12/29/14

#PrayForQZ8501

Sedih. ya.


Credit : Australian Airlines News

12/16/14

DMZ Tour (Korean Demilitarized Zone) -Part 1:Winter Backpacking in South Korea Day 3

Hari kedua je ada 6 post..Omak! Sampai 6 post aku karang.. Patut tak boleh nak habis. ..Boleh baca dekat bawah ni kalau ketinggalan.. hehehe.. 
  1. Winter Backpacking in South Korea Day 2: Itaewon Mosque,Seoul
  2. Winter Backpacking in South Korea: Namdaemun Guest House, Seoul
  3. Gyeongbokgung Palace :Winter Backpacking in South Korea Day 2
  4. Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을),Seoul :Winter Backpacking in South Korea Day
  5. Cheonggyecheon Stream 청계천:Winter Backpacking in South Korea Day 2
  6. Myeong-dong Shopping and Foods (Night Life):Winter Backpacking in South Korea Day 2

DMZ Tour, North Korea |misznina17
4 January 2014

Semalam balik dah agak lewat. Badan penat sebenarnya, tapi sebabkan semalam dah minta Mr. Bo tempah untuk DMZ Tour. Jadi nak tak nak kena bangun awal , sebab tour guide akan pick up around 7am.. Dah pasang alarm awal-awal kena turun pukul 7 pagi.  Bajet! Lupa nak bagitahu kalau tempah DMZ Tour ni, lagi ramai yang ikut .. Lagi murah.. Memandangkan kami ada 5 orang , per person lebih kurang KRW40,000/ KRW45 000.. 

Tapi sedar-sedar je dekat pukul 6.20am. Menjerit la masing-masing sebab dah ingat dalam kepala. Orang Korea ni very punctual sekali dia dah kata pukul 7 . Pukul 7 lah korang kena naik.. Cepat-cepat siapkan diri, solat dan pack-pack makanan untuk breakfast. 
Waktu winter ni faham-faham je la nak bersiap lama sikit, kena pakai dekat tiga lapis.. Karang tak pasal korang beku kesejukan.. 


DMZ Tour,South Korea |misznina17

Dalam 6.50 am, dengar orang dah bell front door Namdaemun Hostel.. nasib baik akak aku turun dulu.. Disebabkan akak aku tak reti buka door dia yang canggih, dapat la dalam 10 min kami turun, itu pun melompat dua tiga anak tangga..Nasib tak jatuh.. Hahaha.. 
Keluar-keluar.. Sejuk terasa di muka! Dah nama winter, sejuk sampai ke tulang. Tapi disebabkan Malaysia ni tak ada salji .. Tu je la sebab nya kami nak pergi winter. hahaha. Jakun!
DMZ Tour,South Korea |misznina17

Jadi pemandu kami hari ini ialah Mr. Han Kami menaiki kereta hyundai macam vellfire.. Aku lupa lahh jenama apa,tapi buatan Korea la kan..Sebelum bergerak , Mr. Han remind jangan lupa bawa passport sebab nak masuk ke kawasan DMZ kena bawak passport. Nanti ada passport checking.. 

 Dalam trip kami ada Daniella yang berasal dari Mexico tapi belajar di Beijing dan Yuan Ming berasal dari Taiwan dan bercuti di Korea.. Universal sangatt!! Daniella ni suka la kami bila duk cerita Rosalinda dengan dia.. Kami juga merupakan group yang paling lembab! Sebab selalu paling last naik bus.. hahah..


DMZ Tour, South Korea |misznina17
Perjalanan ke Imjingak Park.. Mengambil masa lebih kurang 30/45 minit sahaja. Memang dekat sangat dari Seoul nak ke Imjingak.. Refer map di bawah.. Tapi kami sekejap ke .. lama ke.. mesti mata terlelap..Tambah-tambah lagi dengan kekalutan pagi tadi. wahahah



Tiba di DMZ, bergelora nafsu tengok salji sebab nak main salji. Hehehe..Tapi please be careful yer, sebab ais dah mengeras menyebabkan jalan sangat licin. Kak Murni jatuh sampai lenses dia pecah. Nasib baik Mr. Bo ganti dengan lenses dia.. ahaks.. Rezeki terpijak..
DMZ Tour,South Korea |misznina17

Sampai je di area ImjingakMr. Han park kereta disini dan beli ticket untuk kami.. Selama 15 minit, kami berehat dulu di kawasan ni sebelum bergerak ke Third Infiltration Tunnel. Disini ada juga sedikana restaurant dan kawasan tandas.. Jadi dapatlah berehat-rehat..

