1/30/14

Ho Chi Minh City- Day 2 : Cu Chi Tunnel Half Day Tour

Lepas balik dari Tour  sempat aku dengan along survey harga Cu Chi Tunnel Tour di hotel-hotel sekitar Ben Thanh. Satu-per satu hotel kami berdua masuk dari hotel mahal berbintang sampai hotel murah untuk mendapatkan harga yang murah ke Cu Chi Tunnel.. Range price untuk Half Day Tour Cu Chi Tunnel biasanya dari USD 6- USD10.  Kena rajin-rajin lah korang berjalan, ada tour included harga ticket masuk ke kawasan Cu Chi Tunnel, ada yang tak .. Jadi kena juga tanya, price included admission or not.

Setelah ditolak bahagi darab.. Finally kami ambil pakej dari Hotel yang kami stay iaitu Song Anh 3, price yang kami dapat USD7 (Not included admission fee) .hahhaha. Tu je paling murah kami dapat, tak kisahlah kan. Janji mereka ambil depan hotel and dalam tour tu ramai foreigner. erkk?? motif?. 


20 October 2013


Bersemangat kami pagi ni bangun awal nak pergi C Chi Tunnel. Semuanya disebabkan Cu Chi Tunnel ni masuk tempat top listed place to go bila sampai di Ho Chi Minh City. Tunggu punya tunggu dekat 10 minit tak sampai lagi bas kami, rupanya mereka lambat sikit sebab sebelum ambil kami patut ambil mamat Philippines, tapi boleh pula dia tak bangun. Tu terlewat ambil kami, tak mengapalah . Kami maafkan. hehehe



Nguyen
Tourist Guide to Chu Chi Tunnel
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Perjalanan ke Cu Chi Tunnel dari Ho Chi Minh City mengambil masa selama 2 jam. Tourist guide kami bernama Nguyen (sebutan "win"). Kami cuma menaikit coster van, ada dalam 20 orang . Kami suka sebab dalam van ni pelabagai bangsa dan negara ada. hahah. motif?

Dalam perjalanan ke Cu Chi Tunnel, kami berhenti sebentar di Handicapped Handicrafts di mana mangsa-mangsa Agent Orange ketika Vietnam War ditempatkan disini.Rasa kasihan sangat kerana perang, mereka menjadi mangsa kekejaman askar Amerika.Hasil kerja tangan mereka sangat unique, cantik dan kemas. 100% handmade, dan dilakukan dengan teliti. Kalau berminat boleh sahaja membeli, membeli sambil beramal. Harga berkadar langsung dengan kualtiti .mahal gak le.


Handicapped Handicrafts
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013


Handicapped Handicrafts
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Kebiasaanya memang akan berhenti disini, kira kawasan rehat sebelum sampai ke Cu Chi Tunnel. Jadi kalau nak melepaskan hajat, buatlah dekat sini. Mula-mula aku fikir, tak ada pili air dan kotor. Rupanya tidak, tandas mereka bersih dan juga mempunyai pili air. Kira ok juga lah.. Kalau nak beli air atau terasa lapar, ada sebuah stall makanan disini . Tapi aku dengan along dah bawak bekal banyak-banyak tak ada rasa lapar. dasar cheapskate!


Pekerja di Handicapped Handicrafts
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Dari kawasan Handicapped Handicrafts ke Cu Chi Tunnel lebih kurang setengah jam sahaja. Sampai di Cu Chi Tunnel, Nguyen tolong belikan untuk kami ticket masuk. Sebenarnya boleh je kalau nak beli sendiri, tapi aku tengok harga sama sahaja. Nguyen tak ambil duit lebih pun,jujur orangnya. Harga untuk dewasa ialah VND90 000.

History of Cu Chi Tunnel



In order to combat better-supplied American and South Vietnamese forces during the Vietnam War, Communist guerrilla troops known as Viet Cong (VC) dug tens of thousands of miles of tunnels, including an extensive network running underneath the Cu Chi district northwest of Saigon. Soldiers used these underground routes to house troops, transport communications and supplies, lay booby traps and mount surprise attacks, after which they could disappear underground to safety. To combat these guerrilla tactics, U.S. and South Vietnamese forces trained soldiers known as "tunnel rats" to navigate the tunnels in order to detect booby traps and enemy troop presence. 
Source: History 


Famous mamat ni
Cu Chi Tunnel
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Bersama patung askar Vietkong
Cu Chi Tunnel
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Penerangan mengenai jerat
Cu Chi Tunnel
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Sudah habis pusing, pusing dan mendengar penerangan dari Nguyen. Kami ke padang sasar menembak. Aku ingat nak juga join menembak, seronok sebab dulu pernah juga aku menembak M16 ketika National Service. Kalau nak tahu, peluru yang mereka gunakan adalah peluru betul, bukan peluru kapur ye.. heheh. Tapi disebabkan kena beli minimum 10 biji peluru. Malaslah aku nak bazirkan duit untuk menembak je.  Jadi aku dengan along round-round area situ. Nampak pula ada mak cik tengah tunjuk proses pembuatan Rice Paper, jadi kami join la tengok step by step buat Rice Paper.

Rice Paper Making
Cu Chi Tunnel
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Tujuan utama kami ke sini , cuma nak masuk Cu Chi Tunnel tu je. Untung badan kami ni kecik jadi tak perlu nak merangkak sangat..wahaahha. Cukup 100 meter, semua keluar.. sebab tak sanggup duduk lama-lama. hihihi .. Mana yang takut gelap dan tempat sempit. Anda tidak digalakkan masuk ye.  Dah nak dekat keluar tu, kami minta orang depan ambil gambar. Tapi aku rasa ada mat salleh bengang dengan pondan belakang dia terjerit-jerit. Jadi dua keping gambar je lah ada.. Dalam tunnel memang tak de la kan, sebab gelap gulita.. 



Cu Chi Tunnel
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Perasaan? Best sebab aku dah masuk Cu Chi Tunnel. Walaupun pada mulanya tak berapa yakin, tapi bila fikir balik. Mat Salleh badan besar pun masuk, tak kan aku yang badan kecik tak nak masuk.. hehehhe

Lepas masuk ke tunnel, kami dihidangkan dengan ubi kayu. Aku memang tahu mereka akan hidangkan kita makan ubi kayu based on review others bloggers. Disebabkan setiap kali travel, kami akan bawa sambal ikan bilis mak yang sangat sedap. Jadi untuk ke Cu Chi Tunnel, sanggup kami bawak sambal ikan bilis.. hahahah .. Jadi orang Malaysia yang lain dapatlah share sambal ikan bilis dengan ubi kayu. ngee..  


Sambal Ikan Bilis with Ubi Kayu
Cu Chi Tunnel
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Lepas makan ubi kayu, maka berakhirlah trip kami di Cu Chi Tunnel, Vietnam... Balik tu semua dah kuyu dan penat. Mana tak nya, dah buat jungle tracking dalam hutan.. hihihi.. Sampai di Ho Chi Minh City lebih kurang pukul 2 petang.. Nguyen berhentikan kami berdekatan dengan Ben Thanh Market.. 

Berminat nak try Nguyen punya travel agency boleh try email them :

An Travel 
Email: annhutravel@yahoo.com.vn 
tuyet_antravel@yahoo.co.vn
Website: www.antravel.com.vn

An Travel.
Click for Large Image
Cu Chi Tunnel
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Petang tu kami ke mana? Tunggu..!!!

1/24/14

Ho Chi Minh City- Day 1 : Vietnamese Coffee

Assalamualaikum. Baru hari ni reti nak bagi salam? ish.. ish.. teruknya nina..dah balik dari Korea baru nak update.. ahahha.. so aku macam clueless.. tak tahu mana nak start.. so aku decide.. yosh! aku harus update, sebab ada kawan aku nak pergi Vietnam this year.. jangan hampakan orang lain...huhuhu

Setelah mengukur jalan a.k.a round-round satu bandar Ho Chi Minh City (refer to this "post") . Kaki kami dah penat untuk bergerak dan memerlukan rehat, jadi kami decide untuk singgah Highlands Coffee.. Seperti yang diketahui ramai, Vietnam merupakan pegeluar ke-2 terbaik di dunia selepas Brazil. Jadi rugilah kalau dah sampai kat sini tak try segala jenis kopi.


Highlands Cofee
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013

Highlands Coffee ni macam Starbuck Coffee le, jenis mahal..Tu sebab aku dengan along sangat kemut ,kami beli segelas je  haha. .Tapi bila convert price, masih lagi murah berbanding Starbuck Cofee. Dekat Malaysia tak ada nye aku nak singgah minum kopi mahal-mahal.Actually,lepaspergi ramai kata better cuba Trung Nguyen sebab lagi terasa nikmatinyaTapi bagi aku yang hanya minum kopi sekali-sekala tak kisah pun janji aku dapat merasa kopi
Vietnam.. hahah


Caramel Jelly Cofee
Highlands Cofee
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013


Sambil lepak-lepak minum , main lah free Wifi dalam cafe ni. Tapi speed dia tak berapa laju, 
setelah beberapa kali aku try untuk connect.. Memang tak berjaya.. Jadi sesi mengambil gambbar dan merehatkan 
kaki yang lenguh ni.. 
Highlands Cofee
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013


History of Coffee at Vietnam
Coffee was introduced to Vietnam in 1857 by the French and slowly grew as producer of coffee in Asia. The height of coffee production occurred in the early 20th century as small-scale production shifted towards plantations. The first instant coffee plant, Coronel Coffee Plant, was established in Biên HòaĐồng Nai Province in 1969, with a production capacity of 80 tons per year.The Vietnam War disrupted production of coffee in the Buôn Ma Thuột region, the plateau on which the industry was centered.[2] Although seldom involved in conflict, the area was a crossroads between North and South and was largely depopulated. After the North Vietnamese victory the industry, like most agriculture, was collectivized, limiting private enterprise and resulting in low production. 
Following Đổi mới reforms in 1986, privately owned enterprise was once again permitted, resulting in a surge of growth in the industry. Cooperation between growers, producers and government resulted in branding finished coffees and exporting products for retail. It was during this time that many new companies involved in coffee production were established, including Đắk Lắk-based Trung Nguyên in 1996 and Highlands Coffee in 1998. Both of these continued on to establish major brands distributed through a widespread network of coffee shops. By the late 1990s, Vietnam had become the world's #2 coffee producer after Brazil, but production was largely focused on poor-quality Robusta beans—considered inferior to Arabica due to their bitterness—for export as a commodity. Recent government initiatives have sought to improve the quality of coffee exports, including more widespread planting of Arabica beans, the development of mixed-bean coffees, and specialty coffee such as kopi luwak (Vietnamesecà phê chồn, "weasel coffee").
Credit Wikipedia. Dasar pemalas!


Kalau tak rajin berjalan mencari cafe Trung Nguyen atau Highland Cofee, boleh juga cuba cofee tepi jalan tu.. Antara yang aku minatGloysan Cofee yang jual depan kedai Basirah ni. Harga USD1 atau lebih kurang RM3.  Boleh tahan sedap. Sampai malam tu terlena tidor aku.


Famous Gloysan Cofee among Malaysian
Gloysan Cofee
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013


Gloysan Cofee
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013

Aku ni pelik sikit, kalau minum kopi bukan bertambah segar mata. Tapi bertambah lena mata.. tu waktu study aku tak suka minum kopi. hahaha. 

p.s:Hari ke dua kami ke mana? Tunggu.. 

1/18/14

Food Hunting at Kuching, Sarawak Day 2:Sugar Bun

13 October 2013

Selamat Pagi Kuching! meooww..After 6 post, baru kali ini aku tulis untuk hari kedua.. Padahal dua hari sahaja pergi.. bluweekk...

Pagi-pagi bangun dah terasa lapar. Padahal semalam dah melantak makan seafood yang banyak dekat Top Spot. Actually, pagi ni nak mencari Laksa Sarawak dekat Pasar Satok. Tapi dalam perjalanan ke sana, nampak pulak Sugar Bun.. Yummy! Terus park kereta makan breakfast kat Sugar Bun. wahahha

Address

SugarBun

Fast Food Restaurant
Jalan Satok (opposite Choice Food Centre)KuchingSarawak 93400

Ramai yang mungkin tak tahu bahawa Sugar Bun hanya berada di Borneo Island!Lepas buka Sugar Bun punya page baru tahu ada  buka franchise di Melbourne. The good news is new outlet at Batu Pahat.Yeah.... Harga pun murah dan rasa sedap!

Selain tu, ada juga menu-menu yang Asean Cuisine macam Beef Stew dalam Claypot! Macam-macam anda boleh try disini.. yummy.. Tapi disebabkan kami sampai awal pagi, mood nak makan lunch tu belum ada kami order Burger murah harganya, Fish Fillet dan Set Plate. Air apa lagi kalau bukan Teh C Peng atau 3Layer Tea.. Umpph!


