Jakarta- Bandung 2013:Day 3: Alas Daun,Bandung

Day 3- 3 Jun 2013 : Dinner

Sebenarnya aku dah tulis mengenai aktiviti shopping di Bandung. Tapi aku rasa entah lah, mesti bosan kan? Balik-balik cerita pasal shopping. Jadi kita cerita dulu pasal makan.. Perut masing-masing dah kelaparan . Jadi Om Mawardi cadangkan untuk makan di Alas Daun. 
Credit Photo : TripAdvisor

Asalnya Om nak bawa kami ke Restaurant di Puncak Bandung,kerana pemandangan yang indah. Tapi disebabkan perut kami dah lapar, dia tak galakkan sangat sebab servis di Restaurant tu slow sebab ramai yang datang makan di sana. Jadi kami ke Alas Daun. Jangan pula confused dengan Kampung Daun ye. Jadi sesiapa yang bercadang nak makan disini boleh lah ke :

Address
Jalan Citarum No. 34
BandungJawa Barat 
Phone
+62 22 77888889


Mama, Ala dan Icha
Alas Daun , Bandung 2013

Speciality di Alas Daun ialah, makan beralaskan daun pisang. Dah macam makan kat mapley pula.Selain itu,kita boleh pilih sendiri makanan yang dihidangkan. Nak tambah menu-menu lain juga boleh. Sedap dan macam vegeterian person pula sebab banyak sangat ulam-ulaman yang boleh dipilih. But beware, kadang-kadang sambal yang kita ambil boleh terlampau pedas atau tak pedas langsung. hehehe

Variety of food and bumbu
Alas Daun, Bandung 2013


Kalau minat dengan bebek (itik) dan juga ayam , kita boleh pilih sama ada goreng atau dibakar. Variety of foods and water can be choosed. Seperti biasa alpulkat mesti aku minum kalau di Indonesia! Yummyss.Selain makan yang sedap dan perkhidmatan yang bagus. Alas Daun juga ada free wifi. Jangan tak tahu, kami sempat skype dengan Aiman di Scotland. hehe. Kasi dia jeles tengok makanan indonesia.
Sudah kenyang bergambar di hadapan Alas Daun
Alas Daun, Bandung 2013

Pulang dari Alas Daun, tiba masa untuk rehatkan diri kerana esok kami akan pulang ke Jakarta semula. A very short trip to Bandung. hehe

Comments

  1. nampak sedap makanan kat situ..teringin nak g >.<

    ReplyDelete
  2. huhuuu.. tempat, suasana, makanan, service semua menarik.. harga pun mesti menarik heheee..
    tapi tetap best kalau nak singgah nanti ( ntah bile nak singgah tu ) hehehee..

    ReplyDelete
  3. food yg boleh tahan sbb byk menu sayur sayuran, fyi indonesian kurang lauk berasaskan sayuran or else mkn ulam. restoran ini ada jiwa msia sedikit sbb takde menu nasi timbel, nasi liwet atau nasi uduk

    ReplyDelete
  4. welcome to bandung.. kapan2 ikut kegiatan komunitas kami, kebetulan kami komunitas adventure dari bandung.. salam kenal :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts