3/30/11

Tarian pocho-pocho.


Aku terpanggil untuk memberi pendepat mengenai tarian pocho-pocho. Setelah mufti perak mengharamkan tarian pocho-pocho.

Nak cerita la sket, dekat mana aku belajar tarian pocho-pocho nie.
Sebenarnye, aku belajar tarian nie ketika berada di plkn. Tipu la, kalau semua budak plkn tak tahu menari benda nie, coz waktu PT (physical training) petang mesti ada jurulatih pasang lagu minang and ajar menari pocho-pocho.
Waktu tu naive, tak tahu asal-usul tarian tersebut.Orang dah ajar , kite yang tak tahu nak buat apa kat situ belajar jer lah .. Yelah, benda2 macam nie, senang aje lah ilmu tu masuk dalam kepala and ikut. Seriously, waktu tu rasa nyer, semua orang tak ada rasa segan silu menari tarian tersebut. Tak kisah la lelaki ke perempuan. Tambah-tambah lagi melalaikan kita
(Oh ya ini waktu aku jahil ) Aku cuma menari benda nie, waktu dekat plkn je la. Lepas keluar plkn dah tak menari lagi.

Setelah beberapa tahun , baru aku tahu sejarah sebenar tarian pocho-pocho tersebut.Tarian pocho-pocho asal nyer berasal dari Filipina bukannya Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara agama. Pergerakan tarian pocho-pocho yang membentuk salib.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, " Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.

Telah jelas dari hadis nabi, janganlah kita meniru perbuatan sesuatu kaum yang tidak berlandaskan ajaran agama islam.

p/s:Diharapkan tarian pocho-pocho tidak diajar lagi di plkn.
Ya Allah, jauhkan lah aku dari termasuk golongan kafir, dan ampunkan lah dosa aku. Amin.

Sumber daripada :-
http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html

3/27/11

Sedap nyer!

Air-air yang sedap mampu membuatkan mood kita berubah.. heheh...
Sebenarnye.. nak cerita air teh yang pelbagai perisa..
Rasa nyer 5 kali ganda sedap daripada air teh yang ada kat Malaysia. (oh yang nie hyperbola berlebihan)
Sebenar nye.. banyak perisa air teh dari sastro nie.. tak ada kat Malaysia..
Yang kita ada biasanya.. Ice lemon tea jer.. Tak di pelbagaikan...
Pelik juga kena syarikat nie tak nak buat kat Malaysia.. rasa nyer lagi banyak untung kalau syarikat nie jual di Malaysia..

Setiap kali ada orang ke Indonesia .. .. kita orang satu famly mesti kirim air teh nie...Fruit-tea!!! Sedap.. korang semua patut cuba.. Even, waktu pergi sana pun berbotol-botol aku beli.. huhuhu


Tapi di Malaysia pun ada air yang menjadi kegemaran aku dan family... Twister.. tak sempat seminggu.. sehari air nie boleh habis.. huhuhu



p/s: tak tahu nape duk cerita pasal air.. maybe best kot.. sementara nak tunggu exam ...

3/25/11

Kawan

old picture~

Kadangkala tanpa kita sedari kita bakal menyakitkan hati rakan-rakan di sekeliling kita.
Kita tak nampak apa yang kita lakukan, hanya rakan di sekeliling yang buat judgement tentang diri kita..
Kadangkala, kita terlalu baik sehingga mengakibatkan orang pijak diri kita..
Kadangkala, kita tak sedar.. Kita nie senang di pergunakan demi kepentingan orang lain.
Itu kawan.

Kawan suka duka payah di cari.
Sebelum berkata sesuatu, fikir lah dahulu perasaan kawan ...
Mungkin kawan akan memaafkan anda, tapi untuk melupakan kata-kata anda..
Amat payah..

Terlajak perahu , boleh berundur.
Terlajak kata. tiada apa yang mampu mengubah nyer.

p/s:

For me, just be yourself . If you kind to others. InsyaAllah, your friends will treat u the same way. For my friends, i am sorry if my words make you feel hurts or anything. Or maybe i backbiting you at the back, or my bad attitude make you feel angry. I am sorry.
May Allah helps all of you on final exam. Amin.

3/19/11

Its raining



Korang suka tak hujan? Setiap kali hujan aku mesti teringat dekat bapa aku.. Mesti nyanyi lagu sudirman .." Hujan yang turun bagaikan mutiara ".. Part tu jer aku selalu dengar.. Heheheh

Ada setengah orang tak suka hujan..
Ramai yang mengeluh.. " Alamak susah la nak kena berpayung.. tak boleh keluar"
Ada juga yang salah niat" Hujan.. jom sambung tidor.. tak yah ler pergi kelas" .. Huuhuhu

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" (Al-A'raaf, 7: 57)

Daripada surah ini jelas mengatakan bahawa.. Hujan itu adalah rahmat... Tak perlu lah kita mengeluh .. Sesungguh nya, janji Allah itu adalah benar.. Setiap apa yang berlaku kepada hamba nya pasti ada pengajaran buat kita supaya kita beringat dah mengambil pelajaran daripadanya..

