2/26/15

Stress Test

http://loonylabs.org/2014/09/18/stress/
Sebenarnya tak ada la stress menggila. aku tak stress sangat dengan kerja . cuma tak suka dengan perangai orang. gigit kang! hahah

Jom amek stress test! Click "here"

2/25/15

Masjid Al-Fatah, Busan, Winter Backpacking in South Korea Day 6

Seperti yang aku cakap dalam last post , click "here" to read. Hari ke-5 merupakan hari terakhir di Seoul sebelum gerak balik ke Busan. Seperti biasa, kami ni memang suka berjimat, jadi malam ke lima kami bermalam dalam keretapi. Nasib baik kami tak di ganggu apa-apa, masuk je dalam train. Terus tidor! Penat punya pasal ..  Nak baca pengalaman kami menaiki Mungunghwa Train? Boleh click "here". Sebenarnya dalam post tu ada gak orang marah aku sebab panggil mamat tu "disaster". Tapi kami tak ada niat langsung nak menghina atau mengutuk mana-mana pihak. harap maaf!


 ****************************************

7 January 2014

Alhamdulillah, pagi-pagi lagi kami dah sampai di Busan Station setelah lima jam perjalanan menaiki Mungunghwa Train dari Seoul Station. Jam masih menunjukkan pukul 4 pagi. Mata macam dah berpinar-pinar sikit sebab mamai. Hahaha. Tambah dengan kesejukkan terasa hingga ke tulang , entah berapa degree waktu kami sampai. 

Sampai-sampai cuci muka, lepaskan hajat mana patut. Semua kedai tak buka lagi jadi tak boleh nak makan. Kami cari dulu locker untuk letak Ninja Turtle kami.. Urgh macam nak patah tulang bahu.. Memandangkan belum masuk lagi waktu Subuh .. Kami terus direct ke Masjid Al-Fatah, Busan. Memang our early itinerary plan dah decide nak pergi Masjid dulu. Kasi dapat berkat sepanjang perjalanan di Busan.amin..

Masjid Al-Fatah Busan
Source: Tikotik
Cara untuk ke Masjid Al-Fatah, Busan:

 1. From Our Current place (see if need to interchange line) 
2.  Dusil station ,take exit #8
3. Walk straight until you found tire shop 
4. Turn right, walk straight until you found small bridge,
5. Cross the bridge and you may found Turkish Kebap House. At the back is Masjid Al-Fatah.

Sebenarnya aku refer dekat blog Azra cara nak ke masjid ni, please click "here" for your reference. Thanks Azra!


Jadi pagi-pagi buta kami dah berjalan nak ke train station. Dari Busan Station (main building), kami kena keluar untuk ke Busan Subway Station. Tak jauh, tapi menggigil juga pagi tu kami berjalan. Dapatlah kami melihat pak cik tua homeless duduk luar station tu, kesian aku tengok sebab dah la sejuk... sedih..sedih..


Sampai je di Busan Subway station, ahjumma and ahjushi semua pandang kami dengan muka pelik. Apalah 5 orang ni buat pagi-pagi buta dekat subway station tambah lagi dengan pakai tudung lagi pelik. FYI, Busan ni bandar sesuai untuk orang tua sebab ramai orang muda berhijrah ke Seoul. Secondly, Busan ni old folks friendly sebab ada escalator / lift untuk orang tua. hahaha

Ada sorang ahjushi tegur kami, agak tak faham apa dia cakap . Then, dia sebut "Indonesia?". Kami agak.. ohhh dia tanya negara, terus jawab "Malaysia".. Dia cakap "Oh, Malaysia!".. Lega kami ada gak kenal negara ni. Terus dia angkat kaki macam orang tengah tendang bola. Along sebut."aaaa.. Mokhtar Dahari". Yer, orang tua-tua masih ingat lagi saat Mokhtar Dahari kalahkan pasukan South Korea. At least, they still remember us!
History of Busan Al-Fatah
Baca mendalam terasa malu disitu.
Busan Al-Fatah |misznina17

