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
19. He has let free the two bodies of flowing water, meeting together:
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ
20. Between them is a Barrier which they do not transgress:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
21. Then which of the favours of your Lord will ye deny?
Surah Ar Rahman (19-21)

Kalau anda dapat lihat di tengah-tengah lautan ada satu garisan(ombak) yang menunjukkan berlakunya pertembungan antara South Ocean dan Indiana Ocean (jangan tengok yg di tepii,lihat di tengah). Sememangnya benar setiap kalimah Allah adalah benar dan nikmat apa lagi yang anda ingin dustai?. Then which of the favours of your Lord will ye deny?? 


Left: Two oceans meet
Right: Ada lembu nak jaga..
Terasa kecil apabila berada di sini, membuat aku terfikir. Nikmat apa lagi yang aku ingin dustai? Kesihatan yang di berikan, peluang untuk ke luar negara,akal fikiran untuk berfikir yang baik dan salah. Sesungguhnya, aku sangat bersyukur.



Cape Leeuwin pertembungan antara South Ocean dan Indiana Ocean with Family



Adli Ilyas yang comel
Alhamdullillah, peluang ke Cape Leeuwin membuatkan aku sedar. Bahawa, bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Jangan lah ego, bongkak dan sombong. Sedangkan Allah lebih berkuasa hingga mampu mengasingkan antara dua lautan. 

Info: Nak masuk Cape Leeuwin Lighthouse ni kena bayar : 
  • Adults: $5 
  • Children(up to 16 years old):$3. Memandangkan muka aku macam budak-budak lagi, tipu la sikit bayar $3 je, lagi pun dia orang tak minta passport for verification.huhuu.


More info on margaretriver

7/2/12

Winter at The Copse, Augusta Australia 2012 - Part 7

14/6/2012

Morning Augusta! Seperti yang aku janjikan,untuk post kali ni hanyalah gambar-gambar kami di The Copse, Augusta. Enjoy!

"The Copse, Augusta, Western Australia"

Atas: The Copse dari belakang.
Bawah Kiri: Halaman the Copse
Bawah Kanan: View of The Copse River

Atas (Kanan):  Sunrise
Bawah (Kanan): The Copse Jetty
Kiri: Najlaa main buaian di belakang 

Kanan: Pintu masuk rumah The Copse
Atas (Kiri): Chimney
Bawah (Kiri): Berangan super model? euuu

Atas ( Kiri): Me with My granny
Atas (Kanan):  Ada mcm student oversea "Gambar Selamat Hari raya"? hahah
Bawah (Kiri): Family picture
Bawah (Kanan): My brother with my mum.

Pagi tu kami breakfast dan ambil gambar family picture sebelum keluar menuju ke Margaret River. The Copse house ni aku rasa sesuai untuk big family untuk berehat.. Kalau musim summer, rumah di kawasan Augusta menjadi tumpuan untuk memancing, menangkap ketam dan berehat. Summer di Australia sangat panas dan boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius. Jadi kalau anda datang ke Western Australia, tempah lah rumah "The Copse, Augusta, Western Australia".

Info:Berminat? Layari "The Copse" untuk keterangan lanjut.
p/s: aku tak letak picture dapur yang aku suka pula. BTW, dalam website tu ada dapur yang aku minat. hahah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...