4/28/14

Need opinion!

Apa korang buat, tiba-tiba ada manusia kurang bijak . Buatkan tiba-tiba korang terdrag sekali dengan kerja mereka. Then, kena assists lak dia nnyer kerja. Sehingga menyebabkan kemungkinan besar anda punya cuti bakal tidak diluluskan.

A: Bunuh manusia kurang bijak
B: Merayu dekat bos? Since dia yang approve, tapi kena bincang dengan Project Manager
C: Merayu dengan Project Manager .
D: Terima . redho . tabah?


I need opinion, since this is my first year of working. It's been hard for me this time. 
Last two weeks my PM approve verbally, and i already start push my boss approve the leave. But rite now, the adhoc things causes everything become miserable.


P.s: sila abaikan post ini, nasib baik last minute bos aku bagi pergi. terkial2 aku pack barang pergi negara Matahari Terbit. hahaha

4/18/14

Winter Backpacking in South Korea: Namdaemun Guest House, Seoul

Dari Itaewon Mosque kami cepat-cepat gerak sebab dah cakap dengan Manager Namdaemun Guest House untuk check in pukul 9 pagi. Kami memilih guest house ni sebab memang dah banyak orang review pasal Guest House ni kiranya memang sangat selesa. 

  1. Take Seoul Subway Line 4 and get off at Hoehyeon  Station (Exit 1). 
  2. At Y- Junction take the right road : Toegye-ro-8-gil
  3. Walk straight, at T-Junction turn left and you can see signboard Namdaemun Guest House, Seoul
Map to Namdaemun Guest House from Exit 1, Hoehyeon Station.
Click for large image
Seoul, South Korea 2014
Sebenarnya dalam website Namdaemun ni suruh kita turun Exit 2. Tapi aku tengok macam susah je jalan dia and complicated. Tu aku tulis exit 1. Jadi bergantung la pada korang nak pilih jalan mana. Asalakan sampai dengan selamat. Gambar map aku memang tak cantik dan tak melambangkan langsung student sc comp. ahhaha. Asal korang faham sudah lah ye :D

Mula-mula tu macam clueless juga la sebab turun exit 2 tapi refer balik map dalam itinerary yang aku dah buat. Kami ambil jalan exit 1. Jaln Toegye-ro-8-gil ni berbukit juga la. Nasib pagi sampai tu kami tak bawa beg, tinggalkan di Seoul Station. Jadi tak de la rasa terbeban sangat. ehhehe

Alhamdulillah kami sampai lebih kurang pukul 8.40 pagi. Sampai-sampai tak ada orang, tekan loceng pun tak ada. Jadi kami decide Kak Fiza stay dan masuk dulu bilik untuk check-in. Kami ni patah balik ke Seoul Station untuk ambil beg ninja turtle tu. huhu.

Sampai-sampai je tengok kak fiza stay lagi situ. Dia kata 5 minit je kita orang keluar, manager tu baru keluar dari pantry. Memang sharp pukul 9 pagi dia depan kaunter. 

So apa kelebihan Namdaemun Guest House?

Memandangkan kami stay musim winter. Jadi heater dalam Guest House ni memang panas dan sedap. Sampai satu tahap aku buka tingkap bilik sebab rasa sesak nafas. Sehingga menyebabkan akak aku pula mengigil kesejukkan. wahahha. gila kejam aku!

Triple Room- Nina, Kak Syam and Along
Source: Namdaemun Guest House

Disebabkan kami ni 5 orang , jadi kami tempah dua bilik. Alaaa.. bilik kami berdepan je di tingkat 2. BTW, di Korea rate untuk bilik di kira mengikut orang berkadar langsung dengan harga bilik. Jadi tak boleh main sumbat-sumbat orang dalam satu bilik ye.. Nehieee..
For the price, nanti aku update balik. Aku baru perasan, tak ada satu picture pun kami ambil dekat sini. Sebab sampai bilik je terus baring dan lelap mata. hahaha. Tak perlu nak risau, macam mana dekat website dia tunjuk bilik .. sama juga dengan keadaan sebenar. 
Double Room - Kak Fiza and Kak Murni
Source: Namdaemun Guest House
Roti, air jus, teh, kopi , gula memang disediakan secara free. Kami berlima jugalah tukang menghabiskan juice orange dan roti dalam pantry dia. wahaha. Tiap-tiap pagi sebelum kami bertolak mesti bawak roti untuk bekal sepanjang perjalanan kami. Bekal itu wajib!
Tak bawa maggie dan segala jenis food halal? Ada satu rak untuk makanan halal. Jadi kalau korang lapar. Rajin-rajin je la masak. Hari-hari kami masak kat sini.
Dapur Berjasa
Source: Namdaemun Guest House

Washer machine dia memang terbaik la kan. Dah la free, siap boleh dry cleaning lagi. Hari last day check out ,waktu pagi lepas solat subuh kami basuh baju. Wangi je baju kami bila sampai Busan . Mula-mula tak reti juga aku nak operate washer machine nie tapi main pakai tekan je, nasib ada bahasa Inggeris kat tulisan-tulisan button.hehe
Washer Machine Berjasa
Source: Namdaemun Guest House

Tak bawak telekung? Jangan risau Namdaemun Guest House turut menyediakan alat kelengkapan solat. Jangan pula gatal-gatal nak tinggalkan solat. Menggedik sungguh namanya itu!
Tak sempat nak berfoya disini sebab sejuk
Source: Namdaemun Guest House
Sedikit sebanyak aku memang sangat puas hati dengan Namdaemun Guest House ni. Manager dia Mr Bo pun sangat baik. Sebab apa aku kata baik? 

Kak Murni punya filter lens camera dah pecah. Waktu dia tunggu depan counter, Mr Bo tanya apsal camera dia nampak macam retak. Kak Murni bagitahu la yang dia terjatuh dan filter tu retak. Terus Mr. Bo bukakan filter camera Kak Murni and ganti filter camera Sony dia. Nasib baik muat dan boleh pakai. Kak Murni pun terkejut juga dengan tindakan refleks Mr Bo Tapi dengan selamba Mr.Bo  jawab " It's ok just take it, i already use that camera filter for so long. Need to change it".

Dalam hati kami, masih ada lagi orang sebaik ini di muka bumi Allah. Tak minta satu sen pun. Terkejut tak? Kami pun ternganga bila dengar cerita kak Murni and Kak Fiza.

Alhamdulillah berjumpa dengan orang yang baik-baik di Korea

4/11/14

Winter Backpacking in South Korea Day 2: Itaewon Mosque,Seoul

Lama aku tak menaip disini, bukan apa setelah kejadian MH370 mood hampir turun. Kita ni selalu naik kapal terbang, jadi bila kejadian seperti ini berlaku membuatkan aku lebih banyak bermuhasabah diri.Hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik kejadian ini semua.. 
************

3 January 2014

Alhamdulillah kami telah sampai di bumi Seoul pada pukul 4.40 pagi . Subuh masih belum masuk lagi, sempat kami makan early breakfast  dah macam bersahur pula di Loterria. Seperti biasa order Wild Shrimp Burger . Kalau burger sahaja 3000Won/1 burger. 

Dah kenyang perut dan selesai aktiviti-aktiviti waktu pagi.. Kami mengangkut semua beg-beg ninja turtle dan simpan dalam locker.Senang sikit nak bergerak subuh-subuh ni cari masjid Itaewon .Locker besar harganya 3000Won boleh letak beg pack 3 biji size kami. Brapa liter nanti aku confirmkan semula.  Jadi senang sikit la nak recce jalan lepas ke solat  ke Guest House yang kami tempah, sebab dan berjanji dengan Manager Guest House nak datang pukul 9 pagi.


Maka kami naik la train pagi-pagi subuh dengan muka sepuluh sen untuk ke Itaewon Mosque. Cara untuk ke Itaewon Mosque:

  1. Take Seoul Subway Line 6 and get off at Itaewon Station (Exit 3). 
  2. Go straight and you will find Itaewon Fire Station. 
  3. Turn right and go uphill about 100 meters. At the three-way intersection, turn left and walk about 200 meters.


Itaewon Mosque, South Korea 2014


Tapi dari jauh memang boleh nampak Masjid tu,sebab berada di atas bukit .. Disebabkan kami ke masjid ni lebih kurang pukul 6 pagi. Jadi keadan masih gelap, dan tak ramai orang.. Siap nampak perempuan tengah hanging muntah tepi jalan. Nasib la dia tak kacau. Penat juga pagi tu sebab nak sampai ke Masjid Itaewon kena mendaki.Tapi tak pe la, janji kita ada tempat berteduh dan boleh solat subuh :)

Alhamdulillah, sampai-sampai je ada terserempak denga Couple Indonesia. Mula-mula saje je lah aku cakap dalam English. Entah aku dengan sound macam payah, terus aku cakap "Bisa ngomong deh!" Dia jawab "Capek deh harus ngomong dalam Bahasa Inggeris"...Dia orang sempat bagitahu Subuh masih ada lagi.Thanks to Hamba Allah lagi sorang, tunjukkan kami jalan ke tempat solat perempuan. Tapi imagine, dalam keadaan subuh yang sejuk dan suhu yang negatif. Mengigil aku pagi tu ambil whuduk kat luar, nasib baik ada dua pili air panas. 

Waktu kami solat, ada seorang wanita Korea bernama Amirah sudi share heater dengan kami. Tenang je hati tengok dia baca quran depan heater. Bila dia berbicara lembutnya bahasa, kami ni yang suara macam nak kasi satu masjid dengar. hehehe.


Hilang penat kami, kami teruskan perjalanan untuk ke Guest House. Sebelum tu sempat juga menikmati sunrise pertama kami di bumi Korea :) Alhamdulillah.


Sunrise
Itaewon Mosque, South Korea 2014
Sepanjang Itaewon Mosque ni memang banyak muslim restaurant. Tapi kalau dah datang subuh sepiee memang tak buka lah kan.. hehehe. Jadi kalau rasa nak datang makan lunch boleh la ke area Itaewon Mosque .
Grouping Picture Kesejukkan
Itaewon Mosque, South Korea 2014
Aku perasan trip aku memang berbeza kali ini, dari awal kami mahu kejar subuh bila sampai di Seoul atau Busan. Alhamdulillah sepanjang kami di sana , ramai yang ingin membantu. Sudi memberi pertolongan. Sememangnya benar 
"Aku dekat , Engkau dekat. Aku jauh ,Engkau Jauh"
 Bersyukur ya Allah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...