Dalam train pulak, kami semua pelik ada satu mamat asyik tersenyum dekat kami. Sepanjang kami naik train dia senyum jeee.. Aku cakap dengan along " Long, apsal mamat tu asyik senyum dekat kita?".. Akak aku dengan selambe jawab "Entah-entah mamat ni faham apa kita cakap." Terus mamat tu dia berhenti senyum. Ok confirm dia faham! hahaha.. 
Tire Shop neaar by Busan Al-Fatah
Busan |misznina17

Dari Busan station ke Dusil lebih kurang setengah jam/4o minit. Jadi sempatlah kami rehat-rehatkan mata kejap. wahahah..Alhamdulillah sampai dalam pukul 5 lebih, ada Om dari Indonesia nampak kami ber-lima. Dari dia tengah sibuk-sibuk nak prepare untuk solat jemaah subuh. Terus , dia bukakan kami bilik tetamu. Untung sungguh kami pagi tu!. Dia siap pasangkan heater. 
River near by Busan Al-Fatah
Busan | misznina17
Actually , kalau korang nak duduk dekat Masjid ni pun boleh. Just send email dekat Masjid Al-Fatah. Bilik ni siap dengan toilet. Sesudah solat subuh berjemaah. Kami tumpang kejap lelapkan mata sebab keletihan dan cuaca kat luar masih gelap. Dalam pukul 7pagi baru kami gerak balik. Tak dapat nak ucapkan "Terima Kasih" dekat Om yang baik tu.We just left the note dekat dalam bilik tetamu tu...Sebenarnya antara Masjid dekat Seoul dengan Masjid di Busan. Orang Busan much more friendly and willing to help! 

Whats next nina?!!

2/18/15

Seoul One Day Itinerary,Winter Backpacking in South Korea Day 5

Sebelum tu aku ucapkan "Gong Xi Fa Cai".. Jom patah balik ke Seoul... Apa yang anda akan buat dalam satu hari di Seoul? Hari ini merupakan hari terakhir kami di Seoul! Banyak tempat kami nak cover sebelum ke Busan. heheh Bertabah untuk gambar yang banyak di bawah!


*************************************************
6 January 2014

Pagi-pagi lagi kami dah siap packing barang.Breakfast dulu, habiskan roti kat dalam pantry (hahaha!) , juice dan sedikit makanan yang kami bawa.. Kasi ringan beg sebab nanti nak gerak ke Busan pula.. Checkout dari Namdaemun Hostel sempat lagi kami amek gambar dengan Mr. Bo.. Mengangkat lah kami Ninja Turtle ke Busan Station. Malam ni kami akan naik train semula nak ke Busan. Jadi kami letak semua beg-beg kami di Busan Station. Tinggal bawa dompet , handphone , itinerary dan kamera sahaja. Berlenggang kangkung kami..  Jadi mana first destination kami?

1st Destinantion: Mencuba pakai hanbok secara percuma/gratis/free!

Dari Seoul Station kami ke Myeongdong Station..Terus singgah Seoul Tourism Centre untuk untuk kami reserved place petang ni. Kena reserved place ye, sebab first come first served.. Sempat lagi minah tu pesan, jangan lambat .. Kalau lambat , memang tak merasa la kan.. hahha. Nampak sangat ramai Malaysian selalu lambat. 


Seoul Tourism Center,located on the fifth floor of M Plaza
• Hours: 
  • 09:00-22:00 (summer hours)
  • 09:00-21:00 (winter hours) (Open all year-round, including holidays)
• Tel: +82-2-774-3238
Seoul Global Culture & Tourism Center | misznina17
M Plaza| misznina 17

Sebab time kami pilih tu lebih kurang pukul 2 petang, jadi kami pergi dulu ke Namdaemun market sebab nak beli brooch dan souvenir.. Kami sempat buat alarm clock dekat phone, pukul 1 mesti dah gerak keluar dari Namdaemun Market. hahaha.. Thanks to alarm clock! Nasib kami sampai disana awal.. Layan le gambar kami kat bawah ni.. hehehe..


