4/2/15

Jagalchi Market, Busan Winter Backpacking in South Korea Day 6

Jagalchi Market (자갈치시장 (부산))

Sebut je Jagalchi Market semua tahu kot kalau dah sampai Busan ni. Busan memang terkenal dengan laut, seafood, ikan, dan summer. Tapi aku ni sampai waktu musim Winter, idok le nak pergi mandi laut atau sun batthing. Nanti orang kata aku kurang siuman. Jadi kalau dah singgah Busan, mesti nak cuba makan seafood di Jagalchi Market.

Address Jagalchi Market       
B37-1, Nampodong 4-ga, Jung-gu, Busan-si 
부산광역시 중구 자갈치해안로 52 (남포동4)
Operating Hours
08:00-22:00

Busan Subway punya system sangat senang, aku rasa lebih kurang macam dekat KL je. Not so complicated, in fact sangat friendly sebab ada lift yang berdekatan. Maybe ramai orang tua duduk di Busan berbanding di Seoul. Macam aku cakap dulu-dulu, orang tua disini sanggup tawaf beberapa kali keliling kita orang sebab pelik tengok tudung. Tapi jangan risau, they all very friendly and the best thing. They all tahu kat mana Malaysia sebab dulu Mokhtar Dahari kalahkan mereka. ehwhhw


How to go to Jagalchi Market?

Subway
1.       Jagalchi Station (Busan subway line 1), Exit 10.
2.       Turn right onto Jagalchi 3(sam)-gil Street.
3.       Walk for 5min, then turn left to arrive at Jagalchi Market.

Busan City Tour Bus
-Taejongdae Tour Pit Stop No 8



Dah sampai Jagalchi Market, kami melayan tengok orang menjual ikan. Seronok kot, sebab market mereka bersih walaupun wet market. Banyak pula tu jenis seafood yang aku tak pernah tengok pun ada. Jom layan gambar-gambar bawah ni. 


Besarnye kepah tu!
Jagalchi Market by misznina17

Abang Nelayan
Jagalchi Market by misznina17

Ikan, ketam,kepah semua ada akak
Jagalchi Market by misznina17

Tugu Jagalchi Market by misznina17

Ikan-ikan
Jagalchi Market by misznina17
Waktu kami sampai ni dah masuk tengah hari, jadi perot dah nyanyi lagu keronocong. Ingat nak makan la dekat satu bangunan besar tulis Jagalchi Market,sebab ada kawan akak aku cakap dekat situ murah. Tapi bangunan besar tu tutup. Setahu aku Jagalchi Market tak pernah tutup. Entah lah aku pun tak pasti. Jadi kami pergi je singgah restaurant depan bangunan Jagalchi Market. 

Kami main order je tunjuk-tunjuk dekat menu. Bajet dapat macam orang sebelah, sekali bila datang mahu ternganga sorang-sorang. Sebab apa?

Ha kami dapat sotong yang memang sangat fressh. Baru potong gamak nye, walaupun dah mati masih lagi kot bergerak dia punya badan. hahaha. Cuak masih-masih. Aku dengan akak aku puas fikir, macam mana nak makan ni. 

Gamaknye ahjumma tu nampak muka kami dah berkerut sangat, terus dia sebut "Steam.. steam.." Ya Allah, lega gila kami waktu tu. akhirnya dapat juga kami makan sotong fresh steam.. hahaha

Sotong Fresh. Masih bergerak lagi.
Jagalchi Market by misznina17
Kami ada juga order side dish, macam udang fresh ni dan asam pedas. Seriously, lebih kurang macam asam pedas je. Tapi kurang sikit bahan,tak ada la macam asam pedas Johor atau Melaka. Apa-apa pun , kami ni baham aje apa depan mata. Kami berani makan seafood dekat korea, sebab mereka suka fresh dan tak suka campur dengan arak. Tu berani sikit, berbanding dengan Japan .. 

Udang Fresh..
Jagalchi Market

Ikan Asam Pedas.
Jagalchi Market by misznina17

Total damage
Jagalchi Market by misznina17
Dah kenyang perut senang hati.. Kita kemana lepas ni? Ha perut dah berat lalu la tangga kat bawah ni dekat 1500++ cal terbakar. hahhaha


p.s: Aku pernah lah tertengok Running Man ada buat dekat Jagalchi Market. hehee

4/1/15

Pop Corn Hostel, Haeundae ,Busan Winter Backpacking in South Korea Day 6

Maaf lama aku tak update blog ni. Perah santan macam ramai peminat hahaha.  In one month, to many things happen ! Ya Allah. alhamdulillah. :)

Just nak update, kalau perasan aku ada tambah disclaimer and poll.
Poll- Berminat sila la buat poll di bawah tu ye. Just click "plus" nuffnang tu. Then jawab sahaja beberapa soalan. Padahal dekat 20 soalan. Harap maaf.

