8/21/15

The Untold Stories- South Korea Backpacking Trip


Thank you for helping me.... - HyeJune Jo , 13 October 2013 Kuala Lumpur

Saat tu aku dengan along sudah sangat penat kerana trip kami di Serawak. Flight dari Serawak pukul 8malam, sampai dekat pukul 10 di KL .. Lebih kurang pukul 11 baru kami sampai di KL Central selepas sejam naik bus dari LCCT.  Read "here" for trip to Serawak 


Lusa, dah nak Hari Raya Haji .. Parents aku semua dah balik kampung kami di Rawang.. Tak jadi masalah sangat, sebab KL dengan Rawang,Selangor tu cuma ambil masa 30minit sahaja.. Jadi malam tu yang ambil kami adik aku yang masih berada di rumah.. 


Kami berdua berjalanlah ke bus stand, yang biasa adik aku ambil depan Hilton Hotel. Tiba-tiba.... kami terdengar suara ada orang memanggil dari belakang.. Dalam hati, "Siapalah pula tengah malam buta ni? dah nak dekat 11.30malam ni..." Kami toleh ke belakang.. Kelihatan seorang wanita, mungkin dari negara China/Korea atau Japan.. Arghh malas untuk aku meneka.. Tapi dari gaya cantik macam Korean. 

Along:  "Yes?" ..

Korean Girl: "Can you help me? do you know where to take Konsertium bus ( ada slanga kore) to Singapore.." sambil menunjukkan ticket online yang dibeli di handphonenya.. Jatuh kesian pula kami sebab handphone samsung wanita ni dah la retak 1000..  Aku dengan along dah tepuk dahi, mana ada bus stand dekat KL Central pergi Singapore.. Kami memang jarang naik bus, mungkin di Pudu Station atau TBS di Bandar Tasik Selatan (BTS)..
Along:  bus, i think its in puduraya or TBS not here.
Koreang Girl: how to go there?
Along : " if you trust me, would you dont mind if we send you to bus station?.."
Korean Girl: ok..

Sampai sahaja adik aku, dia dah buat muka pelik..Dalam hati adik aku ...Sapa pulalah minat korean ni yang akak aku berdua bawa.. Bukan ke kata tadi nak hantar syauqi balik rumah? Macam mana Syauqi dah bertukar jadi minah korea? Terus along tanya adik aku.. "Naik mana wei turun Singapore? "Tak silap aku TBS.. Tanpa berlengah kami gamble je gerak ke arah TBS..Sempat lagi along call syarikat bus tu.. Dalam keadaan mamai budak yang pick up call jawab " Naik tbs la........."  Masing-masing bateri handphone tengah nyawa-nyawa ikan untuk on gps.. Dengan keadaan ingat-ingat lupa jalan nak ke TBS, adik aku main redah je.. 

Dalam kereta, kami tanya nama Korean Girl ni.. Namanya HyeJune Jo, bus dia pukul 12. Alamak dah mengelabah kami, ni dah pukul 11.30 dalam 11.40 lebih kena dah sampai.. Kang bus dah gerak lagi kesian.. Nasib baik kami sampai di TBS lebih kurang 11.40 lebih.. Sempat la dia ni nak berlari-lari ke bus.. HyeJune Jo dalam muka risau-risau, bertanya kami.. "Why you want to help me? Aku jawab " Just pray that once we are in your country there will be good people help us" . Dia senyum dan angguk sambil menjawab "thank you for helping me".  Itulah moment perpisahan kami.

Hyejune , i just want to tell you.  your pray answered by Allah, we met good people who willing to help us when we are in South Korea. 


p.s: Boleh juga baca version akak aku . Click "here"

Khamsahamnida .... - Us , 7 January 2014, Busan, 

Cerita di bawah ini adalah sambungan selepas kami pulang dari - Gamcheon Culture Village..

Hari dah makin gelap, kalau tak sampai ke hostel sebelum pukul 9 karang payah pula.. Dah la none of us tahu nak bercakap korea ni.. Pagi tadi sempat borak dengan Mr.Roy dia cakap dari Busan Station nak ke hostel boleh naik bus. Kata dia ke arah Haeundae Beach.. Kami sekadar mengangguk, betul juga nak bawa beg kami yang banyak- banyak  macam mana kalau naik train.. Lepas tu nak berjalan lagi beberapa kilometer memang payah..Gamble je lah cari bus nanti! Nasib baik la each of us , ambil kad hostel.

