Jagalchi Market, Busan Winter Backpacking in South Korea Day 6

Jagalchi Market (자갈치시장 (부산))

Sebut je Jagalchi Market semua tahu kot kalau dah sampai Busan ni. Busan memang terkenal dengan laut, seafood, ikan, dan summer. Tapi aku ni sampai waktu musim Winter, idok le nak pergi mandi laut atau sun batthing. Nanti orang kata aku kurang siuman. Jadi kalau dah singgah Busan, mesti nak cuba makan seafood di Jagalchi Market.

Address Jagalchi Market       
B37-1, Nampodong 4-ga, Jung-gu, Busan-si 
부산광역시 중구 자갈치해안로 52 (남포동4)
Operating Hours
08:00-22:00

Busan Subway punya system sangat senang, aku rasa lebih kurang macam dekat KL je. Not so complicated, in fact sangat friendly sebab ada lift yang berdekatan. Maybe ramai orang tua duduk di Busan berbanding di Seoul. Macam aku cakap dulu-dulu, orang tua disini sanggup tawaf beberapa kali keliling kita orang sebab pelik tengok tudung. Tapi jangan risau, they all very friendly and the best thing. They all tahu kat mana Malaysia sebab dulu Mokhtar Dahari kalahkan mereka. ehwhhw


How to go to Jagalchi Market?

Subway
1.       Jagalchi Station (Busan subway line 1), Exit 10.
2.       Turn right onto Jagalchi 3(sam)-gil Street.
3.       Walk for 5min, then turn left to arrive at Jagalchi Market.

Busan City Tour Bus
-Taejongdae Tour Pit Stop No 8



Dah sampai Jagalchi Market, kami melayan tengok orang menjual ikan. Seronok kot, sebab market mereka bersih walaupun wet market. Banyak pula tu jenis seafood yang aku tak pernah tengok pun ada. Jom layan gambar-gambar bawah ni. 


Besarnye kepah tu!
Jagalchi Market by misznina17

Abang Nelayan
Jagalchi Market by misznina17

Ikan, ketam,kepah semua ada akak
Jagalchi Market by misznina17

Tugu Jagalchi Market by misznina17

Ikan-ikan
Jagalchi Market by misznina17
Waktu kami sampai ni dah masuk tengah hari, jadi perot dah nyanyi lagu keronocong. Ingat nak makan la dekat satu bangunan besar tulis Jagalchi Market,sebab ada kawan akak aku cakap dekat situ murah. Tapi bangunan besar tu tutup. Setahu aku Jagalchi Market tak pernah tutup. Entah lah aku pun tak pasti. Jadi kami pergi je singgah restaurant depan bangunan Jagalchi Market. 

Kami main order je tunjuk-tunjuk dekat menu. Bajet dapat macam orang sebelah, sekali bila datang mahu ternganga sorang-sorang. Sebab apa?

Ha kami dapat sotong yang memang sangat fressh. Baru potong gamak nye, walaupun dah mati masih lagi kot bergerak dia punya badan. hahaha. Cuak masih-masih. Aku dengan akak aku puas fikir, macam mana nak makan ni. 

Gamaknye ahjumma tu nampak muka kami dah berkerut sangat, terus dia sebut "Steam.. steam.." Ya Allah, lega gila kami waktu tu. akhirnya dapat juga kami makan sotong fresh steam.. hahaha

Sotong Fresh. Masih bergerak lagi.
Jagalchi Market by misznina17
Kami ada juga order side dish, macam udang fresh ni dan asam pedas. Seriously, lebih kurang macam asam pedas je. Tapi kurang sikit bahan,tak ada la macam asam pedas Johor atau Melaka. Apa-apa pun , kami ni baham aje apa depan mata. Kami berani makan seafood dekat korea, sebab mereka suka fresh dan tak suka campur dengan arak. Tu berani sikit, berbanding dengan Japan .. 

Udang Fresh..
Jagalchi Market

Ikan Asam Pedas.
Jagalchi Market by misznina17

Total damage
Jagalchi Market by misznina17
Dah kenyang perut senang hati.. Kita kemana lepas ni? Ha perut dah berat lalu la tangga kat bawah ni dekat 1500++ cal terbakar. hahhaha


p.s: Aku pernah lah tertengok Running Man ada buat dekat Jagalchi Market. hehee

Comments

  1. haha aku dulu penah ckp kat kwn aku, aku tanak makan sotong mengeliat dalam kuali..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitaa orang fikir dapat la yg dah stim.. memang sotong tu dah mati, tapi sebab masih fresh,semua ligemen dia masih bergerak-gerak.. masing-masing terperanjat.. bila dah sampai yg steam.. masing-masing lega.. baru boleh makan. hahhaa

      Delete
  2. That sotong! Oh my! Makan sampai habis ke? Btw, how i wish that can put that calories marker masa kat Seoul. Baru lagi bersemangat nak panjat tangga2 tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak makan habis pun, sebab ada sestengah tu macam pelik nak makan.. hahah.. tu pasal patut Seoul buat macam Busan.. Mesti berkobar-kobar nak panjat tangga.

      Delete
  3. kalau lah dia tak cakap steam steam tu..agak-agak ada selera tak nk mkn...

    aha..lepas tu korang ke 40 steps eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. sampai bila tak bermakan sotong tu..

      aah lepas tu melangkah steps yang banyak.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts