11/17/14

Myeong-dong Shopping and Foods (Night Life):Winter Backpacking in South Korea Day 2

Waaa.. Night life kau! Sound so creepy je , macam ada buat benda tak elok.. hahha.. Just kidding.. Aku tengah merepek buat pengetahuan anda semua.. 

Myung Dong, Seoul, South Korea
Siapa nak ke Seoul mesti tahu Myeong-dong .. Tempat yang banyak jual barang kecantikkan, ada more than 20 shops (plus -plus)  sold cosmetics items at Myeong-dong. Ada pelbagai kedai menjual baju , branded boutique and macam-macam la. Tapi Myeong-dong ni tempat mahal berbanding Namdaemun Market 남대문시장. Kalau nak beli kat Myeong-dong barang-barang branded memang dekat sini lah. Tapi kalau nak murah better pergi Namdaemun Market 남대문시장. Tak jauh pun berjalan..dekat je dalam 5 minit ..5 minit gaya orang Korea. hahaha
Myung Dong, Seoul, South Korea

Kembali semula ke Myeong-dont. Tempat pertama kami cari ialah restaurant! Perut dah berbunyi Opera Cina .. Jadi dengan berpandukan ingatn kami pada blog Kak Kiah.. Terima kasih kak kiah.. berjasa sangat kat kami ni.. Kami mencari restaurant Yukaney Yoogane. Rasanya, restaurant ni dah famous sangat di kalangan blogger Malaysia yang melancong ke Korea. Tapi jangan cari logo halal Jakim.. Tak jumpa ye.. 



Yoogane,Seoul, South Korea
Aku berani sikit makan kat Korea ni sebab dia orang tak suka campurkan masakkan dengan arak. Jadi berani jelah nak makan. Seperti biasa,kami Order Nasi Goreng Seafood . Selamat. Sempat lagi aku tunjukkan dekat Oppa Waiter bawah ni itinerary tulisan korea (Hangul) yang kami amek tu.. hehe.. Refer bawah ni ye kalau nak guna.
Credit to MuslimBackpackers and Budgettravel2korea 
Ramai tak tahu sebenarnya dekat sini boleh amek side dish-sayur-sayuran secara FREE!! Yes for Free!Sesiapa penggemar sayur-sayuran segar/kimchi jangan lupa ambil . Nampak ada rak besi belakang kami tu? Tu lah tempat nak ambil side dish.. The good thing about korea.. Mereka tak kedekut, selalu bagi air freee. side dish boleh tambah..wahahahha. jimat duit.. 
Yoogane,Seoul, South Korea

Badan dah kenyang.. Hati senang. round-round sekita Myeong-dong. Lepas tu kami balik dan rehatkan diri.. Sebab esok kita nak pergi jauh sikit.. Pergi mana? Tunggu. 

Myung Dong, Seoul, South Korea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...