Anakku Susah Tidur!

 Assalamualaikum and Hi All,

Ramai kawan-kawan nina selalu share, ada tak tips untuk anak susah tidur? Sebenarnya nina pun alami masalah yang sama. My biggest parenting issue, bayangkan dua-dua anak nina susah nak tidur awal.Paling awal mereka tidur jam 12malam, kita dah seharian penat bekerja. Tapi mereka boleh pula buat Saturday Night Party setiap malam. Hahahah Boleh buat gaduh laki bini oooiii bila anak tak tidur awal. My husband dulu kerja shift awal pukul 7pagi, tapi nina pula tidur dah lambat. Memang tiap hari tak cukup tidur je laa...

Macam - macam cara la kami cuba untuk pastikan anak tidur awal.

  • Main sebelum tidur, lompat atas trampoline .
  • Orang kata bila kena air-cond kereta anak mudah tertidur, tiap malam kami bawa anak naik kereta. 
  • Main bola dengan anak kasi letih sebelum tidur.
End up semua dekat atas tu tak berhasil, ada la satu dua tiga kali mereka tertidur. Selebihnya makin aktif dan tidur lambat juga. Tiap malam ugut anak cakap , nak letak luar kalau tak tidur awal. Kejap je takut, lepas tu dia main balik semula dan tidur lambat. Sebenarnya guys, tak digalakkan sangat tau buat ayat ugut ni kesan yang teruk pada psychology kanak-kanak. 

Sampai satu tahap, nina cakap dengan husband "Enough ugut, kita kena find solutions untuk anak susah tidur ni ".Nina buat research untuk selesaikan Anakku Susah Tidur ! Sleeping Issue.
  • Routine
  Anak- anak kena biasakan routine yang sama setiap hari. Jadi baru body alarm mereka tahu, bila waktu untuk badan bangun. Bila waktu perlu tidur. As a parents, you need to be strict with same routine.! Kalau boleh routine ni kita dah implement dari baby lagi. 

  • Day Time /Night Time
Anak -anak perlu tahu bila day time (waktu siang) atau nigh time (waktu malam). Mereka perlu tahu, waktu siang adalah waktu bermain. Manakala waktu malam, adalah waktu berehat dan tidur. 
Tak susah pun nak terangkan untuk toddler , bila waktu siang kita tunjukkan matahari. Bila waktu malam kita tunjukkan bulan dan bintang . Senang nak terangkan macam ni, jadi mereka lebih alert dengan waktu.

As for baby, pada waktu siang banyakkan cahaya masuk ke dalam rumah. Jadi kawasan rumah lebih terang.  Pada waktu malam pula, biarkan rumah sedikit gelap atau malap serta tenang. Senang untuk baby faham yang waktu malam adalah waktu tidur.

  • No Sugar
Pastikan sebelum tidur, anak -anak tidak makan any high sugar content food. Please avoid yeah! Kalau tidak nanti anak makin hyper dan tak tidur pula.

  • No Gadget
Please tutup semua gadget. No gadget ! Big NO before tidur. Sorok semua handphone , laptop, tablet, tv atau apa sahaja gadget. Cahaya pada phone sebenarnya buat anak-anak makin susah untuk tidur. 

Macam mana pula dengan routine? Apa routine yang nina buat untuk pastikan anak tidur awal?
Nina share in next post! 








 

Comments

Popular Posts