2/25/14

Ho Chi Minh City- Day 3 : Last Day at Ho Chi Minh City,Vietnam

Saje je aku keluarkan dulu satu post untuk South Korea.. wahahah.. Memang betul ramai peminat k-pop terus baca.. Apa2 pun sabar-sabar ye K-pop fans, DBSK, Suju fans semua.. Bakal menyusul cerita Backpacking at South Korea.. Kasi habis dulu cerita Vietnam.. ngee :P

21 October 2013

Hari ni hari terakhir kami di Ho Chi Minh City.. Tiga hari sahaja trip kami  ke Ho Chi Minh City a.k.a Saigon. Pagi ni cepat-cepat kami bersiap sebab nak shopping for the last time.. Masak maggie dan makan biskut dulu sebelum pergi ke Ben Thant Market.. Tips di Ben Thant Market boleh baca di entry ini "click here".  Biasalah nama pun perempuan, ini last shopping untuk mereka-mereka yang masih lagi kami tak beli.. 

Sekali tertarik pula bila kami nampak kain-kain manik yang mereka guna untuk buat Maxi Jubah.. Sempat aku tanya, sempat ke jahit sebelum flight ? Dia kata boleh sahaja, kami banyak pekerja untuk jahit baju  . Dia cakap english style vietnam aku translatekan aje ye.. hehe . .. Aku dengan along terus setuju , maka dia jahitkan lah Maxi Jubah untuk kami dan hantar terus ke Hotel  Song Anh 3 yang kami stay..

Mengukur Baju untuk Maxi Dress
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Dah habis shopping ,kami bawa Cik Odah dan Cik Su makan tengah hari di Basiroh. Oh aku sangat suka Pho Mee mereka yang sangat sedap! Seriously aku suka sambal nyer yang unik.. Sapa pergi Vietnam tolong belikan.... Penuh dengan sayur , sangat berkhasiat dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.. yummmys!

Pho Mee Basiroh
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Habis makan , kami balik hotel untuk kemas-kemas barang dan terus check-out. Rupanya baju yang kami tempah jahit tu lagi awal sampai sebelum kami sampai.. Makanan bekalan aku dengan along memang banyak, berkotak-kotak milo dan biskut.. Kami bagi je dekat pekerja Hotel Song Anh 3.. Dari muka masam terus senyum-senyum dan bersemangat angkat beg kami.. huhuhu..

Balik kali ni kami naik teksi  dari depan hotel ke airport sebab beg banyak dan malas nak naik bus.. Charge dikenakan lebih kurang  VND120,000-150,00 .. Sampai-sampai di airport, kami fikir dah bukalah kaunter sebab sepatutnya 2 jam sebelum flight dah buka counter..

Tapi tak, pekerja dia boleh berfoya-foya lambat buka kaunter.. FYI, pekerja di counter airport Vietnam ni bukan pekerja syarikat penerbangan.. Tapi  pekerja airport sendiri, jadi semuanya di control oleh pekerja airport.. Mentang-mentang dekat negara dia, jadi slow dia buat kerja.. Sekali system down untuk counter yang aku sedang beratur.. Terus muka dia cuak bila aku tanya banyak kali apa pasal.. Keluar peluh jantan ko! Padahal aku saja je buat gertak-gertak .. Sebenarnya aku ok je..wahaha..

Airport
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013


Dah selesai baggage drop, kena pula check sama ada beg ko kena tahan ke tidak.. Instruction dari pekerja tu memang tak brapa betul.. Rupanya bilik nak kena check tu belakang dari Baggage drop counter.. Kecik pula tu pintu.. Memang lain betul airport Vietnam ni dari airport negara lain.. Kebiasaanya ada kastam punya beg checking.. Tapi kat Vietnam baggage drop baru beg checking.. pelik........Apa-apapun kami lepas semua "halangan" di Airport Vietnam.. heheeh

Alhamdulillah kami sampai di Kuala Lumpur dengan selamat.. Cuma nak nasihatkan pada semua..Kalau ada rasa nak berniaga tu hati-hati la ye.. Mana-mana flight turun dari Vietnam memang akan kena tahan.. Kalau pakai beg troli yang besar-besar memang kena tahan.. Except, kalau anda bawa beg pack macam kami.. Kurang sikit kena tahan... ngee.. Alhamdulillah nasib je tu..


