2/16/13

Desa Anthurium Apartments, Tanah Rata, Cameron Highlands

Kalau singgah di Cameron Highlands, adalah lebih elok bermalam. Family aku memang jenis suka jalan ramai-ramai, jadi kami perlukan sebuah apartment yang selesa dan boleh menampung untuk dua keluarga. Sebelum, bergerak ke Cameron Highlands along sempat booking Desa Anthurium Apartments. 

Apa yang menarik mengenai Desa Anthurium?

Apartment ni dikekelilingi dengan hutan tebal yang masih terpelihara. Selain itu, udara segar  yang kita dapat nikmati pada pagi hari menyegarkan kita setelah sekian lama bau asap kenderaan di KL. wahhahaha
Apartment View
Credit :http://desa.cameronhighlands.com/

Aparment yang kami tinggal merupakan muslim apartment. Apartment ni turut menyediakan dapur basah, kiranya kalau kita nak masak tak ada rasa was-was kerana Muslim Apartment. 

Dapur

Dining Room
Credit :http://desa.cameronhighlands.com/

Harga yang dikenakan untuk 1 malam ialah RM250 . Manakala, untuk 2malam En Mokhtar beri diskaun RM400-RM450 ,harga mengikut waktu cuti sekolah atau hari biasa. Kalau boleh terus contact dengan En Mokhtar ni takut nanti harga yang dikenakan berbeza kalau pakai orang tengah. You may contact En Mokhtar : 0175225065

Apartment ni mempunyai 3 bilik  d 2 bilik air, berserta dengan hall bersama dengan dapur basah .Fully furnished. Kiranya, selesalah kami 2 keluarga tinggal disitu selama 2 hari tanpa perlu bayar dengan harga yang mahal.


Bed Room 1

Bed Room 2
Bed Room 3
Credit to : http://desa.cameronhighlands.com/

Ruang tamu
Kualiti Picture kurang baik
 Selain itu, disini juga kita boleh adakan aktiviti BBQ di Common Area BBQ. Tapi disebabkan malam tu hujan, terpaksalah kami BBQ dalam rumah sahaja pakai dapur gas. ehheheh


Common Area BBQ
Credit to :http://desa.cameronhighlands.com/
Facilities :

  • TV
  • ASTRO Satellite Channels
  • Refrigerator
  • Water Heater
  • Kettle
  • Rice Cooker
  •  Gas Stove
  •  Oven
  • Free Parking
  •  24 Hour Security
Aku bukan agent En  Mokhtar  heheh. Just bagi review mengenai apartment ni sebab ianya selesa dan harga murah.Selain itu, kita boleh masak dalam apartment ni. Dah jimat cost.. Jadi jom le buat Family Day di Cameron Highlands. :)

2/12/13

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards : How To Vote Me?

Selalu aku nampak penulis blog join competition itu dan ini, rasa jealous seketika melihat mereka menang itu dan ini. Hahaha..Just try my luck joining this competition : Malaysia International Tourism Travel Blog. 

Love my writing? Love my travel trip? Love the journey ? 

Macam mana nak mengundi aku nyer blog? 

STEP 1



STEP 2
  • If Login using Facebook , press go to app (refer to the picture)

STEP 2
STEP 3

  • Allow permission

Step 3
STEP 4

Find my blog link : http://misznina17.blogspot.com/

Done!! Mudah sahaja rite , more info about Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards . Click here

The Tourism Bloggers Awards are designed for Individuals, Travel & Tourism companies and Organizations related to tourism to highlight their achievement in the social media space with respect to tourism.International blogger nominees should be travel bloggers who blog about tourism, tourist spots and also share Malaysia in some way or the other.If you wish to nominate your favourite brand, tourism blog or company to win the awards, do so online to increase their chances of winning.Nomination submission is free.

p.s:Thank you so much for da vote. Lagi semangat nak type blog:)

2/7/13

KHM Strawberry Farm,Tanah Rata, Cameron Highlands

Banyak tempat menarik di Tanah Rata yang boleh diterokai . Kali ni  KHM Strawberry Farm, Taman Sedia, Cameron Highlands.

Sebelum bercerita lebih panjang mengenai tempat ni, mesti anda semua nak tahu kedudukan Farm ni:


Alamat KHM Strawberry Farm:
KHM Strawberry & Jams
No 9, Taman Sedia
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands



Macam mana nak sampai ke sini? Melalui laluan jalan Tanah Rata, anda akan dapat lihat pintu gerbang (rujuk gambar dibawah). Kalau tak jumpa juga cari landmark laluan ke Kem Tentera Darat tak silap aku kompeni bravo. Boleh rujuk  steventeng.com  untuk jalan ke KHM Strawberry Farm ni.
Credit Photo : steventeng.com
Entrance from Tanah Rata


Credit Photo  : steventeng.com
KHM Stawberry Farm
Peta ke KHM Strawberry Farm
Click :For Large Image
Credit Photo : cameronhighlandsinfo


Kenapa aku suka dengan KHM Strawberry Farm ni?Bila teringat KHM Strawberry Farm mesti teringat ice cream and strawberry deep chocolate. Terbaik lah dengan scones with strawberry jam. Yummy.  Kalau cakap hal makanan nape bersemangat

Strawberry with Choclate
Photo by : Seth Akmal


Strawberry with Choclate
Photo by : Seth Akmal

Menarik mengenai KHM Strawberry Farm , kita dapat makan home made ice cream serta petik buah strawberry di tempat yang sama. Selain itu, dapat menikmati pemandangan kebun strawberry yang comel bersama keluarga. 


