9/3/15

Kon'nichiwa Japan - Backpacking Day 1

Assalamualaikum..

Sebelum tu aku nak ucap syukur kepada ilahi.. Haritu join training and ada exam.. Alhamdulillah : PASS :).. Jadi sebagai ganjaran kepada semua meh le start tulis pasal Jepun.. 


****************************************


Before aku cerita sampai Jepun.. Baik aku cerita serba sedikit pemulaan dan penyebab nak ke Jepun. Memang dalam fikiran dan angan-angan aku.. Aku tak pernah terfikir nak pergi Jepun. Seriously, sebab aku tahu most of item dekat sana sangat mahal.. Aku ni kalau negara currency tinggi memang kena fikir banyak kali.. Sebut currency sekarang ni memang sedihlah ... Malas akak nak fikir! 

Entah macam mana, akak aku terbuka Mas punya website dan nampak ticket to Japan murah.. Okay ini sudah bagus .. Tambah-tambah lagi kami ada sedara yang baru pergi ke Jepun.. Mak dia pula tengah merindui anak teruna dia seorang dekat Jepun tu.. Akak aku terus msg tanya mak cik aku .. "Tante, nak pergi Japan tak? Mas ada ticket murah pergi Osaka bulan 5 nanti" This conversation happen waktu raya.. Apa lagi terus tante aku tanya Om, and then they agree lah!..  Nasib baik ada cousin kami study sana.. Kalau tidak, sampai ke sudah tak ada penyebab kami ke sana.. hahahah. Nampak permainan disitu.


Aku memang kurang buat preparation untuk ke Japan ni. Dari segi itinerary memang haram la. Kelaut.. Aku hampir tak dapat nak pergi  ke sana. Padahal aku cuma minta cuti 3 hari je. Itupun payah gila nak kasi lepas.. Nasib baik big boss aku approve.. Mengharap project manager memang idok le... Harap dia tak baca blog aku.  Ye last minute approve, a day before nak terbang baru aku dapat approval pergi.. Tante aku, siap buat solat hajat banyak-banyak supaya aku dapat pergi.. Dapat je approval.. Sujud syukur semua orang.. hehehe




****************************************

30 April 2014

Kami ambil flight ke Osaka jam 11.45 malam.. Flight MH52 ..Yelah, sebab siang tu kami semua masih lagi bekerja.. hehe.. Dijangkakan kami akan sampai ke Osaka, Kansai International Airport (KIA) pada pukul 7.15am. InsyaAllah, anak tante Zaki akan ambil kami.. heheh
Jadi sebelum cerita panjang-panjang.. Layan sebiji gambar ni ye.. hehe. diambil di Akhihabara, Tokyo,Japan..


Aikhabara, Japan
Photo Credit : Om Mawardi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...