Itulah kisah cerita kami selama 3 hari.. Next post aku update pasal Song Anh 3 Hotel yer !! :)

2/24/14

Winter Backpacking in South Korea Day 1: Gimhae International Airport, Busan

Alhamdulillah setahun yang lalu dengan perasaan bersemangat kami membeli ticket ke South Korea. Dengan harapan yang tinggi menggunung agar kami dapat menikmati snow flakes ketika kami disana. Trip kali ni memang boleh dikatakan 80% backpacking trip lah, lagi 20% tu non-backpacking sebab ada 2 kali kami ikut tour .. Aku tak focus hanya satu tempat sahaja, sebab banyak tempat aku jelajah selama 8 hari tu sebabnya aku namakan Backpacking in South Korea.

Trip kali ni disertai oleh Nina (Me), Along, Kak Syam , Kak Fiza dan Kak Murni . Waktu cuti Christmas kami sempat berkumpul untuk sesi taaruf. Aku ditugaskan untuk membuat itinerary jadi kenalah brief mereka tentang situasi dan perancangan aku dan along. Tapi aku tanya juga pendapat mereka, if they have better place to go... heheh
5 Orang anak dara yang tak minat K-Pop. Tak tahu sangat pasal artis K-Pop. Cuma tahu 2/3 cerita Korean Drama. Tak kenal muka Lee Min Ho. Tapi teringin nak kesana sebab Snow Flakes. uhuk!
Preparation for South Korea Trip: 
  • Flight ticket promo: RM579/person round trip. Beli waktu promo Air Asia.
  • Transportation 
    • Busan -Seoul (Round Trip): Mugunghwa Train . Booking online thru Korail
      • Gupo Station -Seoul Station : RM 80
      • Seoul Station - Busan Station : RM83.50 
    • Seoul City: Metro 
    • Busan City : Metro and bus
  • Booking Hostel 
Nanti aku buat review untuk hostel! 
Update: Just click at Hostel name.. ada 5 star review untuk kedua-dua review. hehe 

2 January 2014

Flight untuk hari tu pukul 8.30 pagi, jadi tak ada la serabut sangat pagi tu nak naik bus ke LCCT. Pukul 4.30 pagi baru bertolak dari KL Central ke LCCT. Satu jam sampai, baggage drop. Naik kat boarding hall,terus pergi surau. Fuh nasib tak ramai orang kalau flight pukul 7pagi gerenti ramai orang beratur nak solat subuh. huhuh. 


"Nasi Lemak Kami Lengkap "-Air Asia
Gimhae International Airport, Busan ,South Korea 2014

Alhamdulillah flight smooth sepanajang perjalanan ke Busan  . Seperti biasa aktiviti mula-mula kita makan pre-order food .. Baca novel Ariana Rose "The Wedding Breaker" waktu ni cerita Ariana Rose baru mula kat tv. Dah sampai tengah, aku start rasa bosan. Then tidor.. Lebih kurang pukul 2 petang waktu Malaysia.. Solat jamak atas flight zohor asar. Continue balik tidor.. huhuu 

Buku Merah Jangan Lupa Bawa
Gimhae International Airport, Busan ,South Korea 2014
Sampai di Gimhae International Airport Busan lebih kurang jam 2.30 petang waktu Korea..Perbezaan waktu ialah Malaysia awal sejam..Sebutan Gimhae ialah Gim-mey. Selesai urusan angkat beg dan kastam.. Perut dah berbunyi kruk-kruk .. Jumpa Dunkin' Donuts kami beli secawan Hot Chocolate dalam harga 3000won .. Kongsi 3 orang..  Sempat juga kami masak maggie cup .. Nak cari water ' dispenser punya lah payah sebab 7E  and Dunkin' Donuts tak faham apa kami cakap.. Entah macam mana dia faham lengok bahasa , dia kata ada dekat 2nd level. Rupa-rupanya, water dispenser memang ada disetiap level.. Thanks to Chawanna,mostly aku dapat info pasal Gimhae Airport ni dari dia.. Khamsamida!