Order Kami
Sugar Bun, Kuching Sarawak 2013
Brief History
From a humble beginnings as an ice cream parlor in1979, SugarBun has evolved to become one of the leading and most innovative food service Chain Restaurant with more than 51 Quick Service Restaurants, Destination Centers and Cafes with successful operating experience in Malaysia, Negara Brunei Darussalam, Chittagong, Bangladesh and Liaoning, ChinaIts growth accelerated after the original founder handed over the reins of the company to the new shareholders with only twelve SugarBun restaurants in 1993. The company was taken to greater heights when it was listed on the Second Board of Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) in 1997.
In a nutshell, Sugarbun Destination Centres is THE PLACE FOR EVERYONE TO MINGLE AND MIX with great variety of GREAT FOOD and ENTERTAINMENT catering for all ages and gender 
Source: Sugar Bun
Menu
Sugar Bun, Kuching Sarawak 2013
Yummy... terasa teringin sangat nak makan lagi kat Sugar Bun. Balik Johor nak singgah Batu Pahat.. Everyone, try la makan Sugar Bun .. sedappp sangat..

p.s: I love foods!

1/17/14

Food Hunting at Kuching, Sarawak Day 1: Top Spot Food Court

Mesti korang pening.. kejap post negara ni, then negara lain.. hahaha. Ni tetiba aku patah balik pergi Sarawak... sabar ye :P


Photo Courtesy: Google
Continue dari Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Swee Kang Ice Kacang & Sotong Kangkung. Kami pulang dari Swee Kang Ice Kacang lebih kurang pukul 6 petang, balik hotel bersihkan badan dan berehat sekejap sebab lepas maghrib kami nak ke Top Spot.
Mula-mula puaslah kami fikir kat celah mana Top Spot tu? Rupanya dari area hotel kami ke Top Spot dalam 5 minit sahaja. huhu.


Adress: Topspot Food Court

Food CourtSeafood Restaurant, and Asian Restaurant
Taman Kereta (Jalan Green Hill)KuchingSarawak 93000



View Larger Map
Top Spot ni memang terkenal, sebab menempatkan gerai-gerai seafood dalam satu tempat. Jadi kalau penggemar Seafood macam kami ni apa lagi , tak lepaskan peluang makan seafood yang sangat murah disini..Kalau boleh datang awal sikit kalau nak makan dinner disini, sebab hari-hari penuh orang..
Paku Midin
Top Spot,Kuching, Sarawak 2013
Lepas maghrib, kami gerak lah ke area Top Spot untuk makan .. Kami order butter prawn basah, sayur paku midin rupa bentuk lebih kurang macam paku pakis, dan kupang.. Cukuplah untuk tiga orang makan.. Itu pun ada gak rasa macam orver-over sebab makan banyak.. hahaha..
Kelihatan tangan yang tak sabar makan.
Kupang
Top Spot,Kuching, Sarawak 2013
Banyak gerai-gerai Seafood, so before nak duduk.. Aku galakkan korang survey dulu harga.. Tapi kak Ima recommend kami kedai no 25 (rasanyalah). Waktu tunggu tempat duduk, ada couple dari Semenanjung. Dia cerita, sanggup beli ticket weekend yang murah semata-mata nak makan kat sini.. uhuk
Udang
Top Spot,Kuching, Sarawak 2013
Rasa? Sedap dan menyelerakkan...Kenyang sangat untuk kami , oh mereka turut menyediakan nasi semangkuk ..  Memang tak menghampakan makan disini.. Balik di Top Spot sempat kami menyinggah Pantai Damai.. Hehehe.. Jumpa kawan En. Ahmad borak-borak .. Sedar-sedar dah malam , balik hotel terus le tidor.. 

Total expenses: Around RM60++. Mana nak dapat kat KL.. hahah

1/12/14

The Red Riding Hood at South Korea



Thank you Allah.
South Korea 2014

Another sneak peak . Banyak betul bertangguh nak update blog.

Entry tertangguh. Bila nak update?
1. Jakarta- Bandung 2013 (bertangguh sampai kat Puncak)
2. Sarawak Malaysia 2013 (bertangguh sampai kat Swee Kang Ice Kacang)
3. Ho Chi Minh City, Vietnam 2013 (bertangguh sampai kat Half Day Tour, Saigon)
4. South Korea 2014


 Doakan kami.. Semuanya berjalan lancar.. amin...
 Banyak betul yang nak dikejar dan dicapai.

1/3/14

Freeze Zone Time

Assalamualaikum,

Doakan kami selamat disini dan dapat menampung cuaca yang extreme.i. erkk. freezing!



Kata nak salji .. ha amek kau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...