Kenapa aku tambah disclaimer, sebab ada kawan aku inform, dia join travel agency ni. Then, bila dia belek2,muka aku ada dalam itinerary tu. Obviously, benda ni diluar pengetahuan aku. Kalau ikut law , you know the consequences rite? Sebab guna for the purposes of advertisement,marketing, bla..bla.. .Jadi silalah, inform kalau nak guna muka orang tu. Sekian terima kasih.  Jangan takut saya tak makan orang. hahaha


**********************

7 January 2014 :8am

Kembali ke Pop Corn Hostel (click for further info) .Sedikit sebanyak aku nak buat review this hostel. Highly recommended! Good service! 5 bintang aku bagi! Setakat ni Pop Corn Hostel ada tiga cawangan di Busan. Aku stay di Haeundae . Near by , Haeundae Beach. Yer, musim sejuk duk tepi pantai. bajet macam aku jejak pantai tu. hahah.

Semua orang tahu, Haeundae Beach antara pantai yang terkenal di South Korea. Jadi ramai tertumpu di sini ketika musim panas aka Summer. Tapi kalau musim sejuk ni, tak ramai pelancong nak ber-hibernate dekat sini. Jadi kami boleh bersuka ria tanpa perlu bersesak-sesak. Selain tu, senang nak cari hostel sebab banyak yang kosong.

Address and Phone No:

Busan Popcorn Hostel
11F Marin Tower, 1398-7, Jung-dong, Haeundae-gu
Busan, 612-010
Korea, South

부산광역시 해운대구 해운대해변로 321, 마린타워 11 (부산광역시, 612-010)
Phone:+82517476147

How to go to PopCorn Hostel?


Ada dua cara nampak jalan biru tu? dan jalan grey color. Kami ni pemalas jalan jauh, jadi kami ambil jalan grey color. Seriously keluar dari Exit 1 Haeundae Station, kami ikut gerak hati ke Popcorn Hostel. Lalu celah-celah kedai. Mula-mula kami salah, sebab pergi yang Blue House. Dia kata lagi satu, dan tak berapa jauh dari sini. 

Popcorn Hostel Blue House


Nak tahu  dekat sampai PopCorn Hostel kita akan nampak wet market, yang jual banyak ikan dan sayur. Dekatlah tu dan terus nampak 11F Marin Tower, pada penghujung jalan. Bawah ni lah bangunang 11F. 

11F, Marin Tower, Popcorn Hostel Haeundae
Naik ke tingkat 11, kita akan nampak Counter Popcorn Hostel dan Mr. Roy yang menyambut kami. Dia kata sebenarnya room checkin 3pm and check out 12.00pm. Tapi kami sampai sebelum pukul 10pagi, bilik pula ada kosong terus dia benarkan kami masuk bilik. Dia tanya la "Where is your bag?" Kita orang dengan selambe jawab "We left it at Busan Station". Pening mamat tu mendengar kelaku kami 5 orang. hahah.

Mr.Roy sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. haha
Kami dah tempah awal-awal Family Room (with bath) . Kes tak suka kongsi bilik air dengan orang luar. hahha Masuk bilik je, kami semua ternganga besar gile bilik. Dah la cantik! Kat luar decoration macam nak ke bilik karaoke. Ok tu akak aku yg cakap. ahahha. 

Our room lebih kurang macam ni, tapi pakai cadar ungu. I guess dah tukar cadar. hehe
Source :AirBnb 
Banyak lagi facilities yang disediakan dekat sini. Further boleh refer website  Pop Corn Hostel . Memang terbaik dan bagus!

Memandangkan masih lagi ada waktu breakfast. Breakfast end at 10am, sempat lagi kami makan roti dan minum tea pagi tu. Sempat kami melepak-lepak atas katil sebelum berjalan.. hahaha.. Kami tanya la juga pendapat Mr.Roy nak pergi mana kat Busan. Yelah dengan cuaca tengah sejuk ni, mesti dia ada cadangan. Kami ada gak bagitahu nak pergi satu tempat ni, terus semangat dia tunjuk google maps. 

Everyone was looking at his Samsung Phone - Google Maps . Pandang peta bawah ni.

Busan- Japan
Source: Google Maps

Akak aku cakap "So whe are here?" pointing at his phone.  Dia jawab "Oh no, this is Japan". Okay tak kelakar, cuba nak melawak lak Mr.Roy ni.Waktu tu , peta dia zoom in. Tu kami ingat peta tunjuk Busan, sekali dia Zoom Out memang betul tu Japan.  Dia cakap, dia selalu singgah Japan sebab dekat je dari Busan ke Japan. Kalau tengok peta atas boleh nampak dekat gila kan?

Kami ada gak tergejal rasa nak pergi Japan waktu tu. Tapi hehhe, dah tak cukup masa, tambah tak boleh buat kerja gila sangat nak naik boat bagai. hahhaa

Dia explain la tempat yang kami teringin nak pergi tu. Ada lalu bawah laut. Menarik tak?? 
ha.. memang menarik , nanti aku cerita lebih. Lepas dah makan, kami berjalan sampai ke malam. Nak tahu ke mana? Jom baca next post. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...