Maggie Dulu!
Gimhae International Airport, Busan ,South Korea 2014

Water Dispenser
Gimhae International Airport, Busan ,South Korea 2014

Di Gimhae Airport kami selesaikan semua benda yang sepatutnya..Topup untuk T-Money...Kami ni punya cheapskate masing-masing pinjam T-Money kawan-kawan yang pernah pergi South Korea.. Kami topup 60 000 Won.. Sebenarnya aku galakkan topup dalam 30 000won je.. Kalau korang tak sesat, sure less than 30 000 won korang guna sebab balik tu kami ada balance dekat 257 000won..Akak aku terbaca sorang blogger tu topup 30 000 won tak cukup, yelah sebab dia orang Johor tak selalu naik train.. Jadi kalau korang selalu naik train.. aku rasa tak ada problem sesat di Korea nyer subway... wahahha 

 Then kami solat jamak maghrib isyak di Exchange Room.. Update-update family dengan free wifi.. heheh..Dah selesai semua kerja kami.. Lebih kurang pukul 8 malam baru kami gerak naik LRT untuk ke Gupo Station.

Solat dulu dalam Exchange Room
Gimhae International Airport, Busan ,South Korea 2014

Sebab apa aku ke Gupo Station? Nantikan cerita seribu satu malam kami dalam Mugunghwa Train
.. hehehhe

Seribu satu cerita di Gupo Station
Maaf dengan salah setting Camera
Gimhae International Airport, Busan ,South Korea 2014

2/23/14

Ho Chi Minh City- Day 2 : Rice Paper Mission at Saigon@Halal

Balik dari Puppet Show, kami ingin melaksanakan misi terakhir iaitu Misi Mencari Kak Leha? eh.. bukan-bukan Misi Mencari Kertas Beras ..google translate.. aka Rice Paper.

Dengan hanya berpandukan dengan memori along yang dia teringat ada rakyat Malaysia makan Rice Paper di kedai Islam iaitu Saigon @Halal  berdekatan dengan Sheraton Saigon Hotel.. Ada yang cakap Masjid di Ho Chi Minh City dekat dengan Hotel Sheraton.. Tapi,seriously aku rasa teruk sangat tak tahu Masjid Ho Chi Minh tu di mana.. Cuma disebabkan Hotel Sheraton tu agak tinggi dan ada dalam peta hotel kami.. Gagah juga la kami berjalan.. Bayangkan dua orang budak perempuan berjalan tengah gelap, tapi entah kenapa aku rasa selamat.  Aku bergantung pada doa supaya Allah membantu sepanjang perjalanan aku..
Night View at Ho Chi Minh City
Vietnam 2013

Sempat dalam perjalanan kami singgah ke kedai membeli tudung . Sebenarnya nak tnya jalan, tp beli je tudung untuk ole-ole . Kalau dah berkenan beli saje, tap inak tergelak gak la aku tengok banner kedai ni sebab dia tulis Tudung Fareeda , dan segala jenis tudung awning yg famous.. Maksudnya kedai tudung kat Malaysia beli dekat Vietnam la ye.. Sempat tnya dekat owner kedai tu mana kedai Saigon@Halal  tu dari kedai dia. Dia tanya aku.. Berjalan kaki ke? Aku jawab yelah ... Terus dia jawab kalau jalan kaki setengah jam lagi baru sampai.. Tak beragak tu jawapan dia.. Memadamkan semangat aku pula tu..

 Tapi tak pe la, demi Along tercinta aku sanggup jalan jauh. dasar suruh beli ticket flight for free!. Janji dia tak kempunan makan rice paper ni.. Makin lama, makin dekat dah dengan Sheraton Hotel bila nampak Opera House.. Berjalan lah lagi dekat 1km... 


Opera House
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013
Kaki dahi lenguh sebenarnya sebab aku rasa ada 5/7km aku jalan dah ni.. Bila dah lepas Sheraton Hotel aku dah pelik mana pula kedai makan Saigon@Halal? Alhamdulillah, dari luar ada pula mamat India Muslim jual karpet kat luar kedai  dia.. Terus aku tanya "Where is.... " Then dia jawab... "Hasanah halal,.... halal".. Aku dah pelik dia nak kaitkan dengan Hasanah /baik ke? Sempat dia tambah"Did you knowwhere is the mosque?"..Dengan rasa sedih aku dengan along jawab.. "No, can you show to us?".. Terus dia tunjuk arah...Mujur lah jalan kami perlu ambil itu cuma perlu menyeberang  sahaja dari kedai dan jalan terus ...