Antara waktu yang mustajab untuk kita berdoa juga ketika hujan turun.. dalam hadis Rassullullah S.A.W
Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat, dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

Hujan itu membuatkan aku berasa gembira.. paling tidak.. hari yang panas akan membuat rasa sejuk..Teringat lagi ketika sekolah rendah.. Ustazah aku pernah berkata.. Hujan umpama membersihkan semua dosa2 hamba di muka bumi ini.Semoga dosa2 kita terampun.. Amin..
p/s: sekarang tengah hujan.. aku suka tengok air hujan :) untung-untung boleh tengok pelangi

3/17/11

Kami stress..

Semua orang duduk ramai2.. Tak kisah la..Di musolla, di student lounge..dalam bilik Atau dalam lab computer..
Duduk ramai2 menghadap laptop..
Nak senyum pun.. masing2 dah susah..
Mana tak nyer.. Stress sebab project berlambak..
Kalau yang duk menghadap coding.. Lagi tak nampak orang kiri kanan..
Kawan cakap pun masuk telinga kanan.. Keluar telinga kiri..
Heheheh..

Rasanya.. memang kawan2 aku sedang menghadapi stress tahap tinggi..
Jangan risau yer.. InsyaAllah kita boleh habiskan project2 nie semua..
Aja2 fighting..
Yang penting senyum semua!

3/15/11

Moving out to Bangsar.

Sebenar nye.. Aku bukan patut update blog.. Patut nyer siapkan kerja project yang berlambak..
Heheheh..Tulis blog boleh release kan tension.. Betol ker?? ( kena buat research nie.. wakakaka)

Ok, last sunday kami moving out to Bangsar.. Oh.. Sapa2 lepas nie yang kena duk lepak dekat KL central. Meh datang rumah aku dulu.. coz rumah saya tersangatlah dekat dengan kl central..Huhuhu

Gambar dalam rumah.. Ok hakikat nyer lagi kecil dari rumah sekarang.. Tapi tak kisah la.. Nak buat macam mana bila kena halau

So, dalam pada mengemas2 buku yang terlampau banyak dalam bilik aku.. berserta dengan baju yang banyak.. Maklum lah.. ada 3 orang anak dara duk satu bilik.. hehehhe
Macam2 lah aku jumpa.. Khazanah negara.. Along siap boleh jumpa duit raya dia zaman sekolah.. Total count almost RM80.. Haish.. aku dengan najlaa'(my sister) geram je bila tgk along dapat duit.. Then, kami jumpa kertas exam arab, along and aku belajar dengan ustaz yang sama utk arab ... Heehehhe

Separuh kotak buku2 universiti jer aku bawa.. Lain jual dekat recycle. Simpan lagi file taaruf..
See... Ustaz kami orang yang sama.. Ustaz Wan Mohd Zuki. Sangat baik orang nya... Suka dia mengajar.


Terjumpa hadiah-hadiah dari kawan waktu kerja dekat TM.. Wrapping paper pie pineaple. Heheheh(from someone)
Yang gambar hadiah tu.. utk org yang baru sambut birthday last week.. Happy birthday Mr.Ahmad!!

Sebenarnya, pindah adalah sangat memenatkan.. Banyangkan barang anda selama 20 tahun.. Nak kena pilih yang dah tak nak pakai lagi.. Rupa nya rumah aku sangat banyak dua perkara.. BUKU dan BAJU yang dah tak pakai.. Buku2 yang dah lama jual dekat recycle .. Then, baju kasi orang yang memerlukan.. huhuh..

Proses nak memindahkan barang pun penat.. Beberapa trip nak kena pindahkan barang2 kami... Eventhough, lori akan datang.. Tapi lori angkat barang2 yang besar jer la macam peti ais, almari and katil.. Nasib baik., bangsar and cochrane tak jauh jadi cepat aje la kami sampai utk pindahkan barang.

Tgk tu sikit punya banyak barang dalam kereta..
Ni bilik aku bila dah di kosongkan.. huhu

Sememangnya, tak semua orang mahu berpindah apabila dipaksa. Namun , aku take it as a positif side.. Berpindah itu adalah hijrah.. Hijrah ke arah kebaikan .. Siapa tahu,kita cuma mampu merancang .. Hanya Allah yang menentukannya.. :)

3/11/11

Student

Wahai student, anda tak akan dapat larikan diri daripada mengahadapi 5 perkara!
1.Project
2.Assignment
3.Test/ quiz
4.Presentation
5.EXAM!

Sekarang pukul 4.30pagi. Baru sahaja selesai menyiapkan project parenting mengenai. "Effects of hiring maid towards family institution". Rasa nyer,sem nie paling banyak sekali buat research for project
1. Operating system- research bout Multi-user Operating System (alamak.. aku tak sentuh lagi!dush!)
2. Methods of Da'wah - research about PreMarital sex among IPTS student (tinggal buat slide je lagi)
3.Parenting - research yg aku dah sebutkan tadi..

Tapi ada gak project yg bukan research.. Project web programming.. Kena buat coding! Arghh..
Project mengenai online shopping.