Kami beratur bersama rakyat korea yang lain, melihat bus yang kami nak naik ada penanda ke Haeundae Beach.. Rupanya ramai yang naik bus ni.. Aduh kami yang terakhir sekali, bayangkan dengan nak naik bus dan mengangkat segala beg ninja turtle.. Aku yang last sekali, dan berkemungkinan tak dapat nak naik bus.. Sempat aku jerit dekat akak aku.. Jangan tinggalkan aku sorang wei, tak dapat naik lagi ni.. 

Mujur ada ahjumma depan akak aku kebelakang lagi, dapatlah aku dengan kak murni yang dah berada dihujung naik bus.. Lega okay! Kalau aku sorang kena tinggal mahu menagis..Tapi dalam bus ni memang sempit, dengan nak gerak ke belakang.. Nak bawa beg besar kami.. refer gambar di bawah..
  
Keadaan dalam bus
Source: Korea Ye

Lebih kurang 20 minit berjalan, orang yang turun pun dah berkurang.. Kami ni blur juga nak turun mana nanti, kang tak pasal berjalan berapa puluh kilo meter lagi.. 

Depan kami ada ahjumma yang baik hati tadi.. Kami cakap can you help me to call this number, sambil tunjuk hostel. Baiknya ahjumma tu terus dia call no hostel .. Aku tak tahu apa dia cakap dengan Mr.Roy , tapi tiba-tiba ahjumma tu bagi phone dekat Kak Fiza.. Kak Fiza susah nak explain sebab Mr.Roy  lupa yang kami sampai pagi tadi.. Kak Fiza pass dekat aku pula, terus aku teringat pagi tu waktu kami berborak Mr.Roy  kata nama akak aku unik.. Aku terus cakap.. "Hi Mr . Han, i Ham- mida.. style korea. Terus dia kata. oh i remember you! " Dia cakap, nanti aunty yang tolong call nanti akan bagitahu kamu kat mana nak turun..Lega sangat kot!

Terus aku cakap dekat ahjumma tu "Khamsahamnida ahjumma...."  Senyum dan baik je ahjumma tu nak tolong kami.. Alhamdulillah, dipermudahkan lagi sekali urusan kami.. Waktu dah sampai dekat dengan hostel kami.... Ahjumma siap turun sekali dengan kami.. Sebagai penghargaan aku sempat bagi poskad dekat ahjumma bersama snack yang aku tak sempat buka lagi.. hehe. Hope she's like it!

Seriously.. Terus aku teringat last word aku dekat HyeJune Jo.. "Just pray that once we are in your country there will be good people help us"...

8/18/15

Last Day and Itinerary Winter in South Korea Day 8

Alhamdulillah , finally berjaya juga aku update untuk hari ke 8! Yahoo. setelah dekat setahun nak khatam cerita 8 hari ni. wahahahha.. sujud syukur akak..  Sebelum aku cerita details untuk hari ke 8 rupanya dekat 21 entry pasal trip ni. mak aihhh!!!! Details nye.. Jadi silalah click-click untuk cerita yang menarik perhatian anda ye... Untuk cerita hari ke 8 terus scroll ke bawah sedikit.. 

Day 1: 2 January 2014

  1. Gimhae International Airport, Busan : The Arrival
  2. Gupo Station 
  3. Mugunghwa Train, Korail : Busan to Seoul
Day 2: 3 January 2014
  1. Seoul Tourism Centre,Myeong Dong
  2. Korean Post Office
  3. Namdaemun Market
  4. Lunch at Kimbap Sotong, Myeong Dong
  5. Gangnam Station
  6. Lotte Mall, Seoul Station : Seoul to Busan
Day 6 : 7 January 2015

Masjid Al-Fatah, Busan
Pop Corn Hostel, Haeundae ,Busan
Jagalchi Market, Busan
Gamcheon Culture Village, Busan


Day 7: 8 January 2015
  1. Historic Park of Geoje POW Camp (포로수용소유적공원)
  2. Bimbimbap Lunch
  3. Sinseondae Cliff (신선대) 
  4. The Hill of Wind (바람의언덕) 
  5. Haegeumgang dan Oedo
Day 8 : 9 January 2015

Alhamdulillah setelah seminggu berada di bumi South Korea.. Hari ke -8 merupakan hari untuk kami semua pulang ke Malaysia. Back to reality! 

Kita throwback, malam sebelum balik ...kami kemas-kemas la barang-barang nak beli.. Muatan kami dah terlebih sebenarnya.. Awal-awal lagi akak aku dah tambah luggage, kang access baggage kena bayar ngarut-ngarut pula dah..Sempat lagi kami pergi beli beg ,alaaa macam beg besar yang jual dekat bandung tu.. Dekat je, kami pergi pasar malam area kawasan Pop Corn Hostel - Haeundae Market.. jalan-jalan tengah malam sambil ambil angin winter.. huhuhu
Haeundae Market, Busan
Sempatlah kami beli ole-ole, ada yang teringin nak makan pear korea.. nasib ada musim, nak tercekik juga kami bila tengok harga di convertkan ke ringgit malaysia.. kalau sekarang taubat aku tak beli.. huhuhu

Korean Pear, Busan
Infront of our room.Last Day
Dah siap-siap kemas, pagi tu kami bergerak awal.. Lepas breakfast, kami tinggalkan segala jenis makanan  yang tak makan lagi dekat Pop Corn Hostel.. Tak sanggup nak bawa.. buat tambah berat ..  Destination kami terus ke Gimhae International Airport, Busan . Nak faham lebih pasal Gimhae Airport boleh click "here"


Dari depan Pop Corn Hostel, kami ambil bus ke Seoul Station.. Kemudian kami terus ke Gimhae International Airport.. Tak lah susah.. alhamdulillah senang.. cuma azab sahaja nak bawa beg-beg yang banyak..

Waktu sampai Gimhae ada nampak mamat macam muka orang Malaysia, duk pandang-pandang kami dengan beg berat.. wahaha.. ye kami beli bukan untuk kami je.. Untuk family yang ada dekat Malaysia tu.. Jadi jangan ingat kami shopping untuk diri sendiri.. tapi shopping untuk kaum kerabat yang mendoakan kami semua..

Alhamdulillah, check in pun senang .. Lepas customs pun senang.. Terus kami naik tunggu di Boarding Hall..Dekat Boarding Hall ni ada la Dunkin Donuts punya kedai.. Disebabkan T-Money kami masih berlambak.. Aku duk habiskan dengan beli Donuts and air, bersama dengan mug 2 biji. Gila berapa won spend.. Tinggal berapa ribu won aje.. Sebabnye T-Money tu nanti aku nak pulangkan semula dekat kawan aku.. 

So, lebih kurang 45 minit tibalah masa untuk naik kapal terbang pulang ke Malaysia.Seperti biasa kami gunakan Air Asia.. Flight balik ni nak kata smooth 100% tak lah,sebab waktu dekat atas udara Vietnam angin kencang kot.. Dah la minah korea belakang kami duk bising-bising over excited.. Sekali bila kapal terbang turun naik menjerit dia orang.. Sabo jelah! Tapi memang mengucap panjang and banyak baca doa lah waktu tu.. Dalam hati duk fikir macam-macam,sempat fikir kalau apa-apa berlaku dapatlah family jumpa dengan aku semula.. Seriously! Tu yang aku fikir.. 

Alhamdulillah sampai juga kami di bumi Malaysia.. Sujud syukur kami semua! Dah sampai rumah, tiba masa membungkang .. Sebab esok dah masuk kerja.. hahahah :P

So amacam trip yang panjang gila.. Next entry nanti aku nak cerita something speciall.. So nantikan ye.. The Untold Stories of South Korea.

8/12/15

Geoje Island, One Day Trip (Part 2)- Winter in South Korea Day7

8 January 2014 :7am- 7pm

Wah.. wah.. ada good feedback from readers hehe. Thanks Zilla .. I malu lah!Menyampah ko!    menanti cerita part 2 Geoje Island.. Maaf lah ye kalau saya tak dapat nak olah cerita dengan menarik.. I try my best! Ok sambung semula ke trip to Geoje Island..

Seperti yang aku cerita dalam last entry -click here. Kami cuma minta Mr.Han tolong call and reservedkan place dari travel agent untuk ke Geoje Island. Harap maaf memang trip ke Geoje Island aku tak backpacking atau travel sendiri. Sebab kami kurang research on Geoje Island, badan dah penat gile. Jadi malas nak naik public transport. Gedik!

Tapi kalau korang nak pergi sendiri pun boleh, aku google ada "Geoje City- Tour" travel package. Menarik la juga tu kan.. Banyak tempat boleh cover n one day. Click here to read more on "Geoje City Tour"

Basically, kami sangat beruntung sebab ada 2 tour guide yang cool, driver and only us dalam satu harrier!. Private sangat..Dalam pukul 7pagi , mereka dah sampai ke Pop Corn Hostel. 
Kat luar kami dah nampak hujan renyai-renyai dan awan mendung dah melanda. Dalam hati, macam mana nak pergi island ni kalau hujan..Tapi tak pe lah, sama juga kalau pergi kawasan sekitar Busan pun hujan.. Sebenarnya kalau ikut forecast, patutnya hari tu turun salji. Dah nasib kami, bukan salji turun tapi hujan yang turun. 

Naik je dalam kereta our tour guide - Gina cakap "All of you looks tired.." Kami gelak jelah, nak buat macam mana short time cuma 8 hari nak round South Korea ni.. Dia cerita la, biasanya kalau dia bawak tourist.. Kalau dalam bus je mesti mereka tidor.. All of us just laugh..Tak sampai berapa minit waktu kat highway, sedar-sedar je kami semua dah terlena. ye .. terlena. heheh

Dalam mamai-mamai rupanya kami dah sampai Geoje Island. Almost 1hour plus aku tidor dalam kereta.. Wahaha.. Dah terlepas tunnel bawah laut.. Tapi Gina ada mention, tak pe balik nanti kita lalu tunnel tu balik semula .. fuh! Lega.  So where is the first place we go??


1ST: Historic Park of Geoje POW Camp (포로수용소유적공원)

Peminat sejarah? Anda digalakkan untuk ke sini.. Nasib baik la kami ni minat juga sejarah.. Boleh la layan sejarah kewujudan Geoje POW Camp ni. Selain tu , dapat memahami dengan lebih details mengenai Korean War. 


Historic Park of Geoje P.O.W Camp , Geoje Island, South Korea |misznina17
Sepanjang kami berada di Geoje POW Camp ni hujan renyai-renyai.. Dah la winter, hujan pula tu tambah dengan angin.. memang la sangat sejuk.. wahaha. 

The Park of Geojedo, P.O.W Camp was built to hold prisoners during the Korean War. 
Out of a total of 170,000 prisoners of war, 20,000 were from China and 150,000 were from North Korea. 

The camp was closed upon the signing of the 1953 armistice which ended the war. Remains of the war, such as tanks, trucks and other relics are on exhibit here. 
The camp was turned into a park in 1997 to ensure that the Korean War is not a forgotten war. 
It takes approximately one hour to walk the park grounds.


Source: VisitKorea


Kronologi sejarah Korean war, disaat North Korea menyerang South Korea.. Sebenarnya dah habis kawasan South Korea ni di ambil oleh North yang tinggal sampai kawasan Busan tu.. Tapi dengan bantuan US tu dapat kembali kawasan mereka.

Kronologi Korean War
Historic Park of Geoje P.O.W Camp ,
Geoje Island, South Korea |misznina17


Historic Park of Geoje P.O.W Camp ,Geoje Island, South Korea |misznina17
 Sebenarnya aku ada sikit meragui, dengan kewujudan Geoje POW Camp ni. First word aku dekat along.. "Macam  pelik je.. Tak kan lah mereka layan tahanan baik gile.". Meraka tunjuk keadaan sebenar camp ..Apa aktiviti tahanan.. Tapi yelah setiap negara tu ada agenda masing-masing. Setakat ni setiap negara aku pergi mesti pergi War Camp.. Jadi singgah lah sini untuk menambah pengetahuan perang anda.. wahahha. Kalau nak pergi sendiri, boleh rujuk details dibawah:

Address
61, Gyeryong-ro, Geoje-si, Gyeongsangnam-do 
경남 거제시 계룡로 61 (고현동)
Local Transportation
Geoje-do -> Historic Park of Geoje, P.O.W. Camp: 
  1. From Gohyeon Ferry Terminal or Gohyeon Intercity Bus Terminal, taxi takes 5 min. 
  2. From Okpo Ferry Terminal, Jangseungpo Ferry Terminal, taxi takes 20-25 min.
Operating Hours
Nov-Feb 9:00 a.m. - 5:00 p.m. / Mar- Oct 9:00 a.m. - 6:00p.m.(During summer season or a high-demand season, viewing period usually extended about 30 Min. due to ticketing delay)


Admission Fees
Individuals: Adults 7,000 won / Youths & Military 5,000 won / Children 3,000 won

2nd: Bimbimbap Lunch

Lepas dah pusing-pusing Geoje POW Camp , Gina bawa kami makan lunch di restoran berhadapan dengan Geoje POW Camp. 5 min je naik kereta.. Awal-awal lagi kami dah pesan yang kami semua ni muslim dan makan makanan halal. If, dia tak dapat cari.. Carikan makanan yang tak ada bercampur dengan daging.. Dia inform, sebelum ni dia pernah je bawak orang Islam, orang arab.. orang dari Malaysia.. Ok lega sikit! Dia cakap juga bimbimbap yang akan disediakan tak akan ada daging.. 


Geoje Island, South Korea |misznina17


Fuh! Berselera kami makan, tapi sebelum ambik sesuatu kami tanya. Ni fish ke gogi? Dia jawab satu -satu ni fish, yang ni sayur.. wahahha.. Muka dia senyum je tengok kami makan licin.. dah geng kuat makan .. memang la licin gina oiii!


Geoje Island, South Korea |misznina17


Dah kenyang hati pun senang kami teruskan perjalanan.. Tapi waktu ni hujan renyai-renyai tak berhenti lagi..Tak ada gayapun nak berhenti dengan awan mendung..Tak pe kita teruskan ke 3rd place.

Sinseondae Cliff (신선대) 

Jarak dari Geoje POW Camp ke Sinseondae Cliff tak ada lah jauh sangat , lebih kurang dalam 15- 20 minute.. Sampai sahaja di  Sinseondae Cliff angin dah sangat kuat.. Ditambah hujan renyai-renyai sampai dah basah aku punya kasut..


Geoje Island, South Korea |misznina17


Kami tak ambil masa yang lama, cuma dalam 15 minit je ambil gambar.. Turun pun separuh je .. Yelah ni kan cliff, kalau tergelincir.. Nauzzubillah! Aku cadangkan kalau nak pergi area Busan dan Geoje ni eloklah pergi musim Summer. Cuma harap bersabar, mesti ramai orang dekat area laut-laut ni. Sebab Korean suka makan makanan laut..wahah. 


Geoje Island, South Korea |misznina17


Sebenarnya Sinseondae Cliff ni memang cantik.. Sebab kita dapat lihat pantai yang bersih dan uniknya pasir pantai dia macam batu berwarna hitam.. hehe.. Jadi kalau dapat peluang .. Spend the time, cuma kalau cuaca tak mengizinkan kena ingat ye.. Berbahaya.. 


Geoje Island, South Korea |misznina17


p.s: Baru aku sedar, pergi Natural Bridge dan The Gap di Australia pun musim winter.. Duh! Kami ni memang suka cuaca extreme gamak nye. hahah.

The Hill of Wind (바람의언덕) 


Sebabkan tak boleh lama di Sinseondae Cliff , kami ke The Hill of Wind.. Gina ada sempat pesan dekat kami kemungkinan tak dapat nak naik boat pergi Oedo Island sebab keadaan cuaca , dan port pun tutup waktu ni.. Rasa kecewa sikit lah, tapi dia cakap.. Since tak dapat bawa Oedo dan perjanjian sampai pukul 6/7 lebih dia akan bawa jalan-jalan dekat mall di Busan untuk shopping.. Hhahaa.. Macam memahami je kami suka shopping. kah kah.. 


Geoje Island, South Korea |misznina17

Sinseondae Cliff ke The Hill of Wind pun tak jauh .. Cuma dalam 10-15 minute sahaja... The Hill of Wind ni kita menghadap pemandangan laut..  Cantik! Boleh refer post aku sebelum ni, click here. Cuma nasib tak menyebelahi kami.. Waktu aku ambil gambar dekat sini.. Macam berperang nak pegang payung, nak pegang camera, nak elak camera basah.. End up! Payung gua patah.. haha.. Payung hostel yang aku patahkan, balik tu aku ganti dengan payung Malaysia.. Ye. aku bawa payung bila travel.
Geoje Island, South Korea |misznina17

Kalau korang kaki-kipas-mati korean movie . Suka tengok Garden of Eve, Wooden Horse Carousel and Romance. Elok datang dekat The Hill of Wind sebab mereka buat pengambaran dekat sini.. heheh  Haram satu pun aku tak pernah tonton. wahah

Real situation, hujan , angin,payung dan camera
Geoje Island, South Korea |misznina17

Haegeumgang dan Oedo



Maaf aku tak dapat pergi sini sebab port tutup dan keadaan cuaca sangat tak mengizinkan.. Bahaya! Jadi please plan baik-baik, kalau nampak cuaca dan laut gelora. Simpan niat atau schedule next day... Keselamatan adalah lebih penting.. Tapi tempat ni memang sangat cantik 

Haegeumgang is a rock island known for its stunning scenery. There’s a small cave in the center, that you’ll go inside by boat. The photos here don’t do the island justice. It’s a large piece of rock, but there’s something very awestrucking and grand about it.

DSC01788
Haegumgang
Source: Koreaonthego
Oedo is an annexed island of Geojedo that is now privately owned. It contains Botania which is a marine botanical garden that has a great view of the South Sea. It’s located about 4 km from Geoje and it holds a western style garden with some pretty amazing landscaping that was built over 30 years by a couple starting in 1969. You will have exactly 90 minutes to explore the island garden, or else you will miss the boat. You don’t need to hurry though, because that is plenty of time. Also fyi, this island was the setting of the final scenes in the tv drama, Winter Sonata (겨울연가.)
DSC01731
Oedo
Source: Koreaonthego
Source: koreaonthego

Boleh juga refere blog ni click here kalau nak merancang perjalanan sekitar Geoje Island.. So enjoy ? Enjoy juga la kami walaupun hujan.. Yang penting berjalan! wahah.. Oh yeah balik tu kami sempat rakam keadaan tunnel dalam laut.. Semua bawa 80km/h jadi tak sapa boleh pecut.. cool kan? 

Gina bawa kami duk lepak dekat Busan Mall. Entah mall mana dia bawa, sambil makan Lotteria Shrimp Burger. wahah.. Dia cakap, driver tu ingat kami semua budak sekolah menengah.. Macam mana boleh jalan sampai ke Busan.. wahahha.. gelak gila-gila kami..Gina bagitahu la kat drive - they not even high school student, college student or uni student.. But all of them work.. Dia kata Gina tipu sebab muka kami muda.. Bangga sungguh kami semua. whehe

Balik tu dia hantar kami sampai ke PopCorn Hostel.. and sadly, tomorrow is our last day at South Korea :(


Ada macam akak dengan adik? Nina and Gina
Geoje Island, South Korea |misznina17

8/7/15

Geoje Island, One Day Trip - Winter in South Korea Day7

Mesti siapa yang menyinggah blog aku terkejut.. Eh.. Tiba-tiba timbul balik. hahah.. ni kerja dah berkurang, project dah stabil sikit.. aku pun free, boleh le nak type blog semula.. wahaha.. Jujur aku cakap, aku buat blog ni sebab hobi.. Bukan mencari populariti, dah tua-tua ni . wahaha. tua?Aku cuma nak bagi information, mana yang nak pergi tempat aku pernah pergi.. Jadi , harap maklum begini le orang yang sibuk dunia.. bila nak sibuk akhirat nina oiii??

8 January 2014 :8am

Hari ni merupakan hari 7 kami di South Korea.. Lenguh badan kami tak payah nak cerita.. Kerja gila kot dari Busan naik ke Seoul turun balik.. wahhaha.. Nasib baik kami satu geng , satu kepala.. Kami ni bukan banyak duit, jadi sekali pergi.. memang merata.. cuma ada juga tempat-tempat kami plan tak sempat pergi.. Tak mengapa. Ada rezeki pergi lagi. hehe! Kena tunggu bonus 10bulan laa.. in a dream!