Memang betullah  Masjid Ho CHi Minh City belakang sahaja Sheraton Hotel.. patutlah tak nampak,..hahahah.. Bila dah nampak kedai Makan Hasanah.. baru aku faham rupanya dia nak kata Kedai tu halal.. Tapi aku masuk gak kedai Saigon@Halal, betul-betul menghadap masjid Ho chi Minh City... 

Jadi apa ganjaran berjalan lebih dari 7km?


Ladna Seafood at Saigon@Halal
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013



Rice Paper at Saigon@Halal
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013

Rasa memang sedap! Berbaloi kau jalan lebih dari 7km semata-mata nak makan makanan Vietnam. Memang kenyang kau.. Rasa ladna seafood memang sedap .. Rasa rice paper roll memang terbaik.. Only in Vietnam! Btw, ada 2 keping Rice Paper Roll aku tapau bawa balik Malaysia bagi parents aku merasa.. Paper beg Saigon@Halal pun cantik..hehe


Alhamdulillah.. dah kenyang, dah rehatkan kaki.. dah complete our Rice Paper Mission .. 
Kami decide, singgah masjid.. Nasib lah tak kunci lagi, nampak ada sekmpulan pak cik-pak cik duduk di hadapan masjid sedang berehat.. Tak pe lah,kami teruskan niat ambil whuduk dan solat.. Nak jadi cerita pula waktu nak solat aku dah nampak la ada sorang wanita ni duduk berteleku tepi dinding... Tapi gaya dia dah pelik.. argh sudah.. lantak le, jangan ko kacau aku sudah,.,kalau tak bawa telekung takpe, sini telekung high class bersih.. huhu...


Pakcik-pakcik muslim
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013

Ho Chi Minh Mosque
Ho Chi Minh City,Vietnam 2013

Pulang dari masjid, kami teruskan perjalanan ke Hotel. Dalam 2km lagi kena jalan.. hahaha. Sebenarnya trip kali ni adalah latihan untuk next trip. huhuhu.. Tapi disebabkan kami ni 2 orang perempuan berjalan.. Entah lah dari tepi aku dengar ada suara orang Malaysia cakap

"Adik , hati-hati jalan.. Cepat ya balik hotel.. Anda dua orang perempuan sahaja tak ada lelaki". 

Aku berterima kasih dia bagi nasihat kat aku. Memang betul perlu ada seseorang yang care. Tapi cara dia tak betul, nak bagi nasihat dekat aku. Tapi mata tak pandang aku dengan along.. Aku dengan suara orang mumbling je, along je dengar apa dia cakap. hahaha..

Anywhere, kami puas hati kerana MISSION ACCOMPLISHED!

2/6/14

Ho Chi Minh City- Day 2 : Golden Dragon Water Puppet Theatre

Balik dari Cu Chi Tunnel Tour  kami singgah dahulu kedai makan Kampung Melayu sebelah je kedai Basiroh. Saje nak cube kedai lain, nak tukar taste. Lepas makan,kami balik ke Hotel untuk solat dan rehatkan badan.

Lebih kurang pukul 4 baru kami keluar dari Hotel. Plan untuk petang ni kami ke Golden Dragon Water Puppet Theatre. Seperti biasa, kami minta lagi peta dari receptionist Hotel untuk ke Water Puppet Theatre.

Plan asal nak ambil last show pukul 7p.m, tapi takut lambat sangat kami decide pergi untuk show pukul 5p.m Alhamdulillah, nasib baik kami tukar plan sebab sekarang ni last show pukul 6 p.m yang pukul 7 dah tak ada lagi.. 

Maka berjalanlah kami berdua ke Water Puppet Theatre dengan berpandukan peta sahaja. Nak cari landmark, Water Puppet Theatre ni berdekatan dengan Reunification Palace next to Gym/Stadium sahaja. Disepanjang jalan kami lalui taman dan dapat lihat orang Vietnam melakukan aktiviti petang mereka iaitu menari beramai-ramai. Patutlah dia orang ni kurus kering dan sihat.