Orang kurus je sesuai pakai Hanbok ni. Comel macam kami nampak macam kucing berhias. hahaha!
Kucing Berhias dalam Hanbok |misznina 17

Kami sempat solat dekat level sama dengan tourism ni, pergi dekat bilik air yang terdekat.. Kami betang mafla dan solat dikawasan terselindung.. Oh boleh refer blog Fatin Liyana, the exact place kami solat click "here".. Pakai apps untuk arah kiblat.. senang je kat!



Free Hanbok to try! |misznina17

2nd Destination: Korean Post Office

Mungkin tak ramai minat nak hantar postcard ke apa.. Tapi memandangkan ini hari terakhir kami di Seoul .. Saje-saje nak hantar postcard dekat Kak Ahran.. Bila minta Kak Ahran alamat, dia bagi dalam bahasa Korea.. Gigih aku malam sebelum tulis dalam bahasa Korea.. siap cuba-cuba lagi dekat kertas kotor.. 


Korean Post Office |misznina17
Lepas dah reserved place pakai Hanbok terus kami ke Korean Post Office.. Sebab masih ada masa lagi.. Aku lupa gila mana Korean Post Office yang kami pergi. ampun! Yang aku cuma ingat, dekat dengan area MyeongDong.. errkk.. krikk.. krik...


Korean Post Office |misznina17
Kak Ahran , happy with our card.. Sampai juga ke destinasi yang dituju.. hehe.. Siap tulis dalam bahasa korea lagi.. Apa kami tulis? Rahsia.. Semoga Allah membuka hatinya.. amin

Good Service! Korean Post Office |misznina17

3rd Destination: Namdaemun Market. 

Dari Korean Post Office kami ke Namdaemun Market...  Tujuan kami ke Namdaemun Market nak cari kedai yang ada jual banyak brooch.. Kami follow Kak Kiah punya instruction.Please click this "link". See Kak Kiah anda memang sangat berjasa pada kami.. Thank you sifu!!

Brooch at Namdaemun Market |misznina17

Tapi kami sebenarnya tak berapa berjaya ke sana.. Sesat barat juga lah.. hahahah! Anak murid yang tak boleh nak percaya.. Kalau ikut cakap sifu mesti korang berjaya jumpa E-Lendang tempat jual brooch semua..Tapi berjaya juga la kami beli brooch Korea. Memang cantik dan berkualiti tinggi.  shine bright like a diamond!
Sebelum kami singgah beli Brooch, kami sempat lagi membeli T-Shirt, souvernir dan macam-macam jenis nak bagi orang dekat Malaysia.. hehehe.
T-Shirt at Namdaemun Market |misznina17

4th Destination:  Lunch di Kimbap Sotong.(suka-suki aku bagi nama)



Sebenarnya aku lapar , sebab dah tengah hari waktu ni. Aku cakap dengan along, ko tak lapar ke?? Masing-masing muka dah macam harimau kelaparan. Nampak kedai ni dah dua tiga kali cuma tak masuk je lagi..


Kedai Sotong Sedap  at Myeong Dong |misznina17


Ingat lagi,waktu mula-mula sampai Myeong Dong mak cik ni dah approach kami siap sebut.. "Hararro" aka Halal. Kami tengok cuma ada sotong merah dengan kubis jeruk je.. Maka kami semua masuk dan bersantap makan di dalam..
Sotong Sedap at MyeongDong |misznina17

Order cuma dua set sotong je.. Tapi nasib kami baik, mak cik tu siap bagi sampai 5 mangkuk sup sorang satu.. heheh.. Kami siap refill air masak lagi, punya pemurah orang Korea ni..
Suka hati ahjumma tengok kami makan dengan penuh lahap dan licin. Padahal pedas! Sebenarnya kami lapar, bila dah  lapar tolak kayu dengan batu aje le.. heheh

Lepas dah bayar tu kami sempat approach ahjumma yang sibuk buat Kimbap. Aku panggil "Ahjumma" terus dia balas gambar aku dengan peace! Cool dude. Sila datang makan sini! Recommended walaupun pedas. Tapi boleh masuk tekak aku. hahah



Cool Ahjumma |misznina17

5th Destination: Gangnam Station

Cukuplah kan sekali korang dapat merasa macam mana keadaan Gangnam Station.. Saje je sebenarnya kami nak menghabiskan masa.. Sekurang-kurangnya, bila orang tanya..Dah sampai Gangnam? Aku boleh jawab.. Dahhh!!!...

Oppa Gangnam Style |misznina17
Mak aku marah sebenarnya bila kami nak ke Gangnam ni..Sebab aku baca berita yang tersebar dekat dalam facebook, pasal teruk nye Gangnam city.. Kami cakap, cuma nak pergi train station je lah mak. Bukan nak pergi rumah orang kaya, jadi hamba mereka. hehehe
Oppa Gangnam Style at Night |misznina17

Kami sesat jugaa la kejap nak cari arah ke Gangnam Station. Tapi ada sorang nenek bongkok tiga , menyapa kami. Dia tanya nak pergi mana dalam bahasa korea. aku blur juga.. Kami sebut gangnam, tapi dia mcm blurrssssss... Terus dia kata "oooooooooo.. kang-nam". Yer adik-adik sebutan dia "kang-nam".. hehehe..
Oppa Gangnam Style at Night |misznina17
Memang tak tahan ada kat sini, cukup la 5 minit dekat sini, amek gambar. Terus kami balik! Ramai gile orang!! Sesak sangat-sangat..Lagi sesak dari Masjid Jamek pukul 6 petang. hahaha


6th Destination : Lotte Mall, Seoul Station. <<Picture Kejap Lagi update>> 

Suka shopping. Aku rasa Lotte Mall the best place to shop!! Wahaha. Confession of shopaholic betul. Lotte Mall ni next to the Seoul Station sahaja.. Just follow the instruction guide boleh sampai ke Lotte Mall.Sebab dekat Busan kami tak jumpa Lotte Mall , jadi kami decide nak beli semua snack-snack dekat sini..

Lotte Mart Parking. Semua kereta mahal.

Instruction to Lotte Mart from Seoul Station.

Tengoklah muka kami sibuk pilih macam-macam perisa Peppero! Sebutan dia dalam korea  "pep" - muncung mulut , "pear"-sebutan buah pear , "raw"-sebutan raw tapi kena muncung mulut. "Pep-pear-raw"  .. Kalau sebut macam kami , dia orang semua pening nak memahami..
Peppero!


Dah penat di Lotte Mart, round-round tengok macam-macam barang.. Dah nak dekat sejam kami ambil beg-beg kami dalam locker dan makan Shrimp Burger di Lotteria.. Yummy..

Hampir sejam, tiba masa kami naik Munggunghwa train ke Busan.. Busan ! Tunggu aku datang.. hehehe.. Dah terasa macam feeling cerita Aku Ada Wali.. ngeee..

Lotteria, Seoul.


2/10/15

Jakarta- Bandung 2013:Day 4: Tanah Abang, Jakarta dan Pondok Indah Mall

Aku dah simpan benda ni dekat dua tahun. Aku upload aje lah ye. Tanpa gambar.. ngeh2.. 

Memandangkan sekarang kerja dah berkurang sikit. Dapatlah masa untuk update blog. wahahha. Sebenarnya aku dah type lama dah cuma tak publish-publish juga entry ni.
Jom la kita terbang sekejap ke Jakarta, Indonesia.


************

Dari Puncak Jakarta, kami sampai di Jakarta lebih kurang pukul 2 petang waktu Indonesia. Terus kami rushing ke Tanah Abang. So we split kereta, untuk mereka yang bernama lelaki dan tak minat shopping direct balik rumah. Maka, kami yang perempuan ni akan terus ke Tanah Abang. Fuh! Masa shopping aku menjadi singkat sebab Tanah Abang tutup pukul 5 petang . Cuma ada masa 3 jam sahaja. wahahha. 

Pasar Tanah Abang ni sama je macam mana-mana Pusat Grosir di Indonesia.. ayat tak boleh belah.. Apa-apa pun memang tak dinafikan apabila berada di Indonesia, aktiviti utama adalah bershopping. Dengan begitu pantas sekali aku shopping.

Sebelum masuk Tanah Abang sempat lagi kami singgah surau yang berdekatan dengan Tanah Abang untuk tunaikan solat zohor asar.. lepas solat, kami ke Blok A Tanah Abang.. 

Dah nak hampir pukul 4 setengah, cepat-cepat Icha dan tante bawa kami adik beradik dan mama kami keluar dari Tanah Abang. Katanya mereka takut lagi lama berada di sini Tanah Abang boleh bertukar medan perang, dimana semua peniaga akan tutup kedai mereka dan keluarkan barang-barang perniagaan. Bawa ke mana barang-barang niaga tu aku tak pasti. Waktu mereka keluarkan barang, kemungkinan besar kepala korang pun kena langgar. 

Dah keluar jalan punyalah macet, nak ke kereta pun payah. Jadi punyalah laju kami berjalan ke arah kereta Pak Bejok. Seriously , aku jalan terlampau cepat.. sampai satu tahap aku dengan adik aku tersekat antara kereta, mujurlah boleh keluar semula.



Penghasilan di Tanah Abang- telekung parachute (datang kat Surabaya jadi telekung parasit).. Selain tu beli baju sehelai, alaaa.. sebab trip kali ni macam trip santai.. relaks2 aje membeli...

Nak balik semula ke rumah jalan masih macet, sewaktu kami di Jakarta merupakan hari yang ke 40 pemergian Uje.. Jadi ramai lah orang ke pondok pengajian Uje.. Pondok tu pula dekat dengan area rumah Tante, jadi sangat mustahil untuk kami pulang ke rumah.. So, we decide... Lelaki-lelaki yang ada dekat rumah tu kita jumpa dan makan dinner dekat Pondok Indah Mall.. 

Bila di tanya memang macam ni ke selalu mereka? Bila macet set time jumpa di pertengahan jalan, sebab masa nak pulang semula ke rumah lebih lama diambil. erkk? Patut mereka sangat menepati masa.

Malam tu di Pondok Indah Mall kami cuma round-round, masuk ke kedai buku . Nak membeli koleksi Andrea Hirata . Uhuk , sampai sekarang tak habis baca dan tak buka lagi plastic . hehhe.  Actually malam tu ada sebab kenapa kami ke Pondok Indah Mall. Tante nak sambut birthday along. 

Haha, by the time along baca blog ni mesti dia gelak sebab dah dekat dua tahun baru aku nak publish cerita pasal birthday dia. wahhaha. Ketinggalan zaman kan? :P Tapi untunglah tiap tahun cuti sambut kat over-sea. Tak beragak macam anak orang kaya ko long :P
 

Lepas habis celebrate birthday along. It's time to going back home. Masih lagi macet,tapi tak de la seteruk siang tadi. Sampai-sampai rumah terus pengsan. 

p.s: Malam tu aku kena lagi "Last Day Sick Syndrome" . Iaitu aku akan muntah-muntah pada hari terakhir sebelum balik Malaysia. Bertabah je lah...

2/6/15

Nami Island, Winter Backpacking in South Korea Day 4

Pagi tu kami sungguh bersemangat. Yelah nak ke Nami Island.. Bangun pagi, solat subuh, siap-siap dan makan breakfast dulu. Kami sediakan la roti bakar, kami ajak la minah yang duduk dekat dengan dapur tu makan sekali.. Minah tu nampak macam dari negara Vietnam/Loas dan sekutu dengannya.. Sekali berborak punya borak, tanya dia dari mana. Dia jawab dia dari "Mongolia"... krik..krikk..krikkk. Pagi tu kami berharap dia tak tanya kami dari mana.. hahaha. 

5 January 2014
Nami Island dan winter sonata
Kalau dah sampai ke South Korea. Memang tak sah kalau tak pergi ke Nami Island. Yelah zaman minat Winter Sonata dengan Autumn in My Heart. Siap pinjam CD office mate mak aku lagi.. hehehe. Melayan tengok sampai habis dengan abah aku. Zaman tu je la aku boleh tengok non-stop Korean Drama. wahaha. sekarang?? keh keh.

Tak perlu buang masa lagi. Ada banyak cara untuk ke Nami Island. 