Oklah kembali tujuan asal.Pernah dengar Geoje Island?? Sapa tak pernah.. sila angkat tangan tinggi-tinggi. .. Tapi kalau mereka yang kaki travel di South Korea.. Confirm tahu.. 
Sila lihat peta dibawah ni untuk tahu kedudukan Geoje Island...

Geoje Island, South Korea
Source: Google Maps

Dah nampak kan Geoje Island dekat mana? Kedudukan dekat dengan Busan tapi nak kesana mengambil masa dua jam juga.. Asalnya kami cuma nak make it trip ni different from others.. Akak aku la google-google ternampak pamphlet "Geoje Healing Tour"..

Tapi waktu kat Malaysia macam 50% sama ada nak pergi, cuma dari awal kami still keep some money kalau tetiba nak tukar plan ke.. Bila sampai Pop Corn Hostel, kami borak dengan Mr.Han and tanya best ke pergi Geoje ni? Dia cakap ada banyak tempat menarik dekat situ.. Tapi ada satu sebab kenapa kami ni nak pergi sangat ke sana?? Guest what? Anda boleh lalu tunnel dalam laut ..   Tunnel??

Tak dapat lalu tunnel kat Europe, kat South Korea pun jadi lah kan?  Tapi dia pesan tak ada la boleh nampak ikan dekat tepi jalan tu.. hahah.. Siap dia bagitahu tak boleh berhenti.. Ada aku kesah?? Janji kami semua dapat lalu.. Kami ni dah teruja la sangat..So, we all decide nak ikut trip pergi Geoje One Day Trip.. Price dalam 90,000Won (minimum 4 orang).


Terkedu Mr.Han bila kami nak keluar ke Gamcheon Culture Village, kami minta tolong dia call travel agency untuk trip ke sana.. Kami dah penat nak naik public transport... Gamaknye mesti dia cakap.. Budak-budak ni betul ke idok?? Banyak tempat kami pergi .. tapi aku letak la dulu , few pictures sebelum cerita lebih detail. hehhe.


Geoje Island |misznina17

Kalau peminat cerita korea, yang betul-betul fans drama korea mesti dapat teka tempat atas ni.

Geoje Island |misznian17
Sikit je lah aku letak gambar.. siapa suka laut.. tempat ni memang sesuai.. oh suka sejarah? lagi bagus datang sini.. hehehe


To be continue..

8/5/15

Gamcheon Culture Village, Busan Winter Backpacking in South Korea Day 6

Maaf lama meninggalkan blog ni. Terasa ganjil. Tambah ganjil, bila aku nak habiskan cerita ni? Padahal berderet lagi tak tulis. sigh. hahaha.. dan lama gile aku tak type. Biasalah a lots of thing can change .. But Alhamdulillah.. No worries good thing happen to me :)

Tak pe kita teruskan dengan Busan stories ke Gamcheon Culture Village. Semua yang suka tonton Aku Ada Wali mesti perasan tempat yang Siti Saleha berdiri  refer gambar bawah ni.  Pengambaran di Gamcheon Culture Village la.. Cantik .. rumah atas bukit, depan ada laut!. Bila winter angin laut yang sejuk menerpa. Tapi sebab kena banyak jalan dekat area sini.. Dari sejuk terus berpeluh.. wahhaah


Gamcheon Culture Village,Busan
Korean Santorini


How to go Gamcheon Culture Village, Busan?

Bus

  1. Take bus infront of GS25 area Jagalchi Station Exit1
  2. Important : Take bus No 2 or No 2-2 -Price: 800 Won (Used T-Money
  3. Stop when hear Announcement :  'Gamcheon Munhwa Maeul' 
Aku sebenarnya refer Blog Azra click here.. Tapi tak berjaya,sebab aku anak murid yang tak study betul-betul.. hehe.... Last sekali waktu kita orang tengah kalut-kalut.. Tetiba , ada hamba Allah tanya kami "How can i help you?" Aku rasa macam nak sujud syukur je dekat situ.. Dia cakap ambil bus no lain.. Tapi tempat yang sama infront of GS25, aku ikut je la cakap dia.. hahah.. Tapi sampai juga kami.. Dia sempat explain yang "Gamcheon Munhwa Maeul tu maksud dia Gamcheon Culture Village.. 