Taman di Vietnam
Ho Chi Minh City , Vietnam 2013

Dah nak dekat sampai ke Water Puppet Theatre, tiba-tiba pula hujan turun dengan lebat. Nasib baiklah aku ni jenis berjalan ke mana-mana mesti bawa payung. Berlari-lari aku dengan along ke sebuah bangunan. Mula-mula ingat nak berlindung je dekat bangunan tu, tapi rupanya kami dah sampai ke Water Puppet Theatre punya building. hahah. Terus kami beli ticket untuk show .


Bangunan Sebelah Water Puppet Theatre
Golden Dragon Water Puppet Theatre
Ho Chi Minh City , Vietnam 2013
Golden Dragon Water Puppet Theatre
55B, Nguyen Thi Minh Khai StreetTel : 84839302196 / 0989370873Show Time : 5.00pm, 6.30pm

Based on others review, aku tengok ramai yang bagitahu harga ticket 6USD. Sampai kami dah buat aksi . hihi. Tapi rupanya dia orang dah naikkan harga jadi 7.5USD bersamaan 150 000VND . Tips untuk semua, lebih baik beli sehari awal sebab kebanyakkan travel agent akan booking tempat ni awal jadi nanti jadi macam kami dapat seat belakang.. uhuk! 


Sit I4
Golden Dragon Water Puppet Theatre
Ho Chi Minh City , Vietnam 2013



Counter Ticket
Golden Dragon Water Puppet Theatre
Ho Chi Minh City , Vietnam 2013
Sesiapa sahaja yang datang ke Vietnam. Memang patut pergi ke Golden Dragon Water Puppet Theatre ni kerana sangat unik dan menarik. Selain itu, show yang dipersembahkan melambangkan kehidupan rakyat Vietnam. Terdapat 17 show yang dipersembahkan sepanjang 45 minit. 
Golden Dragon Water Puppet Theatre
Ho Chi Minh City , Vietnam 2013


Water Puppetry Part of Vietnam’s Cultural Heritage
"Not watching a performance of water puppetry means not visiting Vietnam yet". This is the practical advice appearing in many guidebooks in Vietnam. And it is so true that most visitors to Vietnam try to watch a performance of water puppetry at least once. And after the performance, most of them are excited and always repeat this advice to their relatives who are going to take a tour to the beautiful country named Vietnam. 
Water Puppetry is full of joys, lighting and colors, myriad charms and shocking surprises. This is the feeling of those who are watching a performance of water puppetry. Now, we can watch water puppetry on videotapes, CDs or television programs. However, none of these can replace a real-time performance in which we sit near a sparkling water surface.  
At the village pond, a swimming pool or the water stage in the puppetry theater, colorful puppets dance and perform numerous interesting items accompanied by animated music and singing. They can even perform acrobatics or spectacular acts which cannot be done by modern robots. You will see no puppeteer, no machines or instruments, and even no controlling strings and poles. You only watch the puppets on a shimmering water surface.  
That's Vietnamese water puppetry, an original performing art preserved and handed down for nearly 1,000 years. In Vietnam, traditional water puppetry is performed in rural villages in the Red River Delta. It was not until 1958 that water puppetry was first displayed in Hanoi. And in 1973, the first state-run puppetry troop was established to serve the public audience. Vietnamese water puppetry was introduced abroad for the first time in France in 1984. Since then, the world has come to love this original performing art.can replace a real-time performance in which we sit near a sparkling water surface. 
Gambar Gegar
Golden Dragon Water Puppet Theatre
Ho Chi Minh City , Vietnam 2013

Walaupun tak faham apa yang dia orang cakap, tapi sangat enjoy sebab benda ni tak ada dekat tempat lain.  Kecewa gak la gambar-gambar dalam Puppet Show ni banyak gegar macam tangan tak dibedung. Sebab frust, finally aku tengok je show tu.. hahahha.. Sebab lagi syok tengok dari aku amek picture.. 

Jadi sila lah datang ke Golden Dragon Water Puppet Theatre. Hanya di Vietnam!


Pintu Hadapan, wajah orang happy
Golden Dragon Water Puppet Theatre
Ho Chi Minh City , Vietnam 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...