Final exam semakin hampir!! Tinggal 3 minggu lagi.. adeh..
1. Kena focus study subject2 yang lemah terutamanyer!
ACCOUNT, INTRO TO MATH STATISTIC dan WEB PROG!!
percaya lah.. subject web prog dari awal sem sampai dah nak final.. Kami semua selalu blur~ heheheh.. adeh! Kasi sedar sket nina .. dah nak dekat final.... Jangan main2 lagi..


Bulan 5 nanti ada ganjaran nyer! Enjoy puas-puas waktu tu ok! heheheh

3/4/11

Quarters Jalan Cochrane

Picture agak buruk.. hehehe

Dulu saya pernah post pasal Quarters Jalan Cochrane, Untuk pengetahuan semua ya saya dan family bakal berpindah ke Bangsar.. Sebab nyer, quarters Jalan Cochrane bakal DIROBOHKAN demi sebuah kemajuan!

Kadang kala aku wonder, berapa banyak kemajuan di perlukan oleh rakyat Malaysia? Adakah kemajuan dari sudut pandangan rakyat Malaysia ialah , bangunan yang tinggi. Kondominium yang mewah dan juga pasaraya yang besar ... Segala nyer yang besar??

Seberapa banyak bangunan bersejarah perlu di robohkan demi sebuah kerajaan? Tidak kah mereka ingat kata-kata dari ahli sejarahwan di buku teks Sejarah tingkatan 4 bahawa..
"Manusia yang melupakan sejarah, bakal mengulangi sejarah mereka ..
Bangunan bersejarah seperti Pudu Jail yang sememangnya sudah lebih dari seratus tahun telah roboh demi sebuah pembangunan.Sekolah St. Mary yang berada di tengah2 bandar turut di robohkan demi sebuah pembangunan. Sekarang nie , sedang dibina sebuah kondominium mewah di atas tapak sekolah St.Mary. Mungkin bakal menyusul sekolah saya Convent Jalan Peel ?? Siapa tahu dengan alasan yang sama demi sebuah pembangunan. Quarters Jalan Cochrane juga bangunan bersejarah.. Kekukuhan rumah kami dari zaman perang ke dua hingga sekarang.. Masih mampu bertahan. dan bakal dirobohkan dengan sekelip mata.. Adakah mereka tidak pernah menghargai jasa2 dan pengorbanan moyang kita pada zaman dahulu???

Mungkin sesetengah orang merasakan.
"Pindah jer lah.. Lagi pun kerajaan bagi duit, siap dengan lori utk korang pindah kan"
"Rumah tu bukan nyer rumah korang, rumah kerajaan. Ikut suka kerajaan lah nak buat apa dekat quarters tu"

Yer2.. Untuk anda yang tidak berada di situasi kami pasti berfikir sebegitu. Cube renung dan berfikir seketika. Pasti semua orang tidak mahu berpindah secara paksa. Unless, korang pindah di atas kerelaan sendiri. Mahu atau tidak, kami semua di kawasan Quarters Jalan Cochrane harus terima bahawa, kami harus berpindah.

Notice pemberitahuan kami harus berpindah. SUKACITA PULA TU DITULIS!


Harap rakyat Malaysia buka mata, kadang kala pembangunan itu bukan la berada pada bangunan yang tinggi dan juga pasaraya yang besar. Tapi pembangunan sebuah negara terletak pada rakyat nyer sendiri. Pendidikan dan juga cara pemikiran seseorang itu yang lebih penting demi memajukan sebuah negara.

Tiada lagi kedai hassan.
Tiada lagi jiran2 sebelah rumah yang mengambil berat.Mak cik ana and husband Pakcik Berahim, pak cik jalani, atok eddy boy, mak cik zah and pak cik kamal..
Tiada lagi budak2 main basikal depan rumah.
Tiada lagi tgk bunga api KLCC dari belakang tingkap bilik aku.
Tiada lagi babu motor yang jual makanan.. Harith adik aku tak leh jerit panggil "Babuuuuuuuuuu!!!"

Down memory lane~ I will always remember my time at Jalan Cochrane. 21 Years with lots of memories.
Luahan dan buah fikiran dari saya.

3/2/11

Broga and Bukit Tabur

Semua orang dah naik Bukit Broga.
Semua orang dah naik Bukit Tabur
It's just like a trend. Everyone should go hiking there!

:(

Bila aku nak panjat bukit/gunung lagi??? Kalau dapat panjat mesti best. Cume dulu jer dapat daki Gunung Rajah.
Nak hilangkan semua stress as student. (part kena marah dengan lecture. hahaha)
Ada brapa project kena settle.
Entah nape.. Ak dapat rasakan yg final exam dah semakin hampir.
And tak ada masa lagi nak pandang2 project yg berlambak itu semua.

1.Web Programming project
2.OS Project.
3.Presentation RKUD
4.Parenting Project.

Ya Allah. bagi lah aku kekuatan..
Hopefully, cuti nanti dapatlah naik dua2 bukit tu

:)

Bukit Tabur


Bukit Broga


SubahanAllah. cantik rite. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...