[Option 1] By Subway + Taxi

  1.   From Our Current place (see if need to interchange 
  2.  Go to Sangbong Station, Line No 7
  3.   Take Gyeongchung Line, Stop at Gapyeong Sation (Nami  Island) – around 45 min.
  4.   From Gapyeong Station ,take a taxi to Namiseom parking lot. (Travel time: 10-15min) 
  5. Take the ferry from Namiseom Dock to Namiseom Island. (Travel time: 5-6min)
Operating Hours Ferry Schedule to Nami Island
      •   07:30-09:00 (30min intervals)
      •   09:00-18:00 (10-20min intervals)
      •  18:00-21:40 (30min intervals)
Admission Fees to Nami Island: 
      •  Adults : 10,000 won  Round-trip ferry fare & tax included.
[Option 2] By Subway + Bus (One Day Tour Trip area Nami Island)
  1. Take subway (refer above for subway instruction)
  2. Take Bus (One Day Tour Trip). You may take the Bus once you arrive at Gapyeong Station.
[Option 3 ]Shuttle Bus (From Seoul to Namiseom Island)
* Bus Stop
1.       Insa-dong (Jonggak Station, Subway Line 1, Exit 3): Next to Tapgol Park
2.       Jamsil Station (Subway Line 2, Exit 4): In front of Lotte Mart

* Shuttle Bus Schedule:
Insa-dong, Jamsil Station → Namiseom Island: 09:30
Namiseom Island → Insa-dong, Jamsil Station: 16:00
Advanced reservation required. (Inquiries +82-2-753-1247)

[Option 4 ]ITX Train (From Seoul to Namiseom Island)

1. Take ITX train to Namiseom Island

*************************************************************************************
Banyak cara kan nak ke Nami Island, tinggal petik jari nak pilih paling murah. Paling mahal. Paling cepat atau lambat. Kami seperti biasa pilih paling murah iaitu Option 1. Naik train dan kemudia naik taxi. 


Rasanya tak perlulah cerita panjang-panjang lagi. Moh menghayati keindahan Nami Island ketika winter. Sejuk dan best! Dah sampai Nami Island, sila lah ambil map ye. Sebab Nami Island ni kecik je.. Round-round satu hari dapat cover semua... ngehhhh
Nami Island Map


Nami Island, Seoul 2014

Nami Island, Seoul 2014

      Sampai tu kita breakfast dulu,roti dengan serunding dah sejuk beku. Telan jelah kami makan. Tak lupa juga bawa serunding dan sambal ikan bilis untuk makan tengah hari. Tengah hari kami makan nasi goncang bersama serunding kami. hahaha. fusion! sedap enak ketika panas-panas.

Nami Island, Seoul 2014



Nami Island, Seoul 2014


Nami Island, Seoul 2014


Nami Island, Seoul 2014
Banyak lagi gambar cantik-cantik. Tapi nanti menggedik pula nak tunjuk semua.. hahah. Well kami ada je gambar dekat "First Kiss" tu cuma aku tak upload.. Tapi waktu Winter ni best juga la singgah Nami Island.. Sebab feeling Winter Sonata tu lebih.. hahah
Nami Island, Seoul 2014
Jangan lupa solat di -Nami Library and proceed to level 1 utk pegi prayer room ... prayer room ni letaknye dlm Gallery N. Naik je tangga dah boleh nampak buku-buku banyak macam dekat gambar atas ni. Prayer Room memang ramai orang Malaysia je.. hahah
Nami Island, Seoul 2014


Nami Island, Seoul 2014
Kecik je Nami Island ni, round-round dari pagi sampai petang kami dekat sini. Entah mende kami buat.. hahahha.. Tapi yang pasti kami sampai Seoul pun hari dah malam.. Malam tu kami lepak kejap area Myeondong .Bawah ni layan la gambar Winter Snack Food di Myeondong..ke korang tengok penjual tu?? yummy manis.. manis. kuih tu. panas.. sedap makan.
Winter Snack Food, Myeong Dong
Sempat lagi kami singgah Starbucks beli tumbler (ni ada yang request ye), sambil jalan-jalan area MyeongDong. Dah penat, kami balik ke Hostel untuk tidor. Malam tu kemas-kemas baju sebab esok hari last di Seoul.. sobs.. sobs.. Tapi happy sebab nak explore Busan pula!  
Myeong Dong at Night

2/4/15

Namsan Seoul Tower (Part 2), Winter Backpacking in South Korea Day 3

Nah aku belanja gambar-gambar dari Namsan Seoul Tower. Disebalik celah-celah ketiak manusia yang ramai, aku berjaya juga ambil gambar matahari terbenam. Fuh. Nasib baik ketiak tak berbau, sebab tengah winter. Sejuk . Semua wangi je la.. hahha. Cerita pasal ketiak la pula. 