DMZ Tour,South Korea |misznina17
Imjingak  (임진각),terletak 7 km dari kawasan Military Demarcation Line sekarang ia merupakan kawasan pelancongan yang dibina di kawasan Korean Conflit. Dibina pada tahun 1972 dengan harapan penggabungan antara South dan North ( jika boleh la kan). Terdapat 3 benda/aktiviti boleh dikunjungi sekitar Imjingak Park- Monumen ,Unification Park dan North Korea Center. 

Mangbaedan, bersebelahan dengan Imjingak adalah tempat yang famous di lawati oleh orang North Korea untuk perform ancestral rites by bowing toward their hometown setiap New Year dan Chuseok . Di Imjingak juga terdapat Bridge of Freedom, digunakan oleh orang South Korea di North untuk pulang semula ke South Korea.

 Source:VisitKorea

Nak ke muzium ni, semua pelancong dikehendaki menaiki bas yang disediakan . Jadi beramai-ramailah kami naik bas pelancong. 


Aku cerita first part dulu.. Nanti continue aktiviti apa kami buat ketika mengikuti DMZ Tour. Ramai mungkin tertanya kenapa kam semua nak ke sana? Disebabkan kami ni minat sejarah. Jadi tu enjoy je ikut DMZ Tour.. Selain itu, kalau nak tahu DMZ ni tak semua boleh pergi ye.. Sebab bila North Korea meng-gila .. Kawasan ni akan ditutup. Bila masa lagi kan nak tengok North Korea dari jarak dekat. Okay kami memang gila-gila .. tu sebabnye.. heheh


p,s: Kalau tak nak ikut travel agency, mungkin boleh try naik train (click here). Tak perlu ikut travel agency. Tapi aku tak pernah try lah kan. Sebab waktu aku pergi tu Dorasan station tak beroperasi lagi. Start operation 4 May...
p.s.s: Sebenarnya Panmunjom bukan di South Korea. Tapi North Korea. Maaf. Tempat kami berhenti namanya Imjingak.

12/11/14

Ups and Downs Journey -2013 & 2014

Sebenarnya aku nak share ni awal tahun 2014. Seperti biasa aku kan pemalas sedkit.. Jadi alang-alang dah nak akhir tahun. Kita share je la sekali 2013 dan 2014. warghhh.. 2 in 1 ..

2013 

14 January 2013

My final year project (FYP) presentation . Entah la, walaupun macam nak muntah everyday duduk dalam lab FYP. Fikir pasal code dan system, Alhamdulillah aku berjaya juga buat. Bersyukur sangat dapat result terbaik dari Madam.

Ehem sebenarnya aku masih berhutang lagi dengan Supervisor FYP aku. Patutnya kena upgarade and fixkan system tu lagi. Tapi dengan keadaan sekarang. Entah boleh ke tidak aku buat?? hahah. Ampun madam! :P

15 January 2013

1st Day of internship . Bayangkan sehari lepas present FYP, esok nya terus aku kena pergi Report Day untuk internship. Alhamdulillah, aku dapat tempat Internship yang membawa perubahan dalam kehidupan ini.

28 April 2013

Arwah wan (nenek) telah pergi menghadap ilahi. Sedih sangat, tak sempat nak ajak dia berjalan-jalan ke Bukit Tinggi.. Sedih sangat sebab dia tak ada waktu aku bertunang,kahwin dan tengok aku convo.. She closed with me and my husband also. Ok wan sebenarnya sayang En. Ahmad.. ahah.. i am glad dia sempat jumpa wan.. 

21 August 2013
1st day of working. Alhamdulillah dapat rezeki bekerja tanpa interview.. Dapat serap terus lepas internship. Alhamdulillah.. rezeki .... gembira sangat... Dapatlah simpan duit untuk  berjasa dekat mak bapa, kahwin, dan pergi travel. Sebab 2014 adalah tahun paling banyak sekali aku travel. Ok baru perasan.. hahah..

Oh bangunan jagung, dari jauh boleh nampak kamu. Kadang-kadang stress pula sebab nampak kamu dari rumah.. hahah

15 October 2013

Setelah beberapa tahun ber-chin-ta akhrinya pada Hari Raya Aidiladha kami diikat dengan tali pertunangan. Amboi kak, pergi university study ke ber-chin-ta? Hahaha. Alhamdulillah nasib baik result aku di tahap membanggakan. Kalau tidak mesti kena marah dengan mak bapa. 

Seriously tak ramai tahu aku bertunang. sebab tunang ni tak perlu lah dihebahkan. Majlis aku pun simple-simple je. Nasib baiklah ada Pak Andak and Along bertungkus-lumus pergi ke Kedai buat pelamin mini .. hahaha. Baju pun pakai baju pergi dinner. Simple!

Mana tak simple, sebab one day before Hari Raya Haji aku boleh lagi datang kerja.. Hari Sabtu Ahad sebelum tu pula aku dekat Sarawak, attend wedding kawan aku (Refer to this post).  Tak ke busy sangat namanya. Nasib baiklah bos aku bagi kebenaran balik separuh hari. Mak aku dah bising-bising sebab orang nak bertunang boleh selamba badak ada dekat Bangunan Jagung tu lagi.. hahahha.. Maaf ye mak! Workaholic sangat anak mak. 


17 November 2013

Hari ini merupakan ulang tahun ke-5 aku masuk ke University. 17 Nov 2008 adalah tarikh masuk ke CFS, IIUM. Yelah, aku ni jenis ketinggalan train sikit. Tu masuk lambat.. Tapi nasib baik aku masuk ke IIUM, Gombak sama dengan kawan-kawan yang lain. Kira tak ada lah aku terlepas station kan.. hehehe 

Betapa beruntungnya aku 17 November juga merupakan tarikh convocation aku.Alhamdulillah, perit jerih ,menangis dan ketawa ketika belajar. Akhrinya. pada 17 November 2013. Aku berbangga dapat bawa mak dan bapa aku to my graduation ceremony.

Terima Kasih En. Ahmad sebab sudi ambil post-convocation .. hehhee


2013 Penuh dengan peristiwa pahit dan manis. Apa-apa pun aku tetap bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur aku untuk terus beribadah kepadanya Amin.. One step further to a new life..


2014

Well 2014.. Alhamdulillah tak ada peristiwa yang sedih-sedih berlaku,.. Cuma seminggu awal bulan puasa setiap ahli keluarga adik beradik mak aku.. Mesti ada seorang masuk hospital.. Bermula adik aku Harith masuk hospital sebab denggie waktu first week of Ramadhan..

Oh yeah. This year adalah tahun terakhir aku menyambut raya sebagai Single Ladies.. OMG! Ramai yang tanya aku .. Serious ke nak kahwin??? Sebab aku yang petite ni. Siapa nak percaya.. Macam budak sekolah lepas SPM sahaja.. hahaha

2014 Berjaya Menjejaki 5 Negara! Clap2... Pencapaian tak ada la tinggi. Berbanding orang lain.. Tapi ada satu negara yang tak pernah aku fikir dapat sampai.. Akhirnya berjaya juga aku jejaki.. heheheh.. 

January 2014 : South Korea
April 2014 : Japan
Jun 2014: Surabaya, Indonesia
September 2014: Krabi Thailand
November 2014: Singapore

Pelikkan sedangkan aku tengah plan nak kahwin.. Tapi aku boleh pula pergi negara kos tinggi. Well, sebenarnya bergantung pada kita .. Cara kita menyimpan duit dan menjadi cheapskate.. haha...

29 August 2014.


Akhirnya 29 August 2014 . Aku dan dia.. yer we get married! Alhamdulillah :)

30 August 2014.

Walimatulurus.. Kami buat sekali, senang kan.. Memandangkan dua2 duduk kl.. Jadi buat sekali tak le membazir.. Terima kasih untuk mereka yang dah membantu menjayakan majlis ni.. Tak tersebut, you know who you are.. Maaf kalau tak sempat nak menjemput.. Busyyyyyyyy...
So , sedikit sebanyak itulah kehidupan sepanjang 2013 dan 2014..

Apa cita-cita untuk next year??!! 
#KeEuropeKeKita
#IbadahUmrah
#Study

p.s: Doakan yang terbaik untuk aku.. amin. 
p.s.s: Aku post dulu, esok baru upload gambor. wahahha


12/2/14

Fernweh


Let the dictionary speak . hahah.


Aku malas sebenarnya. 
Malas nak tulis
Malas nak buat kerja
Malas.
Tapi kena buat semuanya
Ok berhenti jadi pemalas
Fernweh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...