Naik bus , kami sempat tanya driver " Gamcheon?".. Dia angguk.. lega kami.. 
Tapi waktu kami berhenti tu mendaki juga la nak ke sana sebab kami ikut orang Korea.. Rupanya dia orang pun bukan orang Busan.. Datang melancong, patut le cam blurrr je.. Takpelah, janji kami sampai tempat dituju.


Inside the bus to Gamcheon Culture Village,Busan

MRT 
  1. Taking Busan MRT line No. 1 to Toseong Station 토성역.
  2. Coming out from Toseong Station Exit 6, walk straight and turn right. Then walk straight. Take note of the small bus station board infront of the Pusan National University Hospital building (Block C, Cancer Centre)
  3. Take the buses1-1 or 2-2 (green bus) and the bus driver will announce when you reach Gamcheon Cultural Village.




Source: Google

Ramai mungkin tahu mengenai Gamcheon Culture Village ni sekitar tahun 2012. Tapi tahukah korang sejarah kawasan ni? Mula-mula aku tak tahu juga, rupanya ada kisah disebalik Gamcheon Village ni..

Gamcheon has long been home to the city’s poorest residents. In the 1940s, only 20 or so houses dotted the hillside, but that number swelled dramatically at the beginning of the Korean War in 1950. War refugees fled their homes for the relative safety of Busan, the only area of the peninsula that remained free from fighting. Within a year, Busan’s population grew from 880,000 to 1.4 million people, and a half million homeless refugees needed a place to live–and fast. Approximately 4,000 people moved from the crowded port areas surrounding the Jagalchi Fish Market to nearby Gamcheon, erecting some 800 makeshift homes using scrap iron, wood and rocks.

Sebenarnya waktu kat Gamcheon ni aku terfikir satu perkampungan di Bentong,Pahang. Kalau lalu highway pantai timur, mesti korang perasan kan? Ada Chinese Village di bina macam Gamcheon Village kerana perang dan juga berada diatas bukit.. Kalau Bentong pandai sikit, boleh amek idea Gamcheon ni. hahaha.. Just a dream :P


Note: History of Gamcheon Village from this website - click here


Gamcheon Culture Village.

Dah sampai ni apa lagi, bergambar la masing- masing disemua landmark/checkpoint.. Aku panggil landmark. selambe.. Aku cadangkan beli la peta tu satu , dan chop setiap landmark .. Untuk elakkan korang tersesat..  Disebabkan kami ni ada 5 orang , jadi agak lama juga kami spend time disini.. Sampai sakit-sakit kaki turun naik bukit.. waahhaha



Gamcheon Culture Village. 

Gamcheon Culture Village. 


Tak susah nak jalan area sini, ikut je lah arah ikan tu.. Tak pun kau ikut la crowd yang ramain-ramai tu.. hehehe Tapi ikut kaki juga la ye. Kalau putus kaki jangan marah gue.. 

Gamcheon Culture Village. 

Gamcheon Culture Village. 
 Jangan lupa dekat this landmark, korang ambil gambar tau.. Mula-mula kita orang pelik apalah korean ni buat depan tu.. Rupanya ambil gambar, nanti dia akan hantar dekat email korang.. Aku still keep that email.. haha
Gamcheon Culture Village. 

Us. Gamcheon Culture Village. 



Vandalism? Normal in Gamcheon Culture Village,Busan
Balik tu kami jalan sedikit, nampak macam ada perhentian bas.. Disebabkan kami nak pergi Busan Station.. Kami nampak bus tu ada sign board to Busan Station.. Terus naik.. pergh lega! Jap lagi nak kena fikir mengangkut beg kami yang ditinggalkan pagi tadi di Busan Station.. wahahhah

p.s: Ye saya tahu cerita dah basi.. Tapi nanti aku takut dah tua, aku lupa semua benda ni.. Baik le aku cerita.. Please note, kalau ada changes on this place.. Refer la orang yang baru pergi this year.. whahah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...