Jom layan gambar sunset di Namsan Seoul Tower. Alhamdulillah, rezeki kami sebab first try attempt , mother nature menyebelahi kami. Tak perlu dua tiga kali datang sini, nak menikmati mathari terbenam..Daniella, yang pergi DMZ Tour dengan kami cakap dia sampai 2 kali dia naik bus untuk ke sini sebab awan tak menutupi Seoul. Jadi tak dapat capture sunset.
Sunset, Namsan Seoul Tower, Seoul

Aku ada bagitahu kan, tujuan kami ke Seoul .Bukan semata-mata k-pop, tapi sebab nak jumpa Kak Ahran.  Namsan Seoul Tower tempat pertemuan kami semua. Berjaya ke tak? Scroll lebih sikit? heheh
Sunset, Namsan Seoul Tower, Seoul

Akhirnya, dalam keriuhan orang ramai. Berjaya juga kami berjumpa dengan Kak Ahran. Imagine, dengan penuhnya Korean dekat atas tu. Macam manalah kami nak cari, masing-masing muka sama je. Aku dah pasrah juga mencari, sebab dah beku kesejukkan kat atas tu. Dari jauh, aku nampak akak aku berpelukkan dengan Minah Korean . Tengok macam tu, aku tahu dia dah jumpa kawan dia. hahah..

Sempat dalam hati aku cakap, apsal la nak cari Kak Ahran. Biar aje le dia cari kita, kita yang macam alien kat kawasan ni. Kita orang je yang pakai tudung. hahah. Lagi senang dia nak mencari. wahhha. 

Along and Kak Ahran, Namsan Seoul Tower

Dah berjaya jumpa Kak Ahran baru kita orang bergambar di Namsan Tower ni bersama padlock. Hahha. Aku gambar je. Idok la nak menggedik letak, bukan ni ya kuasa cinta. hahah

Disebabkan kat luar tu sejuk beku, tak sanggup lagi kami duduk lama-lama. Lepas dah menikmati keindahan sunset, kami lepak dekat belah dalam. Lepak dekat Twosome+ cofee shop. Kami dah buat macam gaya mamak siap sambung-sambung meja. Kepala selambe!

Twosome+, Namsan Seoul Tower

Mamat Malaysia sebelah kami duk jeling-jeling. Ada kami kesah? Yelah pelik la ada minah korean duduk lepak dengan kami macam dekat Malaysia. Even, Kak Ahran pun update status rasa macam duduk dekat Malaysia. Tak terasa pun berada di Korea. hehe. Borak-borak menikmati cofee sambil makan kuih kacang yang Kak Ahran bawa..

Strawberry and Kuih Kacang from Ahran.
Namsan Seoul Tower
Sebab dah lama sangat  kami borak-borak tak ingat dunia dalam cafe Twosome+.. Aku cakap dengan Kak Ahran teringin nak makan Taebokki. Dia bawa kami makan di sebuah kedai di area Seoul. Cuma jaln kaki je.. 

Alhamdulillah Kak Ahran tahu pasal halal. Dia minta mak cik dalam kedai tu, tak masukkan perencah daging dalam kuah Taebokki. Suka dia tengok kami berselera malam tu.. Untung kami, ada orang belanja dineer.. Yeah!! :)

Kedai makan di Seoul, South Korea
Balik tu kak Ahran saja singgah hostel kami. Lepak-lepak, borak-borak tak ingat dunia sambil makan Strawberry Korea. Antara strawberry korea dengn mesir , sedap lagi mesir sebenarnya...

 Dah malam sangat.. Kami hantar Ahran ke Heohyeon Station. and its time for us to say good bye. Take care Kak Ahran! Till we meet again.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...