Home made Strawberry Ice Cream
Photo by : Seth Akmal

Sedikit info mengenai KHM Strawberry Farm 


KHM Strawberry and Jam had been operational in the late year 2000 as a simple hobby of the owner. The breeds and hybrid of strawberries was imported from Holland as a starting of a small experiment. After a few trials and error on the quest for the perfect system of planting, the successful fertigation system was created. The success had naturally gotten the attention of the agricultural department and MARDI which in turn provided help in form of advice and guidance from strawberry experts.


In 2002, the famous homemade jam and topping had started to fill up the shelves at the farm and other gifts shops around Cameron Highlands. While in 2003, other products like the concentrated juice, ice-cream and dried strawberry starts to contribute to the array of products.

And now, expanding as it has always been, KHM is now looking into strawberries as an integral content for cosmetics and medical.



Bharat Tea Plantation,Cameron Valley, Tanah Rata, Cameron Highlands-

"Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,. Ku lari ke pantai kemudian teriakku"

Tetiba sahaja, aku teringat sajak ni.  Sepi aku ingin sendiri , terabaikan blog ini.

Perkara yang paling aku sakit hati, dah dekat 2 jam cari ilham nak tulis tapi tak dapat juga aku tulis. Aduhai sedihnya :( Second thing, travel trip aku terpaksa dikurangkan. Lagi bertambah sedih :( Tu rasa lemah longlai. Bila dengar team project pergi ke taiwan la ,europe la bertambah stress aku sebagai budak intern ni. 
Tapi, apa-apa pun aku masih nak ucapkan ribuan terima kasih kerana masih ada yang berkunjung ke blog ni. Terima kasih daun keladi, harap info yang ditulis dapat membantu anda semua. 


The family is one of nature's masterpieces. 
George Santayana 
Tanah Rata, Cameron Highlands

Photo By: Seth Akmal

Tanah Rata, Cameron Highlands. 


Apa yang menarik dengan Tanah Rata, Cameron Highlands? Kalau dulu, 
 Brinchang yang lebih famous  kerana banyak tempat nak bershopping sayur-sayuran. Tapi, sekarang di Tanah Rata sendiri banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Tak perlulah bersesak-sesak di Brinchang tu.

Antara tempat menarik yang kita boleh singgah di Tanah Rata, Cameron Highlands:


Bharat Tea Plantation- Cameron Valley 


Sebelum sampai ke Tanah Rata, kita akan dapat menikmati pemandangan yang indah ciptaan Ilahi. Cameron Valley Bharat Tea Plantation mempunyai banyak cawangan kebun di Cameron Highland. Salah satunya menghala ke Tanah Rata.




Bharat Tea Plantation Cameron Valley
Photo By: Seth Akmal






Seperti yang semua tahu Cameron memang sangat terkenal dengan daun teh (ayat skema). Jadi amat rugi kalau tak singgah ke kebun teh dan membeli teh dengan harga yang lebih murah. Mengaku jelah korang datang sini lepas menonton cerita Ombak Rindu .. wahahah Tapi Ombak Rindu di Boh Tea Plantation ye. Macam mana nak pergi ke Boh Tea Plantation, boleh rujuk blog Janggel. click here.



Bharat Tea Plantation Cameron Valley
Photo By: Pau Fort Portella 

Bharat Tea Plantation juga turut menyediakan facilities seperti tandas awam dan cafe yang menghadap kebun teh. Sambil minum air teh, boleh lah layan pemandangan yang indah ciptaan Allah. 

Selain itu, anda juga boleh merasai sendiri pengalaman memetik daun teh tanpa kebenaran tuan kebun wahahah. Jangan petik banyak-banyak, sehelai cukup. Kalau ada anak kecil tu memang seronok dapat berkejar-kejaran disebalik pokok-pokok teh yang tumbuh segar. Sejak bila aku ada anak kecil? Tambah-tambah lagi udara yang sejuk dan menyegarkan memang baik untuk kesihatan.


Bharat Tea Plantation Cameron Valley
Photo By: Seth Akmal

Even, abang angkat aku dari Spain pun borong teh serbuk packet besar yang harga RM12 . Kata dia senang nak bawa balik kasi family minum. Tapi yang lebih pelik orang Malaysia tahan sejuk, mat salleh yang ada 4 musim ni kata Cameron Highland ni sejuk sangat sampai dia pakai sweater 24 jam. Pelik sungguh Pau ni,ya mamat Spain ni nama dia Pau. Pergi ke Cameron Highland ni pun sebab 3 hari lepas tu dia balik Spain.

Kalau anda perasan, gambar pertama dan kedua berada dua buah tempat berbeza. Aku pergi dua cawangan Bharat Tea Plantation sebenarnya. Salah satu menghala ke Tanah Rata dan lagi satu yang berhampiran dengan kea farm tak silap aku.

Apa yang menarik lagi di Tanah Rata? Nantikan esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...