11/26/13

Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Bot Penambang dan Mira Cake House

Kembali semula mengupdate dari entry yang lepas Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Mee Kolok Haji Salleh @ Sepinang Sari Cafe, Jalan Satok Kuching. Selepas kenyang makan mee Satok kami pulang untuk check-in di Hotel Grand Supreme, Kuching yang telah kami reserved awal.  Dapat juga kami masuk bilik pukul 12 tengah hari tu,apa lagi siap-siap solat, terus tidor untuk rehat kan badan.. Penat sebab kena bangun pukul 4pagi lagi. tu sebabnya tengah hari dah penat. ngeee...

Dah berehat, badan dah segar.. Apa lagi, jom kita mulakan Food Hunting at Kuching , Sarawak! Kali ni nak kemana? Cari kek lapis Sarawak..Dulu aku suka pesan Kek Lapis Cadbury dengan Lat. Mak cik Lat ada buat, even harga untuk kekk lapis ni a bit pricey, tapi rasanya sedap.. Tapi aku cuma tahu Lat nak kahwin dua minggu before majlis dia, so aku tak nak la susahkan dia nak tempah Kek Lapi Cadbury tu.. hehehe

Jadi tempat mana nak cari Kek Lapis Sarawak yang famous dan sedap? Tentulah di area Kampung Gersik, Kampung Boyan, Kampung Samarang, Kampung Sourabaya Ulu, Kampung Panglima Seman.. Kat mana tu ?? Senang sahaja.. anda cuma perlu menaiki Bot Penambang dari  River Front untuk melintas Sg Sarawak ke Jeti Kampung Boyan . Harga untuk seorang  menaiki bot penambang ialah RM1. Seriously makin lama naik harga Bot Penambang ni , 2008- 30sen, 2009- 50 sen, 2013- terus naik jadi RM1. Ni mesti sebab minyak naik harga. 


Bot Penambang
Kuching , Sarawak 2013
Sebenarnya saje je aku naik penambang ni sebab En. Ahmad tak pernah naik. Aku dengan along dah pro dah.. hehehe.. Aku suka naik bot penambang ni walaupun tahu kat dalam Sungai Sarawak tu penuh dengan Bujang Senang. Tapi jenis yang suka something different, aku galakkan naik bot penambang hokey :) Mencabar ke?
Jeti Bot Penambang
Kuching Sarawak 2013

Dari Jeti Kg. Boyan terus belok ke kanan untuk ke Mira Cake House. Bestnya kebanyakkan kedai-kedai di sini bagi kita try semua kek mereka. Kira kenyang la kau makan. Jenis muka tebal macam kami ni tak kisah nak try semua jenis dan rasa kek yang disediakan.. hehe.  Rasanya dulu kedai Mira ni Dayang Salhah ke dah bertukar .. Aku pun kurang pasti.. 
Rumah di Kg. Boyan
Kuching Sarawak 2013

Silalah enjoylah gambar Kek Lapis di kedai Mira Cake House ye.. 
Sebenarnya keluarga aku bukan jenis makan benda-benda manis, sampai berkulat kadang-kadang.. huhu. Tapi disebabkan Kek Lapis antara benda famous yang wajib dibawa dari Sarawak.. Kami beli juga untuk orang-orang office. hehehe


Hiasan di Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013

Aneka Jenis Kek Lapis
Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013

Proses Pembuatan Kek Lapis
Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013


Dah habis dekat RM100 kami beli kek lapis sahaja.. Tp tu cost untuk tiga orang la.. Decide nak   pergi Fort Margherita. Dari dulu lagi aku nak pergi , tapi tak dapat juga jejakkan kaki ke situ.. ha berjaya kah aku?.. Next entry anda boleh baca cabaran ke Fort Margherita! heuheuheu

Harga Kek Lapis:


1.Standard : RM10
2. Kek Lapis Cadburry : RM20

Nota kecil : Lambat update? Yes, banyak benda nak buat. Even hari sabtu ahad pun ada banyak benda nak kena buat... Bawa bersabar je lah.. Anda pun harap dapat bersabar dengan perangai dan karenah aku ni ye.. hahahah.. 

11/15/13

Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Mee Kolok Haji Salleh @ Sepinang Sari Cafe, Jalan Satok Kuching

Sabar-sabar ye semua.. Lepas ni entry aku semua pasal makanan, sebab kerja kami sepanjang dua hari ialah Food Hunting Makanan Sarawak. hehehe. Kita 

Dulu-dulu zaman university , aku selalu minta Lat belikan Mee Kolok. Sanggup Lat belikan pagi-pagi buta and bawa untuk aku makan dekat bilik . I heart you lat! Tapi aku tak sanggup lagi nak minta Lat beli lagi , sebab tiap kali dia balik Serawak kena mengangkut Mee Kolok aku.wahahah. 

Dalam perjalanan pulang dari kenduri Lat, sempat lagi kami google famous Mee Kolok di Kuching, Serawak! Cepat-cepat kami tukar arah GPS area Jalan Satok. Apa lagi, happy la kami dapat try Mee Kolok yang dah lama gila tak makan. 


Mee Kolok with Sup
Mee Kolok Haji Salleh
Kuching, Serawak


Actually kedai ni nyer Mee Kolok memang sedap dan kena dengan tekak. Sebab nak buat mee kolok ni perlukan kepakaran dan tak semua kedai tahu membuat mee kolok . Jadi nak cari yang halal memang payah sikit.. Antara kedai yang halal ialah


Alamat: 

Mee Sapi / Mee Kolok Haji Salleh
Sepinang Sari Cafe & Restaurant
Lot 206 G/F, Jalan Satok,
Section 11, Kuching,
93400 Sarawak
GPS Coordinates: N1 33.203 E110 20.186
Business hours: 5.30am-4pm (Wed – Mon) Closed on first 3 Tuesdays of the month
Mee Kolok In The Making
Photo Courtesy: Vkeong

Sepinang Sari Cafe & Restaurant
Photo Courtesy: Vkeong
Mungkin kami pergi hari Sabtu pagi jadi pelanggan memang terlampau ramai. Even nak dapatkan air dekat setengah jam, nak dapatkan mee kolok almost 45 minit. Jadi memang bawa bersabar je lah menanti Mee Kolok serta Teh C Peng kami.Bila dah sampai , apa lagi cepat-cepat kami makan  mee kolok ayam dan mee kolok daging yang sedap-sedap. Berbaloilah juga tunggu. Berbaloi ke?huhuhu
Mee Kolok  Ayam
 Mee Kolok Haji SallehKuching, Serawak

Nina and Along , focus kami makan
Mee Kolok together with Sambal Sarawak
Kuching, Serawak
Kuching, Serawak
Teh C Peng or Teh 3 Layer
Kuching Serawak

Total Makan: RM19.40
  1. Mee kolok ayam dan daging (3 Mangkuk)
  2. Teh C Peng (3 Cawan) 

Dah habis makan, apa lagi balik hotel untuk berehat. Muka masing-masing dah pening sebab tak cukup tidor.hhehe

11/14/13

Unplanned Journey to Kuching, Sarawak - Day 1 : My Best Friend's Wedding

Kalau korang perasan aku suka type Serawak as Sarawak. macam best je.. macam best je.. dah mengarut pula waktu type ni. Jom continue my travel trip to Kuching, Sarawak!

Dalam post sebelum ni , Unplanned Journey to Kuching, Sarawak - Day 1 : Kuching International Airport , Sarawak aku ada bagitahu antara sebab utama aku tiba-tiba sahaja beli flight ticket ke Kuching sebab menghadiri majlis kahwin kawan aku disana.
Jadi aku nak sediakan lah satu entry khas buat Pn. Latifa Adni dan En. Faiz ye..

Naik sahaja kereta MyVi yang kami sewa, cepat-cepat kami setup GPS .  GPS tu En. Ahmad bawa dari Semenanjung, sebab nak sewa dari owner tu mahal sangat. Sebenarnya, dalam flight kami semua still pakai jeans dan t-shirt je. Baju kurung and baju melayu tu, kami gantung pada hanger.. ehehhe.. Jadi dah sampai Kuching, ingat nak tukarlah baju dekat hotel yang kami dah buat reservation. Kami pun terus menghala ke Hotel Grand Supreme. Unfortunately, receptionist kata check-in pukul 12 dan kalau nak minta masuk early pun tak boleh sebab bilik tak kemas lagi.

Memandangkan waktu kami sampai hotel tu dalam 8 lbeh nak dekat pukul 9, jadi kami decide dalam perjalanan ke rumah Lat. Kami singgah mana-mana surau/ toilet petrol station. Nampak je Petronas kami terus singgah. Nsb baik toilet tu baru basuh, jadi dapatlah kami bersuka ria menukar baju kurung, sempat lagi tu cuci muka and makeup. Nama pun perempuan..ehehe.

Siap tukar baju and isi minyak kereta, kami gerak terus ke Rumah Pengantin di Area Jalan Demak.. Alhamdulillah, tepat pukul 10 pagi kami sampai di rumah pengantin. Terus bapa pengantin suruh kami duduk dahulu, sebab tengah ada bacaan doa selamat. Waa.. Happy dapat tahu mereka dah selamat bernikah.

Bila dah habis bacaan doa, dapat la kami bantai makan nasi minyak. .. lapar sangat, dah tak tahan. Mak cik sebelah kami tu tau kami bukan dari Serawak tapi lagi terkejut bila kami faham dia cakap apa dalam bahasa Sarawak ..ngee

"Kamek sik tahu klakar Sawak, tapi kamek faham apa kitak klakar" hehe.

Thanks to Family Lat and Faiz yang menjamu orang Semenanjung yang tengah kebulur, sampai lupa nak snap picture. wahahah.. Apa-apapun layankan gambar-gambar orang yang dah kekenyangan ni.hehe


Rombongan dari Semenanjung
UIA-ICT 09-13
Wedding Lat Kuching, Serawak 
Along bersama dengan rakan-rakanku
UIA-ICT 09-13
Wedding Lat Kuching, Serawak
Photo Courtesy: Suhaila
With the bride and groom
Wedding Lat Kuching, Serawak
Photo Courtesy: Suhaila

With the bride and groom
Wedding Lat Kuching, Serawak

Buat Latifa and Faiz:
"بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ"
Selesai berphotoshoot bersama pengantin,kami pulang semula ke bandar Kuching. Tapi kami ada singgah satu tempat makan. Nak tahu mana? Bermula Food Hunting di Sarawak! Yeah.

p.s: Happy for both of you :)

11/11/13

Unplanned Journey to Kuching, Sarawak - Day 1 : Kuching International Airport , Sarawak

Dua Minggu Sebelum 

Semuanya berlaku secara tiba-tiba,tak dirancang dan tidak dijangka. Semuanya sebab aku dapat wedding invitation di Facebook dari kawan aku -Lat , untuk attend her wedding at Kuching Sarawak. 

Like i said in one of my post- "Delicious food at Muar", yang aku sangat merindui Kuching, Sarawak. First time naik flight pun aku ke Sarawak and last time aku menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang ni,pada tahun 2009 .Menghadiri majlis cukur jambul adik sepupu aku yang baru lahir disana. Yup! Banyak benda aku rindu tentang Sarawak, antaranya makanan mereka yang lazat serta suasana dan masyarakat mereka disana. I missed it damn much!

Nampak je wedding invitation tu akan berlangsung lagi dua minggu. Cepat-cepat aku ajak along aku and en.ahmad beli ticket ke Kuching. Tengok flight MAS and Air Asia, lepas tolak budget and segalanya. Akhirnya kami beli flight ticket Air Asia! Seperti biasa kami ni kan pengguna tegar Air Asia .. budget trip.

Aku tahu , kalau amek cuti secara tiba-tiba nanti team project aku bising. Jadi trip ni weekend trips Sabtu dan Ahad. Maka, kami beli flight pagi-pagi buta, Sabtu  pukul 6.30pagi dan akan pulang hari Ahad, 8.30malam. Heheh. Jadi pagi Sabtu tu sempatlah kami sampai wedding Lat before 10am. Sebab majlis Lat dalam pukul 10pagi.

Well perancangan kami hanya :

  1. Sewa kereta :Sempat call banyak Syarikat Sewa Kereta, tapi nasib baik dengan bantuan best friend Aunty aku , Kak Ima dapat la special price.  Harga untuk kereta sewa MyVi ialah RM180 kira rate 1 and half day dari Jam 9 pagi (Sabtu) sampai 6 petang (Ahad) . Interested? Call Robin at 0168711213. ,.Kalau nak rate sama macam kami, klakar (cakap) bahasa Sarawak yeah.
  2. Reservation Hotel: Grand Supreme Hotel .Please , click the link for futher info. Nanti aku bagi review pasal hotel ni. High recommended untuk budget trip!


12 October 2013

Hari yang ditunggu telah tiba, macam biasa dari rumah aku naik bus Air Asia di KL Central menuju ke LCCT. Yelah pukul 4 pagi dah naik bus, bantai tidor dalam bus dengan nyenyak nyer. Sampai-sampai sahaja terus menuju ke Terminal Dalam Negeri sebab aku dah check-in di rumah 2 hari sebelum. Lagi pun, kami tak beli luggage pun, cuma dengan sebiji beg deuter dan beg tangan sahaja. Cukuplah untuk dua hari trip, bukannya pergi sebulan. hehhe

Sementara tunggu di Terminal Dalam Negeri, kami menunaikan solat Subuh sekejap, sebab flight pukul 6.30pagi. Entah macam mana, boleh pula  tersalah tengok gate. Deng! Nasib baik aku sedar, "Along kenapa flight dia AK5505? bukan AK5502?". Cepat-cepat Along tanya pegawai Air Asia, dia kata dah boarding but belum closing. First time in  our life, kejadian ni berlaku . hahha. Memang pengalamanlah  kami berlari kat situ, boleh pula flight ke Kuching yang paling hujung dan dah dekat dengan parking lot tepi highway tu . Exhausted kot waktu panjat tangga AirAsia tu! hehehe. Nasib kami bukan last passanger, ada lagi yang lambat. Fuh!


Sempat lagi En.Ahmad snap picture
LCCT Airport, Kuala Lumpur , Malaysia


Well dalam flight everything is smoothly. Cuma bila dah nak dekat sampai Kuching, flight terbang dengan lebih tinggi dan first time in my life aku kena syndrom sakit telinga sampai aku rasa gegendang telinga nak pecah. Serious sakit terlampau! Aku siap imagine, dah sampai nanti aku akan pekak dan akan keluar darah di gegendang telinga. Tapi tu sekadar imagination, Alhamdulillah tak de la darah-darah keluar, cuma aku pekak for temporary je la.. Nasib baik juga, akak aku bawak ubat sakit telinga sebab dulu di Surabaya dia kena benda yang sama. So, kalau tak nak sakit telinga tu ,sila-sila beli  dan bawa ubat telinga tu ye.


Photo Courtesy :  earnosethroatdoc
More info about the pain: Telinga Rasa Sakit


Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching , Sarawak. Selesai je urusan imigration, terus sahaja keluar dan call orang sewa kereta. Tak sampai 5 minit, mereka sampai dan menunggu kami di gate 2. Kereta yang kami sewa ialah MyVi dan macam mana kami gerak? Nasib baik En.Ahmad bawa GPS , jadi tak de kami sesat barat untuk ke Majlis pekahwinan Latifah Adni (Lat) dan Mohd Faiz! Our journey begins..


Excited gila aku type. wahahha

11/8/13

Jakarta- Bandung 2013:Day 4: Puncak,Jakarta

Morning Bandung ayuh kita bersemangat pulang ke Jakarta!
Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk gerak semula ke Jakarta. Om Mawardi decide untuk ke Jakarta kami akan melalui  Jalanraya Puncak, Jakarta. Iaitu jalan lama yang digunakan sebelum adanya highway Jakarta- Bandung.  Sebenarnya aku lagi prefer lalu Highway sebab masa yang diambil lagi cepat . Walaubagaimanapun,  kalau korang nak elakkan jam yang langsung tak bergerak tu. Aku suggest lalu Jalanraya Puncak.

Sepanjang perjalanan kita dapat nikmati keindahan hijau sawah padi dan bukit-bukau. Kalau nak tahu ada satu laluan yang menarik perhatian aku, iaitu laluan kereta api di tepi gunung. 



Photo Courtesy : facetofmiracle

Menarikkan! Gambar kat atas tu dari atas keretapi, tapi kalau dari atas kereta berbeza la sedikit. Dalam perjalanan ke Puncak, Jakarta sempat lagi ,kami singgah ke Restauran di dalam Petrol Station. Bersantai-santailah kami berehat dan membuang apa yang patut. Air dalam tandas tu sejuk sebab air bukit! Mengigil kami. hehe

Tauhu Sumedang dan Air Kelapa Muda! Sedap.. sedap.. sedap..
Restoran di Petrol Station
Puncak, Jakarta Indonesia 2013

Enjoy the foods of Indonesia!


Dalam perjalanan kami sempat singgah ke Masjid Atta'Awun di Puncak, Bogor. Menghayati keindahan seni bina masjid ini. 

Masjid Atta'Awun
Jl. Raya Puncak Km 77
Puncak
Pemandangan Indah di Masjid Atta'Awun
Puncak, Jakarta Indonesia 2013
Menariknya, mereka  menyediakan tempat menyimpan kasut, seperti tempat meletak beg. Serahkan kasut kita, dan mereka akan beri nombor untuk rujukan. So, bila nak ambil semula kasut, bagi balik kad nombor. hehe. Nak tahu sebab apa mereka sediakan perkhidmatan ni? Sebabnyer, bila nak masuk masjid ni kita kena lalu laluan air macam sungai buatan. Tujuannya mereka nak kaki yang bersih sahaja masuk ke dalam masjid. 
Masjid Atta'Awun
Photo Courtesy: MyDeliciousKitchen

Cousin aku cerita adiknya Zaki waktu kecik saja je buat seluar dia basah dan berendam terus dalam laluan sungai buatan tu.  Zaki, jangan marah akak ya. heheh satu dunia udah tahu kamu mandi di situ :P!
Makan-makan dan makan.
Puncak, Jakarta Indonesia 2013

Lagi sekali kami singgah  untuk makan di kedai berhampiran dengan masjid . Kali ni menu kami ialah keledek yang dibakar, rasa dia manis sekali. Di Indonesia, mereka memanggil Keledek dengan nama Ubi Manis . Dalam kesejukkan sebab hujan turun kami enjoy makan ubi keledek.


Keledek Bakar
Puncak, Jakarta Indonesia 2013

Tiba di Jakarta lebih kurang jam 2 petang. Waa.. Kita teruskan dengan agenda shopping . Ke mana ya?? Tunggu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...